Monday, September 26, 2005

YM..

Hi.. ari ni tak de foto la.. tapi aku nak menulis gak.... ntah kenapa ari ramai kenalan aku singgah kat ym.. ada ma, ada ppah , ada adik ila dan dua tiga org lagi.. sonok la aku.. menge'chat ajelah" aku...

Kemarin cuti.. aku ada kat umah mertua aje.. depa nak buat kenduri arwah dan doa selamat.. seharian juga lah aku dok kat situ.. tak der menda nak buat gi... kenduri je, tolong-tolong mana yang patut .. heh buat la apa yg patut .. ok la tu..

Saturday, September 24, 2005

Kabus nak timur


Emm .. ari ni aku keja la.. tak der amenda nak buat .. aku pebaik la pc lama ni.. emm nampaknya secara fizikal dia dah elok.. laju pon ok gak.. jadi x banyak keja aku.. aku reformat lain je..
esok cuti.. ader kenduri kat kg wife aku.. jadi malam ni kena singgah la kejap.. pastu malam aku balik pulak.. esok pi pulak..
ni gambo aku tangkap 2 3 ari lepas.. emm berkabus betu la.. mgkn dah ilang musim panas.. ujan pon dah mula turun.. mgkn musim timur dah nak mula.. kang aku ceta lagi yek...

Monday, September 19, 2005

Air besar...


Weh.. sori lama tak update.. aku cuti sakan la.. dari jumaat sampai ari ni selasa baru masuk keja balik.. tak der aper sangat nak buat kat umah.. ujan je manjang.. tapi ari sabtu tu aku sempat jalan2 kat tepi laut.. air pasang.. dah tu berangin lak.. tu yang beralun tu.. hmm ikan kat Sg Baru tak de.. isk patah balik kat Kuala Perlis.. emm mahal ler.. i kilo ikan temenung rm5.00 perghhh tapi dah tak dak ikan kena beli jugak la...

ari ni aku takder kat pejabat .. aku gi Kuala Perlis.. barang2 dan perabot nak sampai kot .. pasal tu aku kena dok kat sana ari ni..

Wednesday, September 14, 2005

Gempa bumi 3.7 skala Richter gegar Makkah

MAKKAH: Gempa bumi menggegarkan kawasan Utaybah, kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram pada jam 2 pagi waktu tempatan Selasa lalu, mengejutkan penduduk kota suci Islam itu.
Tiada kematian atau kerosakan bangunan akibat kejadian itu walaupun penduduk melaporkan anjing menyalak sejurus sebelum gegaran dan bunyi bising atau apa yang didengari seperti bunyi letupan.Gegaran susulan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh enam jam selepas gempa bumi awal mencetuskan ketegangan di kota suci ini. Anggapan mengenai gegaran disebabkan kerja pembinaan yang berterusan di bandar raya itu, jelas tidak berasas.Seorang penduduk Utaybah, Siraj Muhammad Omar, 23, berkata beliau berasa empat gegaran dengan yang pertama dan keempat paling kuat. Beliau bersama tujuh anggota keluarganya yang ketakutan selepas gegaran pertama bergegas naik ke atas bumbung bangunan.Muhammad Baid, 22, yang berketurunan Maghribi, berkata dia meninggalkan rumah sebaik berasa gegaran pertama dan kembali semula selepas keadaan kembali normal.

Gabenor Makkah, Putera Abdul Majeed, segera membentuk jawatankuasa meneliti punca dan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.Sementara itu, penasihat teknikal geofizikal bagi Persatuan Kaji Bumi Arab Saudi (SGS), Dr Ian Stewart, berkata tiada sebab untuk penduduk berasa takut dengan skala gegaran yang melanda Makkah itu.Gempa bumi itu yang diawasi di Madinah, kira-kira 300 kilometer dari Makkah, cuma berukuran 3.7 pada skala Richter. “Bangunan yang dibina dengan baik tidak terjejas dengan gegaran itu,” katanya.Kuasa yang dibebaskan oleh gempa bumi berukuran tiga hingga 3.5 pada skala Richter secara kasar bersamaan dengan letupan 30 hingga 70 tan TNT.Ia selalunya dirasakan tetapi tidak mendatangkan kerosakan besar. Dianggarkan, gegaran seumpama itu berlaku 50,000 kali atau lebih di seluruh dunia setiap tahun. - Agensi

Emmm patutnya kita renung bersama kan..?
source: http://www.bharian.com.my/

Tuesday, September 13, 2005

Couple in red


Couple in Red.. Emm semalam berjalan2 lagi.. pusing Pekan Kangar.. tak de menda nak wat so round2 je lah.. sempat lak tangkap gambo sambil bawak moto.. nasib baik takdo polis & jpj.. kang kena saman jer.. heh perasan tak kat belakang tu.. tu la Highway Changloon ke Kuala Perlis.. kitorang kat exit to Seriab..

