Friday, June 27, 2008

Jumaat di Perpustakaan




Posted by Picasa
Begini lah rutin setiap minggu di perpustakaan kanak-kanak, boleh memeningkan kepala, yang pinjaman dan pemulangan bukunya, yang jualan jajannya, yang aktivitinya... dah tu pulak ada pendaftaran keahlian perpustakaan dan kelab. Dah tu pulak ada aktiviti untuk kelab kanak-kanak perpustakaan, menjadikan hari Jumaat adalah hari yang tersibuk... oleh kerana ke tensionan sempat juga lah aku snap gambar-gambar nih untuk tuntunan awam...

Thursday, June 26, 2008

Jalan-jalan makan kenduri

Hari ni, aku pergi makan kenduri kesyukuran di rumah tok menakan (saudara) sebelah mem aku nih, pasal dia dapat pi buat umrah .. sebenanya tak dak apa sangat pon, biasa-biasa sahaja. Sampai sana dah orang mula makan dah, jadi aku pon tumpang sekaki lah, makan sekali, bukan ada apa sangat, ada kerabu buah mempelam, ada kari ikan, ada ikan temenung goreng, ada juga acar limau... hmm ok saja bagi aku, sambar jer lah.. lepas makan nasi depa bawa keluar bubur Asyura pulak, hmm layan sajala makan free kan?

Dalam masa makan ni keluar la macam-macam cerita, cerita pasal kereta masuk parit la, kisah van berlanggar la, kisah ribut malam semalam la, kisah dapat pingat emas dapat sejuta la, hm aku layan dengar sambil menyampuk sesekali saj ala, kang orang kata aku sombong lak kan. dah la aku pi makan kenduri masuk kampung pakai baju batik lak kan, ada unsur-unsur YB nih.. he hee depa ada gaya-gaya nak sembang politik la.. hmm depa ni antara orang kuat parti bulan, jadi aku selamber saja la.. nak sembang ok.. tak sembang pon ok.. boleh sampuk aku sampuk, tak boleh sampuk aku dengar dan angguk saja la...

Dah dekat pukul satu tengah hari kami pon bertolak balik, sampai kat simpang Kg Sungai Padang - Jalan Kangar Alor Setar tu.. tengok-tengok dah tergolek dah.. gamaknya yang ni lah depa dok cerita tadi. Tengok kiri kanan pak polisi masih ada, pemberita dan jurugambar TV3 dok ada lagi, jadi sempat juga la aku snap gambar ni dari dalam kereta, sebelum teruskan perjalan ke tempat keja.

Kepada sesiapa yang suka lalu jalan-jalan kampung di berhati-hati dan jangan la laju-laju, banyak halangan dia, terutamanya kalau ada simpang, walaupun sunyi sepi dan memang jalan kita tapi tengok-tengok sama.. selalu sangat dah yang terjadi eksiden kat kawasan-kawasan macam ni..


Posted by Picasa

Wednesday, June 25, 2008

Pesta Sukan Perpustakaan Se Malaysia

Sekarang ni di Perpustakaan Awam Seluruh Malaysia sedang demam, demam untuk berkampung dan bersukan, Pesta sukan ini biasanya akan diadakan Dwi Tahunan, dan kali ini giliran Terengganu menjadi tuan rumah.. tentulah seronok kan, tentu lah meriah, sesekali warga perpustakaan berjumpa dan bersua, tentu bermacam ragamnya dan dramanya, yang pasti tentu banyak yang berubah wajah dan bentuk, tentu ramai muka-muka baru, juga dah tentu ramai muka-muka lama yang dah tak kelihatan, samada kerana pencen, kurang sihat, kurang aktif atau yang memberi peluang orang-orang baru mengambil bahagian. Untuk keterangan lanjut mengenai sukan ni bagi kali ni sila lawati sini.

Bagi aku, bagi lah peluang orang-orang bau yang pergi, walaupun aku pun tergedik-gedik nak pi, tapi memikirkan tanggungjawab lain di sini yang perlu diutamakan, maka aku beri la mereka peluang, mungkin masa aku akan datang lagi pada masa depan.. dalam erti kata mudah aku tak pergi sukan tahun ni.. biarlah mereka yang pergii.. tinggal lah aku disini.. isk.. isk...

