Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009!

Sedar tak sedar, dah menjelang tahun baru 2009 Masehi, baru-baru ni juga telah menjelang tahun baru 1430 Hijrah, ahhh bertapa cepatnya masa berlalu, dan macam biasa bila menjelang tahun baru kita akan melengung (termenung) seketika mengenangkan apa yang telah di lalui sepanjang tahun 2008.

Awal tahun baru, kehidupan aku masih lagi seperti biasa, dengan seorang permata hati di samping orang tesayang, menjadi kehidupan yang dilalui penuh dengan warna warni, kehidupan yang cukup memberi wadah bahagia dalam dadaku. Menjelang bulan dua (Februari), perhatian banyak tetumpu pada piliharaya.. walaupun aku tidak terlibat secara langsung dengan kerja-kerja parti.. tapi keterujaan mencari pemimpin melanda dalam diri ini, bahkan bukan aku saja aku rasa, bahkan hampir semua rakyat Malaysia berasa macam ni. Pengalaman menanti keputusan pilihanraya kat tv walaupun tak sama macam zaman bujang di mana aku terus ke tempat pengiraan undi untuk dengar keputusan, tapi debaran mengejar ku sepanjang malam.. disamping tu juga ada juga peristiwa lain yang berlaku seperti tanah jerlus di Tambun Tulang, julung-julung kalinya aku sekeluarga pergi bercuti di Langkawi.. 

Sekitar Pilihanraya 2008
Melancong di Langkawi
Bulan Mac tahun 2008 agak membawak banyak kenangan manis dalam hidup ku, sebagai rakyat Perlis kami mengalu-alu kan perlantikan Mb baru Dato' Dr Mat Isa bin Sabu selepas di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuaku Raja Perlis.. dan yang lebih membawa makna dan juga berita yang amat mengembirakan ialah mem aku mengandung lagi, Alhamdulillah aku amat bersyukur atas limpah kurnia Nya.. 

YB Dato' Dr Mat Isa Bin Sabu, MB baru Perlis
bukti terawal mengatakan bahawa mem aku mengandung
Bulan April hingga september tidak banyak peristiwa yang berlaku, hanya tertumpu pada kerja-kerja seharian, di samping berulang alik ke klinik menghantar isteri aku buat check up bulanan dan mingguan, pegi ke klinik pakar juga klinik swasta untuk memastikan yang kandungan isteri aku dalam keadaan baik . 
klinik tempat mem aku selalu pi check
Hujung  September dan oktober Hari Raya di sambut dengan sederhana tapi cukup meriah dengan sanak saudara, dan menjelang hujung oktober dan lebih tepatnya 31.10.2008 jam 7.40 ptg Muhammad Anieq Nu'man di lahirkan bai menambah kemeriahan keluarga aku, satu pengalaman yang amat peibadi bila aku diberi peluang untuk masuk dalam bilik pembedahan menyaksikan bagaimana anieq nu'man di lahirkan. Kerna itu aku amat berterima kasih kepada isteri aku kerana melahirkan zuriat aku.. juga syukur ku panjatkan buat Nya di atas rezeki dan nikmatNya yang tak terhingga... dan sepanjang bulan November dan Disember ku banyak menghabiskan cuti untuk bersama keluarga sementara isteri aku masih lagi berpantang dan cuti nya yang panjang itu... Disember juga Hari Raya Korban di mana salah seorang dari rakan sepermainan aku telah di jemput ke HadratNya pada hari raya akibat terkena stroke... 

Anieq Nu'man di lahirkan
rakan sepermainan yang di serang stroke di pagi Aidil Adha..

..... ini adalah sebahagian suka duka dan peristiwa yang di tempuhi sepanjang tahun ini, sudah menjadi kebiasaaan atas setiap sesuatu yang suka ada dukanya, dan begitu juga setiap kedukaan ada hikmahnya.. semoga tahun yang mendatang ni lebih mmbawa sina dan harapan, agar murahkan rezeki dari NYA.............

Tuesday, December 30, 2008

Dah dua bulan Anieq Nu'man

Anieq nu,man dah dua bulan dah... tadi pi klinik nak check BCG dia...  baca selanjutnya di sini ..

Monday, December 29, 2008

Pagi nan berkabus...

