Sepanjang penulisan aku selama ni, aku rasa kureng sangat, tak dapat memenuhi kehandak aku sendiri, abis tu macam mana orang lain nak puas hatikan? Aku penah letakkan satu garis panduan, macam mana aku nak tulis blog, macam mana aku nak gunakan ayat bagi manampakkan blog aku ni mudah untuk orang paham dan juga seronok, tapi masalahnya aku sendiri pun kurang puas hati, jadi terus la aku jadi seorang pegembara untuk mencari satu identiti untuk gaya penulisan aku.. entah la sampai bila aku kan bertemu.
Friday, September 28, 2007
Penulisan aku burukkan?
Sepanjang penulisan aku selama ni, aku rasa kureng sangat, tak dapat memenuhi kehandak aku sendiri, abis tu macam mana orang lain nak puas hatikan? Aku penah letakkan satu garis panduan, macam mana aku nak tulis blog, macam mana aku nak gunakan ayat bagi manampakkan blog aku ni mudah untuk orang paham dan juga seronok, tapi masalahnya aku sendiri pun kurang puas hati, jadi terus la aku jadi seorang pegembara untuk mencari satu identiti untuk gaya penulisan aku.. entah la sampai bila aku kan bertemu.
Wednesday, September 26, 2007
Dah nak raya ..?
Isk... baru 15 hari puasa, dan suasana nak sambut raya dah mula terasa, dari segi persiapan individu yang nak raya, membeli belah untuk keperluan diri, anak dan juga isteri/suami, lepas tu ken juga sediakan peruntukkan untuk buat kueh mueh la, lepas tu untuk rumah lagi ( termasuk juga lampu yang lip lap,lip lap tu... mau pun lampu pelita minyak tanah tu). Buka apa seronok dengan kemeriahan nak sambut raya la tu.
Selain dari tu, kalau kita bersiar-siar kat gerai-gerai, kedai-kedai, emporium, supermarket dan hypermarket serta seumpamanya, promosinya dah bermula dan semakin rancak, bermacam-macam pulak barangan yang di jual, dari kegunaan sendiri, baju-baju, kueh muih ( utk orang yang tak berkesempatan nak buat sendiri @ atau segan!! :) ) dan bermacam- macam keperluan lagi.
Tapi kekadang tu juga yang menariknya persaingan sesama media, baik surat khabar, setesyen-stesyen radio maupun televisyen. Heh hee panjang nya intro, padahal aku nak syer iklan proton nih, korang tengok dan buat la penilaian sendiri...
aku nak berenti sat... tak tahan dah..
waaa kaaa kaaa.. kaaa.. waaa kaa .. kaaa
tak der update 2..
Kadang-kadang kita nak nulis banyak-banyak, biar terang apa
yang ada dalam hati, kadang-kadang kita nak cerita semuanya..biar semua orang
faham dan mengerti, kadang-kadang kita nak berbisik pada awak, agar awak tau
yang kita suka kan awak, suka sangat... jadi kerana itu kita mintak maaf ler kan
pasal..>>>>hari ni tak der update.:)
Tuesday, September 25, 2007
Semangat raya!
Dalam.. dok seronok-seronok.. (read.. bukan seronok sangat) dok berhias ni ada juga insan yang kurang nak gemar dengan kegiatan kami ni, asyik komplen jer keja dia, macam tokong la, membazir letrik la... dan juga bermacam-macam macam lagi, isk tak kuasa aku nak tulis kat sini, korang paham-paham le sendiri, dia nih macam tu la tak penah yang berkenan di hati dia, ada saja salah orang.. dah tu kalau diam tak per, ni komplen, bukan komplen berdepan.. komplen kot belakang, pastu orang lain lak tolong sampaikan.. isk sungguh tak der keja orang itu.. ader ka dia komplen kat bos kata pasang lampu hiasan tu membazir letrik. Adakah orang itu tak mengenal mood, sentimental value ka.. teruja dengan suasana ka..? Bagi aku senang jer.. bila kita hias, walaupun sedikit dapat menukar mood kita, kembali ceria, kembali pada zaman dulu2.. yang mana dapat merangsang fikiran.. tak der la dok mandom macam tu saja...
Berbalik muka buat donno tu, dah ada sok sek tak bagi pasang lampu hiasan tu, bua donno jer la, selagi bos tak kuar arahan, tak keterlaluan hiasannya, tak keterlaluan bising nya ( dengaq lagu raya), apa la salah nya, aku tengok budak-budak pon happy jer... tapi ntah la, ari jemaat ni ada MBJ.. mesti bos ada kata apa2.. tak per lah.. pastu kita bincang lain yer.. tapi kan aku tak leh masuk MBJ esok.. ada keja lain.. (projek besar.. bina masjid tu) .. jadi minggu depa la tunggu dengar cite..