Di sini, masih lagi giat dengan latihan demi latihan untuk acara-acara yang akan di ambil bahagian.. dan aku nampak masih macam biasa, trend masih belum berubah, masih seperti masa zaman aku dok pi mengambil bahagian juga, latihan yang di jalankan secara 'last minute', lepas tu, seorang peserta akan mengambil bahagian dalam dua atau tiga acara, al maklum saja lah nak pergi dengan 2 - 3 bijik bas mesti memenatkan budgetkan, jadi dengan satu bas bialah staf memenatkan diri. Dan staf akan tetap bersenang hati, boleh berjalan-jalan, boleh naik bas percuma (walaupun yuran penyertaan kena bayar sendiri), boleh dapat baju percuma... adeh la, bila la nak kaya jabatan aku ni.. tak payah2 keluakan ongkos sendiri.. apa-apa pun depa tetap bersemangat!

Selamat bertolak pada mereka pada 4hb malam dan di jangka pulang pada 9hb Julai nanti. Semoga berseronok, semoga mendapat pengalaman baru, dan yang bujang moga boleh mendapat pasangan baru (kalau yang dah kawen nak cuba, risiko tu tanggung sendiri la,,,)

Latihan congkak!
Bermsyuarat memilih athlit 'terbaik' untuk acara masing.masing
Monong lagih, tak cukup peserta untuk acara yang banyak..


Monday, June 23, 2008

Di Hujung Minggu itu...



Sebenarnya, tak ada apa sangat nak di ceritakan... cuma sepanjang cuti hujung minggu ni tak ada apa aktiviti yang dapat dilakukan. Mula dari hari Khamis hari tu, Athirah demam panas, pada mula nya aku rasa mungkin panas biasa sahaja pasal cuaca sekarang ni walaupun hujan tapi masih lagi panas, mungkin masa bermain tadi badan nya menjadi panas, sampai malam badan nya dah jadi makin panas tapi masih ingat ok lagi, pasal dia tido nyenyak saja, tapi bila bangun pagi.. suhu badannya menjadi semakin panas, jadi aku call opis cakap tak gi keja la, ala-ala emergency macam tu.. dalam pukul 9.30 pagi kami pon dah sampai kat Klinik, emm hari Jumaat ni ada juga klinik yang tutup .. kalau nak pergi klinik kerajaan masa ni memang queue teramat panjang dan meletihkan nak menunggu..

Jadi masuk aje lah klinik yang berdekatan dengan Dewan Kapitol UNIMAP (dulu adalah panggung wayang Kapitol - tempat dok tengok wayang zaman muda-muda dulu, ceta masa tu Superman 1 - 4 rasanya, lepas tu dah abis sekolah tengok ceta omputih la banyak... macam Dance With Wolves, Back to The Future dan se angkatan dengannya- tengok sorang-sorang tak de dating-dating.. mana la aku tau nak dating-dating zaman tu.. isk...) Ok back to klinik, dah lepas register segala, dalam masa dok menanti turn , datamg sorang nurse (err.. doc assistant ?) amik suhu badan Athirah, emm suhu dia dah mencecah 40 oC, terus saja depa suruh masuk bilik rawatan kat belakang tu, buka baju dan demah (tekapkan tuala yang disejukkan dengan ais) badan Athirah, lebih kurang 15 minit suhu badan dia turun sikit pada 39 oC. Jadi Doktor tu bagi ubat demam, selsema, batuk dan antibiotik, pastu dia cakap kalau suhu dia tak turun juga kena masukkan ubat kat bontot dia la..

