Monday, December 31, 2007

Salam tahun baru!

dah lama rasanya aku tak update disini.. hanya menghantar gambar sebagai bukti bahawa aku masih ada dan masih aktif berinternet.. tetapi aku kurang mendapat idea nak mengupdate kat sini.. tentu masih ingatkan bahawasanya aku masih mencari satu cara dan bentuk penulisa yang dapat menyedapkan orang membaca dan juga menyeronokkan untuk aku nak menulis disini..

setelah sekian lama tak menulis, jadi serba sedikit aku nak meriwayatkan apa yang telah terjadi kepada aku sepanjang aku mendiamkan diri ni, rinkasnya sebelum hari raya korban hari tu, mem aku eksiden, lebih tepatnya dilanggar orang, Alhamdulillah dia selamat dan pemandu serta penumpang kereta yang melanggar tu juga Alhamdulillah semuanya selamat. Kesahnya depa ni dari pekan Kuala Perlsi selepas pi survey tiket nak pi langkawi, mungkin dah amik tiket tapi masa perjalan dengan feri masih lambat deapat nak pi berjalan rumah rakan dan sedara dekat perlis ni lah kot, dan masa sampai kat simpang tu, mungkin depa ralit kot tak perasan yang keta yang mem aku bawak tu sedang berenti dok tunggu nak masuk simpang, kebetulannya jalan tu sedikit melencong.. jadi terus di langgar kereta mem aku bawak tu.. selebih adalah apa yang dipaparkan dalam gambar.

cerita raya pula, tahun ni macam biasa raya korban disambut dengan sederhana yang mungkin, dengan pakain yang direcycle dari raya puasa hari tu, sok pakai kejap sementara nak abis sembahyang, lepas tu pegi tempat orang buat korban, dan tolong mana yang patut, kebetulan kak aku ada buat korban, setumpuk saja..jadi aku tolong uruskan juga la, pasal tuan punya korban tak balik kampung, lepas dah di lapah dan di bahagi-bahagikan mengikut tumpuk-tumpuk, maka diserahkan kepada tuan punya yang buat korban.. dan tahun masaing-masaing mengagihkan sendiri tumpuk masing2.. jadi tak la banyak keja. Selepas dapat tumpuk tu bawak balik pi umah mak menakan aku yang juga buat korban seekor lembu dan juga ada yang tumpang dengan 3 ekor kambing buat kerja sekali di situ. Aku cuma pi tumpang timbang daging-daging tu untuk diagihkan.. daging tu semua dalam 12 kilo saja.. jadi boleh la bagi kepada 5 - 6 keluarga.. yang lain bawak balik umah, lepas tu orang yg tolong edar kan sama.. dan juga bawak balik umah mak mentua aku.

Dalam masa yang sama, semenajung malaysia dan sebahagian sabah dan serawak sedang musim monsun, seperti yang aku cita masa pergi makan kaenduri di Pahang tu, masa nak balik tu kan ujan turun lebat, lepas seminggu orang2 pahang tu lak mai umah mentua, kononnya nakbalas lawatan lah kan, tapi dek monsun dah datang, ujan lebat kat pahang jadi depa tak dapat balik, kawasan felda tu tak tenggelam, cuma jalan nak masuk ke felda tu dah tenggelam, menjadikan kawasan felda tu dah terkepung.. makannya jadi la orang felda terperangkap kat sana.. depa terperangkap kat sini. Semasa depa kat sini, banyak aktiviti yang dapat depa buat, yer lah dulu depa orang sini juga, cuma berkelana kat sana mencari kehidupan.. so dah berjaya .. sekali sekala daepa bali jugak kat sini.. bila teringat ank mancing kat, menjala dan segalanya depat balik la. kesahnya depat kt sini sampai la lepas krismas.. hampir 3 minggu!

Macam-macam tiap2 tahun juga, musim timur datang lagi... membawa seribu kenangan kepada aku khasnya.. masih terdengar bunyi daun nyiur yang bergersik bila ditiup angin, masa yang paling best aku dengar ialah masa bangun tido nak pi sekolah.. dengan susana sejuk, termasuk masa nak mandi pagi, buat kan aku berada hampir 1/2 jam dalam bilik air setiap pagi.. semuanya dah tinggai kenangan.. dok dalam umah la ni, bangun pagi pon dah tak dengaq gemersikan daun nyiur dah.. tapi rasa sejuk tuh.. huh memang mengesankan!

