Friday, August 31, 2007

Jalan-jalan di pantai

Merdeka... merdeka..!!

Selepas semalam tengok kereta berhias... sampai umah tak lena lagi.. dok layan tv saja sampai kol 2, emm aper taknya.. kat luar umah tu bising, bebudak moto tu baru balik dari tengok bunga api merdeka.. bisingnya ya amat.. siap leh dok wheelie kat depan umah aku.. mujur la athirah tak jaga.. kalau tak ni maunya aku lastik diorang ni.. paginya aku kena berkawad pulak... alah takder berkawadnya.. berjalan saja.. dah tu pegang bendera kecik.. sampai depan orang-orang besar tu (dif-dif) ... goyang-goyang ajer.. so tak der berkawad pacak tu.. em panjang lak tahun ni.. dah jadi 90 orang staf berkawad.. so hampir semuanya masuk.. kalau yangbertanding kawad tu dalam 37 ajer kot.. meriah jadinya.. dalam kol 11 tu abis la semuanya.. rinkas betul... yer lah dah ari jemaat.. pakat nak pi semayang ooo.. takkan nak semayang masjid negara lak.. ?

Petangnya... tak da projek nak pi mana, jalan-jalan jer lah kat tepi laut tu.. sekali tengok, isk rama beno doklepak kat tepi laut ni, bermacam ragam ada, yang meniaganya, yang bawak anak bini berjalan, yang bawak girlpren dan boipren berjalan pon ada. Tapi sayang fasiliti kurang la pulak, jalan kecik, tempat berniaga kurang sesuai( dah banyak kali kena operasi, tapi masih beroperasi, kalau tak kasi beroperasi, kena sedia tempat yang elok untuk beroperasi, ni.. tak kasi-kasi.. tempat elok, orang berhimpun kat situ.. mesti la strategikkan..?) tempat parking pon tak dak... kalau tak kena gaya ada abang pacak tunggu.. tak kasi parking kat tepi jalan.. hi.. nasib-nasib..

Tapi kalau korang naik ke hala kuala sungai baru ( yang tadi tu dekat kuala perlis) boleh parking lak.. pasal dah siap tambak dah.. dah tu ada sedikit tempat pasir.. ( ler dah pantai berselut.. nak wat gena kan..) tapi kalau korang pandai cari, cari kuala sungai Kurung Tengar nih, ada pasir.. ada chalet.. ada bot nelayan, ada hutan bakau, dan ada pos polis.. haa kat sini kami pi lepak ngan athirah.. leh tankap gambo lagi.. tapi sayang ayaq surut.. nampak tanah jer la...

Posted by Picasa

Thursday, August 30, 2007

Merdeka ke 50!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50!

Betapa kita sedar, betapa kita akur, kemerdekaan menjadikan kita sebagai seorang kita, bukan menjadi hamba kepada orang lain, menjadi kita pemikir pada kita, bukan memikir mengikut orang lain.

Dan, sejauh mana kita merdeka?

Baik dari segi zahir, maupun dari segi pemikiran? Merdeka kah kita kalau macam mana nak dapat makan percuma, nak dapat hadiah dari cabutan bertuah, bukannya mendapat habuan dari hasil usaha kita sendiri.

Dari segi imannya merdeka kah kita kalau kita masih lagi mencuri?, mencuri dalam mengerjakan ibadah, mencuri kudrat kawan-kawan dan juga mencuri masa dalam membuat pekerjaan?..

Entah la..
Mungkin banyak yang perlu kita pikirkan...

Puteri di malam merdeka

Yeah.. malam ni malam merdeka.. ingat nak bawak Athirah pi tengok kereta berhias.. yer la.. bukan senang, bukan selalu ada keta berhias ni, ni sempena jubli emas ulang tahun kemerdekaan malaysia ni kan..?
Petangnya lepas amik athirah kat TAsKA dia tu.. dok control nak bagi dia lena.. emm tapi tak lena-lena gak.. mungkin dah puas lena kot..

Kol 7.00pm..

Ahirah masih ok.. mata masih cerah, dan masih aktif bermain. Dah siap makan.. jadi kang dia tak lapar masa nak pi tengok kereta berhias.. kalau lapar pon akan dibekalkan dengan biskut dan susu..

