Saturday, September 27, 2008

Kad Raya dulu dan sekarang..

2006
2007

2008

Hmmm.. edisi kad raya aku dulu hingga lah sekarang, kali pertama akumasukkan kad raya ialahpada tahun 2006, masa tu takpandainak edit gambor pon lagi.. jadi akuscan saja kad raya yang pejabat dapat tuh, dan aku letakkan saja kat sini, janji ada tanda kad raya kan... kali kedua tahun lepas, aku dahpandai kot sikit nak potong-potong gambar nih, lepas tu pandai lak cari kad dalam internet, dan lepas tuh editkan kad raya tuh masukkan gambar aku. Masa nih baru abis kelas Photoshop .. jadi boleh la dok apply kat sini. 

Tahun ni pulak, aku kurang berkesempatang nak buat kad yang canggih-canggih macam tuh, cuma pakai satu dua program aku tempet saja gambar kami bertiga kat situ, tu pon nasib baik sempat buang selotape yang terlekat kat kad raya tuh... kalau tak masih ada selotape tu... jadi boleh terima lah ye... ?

Kad Raya...

Sangkelu Sekeluarga Mengucapkan 
Selamat Hari Raya Kepada Semua
Pembaca, Pengunjung Mau Pun Pengintai Blog Ini,
Jika Ada Sebarang Terkasar Bahasa, Tersalah Bicara, 
 Yang Telahmenyinggung Perasaan Samaada Sengaja
 Atau Pon Tidak Sengaja,
Maka Saya Menyusn Sepuluh Jari,
Memohon Ampun Diatas Segala Silap Dan Salah,
 Dikeheningan Syawal Yang Bakal Tiba,
Terima Lah Kad Raya Yang Tak Seberapanya Ini.. 
Terutama Mereka Yang Disenarai Di Bawah..
Yang Lain-Lain Pon Digalakkan Juga Untuk Menerima kada Raya Ini..


Adiejin
Alangz
Anak Perlis
aspirasi baru
Atiqah Nasir
Azam Supardi
azhar ahmad
Azura
BB - ellaila
cepatmembaca
CeritaNini
cikgu wiween
cikinmohd
Delinn
Dr Azwan
Farra
fergie2nana
firani
Honeybiru
Joe Bangla
Kacangpoi
Kak Luna
Ku Ina
Mak Andeh
nadiayuna
Neeza Shahril
outdoorfreak-AD
Pandora
rentis
risanur
rossejingga
sal
Sarah T
sedetikhati
Sue Cherif
tok rimau
umimia
viruspadu
Wan Hidayat
wanshila
waterlily
Zure

Thursday, September 25, 2008

Jom Balik Raya....

Ye... ye jom pakat-pakat balik raya, walaupu ssetengah orang ada yang dok pertikaikan kenapa setiap kali raya, mesti jalan bersesak-sesak untuk balik kampung, penggunaan minyak bertambah, dan kadar kemalangan juga mencanak naik, he hee itu tandanya kemeriah musim perayaan, beraya buka sekadar bercuti dan berehat di rumah selepas sembahyang Sunat Aidil Fitri, tapi bertemu dengan saudara mara, rakan taulan yang dah lama terpisah kerana masing-masing berhijrah untuk mencari reseki di haluan masiang-masing lebih membawa makna, mengerat ikatan silaturrahim lebih membawa erti. Kerana itu orang sanggup berseak-sesak di jalan raya, memenuhi stesyen-stesyen bas, dan kereta api, yang lebih berada memenuhi lapangan terbang untuk balik kampung. Biarlah kita habiskan sedikit harta yang dikumpul sepanjang tahun demi berjumpa ibu bapa dan sanak saudara serta taulan di kampung. Jadi kemeriahan nya amat di rasakan.
Hari ni, jam 5.30 petang, sekitar bandar Kangar.. mula kelihatan kenderaan-kenderaan yang ber nombor plet asing danluar dari Perlis, hmm dah seawal itu kan yang dah amik cuti, dan dijangkakan malam ini mungkin selepas Sunat Terawih dah ada yang mula bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Besok akan makin ramai yang akanmemenuhi pasar-pasar sehari, nat - nat, dan juga pasar-pasar malam di sekitar Perlis.. Januh la akanjadi jem juga la.. lebihnya bukanjem di jalanan taopi jem untuk parking di tempat-tempat tujuang masing-masaing.. almaklum la negeri yang cenonet nih sentiasa menerima kejutan dari tahun ke tahun yang bilangan kenderaan yang masuk, sentiasa bertambah.. ini membawa erti ramai penduduk Perlis yang dah berjaya di negeri orang, pergi dengan menaiki bas, keretaapi dan balik selepas berjaya dengan kereta masing-masaing. Okeh laporan hari ini ada lah sebagai pemula musim raya tahun 2008 nih, nanti bila ramai lagi ,ula bercuti hari ni.. makin bertambah yang akan balik raya..

