Sunday, December 31, 2006

Korban



Sejarah Korban : Ibrahim Dan Perayaan Korban



1) Penebusan Dosa dalam konteks Kitab Suci membawa erti bahawa Tuhan menghapuskan dosa. Pendekatan yang paling hampir dengan pandangan ini ialah kisah berkenaan pengorbanan anak lelaki Ibraham dalam Al-Quran:Ibrahim berkata : Aku pergi kepada Tuhanku (ke tempat yang disukainya). Dia akan memimpin aku. Ya Tuhanku, berilah aku anak yang salih. Kemudian Kami gembirakan dia dengan seorang anak yang penyantun. Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana pikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah. Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ke tanah) atas pipinya. Lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah cobaan yang nyata. Kami tebusi anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas). Dan Kami tinggalkan untuknya pada orang-orang yang kemudian (kalimat ini): Keselamatanlah untuk Ibrahim. Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia salah seorang dari hamba-hamba Kami yang mukmin. Kami gembirakan dia dengan Ishaq, seorang nabi, serta termasuk orang-orang yang salih. (Sura 37:99-112)
2) Apakah yang kamu memahami daripada ayat-ayat di atas :
»
Al-Quran tidak menyatakan secara khusus siapakah antara dua orang anak Ibrahim yang dipilih sebagai korban. Oleh itu, ahli sejarah Islam tidak mencapai persetujuan dalam hal ini. Jadi, adalah kurang tepat bagi kita menuntut bahwa adalah Ismail dikorbankan sedangkan Al-Quran tidak menyatakan apa-apa tentang hal ini.
»
Bahawa Tuhan berfirman kepadanya dalam mimpi (melalui suatu visi) supaya mengorbankan anaknya.
»
Ini merupakan satu ujian keimanan (bukannya ujian Hukum Allah) bagi Ibrahim.
»
Allah telah menebus anaknya dengan suatu 'sembelihan yang besar' (mahal), yang telah disediakan oleh Tuhan sendiri.
»
Perbuatan iman ini diperhitungkan sebagai kesalihan Ibrahim.
»
Bahawa disini terdapat pengajaran tentang penebusan, iaitu memperolehi pelepasan atau pengampunan melalui pembayaran penebusan itu.
3) Dalam Islam adapun dua perayaan besar, Id-Al-Adha (Hari Raya Haji) dan Id-Al-Fitr (Hari Raya Puasa). Id-Al-Adha adalah yang lebih agung antara kedua-duanya, iaitu ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
1.
Bagi umat Kristian pula, pengorbanan Ibrahim merupakan gambaran dalam Perjanjian Lama berkenaan kematian Hazrat Isa, sebagai Al-Masih (Juruselamat) yang membawa keselamatan (Ibrani 11:17-19). Di dalam Al-Quran, Ibrahim digambarkan sebagai "salah seorang dari hamba-hamba yang mukmin" (Surah 37:111). Ciri paling ketara dalam agama Ibrahim ialah iman; BUKANLAH Hukum tetapi iman.
2.
Dalam petikan Al-Quran yang dibincangkan itu, jelas bahawa sikap kerohanian dan pengalaman Ibrahim telah menjadikannya Salih disisi Allah. Oleh sebab itulah tertulis "Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang salih." Kesalihan (kebaikan) ini, walau bagaimanapun, tidak timbul daripada kepatuhan kepada suatu kod Undang-undang atau Hukum. Ringkasnya, Ibrahim diisytiharkan salih oleh Tuhan semata-mata kerana dia percaya kepada Allah melalui suatu visi yang istimewa lalu dia melakukan apa yang sepatutunya. Kebenaran Ibrahim bukan merupakan kebenaran yang datangnya dari kepatuhan kepada Hukum-hukum tetapi berdasarkan iman. Mengenai Islam sebenar inilah - yakni akidah Ibrahim - Alkitab menyatakan: "Jadi apakah akan kita katakan tentang Ibrahim, bapa leluhur jasmani kita? Sebab jikalau Ibrahim dianggap benar kerana perbuatannya yang baik, maka ia beroleh dasar untuk bermegah. Tetapi tidak di hadapan Tuhan ! Sebab apakah yang dikatakan oleh nas Kitab Suci? 'Lalu percayalah Ibrahim kepada Tuhan, dan Tuhan memperhitungkan hal ini sebagai kesalihan Hazrat Ibrahim (Roma 4:1-3).'"
Dalam hal ini Kitab-kitab suci Al-Kitab dan Al-Quran ada persetujuan. Dengan perkataan lain, keseluruhan ujian yang dilalui oleh Ibrahim merupakan pernyataan tertinggi akidah Islam yang sebenarnya yang dianuti oleh Ibrahim. Ini bermaksud penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Tuhan dan mengasihi-Nya lebih daripada segala-galanya di dunia dan melebihi kasih sayang bagi sesiapa juga! Betapa bezanya ini daripada Islam yang dianuti hari ini. Kenapakah hal ini demikian? Penggantian