Tahun baru! Ahh tahun baru datang lagi, tapi kesannya dah makin kurang aku rasa, dah tak di sambut macam dulu lagi, kalau dulu menati detik 12 malam memang tak aku lepas, tu pun bermula bila aku dah kerja dan ada kenderaan sendiri.. dulu memang tak amik pot la... tapi bila dah keja, dah ada kawan, dah ada girlpren mula la berjinak-jinak nak pi tengok sambutan tahun baru. Tapi yang yang banyaknya sambutan bersama dengan kawan-kawan la.. tak mis pi tengok bunga api kat dataran merdeka ( padang bandaran kangar) bukan la aku celebrate bagai nak rak.. saja seronok berada dalam crowd dan tengok bunga api saja.. aku masih budak baik ( hu hu.. ) dan cuma sekali bersama sorang budak pompuan tu, tu pon selepas kawan-kawan aku dah kawin dan beranak pinak, tinggai aku terkontang kanting sorang-sorang.. nasib baik la ada awek tu yang sudi temankan aku.. tima kasih yekk.. tapi apakan daya.. jodohnya tak sampai.. lepas tu aku kawin.. dan tiada lagi sambutan tahun baru kecuali jika ada majlis rasmi je la.. mungkin bila Athirah dah besaq boleh bawak pi tengok bunga api! Dan malam menjelang tahun baru kali ni, aku hanya terkebil kebil sorang-sorang dok buat countdown depan tv, athirah ngan mak dia dah tido.. dah belum sempat aku habis buat countdown.. aku terlelap.. sedar-sedar dah pukul satu pagi.. he hee, pastu bangun masuk tido jer la...

Kalau korang nak tanya apa azam aku tahun 2008 ni, entah!! aku tak sempat berfikir, nak merancang arah perjalanan hidup aku tahun ni.. cuma aku akan menurut firasat ajer la.. ikut apa akan terjadi, berfikir mengikut keadaan dan bertindak bila di perlukan.. boleh? Dan untuk laman sangkelu tahun ni.. yer lah macam biasa aku cuba nak melakukan yang terbaik.. yer lah tempat aku nak berfikir, berborak, berbincang, mencari idea, meluahkan perasaan, juga meluahkan rasa perasan aku. Dan tahun 2008 ni juga tahun politik, dengan pilihanraya umum akan menjelang nanti, sedikit sebanyak perasaan, pemikiran akan banyak terarah kesana. Satu yang aku nak tegaskan disini, aku bukan lah peminat politik yang setia, aku minat bila dalam keadaan tertentu, contohnya dekat-dekat musim pilihanraya, juga minatku kearah politik tempatan juga tidak begitu menjurus.. cuma sebagai sorang anak jati negeri, ingin melihat perubahan kepada kemajuan di negeri tempat lahir aku, nak kemajuan macam negeri lain, nak sejehteraan yang sama, nak melihat satu politik yang orang lain boleh tumpang, dan macam macam lagi tentang politik tempatan yang bermain dalam benakku.. satu tempat yang aku boleh berbincang sesama anak negeri ialah di http://www.anakperlis.com walau pun pandangan aku agak mudah, dangkal dan tak menjurus tapi aku boleh berkomunikasi dengan mereka.. so sekarang aku banyak ralit kat situ.. dok hantar pos, gambar, pandang dan bermacam-macam topik yang dibincangkan khusus tentang negeri kesayangan ku. Jadi salah satu sebab kurangnya update.. aku banyak ralit kat situ..

Akhir kata..
Selamat Tahun Baru 2008, semoga kejayaan bersama kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi, moga-moga kita akan jadi perkasa dalam apa jua bidang yang kita terlibat.

Tuesday, December 25, 2007

ee.... takutnya!


Mungkin yang tu athirah bercakap dalam hati dia..
bila tengok lembu-lembu yag dikorbankan..
tapi perasaan nak tau.. menyebabkan dia sepi beribu bahasa
orang kata, tak terkutik, tak bergerak...
di depan lembu yang dah terkorban..
Posted by Picasa

Edisi korban 1428H




Posted by Picasa

Sunday, December 9, 2007

Masa senggang itu...



