Jadi kami balik la dulu, bagi makan ubat dia, bagi makan sikit, lepas tu tidurkan dia, sambil-sambil tu dok rasa tengok badan dia kalau jadi makin panas, hmm aku rasa panas dia sama saja, jadi buat ok - ok sajala.. petangnya Athirah masih lagi boleh bangun berjalan , melompat dan bermain macam biasa, hmm aku rasa dah ok lah tu kan.. tapi bila dah menjelang malam, suhu badan dia meningkat balik, aku tak tahu berapa darjah dah, tapi tiap kali aku rasa makin panas saja, last-last dalam pukul 9 lebih-lebih, akmi amik keputusan nak pi check sekali la, tapi mesti klinik tu dah tutup kan, dah kol 9 lebih dah.. hmm akhirnya bawa ke HOspital Tuanku Fauziah Bahagian Kecemasan ( Bahagian ni akan terima kes-kes biasa macam ni, tetapi depa akan bagi priority kalau ada kes-kes kecemasan yang lebih serius macam eksiden, serangan jantung, asma dan lain-lain, jadikalau tunggu kat situ kadang-kadang boleh tengok ambulan datang bawak kes-kes macam ni). Selepas daftar, MA( MEdical assistant ) tu panggil dan amik suhu badan Athirah, hmm dah naik balik ke 39.9 oC , terus dia bawak kedalam bilik rawatan, hanya Athirah dan Mem aku saja yang boleh masuk,, hmm.. aku melilau saja kat luar....
Dalam5 minit depa masuk, aku dengar Athirah melolong, hmm suspen betul aku, apa lah yang dibuat kat dalam bilik rawatan tu, kemudian aku nampak mem aku keluar, dengan pampers dan seluar di tangan, lepas tu tudung dia pulak senget sebelah, aku pon masuk sama la, tanya mema aku pesal, dia cakap doktor masukkan ubat kat bontot Athirah, hmm patut la riuh rendah mek tu mengamuk.. hu huu masuk aku tolong pakai balik pampers dan seluar dia pon masik lagi dok nangis, hhmm macam tu la, tak penah ada orang pegang dia, kalu ni aku sure kalau nampak orang yang macam doktor mesti dia phobia punya...

Alhamdulillah besok tu, suhu badan dia menurun, tetapi kekadang tu ada juga naik balik, tapi lepas makan ubat dah turun balik, sampai hari ni (Isnin) suhu dia nampaknya dah ok, cuma ada batuk batuk dan serak-serak suara dia, bercakap pun suara dah jadi halus-halus macam berbisik macam tu, moga moga sembuh la demam anak ku ni.. tapi walau pun belum sembuh sepenuhnya, tapi masih dok aktif macam tu jugak la.... adeh anakku..

Thursday, June 19, 2008

Athirah @ library


Semalam, buat julung kalinya Athirah buat lawatan(?) ke Perpustakaan, bunyinya macam orang besar lak kan, tapi begitulah adanya, aku sebenarnya jarang nak bawah Athirah ke tempat keja, kang tak jadi keja akhirnya.. tetapi dek kerana pengasuh dia nak pi tengok cucunya yang nak bersalin kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar maka terpaksa la di hantar pada aku.. kalau tak susah la nak masuk wad bersalin tu...

Dah datang sini tu, macam lah di kerjakannya, dia amik binatang-binatang hiasan tu nak main, lepas di aamik buku, baca sehelai dua muka surat pastu letak balik, lepas amik yag lain pulak.. lepas tu dia kacau kakak yang dok baca buku, sambil gelak besar dia tu, hu huu seronok sungguh dia, tapi abah dia yang semput dok kejar dia...
Posted by Picasa

Tuesday, June 17, 2008

Athirah... Athirah..

Athirah ni kan... suka juga bergambar, kadang-kadang tu saja-saja dia suah tangkap gambar.. pakai hanphone saja la.. alah tangkap gambar main-main, tapi kan.. lepas tangkap gambar tu, mesti dia nak tengok.. jangan la main-main, kalau tak bagi tengok meraung satu denia... kalau nak tido pon kadang-kadang nak tengok gambar dia kat hanphone tuh.. sambil dengaq lagu Aspalela-Saiful Apek tuh sampai tertido..

Angan-angan ku kalau ada modal nanti nak juga buat sketch potrait dia macam ni, kalau di frame ka tentu cantik kan?.. tapi tu la, makan modal ni...