4) Binatang yang diambil oleh Hazrat Ibrahim dan dikorbankan sebagai ganti anaknya, diibaratkan di dalam Al-Quran sebagai "besar dan agung" dan diterima sebagai tebusan.
Terdapat tiga ciri unik dalam pengorbanan Ibrahim yang perlu dipertimbangkan :
1.
Binatang itu diberi oleh Tuhan secara langsung. Apa yang menjadikan binatang itu besar dan agung bukanlah sifat-sifat jasmaniah binatang tersebut kerana seekor unta lebih besar daripada seekor kibas. Adalah lebih bermakna jika kebesaran binatang itu dilihat dari segi ianya merupakan pemberian dari syurga. Jika dilihat dari segi Al-Kitab, keagungan binatang korbanan terletak pada unsur simbolisnya yang menunjuk kepada suatu pengabulan pada masa akan datang !
2.
Ia merupakan suatu tebusan atau pengganti bagi anak Ibrahim. Apabila seseorang penyembah mempersembahkan korbanan kepada Tuhan, korbanan itu datangnya dari Tuhan pada asasnya. Penyembah itu mengambil dari apa yang sebenarnya hak milik Tuhan dan mempersembahkannya kembali kepada Tuhan. Hakikat yang penting ini dikenali di dalam semua persembahan korban dalam Islam dan ini juga merupakan ajaran didalam Al-Kitab! Menurut satu tradisi, Nabi Muhammad mengorbankan dua ekor kibas pada hari Perayaan Korban dan berdoa. Dalam doa dia mengisytiharkan rumusan: "Ya Allah, korban ini dari Engkau, dan untuk Engkau, terimalah dari Muhammad dan umatnya." (Mishkat, Buku 14, Bab xlix) Al-Quran mengisytiharkan dengan jelas bahawa Tuhan menebus anak Ibrahim dengan korban yang mulia. Seekor Kibas yang telah dibekalkan oleh Tuhan bagi mengantikan anak Ibrahim.
3.
Keseluruhan peristiwa itu mempunyai makna simbolis yang menunjuk kepada suatu pengabulan pada masa akan datang. Kita mestilah ingat bahawa menurut kisah tersebut, Ibrahim mahupun anaknya tidak melakukan apa-apa dosa yang perlukan penebusan seperti yang difahami oleh umat Islam dari istilah tersebut. Oleh itu, penebusan anak Ibrahim adalah simbolis dan bukannya untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka. Ia menunjuk kepada apa yang Allah rencanakan pada suatu masa yang wajar kelak dengan menghantar anak-Nya sendiri sebagai tebusan bukan sahaja bagi Ishaq, Ismail dan Ibrahim tetapi juga bagi seluruh dunia.
5) Allah membiarkan Hazrat Ibrahim menderita sebagai seorang ayah sehingga ke tahap yang setinggi mungkin bagi seorang manusia. Al-Quran memberi gambaran yang sama tentang babak yang mengharukan ini. (Sura 37:104,105) Melalui pengalaman Ibrahim sebagai seorang ayah yang pengasih dan menderita, Tuhan ingin mengajari kita rahsia yang lebih dalam tentang diri-Nya dan anak-Nya yang dikasihi – Fiman-Nya (Kalima min Hu). Untuk menebus dunia dari dosa, Tuhan harus membuat bayaran yang paling tinggi, iaitu kematian yang berupa pengorbanan dan penebusan oleh Anak-Nya yang tunggal sebagai manusia (Yohanes 1:14 ). Dia mati di atas kayu salib sebagai korban dan bangkit semula untuk memberi hidup yang kekal kepada semua yang percaya dan patuh kepada-Nya!
6) Aid-il-Adha yang dirayakan oleh umat Islam merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengetahui kisah yang terkandung di dalam Kitab Injil, Kejadian bab 22. Baca juga Yohanes 8:31-59 dan Ibrani 10:1-8.
7) Inilah maksud keseluruhan kisah tersebut – Hazrat Ibrahim dan pengorbanan anaknya serta pelajaran yang boleh kita pelajari :
1.
Anak Ibrahim telah dijatuhkan hukuman mati. Tuhan telah memerintahkan Ibrahim supaya mengambil anaknya dan mengorbankannya di atas mazbah. Penghakiman Tuhan jatuh ke atasnya. Tuhan memerintahkan Ibrahim supaya menghimpunkan batu-batu, meletakkan kayu di atasnya, mengikat anaknya dan membunuhnya, lalu membakar tubuhnya. Adakah para Muslimin tahu apakah korban bakaran? Anaknya itu sama seperti mana-mana lelaki dan wanita pada hari ini. Kita semua berada di bawah hukuman Tuhan dan dijatuhkan hukuman maut.
2.