Bangun awal-awal pagi nih kan, tengok kat luar gelap saja.. ingatkannak ujan lagi , selepas dua tiga hari ni asyik hujan saja, walaupun tak lebat tapi masih jugak hujan... bila dah cerah mata sikit baru la nampak akan tebalnya kabus pagi nih, dengan tiba juga teringat nak ambil gambar sambil jalan-jalankat depan rumah... jom tengok.. 
nampak tuh kabus masih lagi tebal.. lepas saja lampu trafik tu.. dah kabur pandangan
ini dari arah Kuala Perlis.. walaupun dah pukul 7.30pagi.. 
masih lagi berkabus dan lampu kereta pon masih terpasang
pandangan kampung di kesamaran kabus
dalam dok amik gambar tu.. baru aku perasan.. eh padi dah keluar la... 
jadi tak lama lagi pak tani akan berisi la poket depa.. :)

bukan yang tu saja aku jumpa.. tengok mempelam dah mula berbunga kembali 
dah ada yang berputik juga.. tapi bukan mempelam harumanis la.. belum tiba musimnya
di kejauhan.. masih lagi ternampak teratak sikelu..
okeh la dulu... nanti sambung lagi...

Sunday, December 28, 2008

Queensbay... Pulau Pinang

Hu huu.. seharian aku di Queensbay.. di mana yer? he hee di Penang la.. nampak dak ada Jambatan Pulau Pinang di sebelah tu.. Queensbay berhadapan dengan Pulau Jerjak.. hmmm ada apa ye kat sana..? Nanti la aku ceta.. sekarang ni dah penat wooo.. driving dari Perlis ke Penang.. 

Friday, December 26, 2008

Entry buhsan...

Okeh, pada pendapat kalian, jika membaca iklan macam di atas, adakah anda akan membeli tanah yang sedemikian ? Juga jika anda berjumpa parit yang demikian, ada anda akan lari dengan dengan penuh histeria? Mungkin juga jika demikian iklannya anda terus tidk jadi membelinya? Jika demikian.. anda tentu telah terpengaruh dengan perkataan 'gila' itu.  
Parit gila merujuk kepada orang-orang kampung ialah projek perparitan yang kecil (sebesar lonkang rumah sahaja) yang bersepahan di tengah-tenah bendang, bagi mengairi air ke bendang-bendang.. ia di kata gila adalah kerana parit ini sentiasa kering.. melainkan pada masa pengairan padi pada awal musim dan buang air di hujung musim... jadi logiknya memang di kata kan gila bila parit itu yang makan belanja berjuta-juta untuk di buat tapi sentiasa kering kontang.
parit nih pada musim padi mmg ada air, 
tapi bila air dah penuh kat sawah dia akan kering kontang la...

Sekian adanya entry yang buhsan ni, tapi mula-mula aku baca iklan tu memang dah aku gelak bagai nak rak dah, aku pasti bagi yang tak tau apa ke benda parit gila nih, memang akan cuak punya.. he hee 

Tuesday, December 23, 2008

Athirah dapat basikal baru...

Akhirnya, cadangan nak beli basikal kat Athirah berjaya juga akhirnya... boleh la dia belajar naik basikal pulak... 

dari blog Athirah..

Athirah dapat basikal baru...

Akhirnya, cadangan nak beli basikal kat Athirah berjaya juga akhirnya... boleh la dia belajar naik basikal pulak... 

dari blog Athirah..

Friday, December 19, 2008

Senyuman pertama Anieq...

senyuman pertama Anieq... 
bahagia aku tgk dia.. 

:-      dari blog Anieq

Senyuman pertama Anieq...

senyuman pertama Anieq... 
bahagia aku tgk dia.. 

:-      dari blog Anieq

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Tinggal..

Nurul, Puan Pengarah, Ayu dan Siti pada majlis jamuan
 persaraan latihan praktikal depa di perpustakaan
Hari ni baru lah aku masuk keja, selepas amik EL, cuti hujung minggu dan MC 2 hari... Alhamdulillah sakt-sakt kat urat belikat tu dah better rasanya, cuma tinggal sengal-sengal angin saja lagi, moga.. moga lepas ni akan beransur pergi lah sakit ni.. merujuk kepada gambar tertera diatas (ceh.. bilah jadih skemah nih..?) depa ialah tiga orang praktikal student dari Kolej Komuniti Tambun Tulang yang dengan selamat nya  mengharungi latihan praktikal di  perpustakaan ni, hari Jumaat hari tuh merupakan hari terakhir depa.. tapi disebabkan ku yang kesakitan itu, tak dapat lah berjumpa dengan depa ni... 
Jadi di kesempatan nih (kalau depa ada baca la.. )aku ingin nak ucapkan selamat berjaya, selamat menempuh dunia baru dan maafkan aku jika terdapat salah dan silap, tersalah makan dan minum, juga jika ada perkataan  dan perbuatan aku yang menyinggung perasaan depa... 