Hari sabtu dan ahad.. adalah sedikit masa senggang aku.. masa dimana aku dapat buat apa yang aku nak buat, apa yang aku ingin buat dan apa yang aku boleh buat.. pendek kata sekerat hari untuk diriku.. iaitu hari sabtu pagi, petangnya bersama Athirah dan kak aku, malam besama berempat aku, athirah , mem aku dan kak aku. Besok Ahad bersama keluarga sebelah mem aku petangnya sampai awal malam sebelum athirah tido.. itu jer la aktiviti aku..

Ok minggu ni dah ada masa senggang, boleh jugak aku merayap-rayap sebentar, pertamanya aku pi amik burung ayam-ayam yang di pesan di Kampung Padang Besar Selatan, lepas tu gi hantar umah mertua aku pasal ada orang Pahang nak makan.. lepas dari hantar tu aku merayap pulak ke Kuala Sungai Baru dan tengok ada pertandingan memancing. Hmm entah la sapa yang anjurkan aku pon tak pasti.. cuma harap aku jangan jadi macam tahun lepas.. iaitu insiden buang kereta penganjur ke laut pasal peserta di tipu dengan hadiah yang tak ujud..




















Lepas jengok-jengok di Pantai Sungai Berembang tu.. aku terus ke Kangar nak gi amik kak aku.. aleh2 nampak lak ada satu acara ni, Pelepasan Felda Rally, sempat lak aku jengok-jengok sekitar tu, tak der la apa-apa pun cuma ada pelepasan kereta oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis YB Azam. Nak tau maklumat lanjut pegi la sini.

Petangnya tak ada apa rancangan so aku umah, tidurkan Athirah.. boleh la aku gi mancing ikan puyu.. tak da la jauh2 aku pegi, mancing depan umah saja.. dalam 2 jam mancing ujan lak turun, dapat la 5 ekor puyu yang kecik besar.. dah ujan masuk mandi jer la..


















Besoknya.. pagi pegi merayau kat Jitra, mama Athirah nak beli baju raya kat dia.. so jalan jer la.. bagus punya Athirah dia tak tido sampai la pukul 2 Petang.. jadi kami balik jer la.. kesian gak kat dia kan, mata dia dah layu benor dah.. sampai jer umah.. lepas tidokan Athirah sempat juga pegi makan kenduri kat Kampung Kolam Raja.. tinggal kan athirah kat Mak Ngah dia.. kami naik moto jer lah pasal jalan kampung dan pasti payah nak parking punya..

Balik makan kenduri, balik ke Sungai PAdang sekejap.. sampai athirah ngantuk.. lepas tu balik .. masuk bilik jer la.. esok dah nak keja.

Posted by Picasa

Tuesday, December 4, 2007

MBJ satu harapan

morning glory.. senyuman di pagi hari

Kemarin (semalam) ada Mesyuarat Bersama Jabatan (.. atau Majlis Bersama Jabatan).. yang mana satu perjumpaan dengan semua staf termasuk staf di cawangan dan juga Perpustakaan Desa. Mesyuarat kali ni aku rasa sedikit excited dan teruja, bila aku tahu satu perkabaran.. dan aku sedang menantikan satu pengumuman dan juga kesahihan dari pihak pengurusan. Perkabaran ini membawa berita yang baik aku rasa, dan aku sedikit memberi harapan, harapan seperti bunga yang mengorak kelopak di waktu pagi dimana memberi ketenangan kepada orang yang melihat dan mencuri sekuntum senyuman mereka.

Perkhabaran ini aku terima dai seorang kawan dan juga sahabat.. yang mana cara penyampaian nya seolah-olah pembawa satu utusan dari pengurusan yang mana beliau sebagai wakil penerima utusan tu, namun perkhabaran tu masih samar-samar..dan masa MBJ tuh, perkara ni langsung tak di sentuh.. adus..penat aku menanti, akhirnya kuciwa lag, mungkin belum ada berita dari pihak tertinggi jadi selagi tiada pengumuman dan kesahihan itu dari pihak pengurusan, tiada lah terdaya aku nak mengkhabarkan disini.. jadi tidak kemana-mana jua entry ku ini..

