Sunday, November 30, 2008

Sepohon Rhu.. II (dan terakhir)

Dulu sekali, aku penah buat satu entry pasal pokok rhu diatas ni (tengok sini ), betapa pokok rhu ni menjadi kenangan kepada orang-orang lama, bertapa nostalgianya pokok rhu ni, tempat para remaja bercintan cintun, tempat menjadi trade mark kepada perpustakaan lama, bertapa pokok ni menjadi saksi transformasi bandar Kangar, menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kangar juga...


Tengok kat sebelah kanan tu, walaupun rupa pokoknya tak dak, tapi daun dia yang agak merimbun boleh nampak kan (tengok kat arrow tu) tempat leak basikal (huh huh zaman tu ada basikal pon dah boleh tunjuk 'ek' (berlagak), yang mana dh kerja boleh paking moto Vespa atau yang kaya sikit ada Fiat Kotak tu pon dah kaya dah.. 


Pagi ni, baru saja aku masuk jalan ni, terperasan lak, nampak kosong semacam saja, sekejap kemudian baru aku terperasan yang pokok nih dah tak ada, sempat aku keluarkan telepon dan snap gambar nih, sekeping ni dan macam nih jadi nya... tempat kon merah tu lah pokok tu berada.. sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. pastinya pokok ni akan di  lupakan, malahan bagi zaman depan ni tak akan mem bawa sebarang makna kepada budak2 zaman sekarang... 

Takziah ! Empat kakitangan perpustakaan maut

Oleh AZRAN FITRI dan ROHANA MOHD NAWI (Utusan Malaysia 1/12/2008)
Kenderaan Unser yang remuk setelah berlanggar dengan bas dalam kemalangan di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.
KUALA KRAI 30 Nov. - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPANK) maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Unser yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini, petang ini.
Mereka yang terbunuh dalam nahas ketika hujan, kira-kira pukul 4.20 petang itu ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56; Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33; Anidah Mohamed, 55 dan Munirah Mohamad, 44.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hanafi Abdul Rahim berkata, kesemua mereka tersepit dalam kenderaan yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas berada di Kuala Lumpur Khamis lalu bagi menghadiri satu seminar.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Wan Mustafa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun kesemua 34 penumpang bas Ekspres Mutiara itu dan dua pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
''Setelah dikeluarkan, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai(HKK) untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya selewat-lewatnya malam ini,'' katanya.
Berikutan kejadian itu, Abdul Rahim berkata, polis menahan dua pemandu bas terbabit yang berusia 35 dan 38 tahun untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Hasnah Mat Salleh, 56, isteri kepada Allahyarham Wan Mustafa memberitahu, suaminya bertolak ke Kuala Lumpur Khamis lalu dengan membawa tiga orang pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.
Hasnah yang ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Krai berkata, kali terakhir Allahyarham menghubunginya ialah pada pukul 9 pagi tadi bertanyakan sama ada jalan ke Kota Bharu masih boleh dilalui atau tidak.
''Namun Allahyarham kerap menghubungi saya semasa di Kuala Lumpur bertanyakan keadaan ibunya yang dimasukkan ke wad Hospital Machang semalam ekoran sakit tua,'' ujar ibu kepada lima orang anak itu.

**** Kami warga Perpustakaan Awam Perlis mengucap takziah kepada keluaga mangsa dan juga warga Perpustakaan Awam Kelantan. Al Fatihah. 

Sehari bersama..

Okeh, hari nih ada entry lewat di publishkan, entry larut semalam, dimana siang tadi aku berdua-dua saja dengan Athirah.. hu huu sebenarnya budak nih selsema, bersin dan berhingus saja, dah di bagi ubat namun tak jalan juga , masih nak buas juga... hmmm sebenarnya tadi aku ke Polimas Jitra, mem aku nak menguruskan beberapa perkara yang perlu di lakukan segera, mem aku akan menghadiri satu temuduga pada 3/12/2008 di Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim Kedah. Jadi kena buat segera la, kalau tak aku kena cuti lak kan hari ni, tapi walau bagai mana pun lusa, Selasa dan Rabu terpaksa la aku bercuti.. okeh cerita pasal si Athirah ni kan
akan aku masukkan di sini .. jumpa disana yer..?

Thursday, November 27, 2008

Raja Perempuan Besar Perlis Mangkat

Raja Perempuan Besar Perlis Mangkat

KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi.

Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari ini sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.

Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.