45 hari : Anieq Nu'man

Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. Anieq Nu'man dah 45 hari umur dia,... dari blog anieq nu'man

45 hari : Anieq Nu'man

Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. Anieq Nu'man dah 45 hari umur dia,... dari blog anieq nu'man

Monday, December 15, 2008

Anieq Nu'man dah ada IC

Kemarin, selepas 3 hari sebelum ni aku sakit kat bahagian belakang, entah la kena apa, nak pusing badan pon susah, nak tengokkiri kanan pun tersangkut-sangkut, nak tunduk juga sakit, bahkan kadang - kadang tu tersentap-sentap...  sebenarnya mula jadi pada hari Jumaat ari tu, sampai kan nak tunduk, nak rukuk lama-lama pon sakit ya hamatt.. jadi terpaksa lah aku EL.. dan kat tok imam pon aku amik MC .. apa nak buat dah sakit sangat.. lepas tu tido malam pon tak mo lelap asal terberalih posisi tido terus sakit.. terus terjaga.. 

Tapi esok tu lega la pulak, walau tak 100%, tapi boleh la kesana sini.. tapi kan bila tido malam dia sakit la pulak, nak berkalih sakit pon tak boleh, malahan nak bangun tido pun susah, terpaksa aku bangun secara menyenget, tu pon mengaduh sakit.. tak tahan aku.. jadi esok paginya (isnin) mau tak mau aku kena pi Klinik juga la.. suruh doktor check apa yang patut..  lepas tu yang kedua aku nak amik MC la... apa nak buat.. sakit ooo nak keja macam mana?

Sampai saja kat Klinik doktor Roh*m* tu, alamak ramainya orang, jenuh la nak menunggu, kang sakit meh  pulak la, jadi kami amik keputusan daftar dulu, lepas tu gi amik IC Anieq kat Pejabat Pendaftaran Kangar, walaupun pendaftaran di buat di Pejabat Pendaftaran Jitra, Kedah, tapi boleh di kutip (collect) di Kangar dengan syarat bagitau awal-awal la... Anieq nih memang anak kelahiran Kedah la... Alhamdulillah urusan amik IC nih tak la lama, masuk jer ada 3 orang yang menanti giliran nak amik IC masing-masing.. jadi tak la lama nak tunggu.. tapi kaunter lain ramai juga tu.. 
Pejabat Pendaftaran Kangar
ini dia dah dapat... 

lepas dah selesai di pejabat pendaftaran, baru lah kami patah bali ke Klinik Dr Roh*m*, tnegok orang dah tak begitu ramai, dah terlepas pon giliran aku, tapi dah daftar awal.. depa panggil selepas pesakit sebelum tu keluar, semuanya di periksa oleh doktor tu, tekanan darah tinggi la (err tekana ala-ala ok sahaja... doktor kata biasa la,degupan jantung aku agak laju jadi bacaan di sikit naik.. ), kadar dengupan jantung la, buat aku saspen saja.. punya lama di peksa sampai aku boleh bayangkan sekejap doktor akan bagitau yang aku ada sakit jantung.. hu huu.. tapi akhirnya doktor kata  tiada masalah jantung, cuma mungkin tersalah urat.. lega la aku... lepas tu dia bagi ubat-ubat kat atas tu, dan MC dua hari.. hehee lega lagi la aku... 

Sunday, December 14, 2008

Selepas pantang...

... adeh aksi mama Athirah ngan anieq.. sebaik saja lepas pantang.. masih lagi nak mintak tangkap gambo dia... tapi tangkap curi-curi, hari nih dah 46 hari selepas bersalin dan sememangnya mama dah tak dapat bersabar  untuk berdiam diri lagi... akhirnya nah jom kita pi Tesco Mergong Alor Setar Kedah... bukan beli apa beli pampers Athirah dengan KFC untuk Athirah saja... yang lain-lain berjalan-jalan sahaja termasuk Adik Anieq.. layan jer la gambar yang sikit ni... 

errr.. nak makan ape gi yek...?