Athirah ni juga, dah suka main kucing nih, sampaikan kadang-kadang tu bangun saja dari tidur terus cari kucing... tapi dia masih tak sampai nak dukung dan meriba kucing lagi la.. masih takut-takut gitu, tapi kadang-kadang tu siap boleh dok bersembang dengan kuing, geram pon ada, nak tergelak pon ada, siap dok pesan jangan main kat luar takut 'blalang Openg' kat kucing-kucing tu.. sekali tu dia dok tari ekor kucing, apa lagi kena cakar la kat lengan dia tu.. tak de lah nangis cuma dok ngadu kat anah dia kata sakit.. em kalau mama dia tau mesti kena maah punya tuh..
Seperti yang telah di jangka kan, semalam lagi sekali kena buat lawatan ke Benteng dekat jeti Kuala Perlis tuh, Athirah dah tuntut janji semalam.. nak tengok feri (bot).. jadi berlepak lepakkan lah kat situ menanti matahari jatuh.. nampak jugak la orang sedang mengutip siput-siput laut macam siput gayam, kerang dan mentarang..

Mentarang


ps: gambar athirah di sketch dan bersama kucing tu amik kat sini

Sunday, June 15, 2008

Bersenja di Kuala Perlis


Isk tak puas ronda lagi 'Atun Iyah' (see.. selain dari Atii'ah.. adalagi nama manja dia ni), kemarin dah ronda-ronda tengok sawah padi, dan tengok bot.. hari ni nak tengok bot lagi.. jadi hari ni meronda-ronda lah lagi, tapi tak naik moto la, pasai baru balik dari keja.. dah tu pulak balik dah pukul 6.30 lebih, tak jalan jauh la.. pergi lepak di 'benten' dekat dengan Jeti Kuala Perlis, tak lama duduk pon dalam 15 - 20 minit dah, dah senja pon masa tu, tapi kan bila nak balik saja, meraung la pulak.. tak mo balik.."nak tengok bot lagi.." adeh jenuh la macam ni... akhirnya pukul 7.50 malam baru sampai umah.


Jalan-jalan hujung minggu

Dah lama tak berjalan-jalan, dah lama tak meronda-ronda dengan moto nih, isk last masa meronda dulu, pokok padi pon belum menghijau lagi.. jadi hari ni dek kerana Athirah yang buas sangat.. (mungkinpasal dia tido lama hari ni 11.30 pagi sampai 2.30 pagi petang.. kira sangat lama la tu), makan tak mau... terutamanya nasi.. ndak makan cokelat saja.. jadi aku ajak dia ajer lah pi ronda- ronda naik moto ni.


Tak kemana pon, ronda dari kampung ke kampung saja.. ni lah hobi aku sejak dari lepas sekolah lagi, dulu aku ronda dengan mengayuh basikal.. lepas tu dah keja baru la ada moto, baru la ronda dengan moto, lepas tu ada keta tapi aku still suka meronda dengan moto juga, yer la ronda dari kampung ke kampung, naik keta ni jenuh nak kilas(pusing) stereng la. Biasa nya tempat aku relak ialah tepi laut samada kat Sg Berembang ka, dekat Kuala Perlis ka... janji tepi laut... biasa dalam pukul 6.00 petang - 7.15petang aje lah .. lepas tu dah malam..

Pak dan Anak yang sedang bermain panas petang...



Pemandangan yang sentiasa di rindui.. yang mana kalau lama aku tak lalu pasti rasa ada yang tak kena, kalau lama juga tak lalu rasa macam ada ketinggalan perkembangan terkini..


Walaupun air nya surut, tapi pemandangan nya tetap terpahat di kalbu...

Sampai kat sini, memang pemandangan Favourite AThirah seminggu dua nih, kalau meronda tepi laut dia cakap nak tengok bot, lepas nak tengok bot lagi... banyaknya bot.. hu huu macam macam keluar dari mulut dia nih.. dan semalam bila dah la senja dah, lepas tu aku ajak balik dia start nangis dah 'nak tengok bot lagi...' .. jenuh la aku pujuk... kalau tak bermalam la kat muara sungai nih.. :)

Saturday, June 14, 2008

Eh Besarnya buah tu abah...

Suatu hari, berlokasi sekitar Kangar... keluar berjalan jalan bersama keluarga.. tiba-tiba nampak Replika Buah ni...
"Eh Abah, macam pernah nampak saja buah ni..."

"Boleh makan tak abah.. tengok macam dah masak saja..."