Anak Ibrahim tersebut insaf akan kebenaran. Tiba-tiba dia sedar akan kebenaran dan persoalan yang paling menonjol dalam fikirannya ialah "Di manakah binatang korban – iaitu domba itu ?" Dia sedar bahawa dengan tiadanya domba yang dijadikan korban, dia akan dibunuh! Ini merupakan kebenaran yang serius. Setiap manusia mesti membawa korban atau dijadikan korban. Bertahun-tahun selepas itu, rayuan yang menyayat hati ini berbunyi: Di manakah Domba? Di manakah Domba yang boleh menyelamatkan manusia? Anda boleh tahu secara pasti bahawa korban sembelihan yang dipersembahkan pada Perayaan "Aid" tidak mencukupi kerana ia dibeli di pasar dengan suatu harga sedangkan Manusia tidak boleh dinilai harganya kerana dia tidak dapat ditebus dengan darah binatang (Ibrani 10:4). Adalah mustahil darah kerbau dan kambing boleh menghapuskan dosa. Apabila sesuatu jiwa itu sedar akan bahaya yang dihadapinya, ia akan mencari seseorang untuk menyelamatkannya, seekor domba untuk menebuskannya. Di manakah Domba itu?
3.
Anak Hazrat Ibrahim telah diselamatkan. Syukur kepada Tuhan. Tuhan menghantar seekor kibas supaya anak Ibrahim itu tidak perlu mati. Ibrahim sendiri tidak mendugainya tetapi dia percaya bahawa "Tuhan akan membekalkan diri-Nya korban itu." Dia seorang mukmin sejati yang menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dia percaya bahawa kalaupun anaknya dikorbankan, Tuhan akan membangkitkannya dari kematian! Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang –orang mati." (Sura 2:260) Dia telah menyerahkan diri sepenuhnya (muslim) kepada Tuhan, tetapi dia tidak dapat menghayati hakikat yang paling penting. Yakni Tuhan telah menghantar korban itu. Anaknya tidak perlu mati, tetapi Ibrahim tidak menyedarinya sehingga Tuhan dalam belas kasihannya menghantar seorang utusan untuk menunjukkan kepadanya. (Kejadian 22:11-13)
Wahai sahabatku, engkau pun adalah seperti Ibrahim. Engkau tidak dapat melihat bahawa Tuhan telah menghantar Domba untuk mati bagi engkau. Berabad-abad kemudian, setelah menyedari sepenuhnya bahawa dia telah dibangkitkan khusus untuk mendedahkan Domba Allah (yakni Hazrat Isa) kepada dunia, Yahya Pembaptis (Yahaya ibn Zakaria) melihat Isa datang ke arahnya, lalu Yahya berseru: "Lihatlah Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia." (Yohanes 1:29)
Untuk mengesahkan bahawa apa yang telah kita pertimbangkan bukan merupakan agakan semata-mata tentang apa yang telah difahami oleh Ibrahim melalui perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, marilah kita dengar apa yang dikatakan oleh Hazrat Isa sendiri dalam khutbahNya kepada orang-orang Yahudi berkenaan Ibrahim. Mereka mengisytiharkan bahawa Ibrahim merupakan bapa leluhur mereka tetapi adakah mereka tahu (Dan adakah engkau tahu) dari mana datangnya Yesus ? Yesus menjawab, "Ibrahim Bapamu bersukacita bahwa ia akan melihat hari-Ku dan ia telah melihatnya dan ia bersukacita. Maka kata orang-orang Yahudi itu kepadaNya: UmurMu belum sampai lima puluh tahun dan Engkau telah melihat Ibrahim? Kata Isa kepada mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Ibrahim lahir, Aku wujud ." (Yohanes 8:56-58)
Ibrahim memahami bahawa dalam pengorbanan itu, terbukti benarnya ramalan bagi satu lagi pengorbanan yang akan datang. Oleh itu, dia menamakan tempat terjadinya peristiwa bersejarah itu: Yahweh-Jireh bermaksud "Tuhan Akan Membekal". Maka, di atas sebuah Bukit yang lain di luar kota Baitulmuqadis Isa telah di salibkan di atas kayu salib, dialah merupakan satu-satunya Domba yang telah disediakan oleh Tuhan. Tuhan mengutus Dia sebagai korban yang maha mencukupi untuk menebus dosa seluruh dunia.
Wahai sahabat-sahabatku kaum Muslimin, engkau percaya, engkau mendakwa bahawa engkau telah menyerahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, tetapi sehingga kini engkau tidak dapat melihat kebenaran yang asas bahawa Isa adalah korban (tebusan) Tuhan. Kenapa tidak mengambil langkah untuk mengenali Tuhan secara peribadi, serperti Ibrahim telah mengenali Tuhan ! Kenapa tidak menerima pengorbanan Isa untuk pengampunan dosa supaya Dia memberikan engkau hidup yang kekal.