"abah ni tak der keja lain yek..? gambo.. gambo.. gambo.. bila lah nak pencen amik gambo nih..?"

Friday, December 12, 2008

Hu hu.. edisi orang kuning..

Dua minggu nih, sebenar nya aku 'kedemaman', khayal kan pada sesuatu, tercari-cari aku kesana sini, berkejaran sana sini, bergegas ke Jalan Kilang ais Alor Setar, kemudian ke Kanchut pulak.. patah balik ke jalan Kilang ais kemudian patah balik ke Kanchut dan patah balik ke JalanKilang Ais.. adeh pimai pi mai tapi masih juga belom dapat.. adeh bila boleh dapat 'Orang Kuning ' itu..?
okey la... stop dulu intro yang fail subjek kefahaman tu.. 
Okeh macam ni aje lah, ada orang yangnak sponsor line Digi untuk aku, ok kan.. ? Jadi aku terima sajalah malahan amat aku alu-alau kan, malahan melebih-lebih pulak aku dengan mintak satu lagi line untuk mem aku, okeh lah kan? Jadinya kami sekeluarga dah jadi geng orang kuning la... jadi lebih menjimatkan kerana plan ni banyak la di punya bonusnya..  okey lah.. tgk je la duta Digi kami nih... he heee 

okey selepas siap register dapat lah dua pek Digi Pospaid ni.. 
Nak dapat ni , jenuh lah aku berkejar meyelesaikan bil Celcom yang la, menyebabkan aku di bar.. adeh Rm5.21 sen sajo yang membuatkan aku terpaksa berulang dua tiga kali.. he hee cabaran... cabaran

Eh siap ada slogan baru tu.. baru terperasan ...
"DIGI to[o] beautiful" (err ada orang DiGi terperasan tak...?)
Akhirnya bawak balik la aku bersama dengan belon nih yang athirah songlap dari stor kedai tu.. entah lah waktu mana yang dia masuk.. aleh-aleh bawak keluar belon yang berangkai-rangkai banyaknya tu.. hingga tak terkata tokei kedai tu.. akhirnya dapat juga bawak balik dua ... he hee 

Lepas abis semua tu, bawak lak Athirah gi City Plaza Alor Setar.. tengok pokok krismas.. tapi kan sekor Santa Claus pon takde..

errr Santa Claus tak de.. ngan poster Mickey kat belakang tupon boleh la bergambar..

Dah sampai umah, masih lagi dok pose aksi Duta DiGi.. hu huuuu

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Tinggal... Selamat Jalan sahabat.. !

Semalam aku ada buat satu entry pasal sorang kawan aku yang tidak sedarkan diri semasa melapah daging kambing di majlis korban di masjid dekat dengan rumah aku tu, selepas di hantar ke hospital ada yang mengatakan bahawa di dah stabil dan sedar. Paginya selepas sembahyang subuh, aku ada dengar yang orang buat keranda, hati aku jadi tak tenteram jadi terus aku pegi dan bertanya khabar, jadi benarlah seperti yang aku bimbangkan.. kawan aku ni meninggal pada jam 4.00 pagi tadi, jenazah dia pon dah sampai kat rumah... jadinya aku balik umah la.. terus siap-siap dan gi berziarah kat umah dia.. lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi masa tu.

Sampai kat dia tgk orang masih lagi belum ramai, yer la masih awal.. dah tu ada yang sibuk dgn urusan masing-masing, ada yg nak buat kenuri bersunat, kenduri korban dan macam-macam lagi.. ada juga yang terpaksa tunda majlis korban pasal pegi beziarah dulu.. macam majlis korban rumah mak sedara aku kat belakang umah tu, terpaksa di tunda sampai abis pengebumian kawan aku ni. Lebih kurang pukul 10.00 pagi baru lah mayat kawan aku di mandikan, dikapan dan di sembahyangkan, dalam pukul 11.00 lebih baru di hantar untuk di kebumikan di Tanah Perkuburan Behor Masjid dan di semadikan di sana.

