Menurut Mufti Perlis, beliau telah mengeluarkan surat kepada Tv3 untuk meyenaraikan program dan juga artis hendak di bawa ke Perlis, tapi tidakmendapat sebarang balasan menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menarik perhatiansemua pihak. Jadi bagi aku bukan sekadar menarik perhatian pelbagai pihak malah menarik perhatian seluruh negara .. heh nam yang makin popular ialah Faizal Tahir... nama yang disebut-sebut tidak mendapat kelulusan dari Mufti.. okeh meh tengok 'Youtube' nih..
Bagi aku,
Jabatan Mufti berhak mengeluarkan pandangan sebagai Institusi Islam, perkara-perkara yang difikirkan kurang sesuai dan elok di mata dan hati adalah lebih baik di hebahkan untuk pengetahuan semua, dan sebagai institusi penasihat kerajaan negeri mengenai hal ehwal agama dan adat istiadat melayu Perlis mereka juga berkewajpan mengingatkan kerajaan negeri, mengeluarkan pendapat dan garis panduan tatacara majlis. Namun kerajaan negeri juga berhak membuat pertimbagan demi kepentingan umum .
Kerajaan negeri juga harus mempertimbangkan sebaiknya teguran dan pendapat dari jabatan mufti demi menuju kearah menjadikan Perlis Darul Sunah, yang mendokong AsSunnah Wal Jamaah, yang mana sebelum ini di pandang sinis dengan alasan yang banyak perkara yang tidak dapat tangani, seperti masalah sosial dan juga kekhilafan lain!
Pihak TV3 juga patut mempertimbangkan juga semua ni sebelum menganjur program-program seperti ini, pendapat dari pihak berkuasa agama dan adat istiadat juga diambilkira demi keselesaan semua, bukan untuk remaja dan juga rakyat lain. Juga haruslah bukan semata-mata mencari ruang dan tempat yang tidak dapat di isi di negeri-negeri lain sahaja.