"Kalau la boleh makan.. kan ke sedap.. Aummmm makan semuanya... "

Friday, June 13, 2008

Hujan Seminggu


Seminggu nih, hujan lebat sungguh, kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang waktu tengahari, kadang-kadang waktu malam, mlahan kadang-kadang waktu subuh juga... bagi berumah batu kata orang mungkin tak terasa, deruan hujan menimpa genting hanya bagai alunan lagu ni cuping telinga, bagi rumah beratap zink pula, tentu boleh mengejutkan mimpi di tengah malam, lebih menyeksakan kena pula bergegas bangun menadah kan timba, baldi ,besen dan seumpama jika ada zink yang bocor, ini nostalgia lama rasanya terutamanya, terutamanya bagi rumah-rumah kampung di zaman 60an hingga pertengahan 80an.. lepas itu banyak berganti dengan atap asbestos atau yang lebih mampu menggunakan atap genting.
Sesungguhnya memang tidak dapat di nafikan bahawa hujan itu pembawa rahmat, bagi petani, pesawah dan peladang malah penternak juga ai menjadi keperluan untuk semua. Tapi manusia ni tak dapat lai dari mengeluh, sana dan sini dah menjadi lumrah. Kalau hujan pagi, bagi yang kurang berkemampuan, menghantar anak dengan menaiki basikal, motosikal bahkan menaiki bas juga merupakan satu kesusahan, alu mengeluh 'isk hujan la pulak...', bagi berkereta isk ' kereta baru saja basuh.. isk hujan la pulak..'.. namun kalau lama hujan tak turun, mengeluh lah juga' lamanya hujan tak turun, panas la, bila nak hujan ni..?'.. macam-macam hal la..

Sekarang ni hujan, ada dah ber'trend' la pulak, ialah hujan sekarang ni jaang sangat menyeluruh, kalau kat tempat aku ni lah, kadang hujan punya la lebat sebelah Selatan bila pi sebelah Timur.. kering kontang saja... tak ke satu trend.. tapi bagi aku benda ni kecik saja.. di mana Allah nak jatuhkan rezeki, rahmah dan kurnia dia.. di situ lah... tiada ada sapa-sapa yang dapat membantah dan mempertikainya..

Berbalik kisah hujan seminggu ni, bukan lah bermakna hujan tak berhenti-henti selama seminggu ni, tapi tiap-tiap hari hujan, selalu aku terdengar orang berkata yang orang-orang tua pernah berkata kalau hujan turun pada malam jumaat, maka hujan itu akan berlanjutan sampai malam jumaat yang akan datang, mungkin betul pemerhatian orang dulu-dulu, pasal begini lah yang terjadi seminggu nih.. hujan tiap-tiap hari kalau tak pagi, tengahai, tak pon petang, malam , atau subuh hari..

Bagi aku sendiri , kehadiran hujan melegakan.. kalau tak hari-hari mem aku dok berangan nak pasang aircon kat umah, memang dia panas sokmo di umah nih.. mungkin pembawaan anak kot! Bila dah hujan macam ni.. dah tak sebut sangat dah... kadang-kadang tu sejuk lah pulak kata dia, emm memamng la, ari tu musim petukaan musim, awannya tebal, api tak berhujan.. sekaang ni kejap je naik kelam gelemat kalau hujan nak turun..

rahmat juga tu....

tapi di sebalik tu kadang-kadang jadi pulak macam ni...

Lapan Kereta Guru Rosak Dihempap Bumbung Sekolah

KANGAR, 13 Jun (Bernama) -- Lapan buah kereta milik guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis rosak teruk akibat dihempap bumbung sekolah itu dalam kejadian puting beliung pagi ini.

Kejadian berlaku pada jam 9.15 ketika pelajar-pelajar sedang menjalani sesi pembelajaran di kelas masing-masing.