Saturday, December 1, 2007

Little green monster!


Please dont make me angry
I know U dont like
when i'm angry!

Posted by Picasa

Roda sentiasa berputar

ada gak ada, yang penting kita ketawa,
ada gak ada, yang penting kita gembira..

sekarang miskin, siapa tahu esok kaya,
sekarang sengkek, siapa tahu besok tokek,

roda kan berputar,
kadang di bawah, kadang di atas..

suka gak suka, enaknya suka-in saja,
enak gak enak, enaknya enak-in saja...

Sesungguhnya roda sentiasa berputar, kadang membawa kita ke atas, dan kadang-kadang membawa kita kebawah. Sesungguhnya kita sentiasa beringat bahawa dalam kehidupan ini kadang-kadang ianya seperti roda kejap kita berada diatas di mana kita boleh buat apa saja, melakukan mengikut kehendak nafsu, mengikut kata hati.. lepas tu lebih teruknya kita lupa apa yang ada di bawah, bahkan kita tekan dan tindas dibawah, seolahnya kita akan sentiasa berada diatas, tapi roda sentiasa berputar.. bila kita ralit, bila kita terlalu mahsyuk berada diatas kita lupa bahawa suatu hari kita akan berada di bawah juga.. di tekan, ditindas, busuk , masam semuanya kita akan rasa.

Moralnya!
1. Aku gayat bila diatas!
2. Jangan suka menindas.. bila ditindas baru kita tau!
3. Jangan terlalu banyak melangut ke atas.. nanti sakit tengkuk.
4. Walaupun diatas maupun di bawah, masing-masing ada kerja yang harus diuruskan, jangan kacau kerja orang lain.. tak baik!

Friday, November 30, 2007

Apa yang aku fikirkan?





















Jadi...
apa yang aku fikirkan..?
aku ni jenis yang suka bersendiri?
jenis yang suka angan-angan?
suka memberi pandangan yang berbeza dari orang lain?
jenis yang berfikiran yang orang tak nak fikirkan?
jenis yang suka bagi idea, kerah orang buat keja dan hanya tolong di belakang
jenis yang ketegar?
orang yang tak pandai bercerita?
jenis boleh menerima keadaan seadanya?
boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan?
yang hanya menangis dalam hati dan senyum di luar?
jenis ego dan pentingkan perasaan sendiri?
jenis yang reserved pada setiap keadaan untuk pertahanan diri pada setiap keadaan?

entah lah apa yang aku ikirkan tentang diri ku..
siapa aku..
untuk apa aku dilahirkan..?
misteri yang aku terus cuba selongkar
misteri yang aku cuba nak selesaikan
dan rasa pencarian itu satu perjalanan yang jauh..
yang aku tak dapat selesaikan
dalam satu keadaan..
dalam satu masa..

Tuesday, November 27, 2007

Entah.. apa-apa lah.


Kawasan parking kereta!
Eh ni pon kereta jugak kan
?
Sebenaqnya tak tahu nak cite apa pun.. cuma saja-saja je.. sekarang ni musim cuti sekolah.. tentu la aku sibuk sikit (sikit saja..) tapi masih kategori luar dari kebiasaan. JAdi tiada la aktiviti nak merayap-rayap ke tempat lain.. duduk saja kat sini .. apa lagi merayap sana merayap sini jumpa lak teratak ni jadi dok lepak sini jer lah, merapu meregheben, bertukar pendapat dan ilmu..

Cuti sekolah ni memang la musim kenduri, bertapa banyaknya kenduri, ada bermacam-macam kenduri. Ada kenduri kahwin, ada kenduri bersunat, ada juga buat kenduri kesyukuran nak pi haji dan bermacam-macam kenduri kesyukuran lagi. Lepas ni tambah lagi kenduri korban pulak. Ari ni ada dua kenduri , satu dekat pejabat, dan satu lagi kenduri umah adik beadik dekat Padang Jamil (.. em yang ni aku tak pasti ada berkenaan dengan Che Jamil.. Che Jamil madu tiga tu..), Padang BEsar Selatan, Jalan Kuala Perlis. Aku pegi satu je, kat Padang Jamil tu.. tu pon dah pukui 3 dah..
Posted by Picasa