Wednesday, November 26, 2008

Pulau Ketam.. Kuala Perlis

Pulau Ketam, sebuah delta yang terletak di muara SungaiPerlis. Kuala Perlis pada masa itu bukan sahaja menjadi tumpuan bot-bot tempatan, tetapi juga "tongkang cina" dan "tongkang keling" agi Import Barangan Seperti Arang, Lembu, Kerbau Dari Siam , Cili Kering, Bawang, Bijian Kopi Serta Beberapa Barangan Lain Dari Pulau Pinang. Mereka Juga Menjadi Agen Menjual Candu Masak Kepada Orang Ramai.. sebab itu ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran kastam kuala perlis pada tahun 1934 - 1938 (sumber:kastam perlis )

-jambatan lama menghubungi Pulau Ketam dengan Tanah Besar Kuala Perlis
pemandangan Pulau Ketam sekitar 70an hingga 90an
antara kuala sungai yang yang tedapat di Pulau Ketam 
ni adalah keadaan rumah-rumah di Pulau Ketam zaman tu..
 berpelantar da bertiti kan kayu-kayu bakau sahaja .. 
dan sekarang dah masih lagi berpelantar dan ber titi kayu
tapi jalan dah bertar la.. kira nya dah banyak membangun nih..
rumah dah makin cantik dan moden
Tapikan kenapa aku ceta pasal Pulau Ketam? he hee.. okeh lah sebenar nya kemarin.. aku pi makan kenuri rumah kawan aku nih, kenuri bercukur anak di yang no dua, baru bersalin 16 hari yang lalu, hmmm dia ni kan.. selalu berikut dengan aku la.. Aku kawen tahun bulan 3 tahun 2005, dia kawen bulan 11 kot aku rasa, tahun 2005 juga, lepas tu Athirah di lahirkan Jun  tahun 2006, dia pun dapat anak juga  bulan Julai tahun 2006, nih aku dapat Anieq Bulan Oktober 2008, dia pon dapat anak no 2 bulan November 2008... haa kan berikut-ikut tuh.. lepastu lak kan.. aku dapat anak pompuan dulu, dia dapat anak lelaki dulu.. jadi dua-dua dapat sepasang la.. 
haa ni umah kawan aku kat Pulau Ketam tu...
Nih anak dia, di lahirkan 2.4kg.. 

Tuesday, November 25, 2008

Hujan Monsoon...

Nampak gayanya.. hujan monsoon datang lagi, diantara musim pertukaran musim nih, hujan menjadi lebat malah boleh membawa kepada banjir.. biasany sebelah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur akan di landa banjir.. dan negeri -negeri lain akan terkena tempiasnya.. begitu lah biasanya terjadi.. untuk tahun ni kita tunggulah tengok macam mana.. kalau kena air laut musim pasang besar bertambah-tambah lah teruknya,air yang mengalir dari daratan ke laut tapi sebak naik balik akan menjadikan banjir bertambah buruk.. moga tahun ni tidak lah menjadi macam tu yer... 
Tadi masa balik dari keja, hujan lebat dah mula turun, berbanding semalam walaupun gelap sepanjang hari, tapi hujannya tak der la lebat pon, tadinya mentari bersinar terang, bercahaya menyuluh segenap alam, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan mula di tengah hari.. adeh.. layan sajala gambar di bawah.. 
hujan yang lebat, cermin kereta pon jadi kelabu nih..

nampak tu awan tebal, membawa hujan sepanjang perjalanannya..

opss.. lampu merah.. berhenti sat no.. (errr ada kena mengena ke..?)

haa nampak tu.. lerekkan hujan.. awan berarak lagi... 

yang nih pon... 
.... lepas saja amik Athirah kat umah pengasuh dia, hujan turun seakin lebat la... masa nih dah pukul 6.50 petang dah... balik kejap dah masuk Maghrib. Sekian lah cerita bergambar yang gambar nya tidak ku edit pon, pasal kurang eloknya gambar inih, jadi mals nak mulakan sesi edit mengedit.. 

Monday, November 24, 2008

Award from Ixora..

Terima Kasih Ixora kerana menyedia dan memberikan award yang sungguh 'comey' nih, sayang sikit dah tertimbul sedikit kekeliruan kt sini, award nih untuk aii ker untuk mem aii, pasal dia tulis untuk kakak sikelu.. tapi walaubagaimana pun saya terima sajaa.. mungkin kerana tak berkenalan maka kita tak kenal, bila dah berkenalan maka tak timbul lah kekeliruan kan... waalaubagaimana pun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas penghargaan ini.. ini adalah award ke dua.. 
Terima Kasih Ixora..!
(len kali kalau buat lagi, bagi lagi ekkkk.. jangan lupa tau...!!! :)  )

Saturday, November 22, 2008

Sehati berdansa....


