Sunday, January 28, 2007

Berlari..

kadang kadang kita cuba berlari,
berlari dengan laju,
tanpa menoleh ke belakang...
tapi,
kita tak sedar, malah tak tahu,
ke mana arah destinasi kita,
kemudian,
kita mencari..
kenapa harus aku berlari?,
kemana hendak ku tuju?,
akhirnya,
baru tersedar,
apa guna kita berlari dengan laju,
jika tiada tujuan,
tiada destinasi,
dan tiada sebab,
kesudahannya,
kembali pada asal,
kembali pada titik awal,
dan kembali ke tempat asal,
bukan ke mudah?

Sunday, January 21, 2007

Sekilas pandang


Hah Tak suka aku nak ngata kan orang, maleh aku ... tetapi kadang-kadang ada juga perlu yang kita renungkan.. benar juga kata orang tua-tua " Matlamat tidak menghalalkan cara" jadinya jika kita nak berbuat sesuatu yang baik, seharusnya kita berusaha dengan cara yang terbaik juga.. jadi semua orang boleh mendapat kebaikan juga.

Aku tak bertujuan nak mengatakan apa yang dilakukan ini salah, dan sesungguhnya aku juga tak berhak dan tidak boleh mengatakan nya salah cuma apa yang aku katakan adalah dari padangan ku sendiri, pendapat ku sendiri bahawa ianya adalah tak bersesuaian.. tak bermaksud semuanya salah.. so apa komen korang..?
Posted by Picasa

Saturday, January 20, 2007

Salam Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah

Ya!, di sana sini orang akan menyebut tentang hijrah.. sebenarnya pernah kah kita terpikir, apa itu hijrah, dah apa peranan hijrah dalam kehidupan seharian kita, dan aper pentingnya hijrah kepada kita sebagai umat Islam?

Dengan merenungi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa peristiwa hijrah ini kita akan dapat memperkuatkan mental dan fizikal serta keazaman untuk memperjuangkan Islam. Kerana kalau Nabi sebagai seorang manusia yang telahdirancang dan disempurnakan kejadian dan sifat-sifatnya oleh Allah terpaksa melalui dan merempuh jalan yang begitu sulit dan sukar untuk menegakkan Islam dan segala isi pengajarannya, apalah yang ada pada kita yang lemah ini untuk membolehkan kita mengelak dan terlepas daripada ditimpa kejadian yang serupa. Secara logiknya kita akan menerima lebih banyak masalah dan halangan kerana ia bukan sahaja fitrah perjalanan sebuah kebenaran dan keadilan tetapi ditambah pula dengan kelemahan-kelemahan yang ada pada kita sebagai insan biasa. Oleh itu kalau ada yang bermimpi menegakkan Islam tanpa berdepan dengan kesulitan sudah tentu agak sukar untuk diterima dan semacam mustahil. Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mamduhah. Oleh itu Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali hamba-Nya. Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak lakukan perubahan dan berkorban?

Di atas dunia ini apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, potong sana dan gali sini, luruskan mana yang bengkok, timbun mana yang berlubang dan sebagainya. Inikan pula kita hendak mendapat jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentulah banyak pengubahan dan pengorbanan yang diperlukan. Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan alamru bil ma'ruf wannahyu anilmunkar. Iaitu mengubah akidah syirik kepada tauhid, mengubah zat pencarian yang haram kepada yang halal, mengubah sikap mendewa-dewakan manusia kepada mendewa-dewakan Allah Azawajalla. Bukanlah kerja maninan yang boleh dilakukan sambil lalu. Dia memerlukan hujah yang jelas, hala tuju yang diterima akal, menyebabkan Nabi SAW. sendiri rela meletakkan diri baginda di dalam keadaan yang serba sulit dan bahaya. Sehingga baginda telah diancam untuk dibunuh, ditangkap atau dihalau oleh musyrikin Mekah. Kenapa sampai begitu sekali ancaman yang terpaksa diterima oleh baginda?

Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Nabi datang membawa perubahan ke arah jalan yang lurus. Yang memerlukan terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat perubahan bermula dengan perkara yang pokok yang besar-besar seperti akidah dan perundangan hinggalah perkara-perkara lain yang lebih kecil tetapi menjurus dan boleh memberi kesan kepada kebaikan yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang besar yang telah diubah dimulakan dengan masalah dasar hidup (akidah) seperti ketuhanan dari amalan syirik menyembah berhala diubah oleh Nabi supaya manusia menyembah Allah, kezaliman ditukar kepada keadilan, huru-hara diubah kepada keamanan dan kedamaian, amalan penindasan sesama makhluk ditukar kepada pembilaan dan kesaksamaan dan berbagai-bagai lagi. Malah bagi perkara yang lebih kecil pun diubah oleh Nabi SAW. seperti hari niruz atau perayaan menyambut tahun baru di kalangan masyarakat jahiliyah ditukar menjadi dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji, daripada suka menyimpan misai tanpa janggut diubah supaya mengekalkan simpanan janggut dan menipiskan misai. Nama-nama orang yang membawa makna yang buruk atau hodoh seperti Abdulkhail (hamba kuda) ditukar kepada Abdul Khair (hamba yang baik), bayaran maskahwin yang mahal ditukar menjadi lebih murah, supaya kehidupan seks tidaklah berkisar di kalangan orang-orang yang berduit semata-mata. Kemurahan itu menyebabkan kehidupan menjadi senang dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Kesimpulannya terlalu banyak perubahan oleh Nabi SAW. dalam usaha untuk mendapat siratul mustaqim. Kesemuanya ini memerlukan kefahaman yang mendalam dan juga pengorbanan jiwa dan azam yang tinggi. Oleh hal yang demikian, kalau ada suara-suara yang mengkritik perubahan yang dibuat sekarang untuk mendapatkan siratul mustaqim dengan mencontohi Rasul SAW. maka itu menunjukkan bahawa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak faham kandungan ajaran Islam dan tidak faham makna dan hakikat dari peristiwa hijrah walaupun mereka juga menyambut peristiwa hijrah. Dalam hal ini Rasul SAW. telah mengambil sikap dan pendirian yang sangat jelas. Baginda tidak pernah berputus asa dan merasa keciwa dengan kritikan musuh-musuh baginda yang sering mengkritik dan menentang baginda sewaktu baginda melakukan perubahan. Segala-galanya terpaksa baginda lakukan sehingga sanggup berhijrah meninggalkan anak isteri, tanah air, harta benda dan kaum keluarga semata-mata kerana mahu melakukan perubahan dan menegakkan Islam. . . .

Oleh hal yang demikian, kita sebagai umatnya tidak mempunyai pilihan yang lain lagi kecuali kita mesti mengikuti jejak langkah baginda bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai umatnya di dunia ini. Kita bergerak dan bekerja untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat kita masing-masing supaya kepincangan di dalam akidah dan sosial dapat diperbetul dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat kita daulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya sekiranya Islam itu hanyalah berkisar di atas sembahyang, puasa sahaja maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing., di tempat tertutup. Tetapi oleh kerana Islam melibatkan pembetulan-pembetulan sana-sini, penyusunan semula masyarakat, sampai ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan supaya Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh Nabi kita melalui peristiwa hijrah ini. ..

dipetik dari http://members.tripod.com/~rostam97/9099/909913.html



Kadang-kadang kita perlu juga merenung, mencongak dan juga menetap satu keputusan, menetap arah hidup, juga hala tuju perjalan kita bersempena Hijrah. Malahan perlu juga kita membuat check and balace atas sesuatu yang kita telah lakukan di sepanjang tahun lepas dengan berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Sedang kan pada tahun baru masehi ( orang putih) bagai nak rak menetap azam, aras kehidupan, perjuangan dan sebagainya.. apa kata kalau kita mengambil keberkatan seperti hari dimana Rasulullah memulakan perjalan Hijrah.. maka kita juga memulakan hijrah mencari kebaikan dan keberkatan. Semoga kita akan berjaya di dunai dan juga akhirat! Amin....

Wednesday, January 17, 2007

Athirah moving out..

So... setelah beberapa lama mencari aura, mencari pikiran, serta mencari panduan.. namun akhirnya aku kelu juga, tiada aura mendatang, tiada panduan yang aku dapat.. juga tiada pikiran yang menjenguk di kalbu.. so aku buat fikiran yang aku akan keluarkan athirah dari public.. jauh dari tatapan orang.. semoga akan ada yang berpuas hati.. dan ada yang menjadi suka hati.. namun bagi aku tiada secalit perasaan marah, kesal, maupun berduka...

Jadi athirah takkan menghiasi blog ini ( entah ke sementara , entah ke selamanya.. aku pon tak tahu..) , biarlah aku abadikan athirah di satu ruang yang sulit.. dimana aku bebas untuk bermegah dengan diriku, menangisi perit hatiku.. dan bermuram durja ... dan jangan bimbang yang elok, yang ranum, yang hensem dan lawa serta gumbira akan ku khabarkan kat sini..

jadi,
bergumbira lah..
bersenang-senanglah..
tiada apa lagi perlu di hebohkan..
tiada apa lagi di war-warkan..

Saturday, January 13, 2007

Di hujung minggu..


Hujung minggu...

Di mana orang lain bercuti,

Di mana orang lain beriadah bersama keluarga,

Bersama anak dan isteri,

Aku bekerja,

Walau hati ku berada di rumah,

Bersama Athirah yang sedang riuh merangkak sana sini,

bersama isteri yang sedang riuh melarang Athirah itu dan ini,

Tak pa la,

Demi sesuap nasi,

Demi permainan yang hendak di main Athirah,

Aku akan terus bekerja...

Monday, January 8, 2007

Laluan ku..

Hari ni, aku terpanggil untuk menyatakan satu pertanyaan yang bermain dibenakku, semenjak dua menjak ni, ada satu persoalan yang membuat aku bertul bertanya-tanya untuk mencari jawapan, tapi aku belum juga mendapat jawapan, jadi aku nak bertanyakan pada semua yang mendatang kat sini, pada pendapat korang semua la, adakag elok atau tidak elok meletakkan gambar anak banyak2 kat sini? Cuba korang responkan kat aku sat.. aku betul-betul memerlukan jawapan ni.