Thursday, November 22, 2007

Aww Chak!! Teka siapa saya?


ini lah Athirah, bila dapat suatu baang permainan bau, diakan bermain sepuas-puasnya lepas tu dia akan tinggalkan.. sekarang nih dah makin pandai berposing pulak, bila dia nampak kita pegang kamera, mesti dia kerenyeh sampai ke telinga, lepas kita snap gambar dia , kalut nak tengok sama, lepas tu dah nampak gambar dia mula la tertawa berhak-hak.. abis tu sapa tak tergoda dengan peangai dia.. sapa yang tak jatuh hati.. ?
Posted by Picasa

Monday, November 19, 2007

1440: Satu perjalanan

1440: Suatu Perjalanan.

16.11.2007.
Pukul 5.00 pagi, aku dah bangun, maklum lah nak memula kan sat perjalanan yang jauh, ke satu tempat yang aku tak pernah pergi, haluan kami adalah ke Felda Purun daerah Triang,Temerluh, Pahang. Selepas mem aku masak lebih kurang, termasuk juga sarapan buat mek tirah tu juga, masa ni mek tirah masih lagi lena.. jadi tak da masalah la mak dia nak memasak dan juga bersiap.. lebih kurang pukul 6.30 Tok Nyang si Athirah telefon, bagitau ada kematian sedara depa dekat umah di Sungai Padang.. so terpaksa la bertolak lambat sikit..

Lebih kurang pukul 8.30pagi baru kami bertolak ke Temerluh, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8-10 jam akhirnya menjadi 12 jam ialah bila berkonvoi walaupun 2 biji kereta, tapi ada anak kecil dan juga ada orang-orang tua ni bermacam-macam halnya terjadi, setiap dua jam akan terpaksa berhenti, nak pegi tandas, dak makan, nak mengembut semuanya ada, dan bila dah beenti sekurang-kurangnya akan mengambil masa setengah jam, jadi perjlanan nih mengambil banyak masa jugak la.. oleh kerana tak da apa-apa event yang perlu dikejar sangat so kita orang rilek2 la.. bawak pon ngam-ngam ikut peraturan.. sempat berkelah di Hentian Tanjung Malim berkelah dulu, makan-makan dan sembahyang dulu.







Dalam pukul empat petang baru sampai ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) setelah melalui jalan berbukit ikut laluan Batang Kali.. uhh seram juga tapi control ayu jer la.. nasib baik tak berasap brek.. tapi dalam masa tu juga ada la sebuah kereta yang brek nya berasap.. sampai terpaksa berenti tepi jalan.. aku pon first time ikut jalan tu, tak der pengalaman.. cuma nasib baik ada pak mertua aku tu, dia ada pengalaman so.. dia la banyak beri tunjuk ajar.. he hee . Perjalan di LPT mengambil masa sejam lebih dan berhenti di Hentian sebelum keluar ke Temerluh.. emm masa tu dah pukul 6.00 petang dah.





Destinasi kami seterusnya ialah bertolak ke kawasan Triang, yang mana disitu la terletaknya kawasan Felda Purun.. bila dah masuk pekan Temerluh ni aku ingat dah dekat nak sampai dah la.. rupanya perjalanan mengambil masa hampir 2 jam lagi menlusuri sepanjang Sungai Pahang, suasana mula samar-samar nak senja, dan juga kerana di naungi dahan-dahan pokok sepanjang jalan, masih ni Athirah baru jer terlena selepas kali dia tertido dalam kol 10.30pagi masa atas Lebuh Raya Utara Selatan, lepas tu bangun terus dia berkicau sampai kol 6 baru tido lak. Masa dah masuk kawasan Triang tu sekitar pukul 7 lebih dah, hujan lebat sepanjang jalan, sampai tak nampak jalan, aku ikut berpandu lampu merah belakang keta depan tu.. masa kami masuk ke Kawasan Felda Purun, hujan dah berhenti.. kami sampai RUmah Pengantin dalam Pukul 7.45 malam.. lega aku..