Apa jua destinasi depa, apa jua tujuan depa aku harapkan  keselamatan menjadi keutamaan, di bawah aku sertakan panduan pergerakan kenderaan (saranan ) dari PLUS..

(sila klik di gambar untuk paparan lebih jelas)
Juga disertakan Tips memandu
DRIVING TIPS FOR YOUR ‘BALIK KAMPUNG’
Observe these safe driving tips for your ‘Balik Kampung’ this festive season:-
* Plan your journey
- Identify the route and interchanges that you want to take as well as the rest areas for rest stops. Use a map to plan your journey.
* Have adequate rest
- Rest sufficiently during the day if you wish to travel by night.
- Avoid driving during late night and early morning hours, which are the body’s natural sleep times.
* Inspect your vehicle thoroughly before embarking on your journey.
* Make sure your spare tyre is well inflated.
* Send your vehicle for service.
* Leave early
* Buckle up
* Observe the speed limit.
* Allow a safe distance from the vehicle in front.
- Keep a safe distance between you and the car in front so you have a bit of extra space should there be an emergency stop. The safe distance for a vehicle traveling at 110 km/h is 30 meters (6 vehicles), 25 meters (5 vehicles) for a vehicle traveling at 100 km/h and 20 meters (4 vehicles) for a vehicle traveling at 90 km/h.
* Take regular breaks. Stop every two hours to rest and stretch.
- Driving continuously for two hours can make you feel fired and drowsy.
- Share your driving. Switch drivers about every two hours even if you don’t feel tired.
* Give your fullest concentration while driving

Akhir kata;
SELAMAT BALIK KAMPUNG,
MEMANDU DENGAN CERMAT, 
 JANGAN BIARKAN KELUARGA  MENANTI DALAM TANGISAN









Tuesday, September 23, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari seluruh warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sunday, September 21, 2008

Pejabat di pecah masuk..???



Pagi nih, baru saja aku punch card (err thumb print) saja kat opis, tengok staf admin dan kewangan tengah dok kalut-kalut tengok sana sini dalam pejabat  tu, hmm aku jengok juga la pasal apa yang depa dok sibuk sangat tuh, bila jengok dalam opis saja baru la aku nampak keadaan berselarak dalam tuh... isk tengok macam orang baru lepas bolos masuk dalam opis saja ......

Tengok tu, habis la hiasan hari raya depa ni. Memang amat musykil kan? Sudah lah masuk melalui siling, lepas tu selerakkan fail-ail dan dokumen yang ada di rak dan juga di tray meja tu, lepas tu main telefon pulak - entah dengan sapa la di bergayut, lepas tu pulak di rosakkan hiasan hari raya tu, sungguh amat-amat musykil.. ntah la apa yang di cari oleh si penceroboh nih? Mungkin juga dia cari dokumen tender? Mencari cek pembayaran yang lewat di hantar, atau mencari keputusan temuduga yang belum lagi dikeluarkan? 

Tapikan.. yang herannya, depa kat sini masih rilek saja...