Kol 7.20pm..

Mama dan abah dah siap mandi, makan serba sedikit, Athirah masih bersembang dengan angah dia, masih aktif.. tapi.. dah mula dok genyeh-genyeh(?) mata.. isk dah ngantuk ker?



Kol 7.45pm...


Mama dan abah dah siap sembahyang, emm athirah nampak nya dah tiga suku lali, emm nampaknya nelepas la dia nak tengok keta berhias.. so bawak masuk bilik.. tidurkan ajer... dalam kol 8.15 lebih dah tertidur...



Kol 8.30pm..


ngan mama, nak pegi tak ni, athirah dah lena.. (athirah kalau dah lena ni susah nak jaga gak.. melainkan kalau dia panas, terlalu bising.. atau banyak nyamuk).. emm dah alang-alang dah siap ni jom lah pegi jugak.. tinggal athirah kat angah dia.. siapkan semua susu dia.. in case kalau jaga..



Kol 8.45pm..


ada kat tempat keta berhias tu.. dekat jer.. jabatan aku ada juga buat keta berhias ni join dengan pejabat lain.. (kes jimat kos la ni.).. dapat juga aku snap gambar-gambar keta berhias.. bersama dengan puteri-puterinya sekali..( gambar jer la...) tapi yer la.. dah kamera murah ni.. gelap jer la gambarnya



kol 11.00 pm..


balik umah.. athirah baru dok golek2.. cari susu.. emm nasib baik... bancuh susu.. tido balik..


Posted by Picasa

Tuesday, August 21, 2007

Cuti sekolah datang lagi

Cuti sekolah datang lagi,
Berduyun-duyun budak budak datang kemari,
Ada yang membaca,
Ada yang bermain,
Ada yang berlari,
Ada juga yang tengok tv.

Kepala ku pening sendiri,
apa taknya,
dah la dok sendiri
,kena susun buku sendiri
,kena buat aktiviti,
kena tengok budak berlari,
kena tengok budak tengok tv,l
ast-last aku juga belum makan lagi....
Posted by Picasa

Monday, August 13, 2007

Ketumbit dimata.. ketumbit di hati


Aduh sakitnya,..
Begitulah..
Sakitnya Ketumbit dimata
dapat ku cari penawarnya..
Kalau ketumbit di hati,
Bagaiman nak ku rawat...??
Posted by Picasa

Monday, August 6, 2007

Lingkaran Halo...

GEORGETOWN: Fenomena Halo iaitu lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, dikesan di beberapa tempat di bahagian pulau negeri ini, petang semalam.
Kejadian itu yang dikesan di antara jam 2.15 petang hingga 2.30 petang, menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya luar biasa.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menganggap kejadian itu sebagai fenomena astronomi biasa tetapi boleh mengundang padah jika dilihat terlalu lama.

Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Santhira Segaran, berkata sesiapa melihat matahari secara berterusan ketika fenomena itu, berisiko menjadi buta kerana cahayanya boleh merosakkan retina.
“Tidak ada luar biasa mengenai fenomena itu kerana ia berlaku bila-bila masa apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan.

“Cahaya itu tidak berbahaya kepada tubuh badan, namun jika melihatnya terlalu lama, ia boleh merosakkan mata dan menjadi buta,”katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas lanjut, Santhira berkata, fenomena halo mempunyai pelbagai jenis, termasuk halo optik yang biasa terjadi apabila ada wap air atau ais di ruang udara.
“Ia berlaku tidak lama, dan tidak membimbangkan,” katanya sambil memberitahu jabatannya tidak merakam fenomena itu.

Sementara itu, pegawai Pusat Falak Sheikh Tahir, Hardi Ahmad, berkata tiada fenomena astronomi seperti gerhana matahari berlaku, semalam.

“Apa yang dilihat itu kemungkinan jerebu sehingga matahari tidak kelihatan seperti biasa,” katanya.

Berita : Berita Harian
Arkib : normasmadi

Hari ni Fenomena Halo jadi di Perlis.
Apa lah petanda,
apakah symtom,
hanya Dia yang tau..
kerana Dia yang boleh membuat segalanya.
Posted by Picasa