Bila dah sampai, kena siapkan buaian kat Athirah, dia dah bangun masa sampai, tapi masih lali nak tido balik.. dah siap buaian.. letak je , dia sambung tido lak.. mesti letih dan ngantuk sangat la tu.. Pak dia remain steady lagi walaupun drive sepanjang jalan dan hari. Dah lepas rilek dan mandi sumer, dah masuk Isyak.. dalam kol 9.30 malam majlis akad nikah bermula.. aku sempat jugak sibuk-sibuk pi tangkap gambar sama.. maka jadi la kameraman berkain pelikat malam tu! Ingatkan dah abis akad nikah,abis makan, abis la acara malam tu, rupa-rupanya ada lagi acara... ada marhaban la.. lepas tu ada karaoke lagi sampai la pukul 12.30.. punya la kuat pasang PA System.. sampai Athirah terjaga.. Dah abis karaoke lega rasanya.. kot2 boleh nak tido.. tapi athirah lak tak mo tido, ntah la pasai apa, mungkin kerana orang ramai kat umah tu, yang lelaki masih dok bersembang, yang pompuan masa ni baru nak masak kek la dan ntah apa2 lagi, samapai la pukul 3 pagi.. athirah masih lagi tak tido.. last-last ntah kol berapa kami tido pon tak tahu.. peluk Athirah sampai dia tertido.. kalau tak masih dok berjalan satu umah.. yer lah dah bising, dah tu cerah lak umah tu..










17.11.2007 - Hari Kenduri

Aku bangun pukul 6.00 pagi masa tu, tengok masih lagi ramai yang terlentok.. so bangun sembahyang Subuh dulu lepas tu baru mandi.. lepas mandi dah pukul 7.00 pagi.. sarapan pagi pon dah ada.. sempat juga depa gorang nasik yang lebih semalam. Dalam suasana kampung yang masih gelap dan berkabus tebal tu, aku habiskan 2 pinggan nasi.. hu hu sodap makan pagi2 macam ni.. dah makantolong lebih kurang jer la.. pasal lauk pauk dan di masak semalam lagi dah, tinggal nak buat lemak nangka dan gulai tulang jer la.. pastu masak nasik.. dalam kol 12.30 lebih kurang.. dah boleh makan.. dan majlis makan kat sini rupanya pendek saja, dalam pukul 2.30 dah tak de orang.. Pengantin tiba dalam pukul 1.00 tengahari.. sebelum tu dalam pukul 10.00 pagi diadakan Majlis Berkhatam Al Quran untuk pengantin dan adik dia.. pastu sekali lagi diadakan Marhaban oleh suri-suri rumah pulak... petangnya tak dak rancangan apa so, kami sempat merayau dalam kawasan Felda Purun ni dan pi rumah kawan mem aku. Terkejut jugak dia macam mana boleh sampai, emm yer lah lepas dua tiga kali dapat panduan baru la sampai.


















Malamnya juga tak de apa rancangan, yer la masing-masing dah letih, termasuk juga pengantin bau yang letih basuh peiuk belanga yang diguna untuk memasak siang tadi. Dalam pukui 10.00 masing masing dah pancit dah. Termasuk juga Athirah, walaupun siangnya dia banyak tido, malam pon dia tido lagi. mungkin letih berjalan agaknya. Juga jenuh juga dia melayan karenah budak-budak kat rumah ni yang suka dok nyakat dia..

18.11.2007 - Makan besan & bertolak Ke Shah Alam

Macam biasa sekita jam 6.15pagi aku dah bangun dah, lepas sembahyang subuh, dah pakat-pakat bangun, dah masing-masing ada acara chit chat bermula, dengan bermacam-macam topik yang keluar.. dan topik yang hangat di bicarakan ialah sekitar perihal Rancangan Felda, masalah dan sebabnya terjadi, juga sekitar bab kelapa sawit dan sewaktu dengannya. Perbincangan awal pagi ni berlarutan bila roti canai kampung made dan kopi dihidangkan.. sudah tentu bila makan kopi perbincangan menjadi lebih hangat bukan kerana topiknya tapi kerana kopinya.. he hee