Posted by Picasa

Friday, December 29, 2006

Selamat Tahun Baru!

Tentang apa sebenarnya entry aku kali ini, aku buat entry tentang tahun baru, reject! aku buat entry tentang angan-angan aku, reject! aku buat entry tentang hari raya aidil adha juga reject! emm ucapan selamat tahun baru pon reject... adus pening kepalo den... aku rasa bukan pasal apa sangat.. cuma pasal internet slow la.. dah dua tiga kali aku buat entry sumer nya tak leh nak hantar..

Ahh sebenarnya kerana apa aku nak buat entry kali ni?

Pertamanya, macam biasa bila dah akhir tahun ni mesti nak review balik segala diari dan juga aktiviti mau pon peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun, juga apa yang kita nak cerita mungkin segala kenangan maupun cita-cita dan juga azam sepanjang tahun samada yang berjaya mau pun tidak.. adakah ini yang selalu kita buatkan? check and balance tentang kehidupan yang kita lalui sepanjang tahun.. adakah sanggup kita hadapi tentang diri kita, tentang baik dan buruk diri kita di sepanjang tahun? tapi sebenarnya kalau kita sanggup menghadapinya dan juga sanggup mengakuinya sesungguh nya ianya amat baik untuk diri kita untuk terus maju.. mari lah kita bermuhasabah.. mencari kebaikan dan keburukan diri kita.. yang mana baik kita pertingkatkan.. yang mana kurang baik kita upgradekan juga , dan mana yang tak baik kita review balik.. kalau memang tak leh baik dah.. buang ajer kalau boleh di pertingkatkan.. maka foward pada tahun depan dengan adjusment dan ammenment!


