Friday, August 26, 2005

Sejarah Jalur Gemilang

Jalur Gemilang


Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Undian pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail.

Keputusan akhir telah disiarkan pada 29 Nov 1949. Rekaan yang terpilih menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan ini adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut: "That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows: Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a crescent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet." (Bahawa mengikut pendapat Majlis Perundangan Persekutuan, bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu hendaklah mengikut rupa seperti berikut: Sebelas jalur melintang berwarna merah dan putih berselang-seli, dengan jalur merah di atas sekali, sukuan berwarna biru dengan bulan sabit bersama bintang pecah sebelas berwarna kuning di atasnya, dengan ukuran bendera standard enam kaki kali tiga kaki.) Rekaan bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan ini satu pindaan diperlukan ke atas bendera Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu persekutuan tigabelas buah Kerajaan Negeri di dalam Kerajaan Persekutuan. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.

Keterangan Kreatif
Empatbelas jalur merah dan putih yang sama lebarnya melambangkan keanggotaan yang sama 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, dalam Kerajaan Persekutuan. Warna merah melambangkan kegagahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi. Sukuan berwarna biru tua melambangkan perpaduan dan rukun damai rakyat yang berbilang kaum. Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja iaitu mewakili kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Maksud "Jalur Gemilang"
Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur. Jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara. Jalur Gemilang Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas. Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotik, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.::

Sumber - Jabatan Informasi, Malaysia, Jun 1997

Tuesday, August 23, 2005

Kuala Perlis : Sekarang


Kuala Perlis yng sedang rancak membangun

Ini Kuala Perlis baru.. Kuala Perlis yang telah berubah.. berubah mengikut zaman.. terbinanya satu Persiaran baru dan juga sebuah hotel baru iaitu Hotel Brasmana Putera.. ia akan tetap akan terus berubah..

Kuala Perlis : Dulu

Kuala Perlis.. sekitar 70an - awal 90an
Kuala Perlis.. pasca pembangunan. Ini lah Kuala Perlis.. kalau zaman awal merdeka dan zaman awal pembangunan di sini lah Pekan Kuala Perlis.. pekan yang terkenal dengan hasil ikan dan pengkalan feri ke Pulau Langkawi.. ini lah pengkalan asalnya..inilah sisa yang masih tinggal.. untuk dikenang sepanjang zaman.

Aduhai pak tani.. musim menuai dah tiba lagi..


Musim menuai dah tiba,.... heboh lah seantero negeri.. musim maenuai dah tiba.. menderu deramlah mesin menuai padai.. berkejaran lori mengangkut padi.. akan beratur panjang lah lori-lori di kilang.. dan tersenyum riang lah pak tani.. setelah 4 bulan menjaga dan membaja padi.. kini hasil dah mula menjadi.. hasil akan di tuai.. dan hidup terus berbunga kembali... aduhai pakk tani...

Aku kembali lagi..

Askum.. dah lama aku tak memblog kat sini yer.. kenapa yer emmm entah lah.. mungkin kerana aku sibuk sangat dok memblog kat myppanps.. tak per la.. nanti kalau aku ada isu ke.. aper2 yang baru aku akan masuk kat sini lagi yer.. stay tuned...