Dalam pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak ke rumah pengantin lelaki bagi acara makan besan.. jalan yang besimpang-simpang, berbelok-belok serta turun naik bukit tu, agak memayahkan kami yang kurang biasa, tapi bagi tuan rumah dan kerabat adalah perkara biasa. Perjalanan yang mengambil masa dalam 10 - 15 minit tu bukanlah jauh, tapi adat bawak pengantin tak der la bawak laju-laju, sementelah jalan yang kurang biasa dilalui.. mek Tirah ni pon macam biasa, keja dia nak jalan je, smp umah pengantin lelaki dia round satu rumah, jenuh la dok cekup dia. Smapi jer terus acara makan-makan bermula, kami makan sambil dok cekup athirah yang buas tu.. bila habis makan diadakan sedikit doa.. makan si AThirah pon bersibuk-sibuk sama mengaminkan doa..'Aminnnnnnn' dia yang paling kuat dari orang lain tu telah berjaya membuat orang lain tertawa.. (nasib baik tok imam yang memimpin doa tu tak tergelak sama)




Dalam pukul 2.30 petang baru la kami bertolak ke Shah Alam. Dalam perjalanan tu kami singgah kat sebuah kampung nih untuk beli ikan patin, untuk di masak kat umah kak aku, untuk rekod.. aku lom penah makan masak lemak ikan patin.. tak per la aku try sekali ni. MAsih singgah beli ikan kat tebing Sg Pahang, hujan turun dengan agak lebat. Selepas beli ikan kami terus sambung perjalanan mengikut jalan lama Karak. Tiba kat Shah Alam dah pukul 8.00 malam.




19.11.2007 - Putrajaya & Balik Rumah

Hajat kami ke Shah Alam ni bukan sesaje dah singgah umah kak aku, tapi nak ke JPA kat Putrajaya untuk buat pengiktirafan sajil bagi IPTA mem aku ni, kami baru dapat tahu yang sekarang ni perlu buat pengiktaran SPA untuk minta kerja kat Jabatan Kerajaan. Kalau tak mungkin sijil depa tak di iktiraf kot, pengiktirafan sijil ni boleh juga di buat secara pos tapi sudah semestinya akan mengambil masa, alang-alang dah lalu dekat situ, terus ajer la pergi. Kami bertolak dah pon pukul 10 pagi.. dan pegi SPA pun tak lama, dalam kol 11.15 dah siap.. dan lepas tu terus nak brtolak balik. Kerana tak tahu jalan, kami mintak tolong kak dan abg ipar aku la bawak pi Putrajaya, sempat juga singgah kat Alamanda. Dan lepas tu nak gi makan nasi ayam kat Seksyen 11, pusing sana, pusing sani.. masuk jalan sana, sini smpai dah dekat tol nak menghala ke Utara.. emm rupanya dah tersalah jalan.. dah sampai dekat tol , kami terus jer lah menghala balik, kensel makan nasi ayam.. mungkin lom ada rejeki la kot.. tak pa la.. lelain kali la pulak.




Perjalanan balik ke Perlis baik-baik saja, tak der hujan, tak der rintangan sangat pon, kami singgah dua tiga tempat jer.. tapi tak la bawak laju-laju, sampai kat Perlis dalam pukul 9.30 malam.. singgah kat umah mertua aku kejap pastu terus balik.. dampai umah dalam kol 10.40 malam. Adeh letih you..



Friday, November 16, 2007

Selamat Pengantin Baru!


Selamat Pengantin Baru
Buat kawan aku Rizal dan Pasangan nya..
Maaf tak dapat hazir kerana ada majlis lain yang lebih mendesak!
Posted by Picasa

Thursday, November 15, 2007

Bercuti


DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA
SANGKELU AKAN BERCUTI
DENGAN INI DAERAH INI AKAN DI TINGGALKAN SEMENTARA
DIJANGKA AKAN DIHUNI SEMULA
MINGGU DEPAN

HARAP MAKLUM!
sebarang pos dan mesej akan diambil tindakan kemudian.

Terima KAsih
Posted by Picasa

Tuesday, November 6, 2007

musim pertukaran musim - winter wind




Lom ada update...
sori aaa...
ada satu gi utang..
esok kita raya dulu...
nanti kita sambung lagi..
moga2 sempat la..

++
kalau tak minggu depan la..
isk la ni ketaq sungguh,
sejuk sangat,
nak mandi pon segan.
adakah itu tandanya ..
winter wind dah mai?