  • takdak pulak kata nak repot kat polis pun
  • tak dak pulak hilang barang-barang yang peting maupun yang berharga,
  • tak dak pulak ramai orang ribut-ribut yang datang nak tengok...
isk heran juga aku.. aku pon tanya la apa pasal nih sampai berselarak macam ni, siling pon sampai jatuh, cermin gambar pon abis pecah... depa kata hmmm musang mengamuk lagi la.. ooo jadinya musang berjanggut tu datang untuk cari makan la selepas 2 hari bercuti... he hee entah la spesis yang mana satu aku pon tak tau... :)... 


Saturday, September 20, 2008

Malam Lailatul Qadr

MALAM LAILATUL QADAR


Oleh
Syaikh Salim bin 'Ied Al-Hilaaly
Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur'an Al-Karim, yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka berloma-lomba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur'aniyah dan hadits-hadits nabawiyah yang shahih menjelaskan tentang malam tersebut.

[1]. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.

"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" [Al-Qadar : 1-5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" [Ad-Dukhan : 3-6]

[2]. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada tanggal malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan. [1]

Imam Syafi'i berkata : "Menurut pemahamanku. wallahu 'alam, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : "Apakah kami mencarinya di malam ini?", beliau menjawab : "Carilah di malam tersebut" [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu 'anha, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.

"Artinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]

Ini menafsirkan sabdanya.

"Artinya : Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir" [Lihat Maraji' tadi]

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ke luar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.

"Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui kapannya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)" [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan, di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan dari pada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah, dengan ini cocoklah hadits-hadits tersebut tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisah.

Kesimpulannya.
Jika seorang muslim mencari malam lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : 21, 23,25,27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25,27 dan 29. Wallahu 'alam

[3]. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar.?

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]

Disunnahkan untuk memperbanyak do'a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu 'anha, (dia) berkata : "Aku bertanya, "Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah :
"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul afwa fa'fu'annii"
"Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku" [2]

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaati-Nya- engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.

Dari Aisyah Radhiyallahu 'anha.

"Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencanngkan kainnya[3] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]

Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

"Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya" [Hadits Riwayat Muslim 1174]

[4]. Tanda-Tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu degan ruh dari-Nya dan membantu dengan pertolongan-Nya- sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari 'Ubay Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi" [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda.

"Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah" [4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan" [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]


[Disalin dari Kitab Sifat Shaum Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Fii Ramadhan, edisi Indonesia Sipat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid, terbitan Pustaka Al-Haura, penerjemah Abdurrahman Mubarak Ata]
_________
Foote Note.
[1]. Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-neda, Imam Al-Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr Bidzikri Lailatul Qadar, membawakan perkataan para ulama dalam masalah ini, lihatlah...
[2]. Hadits Riwayat Tirmidzi 3760, Ibnu Majah 3850 dari Aisyah, sanadnya Shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan hal. 55-57 karya Ibnu Rajab Al-Hambali.
[3]. Menjauhi wanita (yaitu istri-istrinya) karena ibadah, menyingisngkan badan untuk mencarinya
[4]. Muslim 1170. Perkataan : "Syiqi jafnah" syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al-Qadhi 'Iyadh berkata : "Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan".

Friday, September 19, 2008

Duit Raye.....

 
Hmmm.. bukak jer ointu rumah malam ni terpandang pulak ada mesej untuk mengambil duit raya ni dari Cikin , terima kasih aku ucapkan.. hmm kiranya ini lah pertama kali aku dapat duit raye dalam blog nih heheee.. he eee.. any way untuk pengetahuan Cikin dengan duit raye ni boleh aku, mem dan athirah berbelanja sesuka hati lah kan, boleh beli ketupat dan rendang, beli baju raya Athirah, beli kasut raya kat dia, juga tak lupa boleh juga beli mercun dan bunga api (juga duit buat denda main mercun dan bunga api).. he hee sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih yer cikin...
Oleh kerana kegawatan ekonomi, tapi hajat nak bagi duit raya tu masih ada juga, aku bagi ajer lah duit raya baru nih kepada mereka di bawah untuk di kongsi bersama-sama dengan orang yang tersayang.. he hee harapan aku semoga hari raya tahun  ni walaupun ekonomi kurang memberangsangkan, dapat lah juga bergumbira lah yer.. duit raya yang dapat tu dapat la di gunakan secara berhemat..  :), 


BB 
Sue 

Sunday, September 14, 2008

Operasi mencari mood raya..