Apa lah yang dua beranak ni buat kan? Konon-kononnya sehati berdansa lah kan? Padahal tak penah tingok pon sehati berdansa tu, tak la masa memula dulu tu, dok ikut juga, kali nih terus tingga-tinggalkan.. nih masa dok temankan mama Athirah gi beli barang kat Avon Kangar.. sempat juga dok snap gambo tuh.. kalau tak jenuh nangis la budaak tu
Posted by Picasa

Friday, November 21, 2008

Tahniah..!


Tahniah... tahniah buat Man & Anis..
Setelah sekian waktu menanti, 
akhirnya..
putera yang di nantikan selamat tiba ke pangkuan..
semoga kehadiran anugerah ini 
menjadi ikatan kekeluargaan berpanjang 
hingga ke akhir hayat... 


Projek hujung minggu

Yeee.. dh kembali.. dah kembali.. isk apa yang kembalinya.. he hee dimana-mana parit, kawasan sawah, tali air dah ada orang yang sibuk memancing, ikan favourite ialah iakan haruan, puyu dan keli.. tapi yang paling banyak ialah ikan puyu la... 
IKAN PUYU (Anabas testudineus) memang banyak boleh di dapati di kawasan seperti nih, kadang-kadang tu kalau lau di kawasan dekat umah aku memang banyak nampak orang sedang memancing.. ikan puyu ni sedap di masak gulai (kari pada setengah tempat), 


Thursday, November 20, 2008

Anieq Nu'man : hari ke 20


Anieq Nu'man dah 20 hari dah.. masih lagi siang-siang dia tido dan malamnya mesti nangis bila lapar susu.. menjerit macam la kena gigit nyamuk ka? suara dia nyaring jer.. sampai kan kakak dia tido kat hujung bilik pon terjaga dan tak leh nak tido.. kesian kakak dia.. err sapa tahu apa kegunaan tuala putih yang digunakan untuk melapikkan kepala Anieq..? Cubo tekoooo....
Posted by Picasa

Recap.. Bermulanya Cerita Muhammad Anieq Nu'man

(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah)
Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan.  Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja. 
Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar... kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kuat mesti dengar punya. 
Lepas sarapan sumer, gi la pulak tunggu kat situ, hmm masih lagi ramai ibu-ibu mengandung kat situ, yang pukul 8.00 pun masih lagi lom masuk, nampak gayanya akan lambat lagi la... jadi aku permisi untuk ke bank nak bayar hutang keta, dan juga beberapa hutang dan bil lagi. Dalam pukul 11.30 setelah tak ada call dari mem aku, aku gi tengok pulak la.. hmm masih ramai juga yang belum di check.. aku pon tunggu punya tunggu dekat kol 12.00 baru la mem aku di panggil.. Hu hu.. lama betu mem aku masuk dalam bilik pemeriksaan tuh,  sejam lebih aku rasa, aku dah cuak dah  pasal sebelum dia masuk tu ada 2 tiga kes , ada yang kena masuk wad terus, ada yang kena berbincang dulu... 

Dalam kol satu macam tu, baru la mem aku kuar, lega aku.. ingatkan semuanya ok saja, waktu seayang jumaat pon dah dekat nih, dah keluar tu, dah amik kad semua... masuk dalam keta baru lah mem aku ceta yang masa masuk check tu, ada dekat 6 - 7 orang yang masuk sekali dok try scan perut dia, depa kata samapi luar dari kawasan scan.. berat anak dah mencecah 4.30kg.. yang mana tiada pilihan lain melainkan kena operate juga... risiko nak sangkut bahu tu tinggi depa kata... masa ni mata mem aku berair tak berenti dah, kalau boleh memang dia tak mo di operate la... ...