Sebelum tu, disini secarang terbuka aku nak menyatakan bahawa sa nya aku tidak pernah berniat untuk berbangga dan membangga kan diri akan kehadiran anak ku ini, tapi yang ada pada ku hanya semata-mata kesyukuran yang tak terhingga, juga amat berterima kasih ketas isteri ku kerana sudi menjadi sorang ibu kepada anakku. Tak pernah aku berniat nak menyinggung mana-mana pihak dan juga tak pernah aku berniat nak menunjuk-nunjuk kepada sesiapa.

Aku ada alasan sendiri untuk aku letakkan gambar anakku, maupun keluarga ku.. dan jika sesiapa yang memerlukan alasan itu untuk mendapat kepuasan, sila ym aku. Dan sekali lagi aku memohon sapa2 yang dapat memberi pandangan tentang elok atau tak elok meletakkan gambar banyak-banyak kat sini, tolong bagi respon, kerana amat memerlukkannya. Komen boleh di letakkan di dalam ruangan komen atau di chatbox..

Terima Kasih
 Posted by Picasa

Sunday, January 7, 2007

Laluan teduh.....

Sudah lama aku tak mengunjungi laluan ini..
Dulu,
Disinilah tempat aku berjalan.
Merenung masa depan,
Menilai masa lampau,

Malah disini juga tempat aku berangan-angan,
Macam mana la aku nak membentuk,
sebuah kehidupan yang ku idamkan..

Kini laluan ini,
Makin teduh,
Makin redup,
makin sunyi,
Sewaktu aku mengunjunginya..

Mungkin,
Sudah terlalu sarat kerinduannya akan diriku,
Mungkin sudah begitu pasrah akan kemungkiran ku mengunjunginya,
Atau mungkin sudah lupa aka diri ku...

Ahh..
Bila aku akan kembali mengunjungi kembali laluan ini,
Sudah teramat rindu rasanya,
Bermain di gigi - gigi laluan ini,
Beramah dan bermesra seperti dulu.. Posted by Picasa

Saturday, January 6, 2007

Friday, January 5, 2007

Dari hijau..

Dulu..
Bagaikan hamparan karpet...
Hijau semuanya...
Sejauh pandangan..
Hingga ke kaki langit..

Kini..
Sudah ternoda..
Tiada lagi kehijauan..
Yang tinggal hanya tunggul-tunggul,
Yang berceracakan..
Kontang dan kering..
Yang tinggal hanya rasaksa kuning..
Menodai hijau semalam,

Tapi,
Raksaksa itu lah,
Penghubung kepada rezeki..
Pak Tani... Posted by Picasa

Thursday, January 4, 2007

Kalau lah!

Our Ref: ( JMM.RML06/701/10 Jld 14 ( 92 ) )
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBATDikeluarkan pada: 11.00 pagi 04/01/2007
SEKSYEN A AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)Dikeluarkan pada: 11.00 PAGI 04/01/2007


Bagi Negeri Sarawak, hujan sederhana yang berlaku di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dijangka berterusan sehingga hari Sabtu (6 Januari 2007).
Di negeri Sabah, hujan sederhana dijangka berlaku dari masa ke semasa di Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pantai Barat, Pedalaman dan WP Labuan dan berterusan sehingga 7 Januari 2007

SEKSYEN B
NASIHAT HUJAN LEBAT ( PERINGKAT KUNING )Dikeluarkan pada: 11.00 PAGI 04/01/2007
Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, hujan menyeluruh dan kadangkala lebat dijangka berlaku mulai hari Jumaat 5 Januari 2007 sehingga hari Isnin 8 Januari 2007. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan dibeberapa tempat dan menjadi lebih menyeluruh serta lebat mulai hari Sabtu 6 Januari 2007 dan berterusan sehingga hari Isnin 8 Januari 2007. Bagi negeri-negeri lain di Semenanjung dijangka kadangkala mengalami hujan sederhana untuk tempoh tersebut.


Issued by Malaysian Meteorological Department Ministry of Science, Technology & Inovation04/01/2007

Kalaulah...
Betul apa yang berlaku,
Terjadi apa yang di duga..
Datang lagi musibah..

Semuanya,
Akan jadi sejarah,
Akan jadi kelam kabut,
Akan berkeriau di sana sini,
Akan berduyun suyun meninggalkan rumah,

Semuanya adalah dugaan
Kepada kita insan yang kerdil,
Tak guna berkeriau,
Tak guna berkeriau,
Tak guna beresak..

Jangan lupa,
Bersyukur juga,
Walau dugaan mendatang,
Walau musibah melintang,
Tapi 'Zat' Nya tetap ada..

Wednesday, January 3, 2007

Tahun Baru!

Tahun Baru...
Hari kerja pun baru,
Dengan azam kerja yang baru,
tapi..

Hati masih lama...
Semangat pun lama,
Masih di takuk lama...