Berbalik pada diri ku.. tahun ni Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik.. selepas tahun lepas bahtera kehidupan ku penuh dengan naik turun dek lambungan ombak kehidupan, dan tahun ni bahtera kehidupan aku berlayar dengan tenang, dengan kehadiran isteri dan Athirah, memberi aku keyakinan untuk terus belayar dalam kehidupan ini. Kehadiran Athirah sebenar terus mengikat kami, gelak ketawa, tangis keluh, serta keletah Athirah adalah lagu dan gurindam dalam kehidupan ku kini. Dalam perihal kerja, buat masa ni, aku masih di satu takuk, takuk yang susah nak ku daki, dan untuk aku daki ke takuk yang lebih tinggi memerlukan lebih tenaga dan usaha yang mana tiada sebarang jaminan untuk kejayaan, masih dalam situasi beku.. kalau pasaran saham tu suasana masih belum rugi tapi keuntungan juga belum tiba! so aku aku akan terus monitor keadaan, kalau ada peluang Insyaallah takkan aku lepas kan.

Dan tahun baru bakal menjelang.. aper sebenarnya arah tuju seorang aku dalam tahun 2007 yang bakal menjelang ni!? Dalam mencari azam tahun baru sebenarnya aku masih beku, belum terlintas dan masih tercari-cari.. sebenarnya kemana hala azamku untuk tahun hadapan, apa yang ingin ku capai dalam tahun 2007 ni, juga apakah arah tuju kehidupan aku seterusnya? sebenarnya kalau tahun- tahun sudah memang sebenarnya kita meletakkan satu aras tanda (pancang?) ke mana hala tuju kehidupan kita, dan kita sedaya upaya dengan kederat yang ada, menumpukan pada satu skop kehidupan untuk di capai dan nak di gapai. sebenarnya itu yang aku nak cari sekarang ni, apa skop pencapaian aku tahun depan.. apa yang aku akan tumpukan.. samada pada keluarga semata, atau naik taraf pencapaian aku dalam kerjaya aku, atau keduanya, juga mungkin aku perlu review kerjaya aku sekarang ni, dan mencari alternatif lain.. aku sedar opsyen ni bukan satu yang senang, bahkan adalah mustahil nak di lakukan dalam masa 3 atau 4 tahun ni, tapi aku perlu bergerak... mencari jalan macam mana aku perlu bergerak untuk naik dari satu takuk ke takuk lain yang di atas. semuanya masih dalam pertimbangan... semoga keazaman ni bukan satu angan2 semata2, juga semoga aku di berkati, insyaAllah!

Seterusnya apakah pula hala tuju kepada sangkelu, sebuah coretan yang entah apakah ini, yang entah kepada sapa di tujukan coretan ini, dan entah2 sapa lah yang membaca blog ini.. apa-apa pun sebenarnya aku tetap berterima kasih kepada semua, sesiapa saja yang hadir ke blog ini, terima kasih aku ucapkan! tanpa kehadiran sesiapa ke blog ini sesungguhnya makin kelu lah blog ini, dan tanpa komen dan kutukan dari sesiapa juga takkan berkembang lah blog ini. Untuk seterusnya aku cuba nak baiki cara penceritaan aku, moga jadi lebih baik dan lebih menarik.. sesungguhnya aku terus mencuba.. walaupun sebenarnya aku semakain sedar, bahkan semakin insaf sesungguhnya aku bukan lah sekreatif yang aku sangka, aku juga bukan seorang artis seperti yang aku sangka, juga buka teknikal seperti yang aku sangka.. aku pasrah dan aku akan cungkil sebenarnya siapa la sangkelu ini.. untuk apa dia dilahirkan.. kerana apa dia di ujudkan.. kearah mana dia di tujukan dan kehidpan yang macam mana dia perlukan!

Akhir kata bagi pihak sangkelu sekeluarga, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma juga Selamat menyambut Tahun Baru 2007 dengan penuh keazaman untuk bermuhasabah diri ke aran peribadi yang lebih baik dan mulia.

Tuesday, December 26, 2006

Baby on move!

Adus dah lama tak update.. nanti2 la aku updatekan yer.. nih ada masa sikit jer....

 Posted by Picasa

Monday, December 25, 2006

Google Map

Isk.. ntah kenapa hari ni aku keboringan sangat .. tak tau nak buat apa, emm maklum la lepas buat weeding buku dan shelving semula... lega rasanya bila semua dah selesai... dalam dok surfing2 tu aku terclick kat satu laman tu dah termasuk dalam google maps... waa cari punya cari, punya cari dan cari.. la umah aku pun ada kat situ.. tapi pandangan dari atas la....