Hari ni kan, sampai saja kat pejabat tengok-tengok dah ada hiasan untuk memeriahkan hari raya, hmm aku pon naik semangat la tumpang nak bagi meriah lagi, keluarkan lampu lip lap tu, pastu teruskan menggantung macam kat atas sesuka hati ku.. hu huuu ada jugak sikit mood nak raya kan..?

Friday, September 12, 2008

Hujan Pagi....

Bangun pagi ni lepas subuh tengok langit mendung jer, lepas hantar angah Athirah pi keja, ingat balik boleh la sambung tido... sampai jer umah golek sana, golek sini hujan lak turun.. ini dah kes cantik.. tapikan.. Athirah lak dah jaga, dan tak mahu tido-tido dah, isk melepas la niat nak tido sepanjang pagi ni....

 
Lebihkurang dalam pukul 11 pagi keluar lak gi amik mak mertua nak pi tengok perabot terpakai kat jalan Changloon.. tengok punya tengok punya tengok tak der yang berkenan.. langsung tak amik apa-apa. Jadi patah balik la. On the way patah balik tu melencong pulak ke ladang tebu, ke Kilaang Gula Felda Perlis nak gi amik angah Athirah yang kerja sekerat hari tu, oleh kerana jalan yang tak berapa elok, terhentak sana-hentak sini, mem aku lak terasa nak membuang, so singgah lak kat rumah adik beradik aku nih, dah lama tak pi, rupanya dah 4 tahun depa pindah dok umah baru,  bermakna dah 4 tahun aku tak pi la, depa ni dok kat rumah yang disediakan oleh Kilang Gula Felda Perlis, kiranya depa ni pon orang kuat dalam Kilang jugak la... 
Mem adik beradik aku nih, suka tanam pokok bunga, sampai jer tengok banyak pokok tanduk rusa, bermacam -macam jenis.. kalau dah minat memang sanggup la pi cari kan... tapikan dah banyak tumbuhan kat umah depa ni, jadi kawasan umah jadi sejuk jer... errr apa yang Athirah buat? tengok kat bawah... 




Dalam  Pukul 4 petang , hujan turun diikuti dengan ribut pulak.. isk terkejut aku yang baru nak terlelap nih, terus bangun tutup pintu dan tingkap segala..

Thursday, September 11, 2008

Nat.. Bunga-bunga nak raya

Okeh, biasanya ada laporan dari Pasar Malam dan Pasar Ramadhan kan.. hari ni aku bawak laporan dari Nat (Pasar Sehari) yang berdekatan dengan rumah aku (dalam 1km), oleh kerana sekarang dah 12 hari puasa  di nat hari ni meriah dengan lagu hari raya, jadi semangat membeli untuk bebuka puasa dan berhari raya adalah tinggi.. (err.. nanti aku sambung yer... )

Nat.. Bunga-bunga nak raya

Okeh, biasanya ada laporan dari Pasar Malam dan Pasar Ramadhan kan.. hari ni aku bawak laporan dari Nat (Pasar Sehari) yang berdekatan dengan rumah aku (dalam 1km), oleh kerana sekarang dah 12 hari puasa  di nat hari ni meriah dengan lagu hari raya, jadi semangat membeli untuk bebuka puasa dan berhari raya adalah tinggi.. (err.. nanti aku sambung yer... )

Wednesday, September 10, 2008

Awasi Babyrazzi

Awas... jangan berlaku tak senonoh, jangan over exposed, kerana Babyrazzi ni akan berada di mana-mana untuk menangkap gambar anda, dan jangan juga terkejut nanti gambar anda akan masuk blog candid nya.. he he...


