Thursday, March 12, 2015

Tuesday, August 31, 2010

Salam Merdeka ke 53

Wah, sedar tak sed,ar dah sebulan kita tempuhi bulan Kemerdekaan, tahun ni Bulan  Kemerdekaan jatuh di bulan puasa, hampir 3 suku Ramadhan jatuh di bulan kemerdekaan, jadi mungkin kerana tu, sambutan Kemerdekaan tidak di rasakan sangat dan Malam kemerdekaan juga sunyi dan sepi tanpa apa-apa acara. Yang ada hanya lah,golongan muda yang merayap sepanjang malam, mat-mat moto pulak hampir sepanjang malam dok bising dengan moto depa, merempit, berlumba dan sebagainya.. 







Pagi pada 31 Ogos kakitangan kerajaan  kena berhimpun di Dataran Merdeka Kangar, atau biasa di kenali sebagai Padang Bandaran Kangar, berhimpun menyanyi lagu kebangsaan dan negeri serta mendengar titah dan ucapan dari Tuanku Raja serta Pemimpin negeri, juga ada sketsa kemerdekaan dari kanak-kanak sekolah.

 Balik dari situ bertolak pulak ke Alor Setar kononnya nak cari baju raya Athirah, tapi orang punya ramai sampai nak mencelah sangat pon tak boleh, baik yang Melayunya, yang cinanya,maupun Indianya penuh berduyun-duyun mencari baju-baju dan yang lain seolah depapon sama nak buat persiapan raya, mungkin ada diskaun lebih di Hari Merdeka kot.. Akhirnya sambar dua tiga helai baju, dan balik saja lah, dah termuntah tengok orang ramai sangat..

Saturday, August 28, 2010

Berbuka puasa di luar...

Hari ni nampak gaya nya terpaksa lah aku berbuka kat luar, selepas dari 18 hari berpuasa, yelah kira di luar lah ni selain dari umah aku dan juga umah mertuaku, hari tu ada juga naik nama untuk berbuka bersama PM, di Dewan 2020, tapi susah juga lah untuk aku, tapi aku lalu lah juga untuk tengok-tengok apa yang berlaku, tapi bila time beruka aku balik rumah la, lebih selesa rasanya.

Owh sebab yang menyebabkan aku bebruka diluar nih bukan pasai apa sangat, macam biasa terpaksa teman mem aku meh kelas dia kat UUM nih, pasai malam nih kawan dia nih meh dengan husband dan anak-anak dia,jadi mem aku rasa segan lah pulak nak join depa nih. 

Rasa ok juga lah bebruka dengan depa nih, pasai bermacam jenis masakan yang ada, masing-masing bawak makanan masing-masing tapi memang ada yang di tetapkan untuk bawak makanan tema, malam nih kena masakan cina dan juga Somalia.. he he layan lah juga. Walaupun begitu akhirnya nasik putih yang ku bawa juga yang paling sedap.. ha ha perut melayu betui lah...
Alamak, hanya gambar tempat kejadian yang ada,
 jenis masakan dan keramaian orang aku tak sempat nak amik.. 

Friday, August 27, 2010

MooD Raya..


Hmmm walaupun posa baru menginjak pertengahan dan sedang menuju 2/3 Ramadhan,mood nak beraya sedang tumbuh perlahan-lahan, jika dua tiga hari lepas, pengumuman dari kerajaan mengenai bantuan khas kepada kakitangan awam sebanyak RM500.00 menjadi suasana bertambah meriah, masing masing dah bayangkan, pasaraya, superstore maun pun pusat pusat membeli belah yang ekonomi untu mencari keperluan berhari raya. 

Bagi aku sekeluarga,persiapan ala kadr saja lah, baju-baju anak-anak yg pentingnya, bagi adik Anieq baju melayu dia dah siap dah, semalam sempat juga pi amik.. dah try po nak tengok padan ke tak, rasa tu okeh la, tapi takut taak tahan lama, pasal baju tu dah macam nak mengecik dah pon, isk montel lak si Anieq ...

Thursday, August 26, 2010

Musim Shopping Raya...

Sedar tak sedar dah 16 hari berpuasa, dah lebih separuh bulan berlalu, hmm bila dah masuk separuh bulan nih mula lah mood nak beraya masuk, bagi kakitangan  kerajaan pulak pengumuman pemberian insentif khas hari raya amat di alukan, menambah lagi suasana berhari raya, Juga sebelum bercuti panjang untuk berhari raya ada pulak cuti-cuti diantaranya, memberi peluang untuk mereka yang belum menyediakan kelengkapan dan persiapan hari raya untuk mula berbelanja.

gambar - mr google

Dalam minggu-minggu yang akan mendatang nih pasaraya-pasaraya mula di hujani pelanggan, dengan tawaran harga bak durian runtuh tentu berduyun-duyun datang nak berbelanja. Satu hal nak mencari pakaian tentu pula perlu bawak anak-anak. Kalau kena anak-anak tuh jenis behave elok, tertib gitu ok lah, kalau kena macam si Ayong ngan Anieq yang sedang menjadi-jadi buasnya tuh mau pitam mak pak.

Tadi dalam dok mengulo kat FB tuh terjumpa pulak satu kisah di musim perayaan di sebuah pasaraya besar mungkin boleh jadi iktibar pada semua... 

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raye...?


Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Kakitangan Awam
Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.

-- BERNAMA

** Alhamdulillah ada jugak duit raya...

Monday, August 23, 2010

Puasa yang berjaya..?

Tadi teringat nak selongkar email-email kat dalam inbox tu, fuh dah sampai 880 email yang tak pernah di thread, apa punya malas nak tengok email lah, mau ka tak malas bila dah tengok bertan-tan mail tuh aku jadi terus malas nak tengok, so hari nih ada seikit kerajinan maka aku delete sajalah mana yang tak berkenaan. Dalam masa aku delete tuh sempat lak terbaca email yang di hantar berkaitan dengan puasa, mungkin elok juga aku syer kan, sumber nya aku tak dapat nak pastikan.. 



Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
 
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
 
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
 
Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
 
Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
 
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
 
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”