Seorang saksi Basah Kidam, 48, pencuci di sekolah itu berkata, 'Angin kuat sangat dan saya arahkan pelajar supaya masuk dalam kelas, dalam masa sekelip mata semua bumbung jatuh timpa kereta kat bawah ni," katanya.
selanjutnya.... -BERNAMA-





Posted by Picasa

Hujan Seminggu


Seminggu nih, hujan lebat sungguh, kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang waktu tengahari, kadang-kadang waktu malam, mlahan kadang-kadang waktu subuh juga... bagi berumah batu kata orang mungkin tak terasa, deruan hujan menimpa genting hanya bagai alunan lagu ni cuping telinga, bagi rumah beratap zink pula, tentu boleh mengejutkan mimpi di tengah malam, lebih menyeksakan kena pula bergegas bangun menadah kan timba, baldi ,besen dan seumpama jika ada zink yang bocor, ini nostalgia lama rasanya terutamanya, terutamanya bagi rumah-rumah kampung di zaman 60an hingga pertengahan 80an.. lepas itu banyak berganti dengan atap asbestos atau yang lebih mampu menggunakan atap genting.
Sesungguhnya memang tidak dapat di nafikan bahawa hujan itu pembawa rahmat, bagi petani, pesawah dan peladang malah penternak juga ai menjadi keperluan untuk semua. Tapi manusia ni tak dapat lai dari mengeluh, sana dan sini dah menjadi lumrah. Kalau hujan pagi, bagi yang kurang berkemampuan, menghantar anak dengan menaiki basikal, motosikal bahkan menaiki bas juga merupakan satu kesusahan, alu mengeluh 'isk hujan la pulak...', bagi berkereta isk ' kereta baru saja basuh.. isk hujan la pulak..'.. namun kalau lama hujan tak turun, mengeluh lah juga' lamanya hujan tak turun, panas la, bila nak hujan ni..?'.. macam-macam hal la..

Sekarang ni hujan, ada dah ber'trend' la pulak, ialah hujan sekarang ni jaang sangat menyeluruh, kalau kat tempat aku ni lah, kadang hujan punya la lebat sebelah Selatan bila pi sebelah Timur.. kering kontang saja... tak ke satu trend.. tapi bagi aku benda ni kecik saja.. di mana Allah nak jatuhkan rezeki, rahmah dan kurnia dia.. di situ lah... tiada ada sapa-sapa yang dapat membantah dan mempertikainya..

Berbalik kisah hujan seminggu ni, bukan lah bermakna hujan tak berhenti-henti selama seminggu ni, tapi tiap-tiap hari hujan, selalu aku terdengar orang berkata yang orang-orang tua pernah berkata kalau hujan turun pada malam jumaat, maka hujan itu akan berlanjutan sampai malam jumaat yang akan datang, mungkin betul pemerhatian orang dulu-dulu, pasal begini lah yang terjadi seminggu nih.. hujan tiap-tiap hari kalau tak pagi, tengahai, tak pon petang, malam , atau subuh hari..

Bagi aku sendiri , kehadiran hujan melegakan.. kalau tak hari-hari mem aku dok berangan nak pasang aircon kat umah, memang dia panas sokmo di umah nih.. mungkin pembawaan anak kot! Bila dah hujan macam ni.. dah tak sebut sangat dah... kadang-kadang tu sejuk lah pulak kata dia, emm memamng la, ari tu musim petukaan musim, awannya tebal, api tak berhujan.. sekaang ni kejap je naik kelam gelemat kalau hujan nak turun..

rahmat juga tu....

tapi di sebalik tu kadang-kadang jadi pulak macam ni...

Lapan Kereta Guru Rosak Dihempap Bumbung Sekolah

KANGAR, 13 Jun (Bernama) -- Lapan buah kereta milik guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis rosak teruk akibat dihempap bumbung sekolah itu dalam kejadian puting beliung pagi ini.

Kejadian berlaku pada jam 9.15 ketika pelajar-pelajar sedang menjalani sesi pembelajaran di kelas masing-masing.

Seorang saksi Basah Kidam, 48, pencuci di sekolah itu berkata, 'Angin kuat sangat dan saya arahkan pelajar supaya masuk dalam kelas, dalam masa sekelip mata semua bumbung jatuh timpa kereta kat bawah ni," katanya.
selanjutnya.... -BERNAMA-





Posted by Picasa

Wednesday, June 11, 2008

Happy Birthday Atie'ah!!

Selamat Hari jadi Atie'ah... dah besar rupanya anak abah ni.. kalau nak di ukurkan... dah setengah dari panjang tilam bujang tu.. kalau dok tengok-tengok dulu tu tak sampai suku dari tilam bujang tu, sekarang dah setengah mungkin tahun depan dah jadi tiga suku tilam .. isk dah besar anak abah ni.. semoga anak abah ni panjang umurnya.. murah rezekinya dan sihat-sihat walafiat selalu.. kalau setakat demam-demam selsema, bersin dan batuk tu.. biasa lah kan.. mana ada orang tak berpenyakit langsung ..