Hmmm.. semenjak dua menjak begini la budak Tieah nih, dengan hanphone N70 mainan tu, kalau apa-apa sikit dia akan amik gambar, lepas tu akan tunjuk la kat mama ka, kat abah dia ka, kat angah ka "nampak tak.. nampak tak.." Hari selasa lelpas, bawakla dia gi jalan-jalan naik moto pusing kampung, di bawaknya hanpone mainan dia tu, lepas tu kalau tunjuk kat dia ada kemabng ke kat depan, lembu ke, orang sedang memancing ke.. akan di bawak keluar hanphone dia tu dan tangkap gambar sana sini, uhhh dari sapa di tirunya perangai ini..????? 

Bila masa ku lapang


ari ni, sebenarnya aku mengantuk sangat, dah tu pulak tak berpeluang nak merayau-rayau, yer lah hari ni kan dah 2 hari UPSR, dan ada sekolah yang cuti pasal kelas di gunakan untuk di jadikan dewan peperiksaan, jadi pagi-pagi lagi dah ada 'user' yang datang.. bila-bila musim berpuasa ni, rasa mengantuk tu memang sentiasa akan datang.. hisk... jadi aku pusing sana.. pusing sini tengok ada lak novel remaja yang baru-baru.. hmmm entah macam mana aku boleh terlepas pandang... jadi aku sambar jer lah satu dua, dan aku pon baca lah yang kat atas nih hari ni.. 
Okeh, jalan citer dia memang lah sesuai untuk para remaja, mungkin antara umo 11 - 16 tahun macam tu, cerita yang agak simple dan penggunaan bahasa yang agak mudah, tak dak lah nak berbunga yang macam nak rak tu. Tapikan.. bila dah sampai kat tengah-tengah jalan citer dia dah agak heavy, berat pada pendapat aku untuk awal-awal remaja, ada sesetengah  istilah, para dan metafora dia tuh seolah-olah sesi pengenalan kepada seks... bukan salah aku rasa cuma agak berat dan boleh menggamam kan pembaca.. tapi mungkin juga dah begitu resepi dia, jalan cerita yang santai, tak berat tapi membawa satu pengajaran baru kepada para belia kita.. hmm entah la... 

Sunday, September 7, 2008

Operasi makan-makan

antara tempat yang di gemari seisi keluarga kalau mencari ikan segar - Kuala Sungai Baru, Perlis

dengan menggunakan dapur ajaib diatas, memanggang ikan ni hanya makan masa tak sampai 1/2 jam.. sila khabarkan jika siapa-siapa pernah ternampak spesis dapur ini di mana-mana.

Begini lah kaedahnya posa tahun ni, bila ada masa lapang maka akan berkejaran la pergi mencari ikan untuk di bakar petangnya, adalah lebih menjimatkan beli ikan yang tak sampai sekilo, biasanya anatar 400 - 600 gram sahaja, yang harga nya antara 6 - 8 RM.. kalau lah di beli yang siap di bakar di Pasar Ramadhan, maka harga nya boleh mencecah 15 - 20 RM.. hmm jimat lah jugak kan, dah tu pulak boleh di bakar sesedap rasa mengikut selera masing-masing, disamping boleh di jamin kesegarannya ( mengikut kepandaian orang memilih).



Ikan yang sekor ini , hanya dua orang sahaja yang meratahnya, dan antara dua orang yang meratah itu sudahsemesti orang yang bawak perut itu yang lebih mendominasi.. adeh yang sorang lagi tu kena banyak bersabar lah kan...? 

Saturday, September 6, 2008

Siri jalan-jalan pasar Ramadhan...

