Thursday, March 29, 2007
Friday, March 23, 2007
Tinggal Lagi
Tuesday, March 13, 2007
Aww Chak!!!
Ok Sangkelu akan bercuti sampai Senin depan, esok start sibuk kat tempat kenduri, dah tu lak tak de apa nak repot sangat.. cuma nak bagitau blog ni akan berehat sementara..
pstt!! athirah dok try Baju kurung pertama dia, come kan? Baju ni sedondon ngan pihak sebelah lelaki sekeluarga.. untuk perempuan saja la.. lelaki? emm nampak gayanya tipis harap.. he hee!!
Sunday, March 11, 2007
Selamat bertakhta!
Dengan kemenangan itu, peserta berusia 30 tahun berasal dari Kampung Nesam, Perlis membawa pulang hadiah keseluruhan melebihi RM170,000 termasuk sebuah kereta TD 2000 bernilai RM145,311.Beliau juga menerima wang tunai RM20,000, barangan elektrik tajaan Aowa bernilai RM6,485 dan trofi. Sebagai juara, beliau turut memperoleh tawaran mengacarakan program sendiri di saluran Astro yang formatnya bakal ditentukan kelak. Kemenangan peserta pertandingan itu ditentukan sepenuhnya oleh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.Beliau yang ditemui media selepas selesai pertandingan itu berterima kasih kepada penonton yang menyokong perjuangannya selama lapan minggu hingga memperoleh gelaran Raja Lawak Astro.“Saya juga ingin berterima kasih kepada ‘otai’ lawak iaitu AR Badul, Datuk Jamali Shadat, Jalil Hamid dan Sabri Yunus yang banyak memberi teguran sepanjang menyertai pertandingan ini.“Tanpa teguran dan tunjuk ajar mereka, saya tidak mungkin dapat bertahan hingga ke peringkat akhir. Mereka mengajar saya erti berlawak yang sebenar malah, membentuk diri untuk menjadi insan seni profesional,” katanya.
Jejaka kelahiran Kampung Nesam, Kangar, Perlis itu berjaya mengenepikan dua calon pilihan penonton Zizan dan Johan selain Angah dan Tauke.
Bahkan nasib Yus yang berusia 31 tahun itu bagaikan sudah terkubur apabila persembahan pusingan pertamanya yang menggunakan tema nyanyian lagu Bollywood mendapat kritikan pedas pengarah filem Aziz M. Osman.
Aziz menggelarkan Yus sebagai badut yang cemerlang tetapi gagal sebagai pelawak.
“Saya memang lemah semangat ketika itu kerana sangat teruja untuk membuat persembahan pada malam ini,” jawab Yus apabila ditanya perasaannya ketika mendengar teguran Aziz itu.
Buktinya juga, raut wajah Yus terus berubah bagaikan terguris dengan komen itu.
Namun Yus yang merupakan anak yatim piatu itu bangkit pada pusingan kedua apabila menggamatkan penonton dengan telatah kanak-kanak lurus bendul.
Apa yang pasti, pengalaman Yus dalam bidang teater dan penari kebudayaan berjaya diaplikasikan untuk memvariasikan idea kreatifnya.
Dengan kemenangan itu, Yus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta TD 2000 bernilai RM145,311 dan turut menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik AOWA dan trofi. Paling istimewa, Yus berpeluang mengacarakan program sendiri di Astro Ria kelak dan kontrak tiga tahun sebagai artis di bawah naungan Astro.
“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Astro kerana berjaya mencungkil bakat saya. Apa yang saya lakukan dalam Raja Lawak ini demi arwah bapa dan ibu saya.
“Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua pengundi saya,” katanya pada sidang akhbar sebaik program berakhir. Sementara itu, empat peserta lain turut menerima barangan elektrik AOWA dan pakej percutian.
Apa yang membanggakan, program realiti terbitan Astro yang dihoskan oleh dramatis Sharifah Shahirah berjaya meraih jumlah undian SMS sebanyak 275,000 sejak memulakan siarannya setiap Sabtu mulai 23 Disember lalu, pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro RIA.
Pelawak terkenal A.R. Badul selaku ketua bersama Datuk Jamali Shadat, Jalil Hamid dan Sabri Yunus Empat merupakan tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai otai.
Thursday, March 8, 2007
Ntah! Apa-apa saja la...
Lagi minggu depan kat umah mentua aku ada majlis kahwin adik ipar aku, tu la pasal kot, yang sibuk takketahuan hala tu, skrg ni tiap2 petang dok memanggilmakan kenduri, ada la dua tiga buah kat kampung aku ni, yang sebelah adik beradik aku tu kena juga, pastu yang sebelah mentua aku yang dok dekat2 situ pun kena panggil juga, yer lah dah orang wakilkan.. kena juga la.. amanah tu!! Start next week juga balik je dari pejabat, kena la pi umah mentua aku, tengok-tengak kan apa yang nak kena buat, heh hee kena jaga gak tu... mem aku tu lagi la sibuk, ari tu pi beli bunga la (bunga plastik la), pastu nak kena buat hantaran, pastu nak kena pasang curtain la.. itu la ini la, hah sibuk gak jadinya..