(sambungan : Anieq Nu'man)

Wednesday, November 19, 2008

Kangar, Perlis.. 0 KM


Kalau sapa selalu lalu dan berurusan dengan CIMB Bank, Pejabat Pos Kangar, The Store kangar dan kawasan sewaktu dengan nya mesti terjumpa batu tanda ni.. mesti terheran-heran dan tercangak-cangak, apa kebenda lah menatang nih? Apa kah tanda nya.. adakah dia nih satu batu aras, atau pusat GPS atau apa-apa ka? Sesungguh nya aku pun jadi heran dan tak tau juga.. ada sapa boleh bagi tau?
Posted by Picasa

Saturday, November 15, 2008

Gambar Anieq lagi...

huh.. gambar BB botak ni lagi la... belum boley nak update banyak-banyak... 
privacy sedikit kureng.. ramai owang la pulak kat umah nih.. jadi kapla ada sikit weng la... 
pssst :-
kalau korang tanya apa yang di tepekkan oleh mama Anieq kat kepala dia..? Ia hanya lah sekadar bedak sejuk sahaja.. guna nya? nak bagi sejuk kepala.. nak bagi kepala dia tak ringan sangat.. 
kalau tak..?
Dia muda tarkojut ooo.. he heee 

Thursday, November 13, 2008

Majlis Kesyukuran dan bercukur.. Part 1

Alhamdulillah, selepas bertegang betis, lengan dan urat-urat sebgal ku, majlis bercukur dan kesyukuran telah selesai dengan sempurnanya.. sebenarnya aku masih amat letih rasanya, tiada terdaya nak celik mata rasanya.. tapi ku tahan jua semata nak update.. aku tau ada yang dah tak sabar nak tau macam mana perjalanan kenduri nih, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan selamat.. walau terdapat beberapa hal berlaku tapi dasarnya semuanya berjalan dengan elok.. yang lain-lain layan saja la.. gambar yang sedikit nih.. aku hanya sempat snap sedikit dek kebizian dengan segala urusannya.. layan sajal lah dulu gambarnya nih.
Athirah yang tak mou berenggang dengan Anieq yang sedang di cukur rambutnya..

"Anieq botak!".. jerit Athirah... tapi dia masih cool saja kan..? Tak nangis masa bercukur, malahan tido saja.. ni selepas di mandikan, gamaknya terasa ringan kepalanya.. 

Antara hadirin dan hadirat sekelian yang sudi menghabiskan juadah yang disediakan..
(alamak gambar juadah terlupak nak amik.. huh bz sungguh la ni.. )

Gambar masa malam, selepas semua tetamu balik rumah, lega rasanya kan anieq. dah tak der sapa yang nak kaco-kaco lagi.. siang tadi nak tido pon tak senangkan.. kejap-kejap diangkat.. kejap-kejap di cium.. nak tido pon tak senangkan, anieq? 

Sunday, November 9, 2008

ini lah dia...

Ini lah dia..
di perkenalkan
Muhammad Anieq Nu'man
Kelu Jr.. 
he hee.. lepas nih tiada lagi istilah Kelu Junior kot.. 

Saturday, November 8, 2008

Kelu Jr.. : Tidur yang lena..

lena benar tidur si kecil nih...

Memang benar lah, adik ni... "Siang Mengantu malam berjaga".. pada waktu siang nih.. tido saja keja dia, bila dah malam baru la mula berjaga.. biasanya dari kol 2 - 3 pagi.. sampai lah dah dekat nak subuh baru la dia nak tido, jenuh la mama dan atuknya berjaga melayan kerenah si adik nih, patut lah sampai sakit-sakit kepala di buatnya.. walaupun begitu abahnya masih lagi terlepas dari di dera si adik pasal abahnya melayan si kakak tido dalam bilik.. manakala adik masih lagi tido kat luar bilik bersama atuknya (errr tukkat sebelah utara ngan sebelah selatan pastinya tak sama kan..?) .. he hee

Friday, November 7, 2008

Kelu Jr.. : Hari ke 8

Gambar awal pagi hari ke 8, masa nak bersiap-siap kan adik untuk pergi check kuning di Klinik Kesihatan Kuala Perlis, emm anak teruna ni masih lom mandi lagi, jahatnya baha dia kan.. ntah kanair liur basi pon masih ada lagi.. dalam kol 10.00 pagi baru lah dapat pergi peksa.. result nya ialah turun 0.4 sahaja.. hu huu jadi ari Ahad ni kena check lagi la...

Thursday, November 6, 2008

Musim sekarang ni...

Peristiwa Nostalgia.. 
Nostalgia sungguh gambar macam nih, membawa kenagan kembali kepada 10 - 15 tahun lalu, zaman berderau (bergotong-royong), mencabut semai, memindahkan ke sawah serta menanam semula... tiada penggunaan jentera berat yang moden di perlukan, cuma tenaga dan semangat setiakawan yang utuh dapat meyiapkan segala kerja.. Kini semuanya memerlukan upah, dari segala segi dan pekerjaan.. bertapa jauhnya zaman sudah berlalu...  