Mengimbas pasal kawan aku nih, seingat aku mula mengenali beliau ialah semasa sama-sama mengaji Al Quran dengan Tok Lang Chin ( Hj Hashim Hj Danial) di Madarsah di Batu 5 Jalan Kuala Perlis, walaupun usianya lebih dari aku dan beliau masuk agak lewat rasanya dah tingkatan satu, masa masuk beliau sebenarnya dah habis mengaji Al Quran dengan ayahnya, tapi masuk untuk mengulang kaji dan juga untuk berkhatam Al Quran.. masa tu tahun antara hujung 70’an hingga pertengahan 80’an. Kampungnya yang hanya berselang sungai dan sawah padi dengan kampong aku memang menjadi kawasan permainan kami… balik dari mengaji Al Quran.. sama-sama main guli, mandi sungai, tangkap anak ikan, main tauk para, main wau dan seangkatan dengan nya lah.. kiranya sama-sama membesar.

Beliau dah lama mendirikan rumahtangga, tapi tidak di kurniakan anak, tapi dalam 3 – 4 bulan ni beliau telah mengambil anak angkat yang masih kecik, rasanya tak sampai 1 tahun lagi, beliau juga seorang yang kuat bekerja, mengusahakan bendang ayahnya, selain dari melibatkan diri dalam perkhidmatan pengangkutan am yang mana beliau banyak mengangkut padi ke kilang, barangan kenduri dan bermacam-macam barang lagi la.. pendek kata memang menjadi tempat pergantungan orang kampung, ini termasuk urusan subsidi padi, dan duit jualan padi.. kiranya orang kampong tunggu habuan sahaja masa musim menuai, yang lain semua dia uruskan… pemergian dia memang akan jadi kan ramai orang hilang tempat bergantung.. dan aku kehilangan rakan se permainan sejak kecil.. 

Walau apa pun, bagi pihaknya, dia sudah selamat berada di sana, apa-apa yang telah beliau usahakan, yang telah beliau kerjakan akan menjadi perhitungan antara dia dan Penciptanya, kita yang masih hidup tetap meneruskan perjalanan kita, entah macam mana pulak nasib kita.. semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman…

Al Fatihah.. 

Monday, December 8, 2008

Tragedi di Hari Raya Korban...

Dalam kemeriahan menyambut Aidil Adha@Raya Haji@Raya Korban ni, berlaku satu insiden yang aku kena catat di sini, dalam masa kerja-kerja menyembelih ,melapah dan menghiris daging kambing dan lembu korban ni, salah seorang kawan aku ni, telah tidak sedarkan diri semasa menolong kerja-kerja melapah kambing, anak-anak jemaah lain yang nampak terus membawa ke ruang luar masjid dan memberi pertolong setakat yang mampu, tapi tidak berjaya menyedarkan dia, dan ambulan pon di panggil.. 

setelah di masukkan air melalui drip, dia pon di bawa ke hospital, aku tak tahu keadaan dia, tapi daari kabar yang aku terima ada yang mengatakan  tekanan darah nya naik melampau, ada juga yang mengatakan yang akibat tekanan darah yang tinggi menyebabkan berlakunya pendarahan otak, walaupun begitu masih tidak terdapat berita yang sahih, yang pastinya dia masih belum sedarkan diri,  semoga kawanku ini akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala... 

selepas di masukkan air melalui drip, bersedia utk di hantar ke hospital.. 

sedang di masukkan ke ambulan

ambulan bergegas ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar

Tragedi kedua yang berlaku pada aku hari ni ialah, hilangnya gambar-gambar yang aku ambik semenjak dari hari Raya Aidil Fitri hari tu, aku dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena tersalah tekan button kat Picasa, menyebabkan aku terswap abis semua gambar-gambar lama (macam reformat balik memory kad la.. ) abis la hilang gambar aksi athirah dan adiknya.. juga gambar terbaru aku amik kat masjid semasa korban di jalankan, termasuk gambar lembu dan kambing yang disembelih, gambar aku dan Athirah di pagi raya.. abis semuanya.. naik pitam aku di buatnya... iktibarnya.. kena lah berhati-hati masa nak transfer gambar tu, jangan cari masa tengah Athirah dok kacau.. kalau tak mesti salah tekan button punya....

Tragedi ke tiga.. ialah entry ini yang aku buat di awal tadi, yang telah aku gubah sehalus budi bahasanya, telah hilang dengan tiba-tiba akibat dari Athirah yang mencemburui aku berada di depan PC nih, ada ka di off kan plug komputer nih, terus ilang entry yang aku buat tadi, macam tu saja.. adeh la.... sekali lagi macam nak pitam, jadi dapat lah entry yang agak pendek nih, yang tak sepertinya nih... terima sajal lah ye,...?