Satu hal, yang aku dok pikiaq panjang ni, masalah si athirah ni la, emm dalam minggu ni kesian lak aku tgk dia, balik umah jer, dalam kol lapan lebih dah tido, lena sampai tak berkalih-kalih, mula-mula tu tak per la, aku ingat pasal dia baru baik demam mungkin dia letih, tapi kan sehari dua ni.. ada keluarga dia mai, bawak cicit sekali.. pastu guna lakbuaian athirah.. pastu kan suatu hari tu mem aku pi jengok masa tengahari ( spot check la!) , dah la tak bagi minum air masak (?), tengok botol dia masih lom bertukar air.. ( pasal paginya kami masukkan madu lebah campur ngan air tu jadi kaler dia lain sikit.. kalau biar lama, air akan jadi masam la) pastu athirah lom tido pun.. kat atas buaian tu ada cicit dia.. pagi ni buaian pon tak der kat tempat biasa tu, mesti ada kat dalam bilik, guna utk cicit dia, emm bukan la aku kesah pasal buaian tu.. tapi takkan sampai tak bagi athirah tido..? kalau di biarkan mmg takkan tido athirah tu.. masa mem aku pi tengok tu, dia kata athirah dah ngantuk, tapi cicit dia sedap tido kat dalam buaian! Entah la. bengang jga aku tengok.. kesian juga kat athirah!
Entah la, apa la aku nak buat, sesekali tu ada juga dengar mem aku kata, macam ada dengar sindir2 tak nak jaga ( aku harap aku dan mem aku salah dengar), tapi yer la juga lama juga dok dengar dia cakap tak larat pasal athirah ni lasak juga budaknya.. dah tu dia lak sakit lutut.. emm aku pon curiga gak ni, pasal perlukah aku bertanya dengan lebih lanjut? betul kah itu satu hint tak nak ngasuh dah, may be cucu dia nak suruh ngasuh cicit kot, pasal cicit tu baru 3 bulan, tentu la tak lasak lagi kan..?
Emm nampak gayanya aku perlu cari option saja! Cari je nursery yang dekat2 ngan tempat keja.. senang aku gi antar dan amik, tapi makan modal la sikit kan, dulu pon aku berharap dalam setahun kalau leh biar lah athirah dok ngan orang ngasuh.. tapi ntah la..
Wednesday, March 7, 2007
Said I Loved You...But I Lied
Said I Loved You...But I Lied
You are the candle, love's the flame
A fire that burns through wind and rain
Shine your light on this heart of mine
Till the end of time
You came to me like the dawn through the night
Just shinin' like the sun
Out of my dreams and into my life
You are the one,
you are the one
Said I loved you but I lied
'Cause this is more than love I feel inside
Said I loved you but I was wrong
'Cause love could never ever feel so strong
Said I loved you but I lied
With all my soul I've tried in vain
How can mere words my heart explain
This taste of heaven so deep so true
I've found in you
So many reasons in so many ways
My life has just begun
Need you forever, I need you to stay
You are the one, you are the one
Michael Bolton
--------------------------------------
Huh!
Pagi ni kan, semasa orang balik dari hantar kak orang pi keja, terdengar lagu ni kat Sinar FM, isk termenung sejenak orang, terlintas lak kisah-kisah lama, kisah zaman-zaman bujang, zaman-zaman muda belia, zaman di mana orang kesepian dan bercinta bagai nak rak.. last2 apa pun takdak.. kadang-kadang orang tersengih, kadang mulut muncung, kadang -kadang nak tergelak pon ada.. habih tu nak kata apa? tak kan nak layan kesah lama sampai frust menongeng kan? he hee.. sesekali dok pikiaq gak.. kadang-kadang manusia tu lebih dok pikiaq yang yang depa hendak, selalu tu bila kita hendak.. kita hendak jugak-jugak.. sampaikan kita tak pikiaq orang hendak ke tak kat kita, kita juga tak pikiaq apakah yang kita tak dapat tu adalah terbaik untuk kita,.?
Emm bila dah pikiaq balik, timbang pi, timbang mai.. apa yang kita ada tu lah yang terbaik, dan pendapat kita adalah pembentuk masa depan kita.. tambah pulak dah ada anak, jadi Athirah akan overwrite atas semua permasalahan.. so itu la..
Friday, March 2, 2007
Alhamdulillah
Orang kata, bebudak yang tengah naik ( sedang meningkat usia) memang selalu demam kekadang tu sebulan sekali, bukan pasal apa, pasal hendak mendapat akai (akal), aku cuba la perati2kan apalah akai yang anak aku dapat, emm satu yang pastinya, dia dah nak mula melangkah, walapun masih berpegang di dinding, kerusi dan apa saja agar mudah dia berdiri. Satu lagi dia ni tak leh di bangkang (sanggah) membebal jer keja dia, kekadang tu sampai melalak.. riuh satu rumah dibuatnya.
Satu lagi yang aku syok sangat ni, mak ngah dia ni dah mula concern dah sikit, dulu tak de sangat dia peduli.. tapi semenjak dua menjak ni dah makin ok, emm siap leh bagi air untuk buat jaram (?) athirah masa demam hari tu.. lega aku!