Seperti yang telah di janjikan.. jika berkesempatan maka aku akan muatkan siri Jalan-jalan pasar Ramadhan.. dan kali ini Pasar Ramadhan Simpang Empat menjadi tempat kunjungan, untuk pengetahuan, Pasar Ramadhan Simpang Empat ini ada lah kali ke dua ku kunjungi.. kali pertama kalau tak salah hari kedua puasa, dan masa kunjungan  kali pertama aku sempat terserempak dengan mantan Menteri Besar Perlis yang lalau DS Shahhidan Kassim.. emm nampak segak bergaya memakai jubah bewarna putih dan berketayap. Datang bersama dengan beberapa orang pengiring dan juga drivernya (emm masih berdriver tu...) dengan menaiki Mercedes hitamnya itu...


Okeh berbalik kepada Pasar Ramadhan Simpang Empat ni, dari tinjauan aku harga barang memang meningkat naik, tapi masih dalam kategori harga barang di Perlis, harga kuih mueh masih sekitar 4 - 3 bijik seringgit.. mungkin hak 4 bijik seringgit tuh kueh yang kecil-kecil la.. dan besar besar dah jadi 3 bijik seringgit,  harga makanan lain aku dapati macam gulai (kari) ikan daj jadi seketul dua ringgit berbanding tahun lepas 2 - 3 ketul seringgit. Lain -lain macam murtabak di jual dengan harga RM1.20 - 1.50 sen satu samada ayam maupun daging. Dan gerai yang banyak menjadi tarikan ada lag gerai kebab seperti  mana dalam gambar diatas tu, sungguh berpelu-peluh depa ni.. sampai beratur-atur orang.. 


Sebenarnya, tujuan kunjungan aku ke pasar ramadhan ini adalah kerana keberangkatan pulang aku dan mem akuke rumah mertua ku di Kg Sg Padang.. ini lah kali pertama aku beruka puasa disana sepanjang puasa kali ini, oleh kerana kesibukan mem aku, maka tak dapat lah nak selalu balik  ke sana kerana ruang waktu yang cukup terhad..sekianlah sahaja hasil pemantaun aku di Pasar Ramadhan Simpang Empat kali ini.. hingga kunjugan berikutnya aku ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa pada semua... 

pstt..!!
Lupa lak aku nak cite.. masa kitorang tenga Jalan-jalan Pasar Ramadhan ni hujan turun lak, pasal tu nampak basah saja, dan pasal tu juga Athirah kena pakai beg plastik atas kepala dia.. mau lak dia, dulu tak leh langsung letak apa-apa atas kepala dia, mungkin dia dah besaq kot, dah paham kalau tak buat macam tu mungkin dia boleh demam




Update Terkini
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikeluarkan pada: 8.50 malam 06/09/2008
KEMASKINI AMARAN
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
SEKSYEN A
Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedangberlaku dari semasa ke semasa di Perlis, Kedah(Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Padang Terap), P.Pinang(Daerah Seberang Perai dan P.Pinang) dan Perak Utara(Daerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Selama Larut dan Matang) dijangka berterusan sehingga petang, Ahad 7 September 2008.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang, banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, lereng-lereng bukit dan tebing-tebing sungai.  
sumber : http://www.met.gov.my

Buat masa sekarang ni memang hujan masih belum berhenti-henti sejak dari pagi lagi.. kalau berhenti pon sekejap-sekejap,  ini juga menyebabkan ramai yang sembahyang terawih di masjid-masjid dan surau-surau yang terkandas tidak dapat balik awal pasai hujan lebat! Masih menantikan perkembangan terkini

Friday, September 5, 2008

Ramadhan datang lagi...

(gambo lama... recycle masa athirah umo 4 bulan)
Hari ni dah 6 September, bermakna juga dah 6 hari kita berpose.. dan juga bermakna 6 hari aku tak dak mengeluarkan sebarang entry.. apa dah jadi dengan aku, adakah kerana berpuasa maka idea aku juga beku? atau kerana berpuasa aku terlalu sibuk menyebabkan tiada masa nak ber entri.. atau sebenarnya aku bercuti dari entry..? jawabnya aku sendiri pun tak tahu.. apa yang aku tahu aku jadi segan nak tekan butang 'new entry'.. yang ada pon kalau aku masuk dashboard untuk tengok kalau ada komen untuk di kemaskinikan.. lepas tu aku merayau-rayau entah kemana....