Kelu Jr .. : Dahseminggu

Adik.. hari ke 7
Sedar tak sedar dah seminggu adik di lahirkan, masih lagi belum bernama, masih lagi belum bercukur, berbanding dengan kakak yang mana pusatnya luruh pada hari ke 6, dan hari ke 7 nya dah boleh bercukur dan siap dengan Akikah sekali.. iye lah kan kakak nya dilahirkan secara normal, lepas tu pulak sekor saja kambing jadi semuanya save budget lah kan.. Manakala adiknya di dilahir melalui pembedahan .. jadi makan modal dan masa la, lepas tu nak cari dua ekor kambing untuk Akikah memang makan modal la sikit.. tapi InsyaAllah aku akan usahakan la.. supaya nanti-nanti tak yah aku pikirkan lagi... 
Hari ni, sekali lagi pergi periksa kuning di Klinik Kuala Perlis, Alhamdulillah dah mula turun kepada 10.3.. tapi besoknya kena lagi la pergi check.. moga-moga akan terus turun la, tak yah aku berulang lagi ke sana...  
** bagi yang bertanya, pasai apa gambar BB dok tido dan terpejam saja? hmm bapak dia masih kurang kesabaran nak tunggu dia bukak mata, dia ni masih manyak tido dari jaga.. jadi tunggu aje lah bila ada nanti boleh letakkan kat sini.. gambar macam ni ke.. 

nih gambar masa 2 hari, kad wad lagi... 

Milo : minuman sepanjang masa...


History of MILO®
MILO® derived its name from MILON, a champion athlete of ancient Greek mythology. He was renowned for his feats of strengths some 600 years BC.
1950
MILO® Tonic Food Drink was introduced in Malaysia as a Tonic Food Drink.
1999
MILO® with B Vitamins was introduced.
2002 
MILO® with ACTIGEN-E®
MILO®  was further improved with ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
2006
MILO® with ACTIGEN-E® and PROTOMALT®
MILO® is action-packed with:
- Natural Goodness of malt, skimmed milk, and cocoa for that great chocolatey taste,
- ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
- PROTOMALT®, a malt extract with a mixture of different types of carbohydrates that provides energy and nutrients the body needs.

MILO® in Malaysia
It was MILO® that coined the nation’s battle cry "Malaysia Boleh!" and 
kindled the national spirit of achieving
the impossible.
Malaysians drink more MILO® than any soft drink and Malaysia has the largest MILO® factory in the world located at Chembong, Negeri Sembilan.
Malaysia can be rightfully call‘Land of MILO®’ because it is the world’s largest consumer of the beverage. 
It is non-stop activities for MILO® throughout the year as it sponsors about 25 sports events at various levels every month.
MILO® samples every year in many schools and sporting events.
He he kenapa aku iklan milo hari ni?.. teringat aku.. dulu milo adalah minuman yang tersangatlah aku minat, sudah terkenal seantero famili aku, dan kaum kerabat aku, bila-bila masa, di mana-mana jua, pasti milo yang jadi pilihan.. Tukang bancuh kegemaran adalah arwah kak mah aku, tak pernah aku tolak kalau dia yang bancuh dulu, lepas tu baru lah mak dan juga kakak aku yang lain... selepas kak mah meninggal, menjadi tanda tanya siapa yang paling best bancuh milo kat aku?.. sebenarnya selepas tu aku dah tak kisah siapa.. dan milo dah menjadi pelan-pelan kurang di gemari.. lepas tu pelan kurang, kurang, dan kurang.... 

Sekarang nampaknya kegemaran milo nih dah mula turun kepada Athirah, kalau pulang rumah mesti mintak Milo, hmmm tapi aku tak la buat Milo tu 100%, aku masukkan dalam 10% sahaja.. yang lain-lain tu susu dia la.. yang penting nak tgk macam mana tabiat baru Athirah ni, berapa lama nak tahan.. 

Tuesday, November 4, 2008

Kelu Jr : Hari ni..