Hmm bertapa canggihnya teknologi kan.. aku rasa kalau di fokuskan lebih sikit lagi ntah kan leh nampak aku sedang berjalan... dan bahay gak ooo.. senang kalau musuh nak serang.. dah setiap penjuru dunia boleh di jejaki.. kecuali dalam gua lah kot... !! Posted by Picasa

Thursday, December 21, 2006

Hmm.. dah seminggu tak update ni.. aper nak buat kan.. dah sibuk.. tak de masa nak ngadap komputer.. walaubagaimana pon YM aku on kan jugak.. Emm sepanjang masa aku tak berinternet ni sebenar ada projek yang di bagi.. kami kena buat weeding buku dan jugak bila dah buat weeding kena buat shelving sama la.. aper tak nya buku dah bersiponggang!
Bila di check balik banyak juga buku yang dah lapuk, dah rosak dan dah ketinggalan zaman yang kena di buang so abis la satu library kena projekkan.. ok la.. nak sambung keja.. kang sambung balik..

Friday, December 15, 2006

Entah kenapa dengan aku hari ni.. terasa kesunyian di tengah keriuhan, terasa kekosongan sedangkan aku mempunyai apa yang aku hajatkan malahan juga idaman setiap orang, terasa kekerdilan sedang kan aku ni tinggi fizikalnya..

Mungkin juga sebenarnya aku keletihan.. sepanjang minggu dengan aktiviti yang pun tak sebanyak mana tapi.. aku letih jua..

Mungkin juga dengan selsema yang menyerang... meletihkan badan ku.. until next week moga semuanya akan ok balik...

Tuesday, December 12, 2006

review seminggu

Isk.. dah lama aku tak menulis.. dalam erti kata betul-betul menulis.. yer lah.. kan aku dah cakap.. aku jadi kelu.. dah tak tau aper sebenarnya aku nak tulis.. yer la.. takkan aku nak tulis diari kat sini.. emm tak de privacy kan?.. emm yer lah.. aku penah cakap.. aku akan tulis apa saja kat sini.. tak kira susah senag, gembira dan sedih.. tapi aku masih tak berupaya nak kongsi semuanya.. biarlah aku tulis yang aku senang, yang aku gembira, dan yang aku tak puas hati tu ada jugak la aku selitkan.. tapi tak menyeluruh la.. kang kengkawan aku kata apa lak kan? ..dan korang pon tentu komplen.. aper lak dalam ni penuh ngan hempasan perasaan saja kan? Jadi biarla aku hempaskan kat tempat lain.

Hari ni, ada la masa aku terluang pasai kena tunggu dewan syarahan.. so leh la aku dok diam2 kat control room ni, dan aku setup balik wireless so leh la online.. walaupon sesekali tu terputus, tapi sekurang2nya leh jugak aku update.. so hari ni juga, dek nak kena jaga dewan.. aku hantar awal anak ke rumah pengasuh.. aku cuma sempat minum jer.. dan juga dua tiga keping biskut sebagai pengalas perut.. dan sampai kat sini tak sempat beli makan pon..nasib baik la ada epal hijau hari tu.. jawab dia akan makan epal lagi la..

Emm berbalik dengan tugas baru aku ni, sebenarnya sementara saja.. (aku harap la).. pasai person in charge dah bertukar tugas, dan sekarang pi kursus kat KL.. aku tak pasti nanti balik ni, dia kena jaga dewan ke tak.. kalau dak mesti kena ada orang lain.. dan aku harap orang tu bukan aku, pasal aku kalau jaga dewan ni masalahnya satu je.. aku buring sangat bila kena buat backdrop ni.. dah le huruf dia kena buat satu2.. pastu kena pasang lak satu..yer lah.. dewan lama.. mesti la tak der screen LCD yang besar tu.. jadi backdropnyer tak der, kena la buat satu2,tahun bila la baru nak leh upgrade.. dah dekat 20 tahu dewan ni.. ada perubahan yang minimal je.. harapnya suatu hari nanti ada la perubahan.