Sunday, September 11, 2005

Surprise! Mawi dah sampai kat Kangar....


Emm ahad, dah tak de keja.. kami gi makan kenduri.. sampai 2 tempat. Di Sg Padang , kenduri yg sempoi.. leh makan sup g... pastu kat Utan Aji.. makan lauk ayam je.. kurma, gulai.. dah tu tawar je.. tanya diorang naper tawar... tu hah perasa disediakan.. ler.. ada gak kenduri mcm tu .. masak tawar pastu bg perasa kemedian.. isk.. balik tu singgah kat kedai hakim kat PTK.. wahh manyak kain kena lelong... tapi yg best tu aku terpandang satu jenis kain tu.. huh.. kain mawi pon ada kat perlis... waaaa hebat tu... WORRLDDDD!!!!!

Saturday, September 10, 2005

Romantika


past makan kitaorang gi lepak kat benteng... tgk matahari jatu.. perghhh syahdu abis...

Jalan jalan kat Kuala Perlis


Sabtu.. masih sempat lagi aku gi meronda.. hmm tak der tempat lain nak pergi.. kami singgah kat Kuala Perlis... pegi makan makan.. pastu merayau ler .. singgah kat jeti jap.. tgk wooo ramai gak yang baru balik / nak pergi ke langkawi.. heh manyak jugak duit diaorang kan... ?

Friday, September 9, 2005

Anak Menakan Aku



Ini la anak menakan aku, twin.. wah dah makin ensem la... dah besar nanti tentu lagi ensem.. kalah pak njang dia ni.. hehh hehh dah lama tak balik.. mesti makin agresif ni..

heh dah dengar ura2 ada orang dah nak tempah dah... isk kecik kecik pon kena tempah.. macam mesekut panas la...

Thursday, September 8, 2005

Sepetang di Kuala Perlis


Semalam, sempat jugak aku berkunjung ke Kuala Perlis... berlepak disana sambil melihat matahari terbenam.. sempat jugak 'keperihalan' kesibukan Jeti Kuala Perlis bila feri dari Langkawi mendarat.. melihat orang ramai beristirehat bersama keluarga masing-masing.. emm dah lama aku tak melihat begini.. dulu, seakan menjadi rutin kepada ku.. kini masa ku tak semewah dulu.. heh itukan hidup namanya...

Monday, September 5, 2005

Sawah


Isk.. semalam sempat aku merayau kat kampung belakang umah aku... dah lama aku tak meronda... al maklumlah.. dah berbini ni.. jarang2 lah dapat meronda.. tapi sesekali tu nak juga lepas geram kan.. jadi aku kuar lah.. rupa-rupa nya tengah meriah kat kampung sekarang ni.. pak tani dan mak tani tengah sibuk.. sibuk la.. hasil padi dah nak dituai.. hah tgk gambau ni.. padi tengah menguning dah reaady nak di tuai.. masih aku ingat kalau zaman aku kanak-kanak lagi la meriah.. aper tak kalau nak tuai padi kena 'berderau', bila dah berderau.. kena ada makan2 utk di jamu pada orang2 yg tolong 'mengerat'.. hah kan ke meriah tu.. bila laki2 dan pompuan turun ke bendang.. tinggal la anak2 dara menyediakan hidangan.. pagi tengahari dan petang.. woo best oo.. yang anak2 kecil bermain2 je.. tu la part paling best.. tak der masalah...

Sunday, September 4, 2005

Sekitar sungai Perlis dan Muzium Kota Kayang


Sekitar pemandangan Sungai Perlis berhampiran dengan Muzium Kota Kayang yang penuh bersejarah. Sungai ini merupakan pengangkutan utama masa dulu untuk menghubungi Alor Setar dan Istana Almarhum Kayang. Di jangkakan satu pengkalan di raja akan di bina semula di kawasan ini.

Thursday, September 1, 2005

Muzium Kota Kayang


Sekitar lawatan ke Muzium Kota Kayang, Kampung Tok Kuning berhampiran Kuala Perlis Perlis. Berita Selanjutnya akan di hantar kemudian.