Masuknya bulan Ramadhan bagi aku banyak mengimbau kenangan lama, kenangan berpuasa semasa kecik, zaman mengaji Al Quran, zaman sekolah, zaman bekerja dan juga zaman-zaman semasa arwah mak masih ada... semuanya banyak meninggalkan kenangan dan juga nostalgia, yang mana banyak mencorak pola hidup aku  sampai sekarang.. dan bila masuk zaman selepas bujang memang dah berlainan jadinya, lepas tu masuk pulak zaman pra bapak dan zaman menjadi bapak.. juga banyak memberi pengalaman...


Macam entri-entri tahun lepas, Ramadhan sebenarnya cukup menyeronokkan, satu bulan yang amat dinantikan, bahkan suasana nya sentiasa terbayang-bayang dan dirasai.. untuk tahun ni masih belum ada sebarang laporan dari pasar ramadhan.. kerana hari pertama lagi mem dah mula masak, tapi lepas tu keja pulak kan tentu kena beli-beli juga.. dan bila ada cuti tentu masak lagi.. dan juga kalau berkesempatan tentu ikan bakar tak terlepas... lebih jimat kalau beli ikan dan bakar sendiri dari beli ikan yang dah siap di bakar kerana harganya akan naik 100% hu huu.. jimat sajo kan? al maklum lah dalamkeadaan eknimi macam ni tentu penjimatan ada adalah perkara utama...  he hee ini sajo lah sebagai intro entry bulan ramadhan.. ananti kalau berkesempatan akanada entry2 pasai pasar ramadhan... 

Ramadhan datang lagi...

(gambo lama... recycle masa athirah umo 4 bulan)
Hari ni dah 6 September, bermakna juga dah 6 hari kita berpose.. dan juga bermakna 6 hari aku tak dak mengeluarkan sebarang entry.. apa dah jadi dengan aku, adakah kerana berpuasa maka idea aku juga beku? atau kerana berpuasa aku terlalu sibuk menyebabkan tiada masa nak ber entri.. atau sebenarnya aku bercuti dari entry..? jawabnya aku sendiri pun tak tahu.. apa yang aku tahu aku jadi segan nak tekan butang 'new entry'.. yang ada pon kalau aku masuk dashboard untuk tengok kalau ada komen untuk di kemaskinikan.. lepas tu aku merayau-rayau entah kemana....


Masuknya bulan Ramadhan bagi aku banyak mengimbau kenangan lama, kenangan berpuasa semasa kecik, zaman mengaji Al Quran, zaman sekolah, zaman bekerja dan juga zaman-zaman semasa arwah mak masih ada... semuanya banyak meninggalkan kenangan dan juga nostalgia, yang mana banyak mencorak pola hidup aku  sampai sekarang.. dan bila masuk zaman selepas bujang memang dah berlainan jadinya, lepas tu masuk pulak zaman pra bapak dan zaman menjadi bapak.. juga banyak memberi pengalaman...


Macam entri-entri tahun lepas, Ramadhan sebenarnya cukup menyeronokkan, satu bulan yang amat dinantikan, bahkan suasana nya sentiasa terbayang-bayang dan dirasai.. untuk tahun ni masih belum ada sebarang laporan dari pasar ramadhan.. kerana hari pertama lagi mem dah mula masak, tapi lepas tu keja pulak kan tentu kena beli-beli juga.. dan bila ada cuti tentu masak lagi.. dan juga kalau berkesempatan tentu ikan bakar tak terlepas... lebih jimat kalau beli ikan dan bakar sendiri dari beli ikan yang dah siap di bakar kerana harganya akan naik 100% hu huu.. jimat sajo kan? al maklum lah dalamkeadaan eknimi macam ni tentu penjimatan ada adalah perkara utama...  he hee ini sajo lah sebagai intro entry bulan ramadhan.. ananti kalau berkesempatan akanada entry2 pasai pasar ramadhan...