Berbalik pada persekitaran kerja aku sekarang ni, ada banyak perubahan.. sekarang ni dah ada ramai staf baru.. yer la walaupun sepenuhnya staf perpustakaan Perlis, tapi masih lagi di tempatkan di Kangar dan juga kawasan2 lain yang berkaitan.Yang terbaru, 11 orang pembantu perpustakaan pks dan dan 11 penolong pegawai perpustakaan pkas telah di lantik, kesemua mereka ni di lantik memegang jawatan secara kontrak seslama 6 bulan dengan perpustakaan Negara Malaysia , selepas tu akan di sambung semula kalau di perlukan. 11 orang pembantu perpustakaan ni juga setengah adalah terdiri dari pembantu dan PAR yang dah berkhidmat di Perpustakaan desa dan juga bahagian lain, walaupun mereka ni terdiri dari kakitang pks
persekutuan tapi di tempatkan juga di perpustakaan pusat dan Kangar. Oleh kerana tu juga terdapat kekosongan di sesetengah perpustakaan desa, dan juga setengah yang di upgrade dari negeri ke perpustakaan desa persekutuan. NAnti akan ada pengambilan baru la.. nak ganti balik kekosongan yang di tinggalkan.

Hah banyak lak aku punya ceritakan? Almaklumlah.. dah dua tiga minggu aku mengelu, mencari dan menghimpun idea.. atau tak ade ape nak ceta.. nih dah ada la.. pastu takdak lak. Dua tiga ari lepas.. kat umah aku ada gak buat kenduri.. kenduri bersunat anak buah aku.. rasa macam buat sikit2 jer, tapi bila hari kenduri rasa macma besar la pulak, hari kenduri lak tu Athirah macam tak selesa je.. merengek sana, merengek sini, mungkin pasal panas dan jg pasal orang ramai kot, pasal tu tak selesa.. walau apa pun Alhamdulillah kenduri tu selamat di jalankan dan anak buah aku tu pon selamat dikhatankan. Walaupun kenduri kecik, tapi aku masih terasa kemeriahan dia, yer la dah sume sedara mara datang, pastu orang2 kampung pon datang aper tak meriahnya.. emm kalau mak aku ada, pastinya jadi lebih meriah lagi.. yer lah dia kan ramai kenalan dan rakan2, juga murid2 mengaji AL Quran dia tu, tentu lagi meriah! Yang anak menakan aku ni dah tak leh nak jejalan2, tak leh nak bergerak asyik main video games je.. dari pagi sampai la ke malam.. emm senang la bebudak la ni, tak ler boring sangat!
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Bila di ingatkan masa aku khatan dulu.. uhh hampir sebulan baru nak sembuh.. heh dalam 2 minggu tu asyik berkurung je kat umah, dengar kawan2 dok main kat luar, lagi la gelisah.. rasa macam nakbuang jer kain pastu pegi main.. yer lah nak pakai seluar dah luka lom sembuh, tapi nasib baik ler aku kuat iman.. :) kalau tak emm .. ntah la..

Photobucket - Video and Image HostingSetelah dah 5 tahun DYMM Tuanku Syed Sirajjuddin menjadi Agong, kini beliau balik semula ke NegerI Perlis.. kembali menjadi Raja di Negeri yang kecil ini. Semoga kepulangan Tuanku akan menjadikan Perlis lebih Makmur.

Udah ler.. aku letih dan lenguh dah tangan.. bila-bila lah pulak aku sambung!dah ler.. aku letih dan lenguh dah tangan.. bila-bila lah pulak aku sambung!

Menjunjung Kasih




Ampun Taunku!

Patik menjungjung kasih ke atas keberangkatan Balik kebawah Duli Tuanku berdua ke Negeri Perlis Darul Sunnah.

Semoga dengan pemerintahan Tuanku, Negeri Perlis akna lebih makmur dan maju.

Ampun Tuanku!

Tuesday, December 5, 2006

Tragedi Buah Epal

Tragedi Buah Epal

Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi
Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri

Anita Sarawak

ps...
Kerana itu mulai hari ni, aku kena banyak makan buah epal...