Hari ni kena pergi lagi Klinik Kesihatan Kuala Perlis, buat pemeriksaan jaundice adik Ti'ah, hmmm naik lagi la, tapi tak banyak.. 13 saja.. naik 0.7 .. (hu huu kalau tanya aku paham ke apa tu.. mana lah aku paham kan..?) 
Bayi yang mengidap penyakit ini akan kelihatan kuning pada kulit dan matanya disebabkan oleh tahapbilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin dalam keadaan normal diproses melalui hati dan dinyahkan melalui usus sebagai bile. Pada pesakit jaundice, peningkatan tahap bilirubin adalah lebih cepat daripada ianya dapat diproses dan disalurkan keluar oleh hati bayi. Kadar bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah boleh menyebabkan pekak dan kecacatan otak (cerebral palsy). 
Adalah dianggarkan bahawa sehingga 60% bayi mengidap penyakit ini dan 10 - 20% memerlukan rawatan. Pemakanan, gaya hidup dan persekitaran selalu dikaitkan sebagai sebab-sebab berlakunya keadaan ini.

Esok nampak gayanya kena lagi pi check la...

copy & paste : jangan baca tau !!

Masuk blog kuina sy terkena, oleh kerana dia dah terkena dengan sultan & tak mahu dianggap derhaka & tak mahu dia murka aku dgn berbesar hati, jujur, ikhlas menjunjung titah perintah. Dia jugak telah telah di tag oleh Ojie l.i.f.e. padam muka dia!

Syarat-syaratnya ialah (dalam bahasa inggeris) :- terjemah sendiri la...

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

inilah aku (dr kacamata hpone cam ) tgh mengadap blog sambil mengelap pelu (panas sangat..nak ujan gamaknya), abaikn harta karun yg bersepah di belakang tu , aku kebizian menguruskan hal-hal bb baru minggu nie (err sampai tak sempat bercukur..?). Sorry kalu tak dpt terjah blog kalian @ tak ada en3 baru.



Sekarang ni dengan kuasa yg telah diberi aku akan tag sesiapa sahaja yg membaca entri ni. Tu la. Kan aku kata jangan baca entri ni. Sekarang ni tak pasal-pasal kena tag. Padan muka. Lain kali bertindak mengikut arahan.


Tak faham ke. Aku ulang balik...

Sekarang ni dengan kuasa yg telah diberi aku akan tag sesiapa sahaja yg membaca entri ni. Tu la. Kan aku kata jangan baca entri ni. Sekarang ni tak pasal-pasal kena tag. Padan muka. Lain kali bertindak mengikut arahan.


Tak faham lagi. Aku ulang lagi sekali...

Sekarang ni dengan kuasa yg telah diberi aku akan tag sesiapa sahaja yg membaca entri ni. Tu la. Kan aku kata jangan baca entri ni. Sekarang ni tak pasal-pasal kena tag. Padan muka. Lain kali bertindak mengikut arahan.


Tak faham lagi. Aku ulang lagi sekali...


Sekarang ni dengan kuasa yg telah diberi aku akan tag sesiapa sahaja yg membaca entri ni. Tu la. Kan aku kata jangan baca entri ni. Sekarang ni tak pasal-pasal kena tag. Padan muka. Lain kali bertindak mengikut arahan.
Tak faham lagi. Aku ulang lagi sekali...
Sekarang ni dengan kuasa yg telah diberi aku akan tag sesiapa sahaja yg membaca entri ni. Tu la. Kan aku kata jangan baca entri ni. Sekarang ni tak pasal-pasal kena tag. Padan muka. Lain kali bertindak mengikut arahan.
Tak faham gak ke. Suka hati korang la. 
Penat aku kerja nak copy paste je dari tadi.

psssssT....>> kehadiran anda direkod tau..



(edisi copy ayat jentayutiara... maaf yek.. )

Monday, November 3, 2008

Kelu Jr... : Hari Keempat

Nyanyi Athirah :
"Siang Mengantuk,
Malam Berjaga"
--------------------------


Hari ni tahap Jaundice : 12.3... misi suggest masuk wad.. tapi nak kena rujuk ke Klinik Mahsuri Jitra dulu.. 


Update: 20.00hrs



Bila pergi klinik tadi.. doktor tu kata, ikut akan besar baby dengan tahap jaundice tu kira ok lagi la.. tapi kalau terus naik dengan kadar yang banyak ada kemungkinan besok terpaksa masuk wad juga la.. harap-harap besok semuanya akan ok.. Hari ni juga, baby mula berak dengan agak banyak kat klinik.. mungkin ini satu tanda yang dia nak sembuh kot... 

Sunday, November 2, 2008

Kelu Jr.. : Jaundice...


Hari ni pi check jaundice... resultnya 8.8.. jadi esok kena pi check lagi la...