Sekarang ni Atie'ah dah pandai sebut nama sendiri, dah pandai tunjuk sana sini, dah pandai bilang satu , dua , tiga dah pandai bilan one, two, three.. walau pun sekadar menghapal bukan dari pemahaman sendiri, tapi satu pencapaian jugak kan? Walaupun Atie'ah dah pandai takut belalang, kadang-kadang takut 'belalang openg, tapi itu juga satu pencapaian kan? bila ah mengenal sesuatu Atie'ah dah boleh tau mana yang menakutkan , mana yang boleh menyuka kan..

Tahun ni kan, Atie'ah potong kek awal seminggu pada 6.6.08 , oleh kerana tahun ni budget makan-makan hari jadi tak dak pasal dok reserve budget pengurusan untuk sambut adik (jahatkan abah..? belum adik sampai dah fikir pasal adik) jadi buat keik-kecik saja.. nak penggei orang pun rasanya tak berbaloi jadi kita buat sama-sama dengan sepupu-sepupu (abang-abang dan abang kembaq Atie'ah la).. oleh kerana depa nak balik awai jadi kita cepatkan la majlis potong kek ni... dah tu nak save budget kita makan 'Key Ef Si' saja la..


Nih Kek nya...

Nih baru lepas 'mboih(hembus) lilin

emm.. dah pandai potong kek dia yer..

Nih hak kita makan hari tu...

Happy Birthday yang Ke 2
Anak Abah Sayang....!!!

Monday, June 9, 2008

Menuju ke destinasi...

Kadang-kadang, kita perlu mengambil risiko bila melakukan sesuatu, bahkan dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besarnya.. risiko kadang-kadang melibatkan juga kos, kadang-kadang juga melibatkan perhubungan, persekitaran maupun perasaan dan kudrat. Untuk menuju ke destinasi yang di hajati, mencari kebahagiaan yang di idam, maupun apa saja hajat yang di pendam, pengorbanan, risiko, kudrat dan usaha harus lah sebati. Jadi berani-beranikan lah diri anda...

pst.. ntah apa-apa ntah.. jangan di tanya!

Sunday, June 8, 2008

Selamat Bertunang!

Selamat bertunang kepada anak menakan aku ni .. Norhana Bt Abdul Aziz.. sebenarnya aku dan abang aku ni satu emak dan bapak yang berbeza.. jadi aku tak tahu macam mana nak deinisi kan? Kalau satu emak yan berbeza dan bapak yang sama boleh di kategorikan sebagai adik beadik tiri kan? Heh he hee.. macam mana yer? Kira Kategori tiri juga ke? Walau bagaimana pun, majlis bertunang ni selamat di jalankan pada hari Ahad hari tu, hanya aku dan mem serta Athirah saja yang pergi, akak ku tak pergi manakala yang sorang lagi dah balik semula Shah Alam.. tapi masing-masing dah bagi sumbangan masing2.. aku cuma mewakilkan diri bersama dengan keluaga ku saja la.

Majlis yang agak simple.. dengan kehadiran orang tua-tua ni tak banyak berbasa basi.. mungkin kerana rombongan sampai agak petang jadi masing-masing tak banyak berbasa basi.. terus direct kepada point masing... dan macam biasa, si Athirah ni macam biasa la, tentu tak leh dok diam, kesana kesini.. tak kira tengah majlis ke tak.. jadi kami tak tunggu lama , habis saja majlis bertunang dan makan-makan terus mintak dii nak balik.. tinggalkan tetamu.. he hee nak buat macam manakan.. dah ada alasan kukuh.. he heee

Nih anak menakan aku!

Hantaran dari anak teruna.. (dari anak dara lupak lak akunak amik gambar)

Antara wakil dari sebelah anak teruna yang semuanya berjumlah 16 orang
Majlis Sarung Cincin


psss:
sepanjang majlis ni aku dok teringat kat arwah mak saja.. kalau la dia ada.. mesti dia antara orang yang terhepi di dalam majlis ni...