Berbalik dengan ceta si Athirah, sekarang ni kala berbuka posa, dia tumpang sekaki la, kalau tak sapa nak jaga kan, dah la famaili kecik.. jadi kalau berbuka masing2 tak best la kan.. sunyi jer.. Em, first day posa tu, kalaut la aku pi kedai perabut cari kerusi baby yang macam kat kedai makan tuh, emm kalau nak makan atas lantai, abis la anak dara aku tu godam semua.. buas nih! So masa bebuka tu letak jer la atas kerusi tu, bagi dia pinggan dan nasih yang dah bergaul dengan ikan dan sayur tuh, dia makan jer la.. sambil main2 dengan makanan dia tu.. tak der la susah sangat nak kacau orang, tapikan sementara nak abis makan tu, nasi dah melambung naik sampai ke kepala la, abis la baju yang dia pakai tu, comot abis.. tapi tak per la.. sabo jer la.. buakan ada dua tiga orang anak gi, jadi layan aje la...
Emm tentu korang terperasan kan, semenjak dua menjak ni aku rajin la pulak update blog ni kan? emm aku pon heran juga, macam mana aku leh ter bersemangat nak update blog, adakan aku banyak masa terluang, adakah aku terlalu boring berada disini ( bahagian aku ni), emm ntah la nanti-nanti la kita bincang kan yer.. aku nak update siap2 kang, takleh masuk lak..
Monday, September 24, 2007
Tak de update....
Thursday, September 20, 2007
RM 10 je...
Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni..
Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung sikit, dak ikan nyok-nyok(?), and guess what..? semua tu baru jer RM10. hehh hee jimat tak..?
On the way balik opis aku singgah dulu kat umah, simpan ikan kat dalam peti ais,lepas tu aku jemur lak sabut kelapa nak wat bakar iakan nanti (basah.. pasal 2 , 3 hari lepas tu ujan lebat) dan rushing balik ke pejabat.. woo semua tu dalam masa tak sampai sejam.. waaa!!
isk ada lagi ceta pasal si athirah berbuka puasa.. nanti-nanti la aku ceta...
Wednesday, September 19, 2007
Adeh... ape keja la aku hari ni!
Sunday, September 16, 2007
Amaran Angin Kencang
SEKSYEN A (AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - PERINGKAT PERTAMA)
Angin kencang barat dengan kelajuan 40-50 kmsj yang berlaku di perairan Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak Utara dan Kelantan dengan ombak mencapai ketinggian 3.0 meter dijangka berterusan sehingga Rabu (19 September 2007).
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.
Heh.. bukan sahaja angin di dalam badan yang kencang.. angin di luar pon kencang juga.. hujan pon sesekali lebat juga..semenjak dari hari Jumaat hari tu lagi.. apa lagi sepanjang cuti ni, kira nak lena jer la.. nak tengok AST** tumanjang jer terputus siaran.. yer lah dah hujan lebat, awan tebai, dah tu nak wat apa? Tido jer la... isk sejuk gilooo nih..
Thursday, September 13, 2007
Hari pertama puasa
Semalam bangkit sahur kol 4.15pg macam biasa, walau pun sedikit terbabas.. tapi masih awal lagi kan... time-time bersahur ni.. kenangan tetap kembali semasa emak masih ada.. ramai sikit yang bersahur.. nih dah tinggai dua orang je, mek tirah ngan mama dia tido, jadi sahur dengan angah dia jer la.. kurang selera aku.. !!
Wednesday, September 12, 2007
Bersih Kawasan
Kerja-kerja membersihkan kawasan perpustakaan, ini melibatkan pokok-pokok yang telah di tanam sejak perpustakaan mula berpindah ke bangunan baru sekitar Tahun 1988, jadi dah besar bangat dah pokok-pokok tu. Yang tak leh digunakan memang buang terus la.. tapi macam pokok mempelam tu InsyaAllah akan naik balik.
Sikelu (sangkelu) dan keluarga memohon kemaafan diatas sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah di lakukan. Kami juga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat pembaca yang beragama Islam. Semoga amalan kita diberkati.
Tuesday, September 11, 2007
Teropong Anak Bulan Ramadhan
Raja Muda Perlis, mufti dan Exco Kerajaan Negeri Perlis pon dok ada gi, depa tengah makan.. so snap 2, 3 keping.. balik la.. ari dah nak ujan.
Saturday, September 8, 2007
How to be a fine bowler ?
(1) Pastikan 'lane' anda.. ukur jarak sesedap rasa..
(2) Tenangkan diri... tarik nafas panjang-panjang..
(3) Maintainkan mental anda.. tumpu pada lane.. bend kan kaki anda.. rendahkan badan... dan...
(4) .. lepaskan ...
akhirnya anda akan dapat no 3 saja...
chesss!!
..
Tak per la.. lepas gian main boling saja.. tak leh nak pegang bowl.. pegang saja buah nyok tu.. buat macam bowl.. jadi la tuuu