Monday, December 28, 2009

Entri hujung tahun...

Sesungguhnya dah lama tak begitu rajin nak nak buat entri kat blog, tapi padahal hampir hari hari aku lawat blog, entah apa yang aku jengok tah? Kenapa aku tak begitu nak rajin buat entry ya? Mungkin pasal malas nak taip, balik-balik taip sebaris dua kat FB itu je, jadi sekarang ni aku on kan twitter bersambung dengan FB dah tu lekatkan papan tempet twitter kat sini, jadi apa yang aku taip kat twitter akan ada kat FB dan juga Blog nih.. itu aje lah curahan aku buat masa ni.. dan kalau yang ada FB jengah saja kat FB aku tuh, kalau tak tgk je lah kat tempelan tuh.. dan bila ada mood aku yang ok aku update juga lah kat sini. 



Okeh sedikit pasal aku, sebenarnya tak ada apa sangat pasal aku, masih lagi mengikuti bas yang memberi khidmat dari destinasi ke destinasi, dari kampung ke kampung, taman ke taman... dengan perkhimatan yang tak sepertinya (pasl masih belum ada intenet dalam bas nih, melainkan singgah kat mana2 ada wifi baru leh tumpang, kalau aku online lama bermakna aku ada kat HQ la pasal kat sini wifi 24hrs). InsyaAllah moga tawun depan akan ada perkhidmatan wifi, broadband yang boleh digunakan.. kalau tak bebudak ni baca dan pinjam buku saja la...



Pasal mem aku, InsyaAllah tahun depan (010110) mem aku akan berhijrah dari Polimas Jitra ke PTSS Pauh, selepas permohonan dia nak balik negeri di perkenankan.  Lega juga lah aku, pertamanya aku bimbang jugak lah dia dok drive hari2 ke Jitra tu (pegi balik 120km lebih).. dah tu bila dah jauh kos minyak ni tainggi juga la, pastu dok rushing gi keja kalut2 tu aku risau tu.. lepas ni hari2 pi balik dalam 60km je.. alah dalam 10 minit leh sampai kan..? Selain tu kursus2 wajib dia dah abis selesai dalam tahun nih jadi tahun depan moga2 tak der lah kursus2 yang panjang2 tuh.. he he...





Pasal Athirah la ni dia makin rajin, terutama bila mewarna buku-buku kartun tuh, entah dah berapa buku kartun yang di beli, rajin saja dia mewarna, tak kira siang malam nak mewarna saja, moga2 kerajinan dia ni akan berterus sehingga masuk sekolah la dan juga hingga dia besar juga.. tawun depan masih tak tahu nak hantar ke tadika, nursery atau masi kat umah pengasuh dia, baru nak masuk 4 tahun next year, jadi masih boelh rileks lagi kan? walau pon ada yang sebaya dia dah mula hantar ke sekolah (tadika la..), mungkin aku dan mem slow push dia gi taska ka, tengok lah nanti macam mana, mungkin kat PTSS ada juga taska, kalau tadika lagi bagus.. 



Pasal Adik Anieq pulak, masih bolum mau jalan dia nih, dah masuk setahun 3 bulan dah, emm semalam ada terkesan macam ada benjolan kat pelipat kaki dia (... err belakang lutut kiri), tak tau samada itu punca dia lom leh jalan, tengok sehari dua lagi kalau perlu nak pi check kat klinik.. tapi dia ni dah boleh berdiri, cuma tak berani nak menapak.


Eh panjang juga aku taip nih... hmm nanti-nanti lah sambung pulak...

Thursday, December 24, 2009

Hajat lama, menyinar kembali....

Akhirnya cita-cita aku nak kembali aktif berjogging balik tercapai juga, setelah sekian lama aku menantikan saat ini akhirnya menjelma jua. Kisah ni bermula pada hari ahad jalan-jalan kat Alor Setar, terjumpa dengan satu kedai jualan barangan kesihatan, dia promote punya promote tapi tak jalan juga, akhirnya dua buat pemeriksaan dan juga mengukur BMI dan resultnya memang mem aku overweight, aku juga tapi tak bnyk la, jadinya kami decide yang lepas ni balik kena mula balik aktiviti berjogging, dan besoknya maka bermula lah aktiviti jogging nih, tapi aku macam tak bersedia lah pulak, kasutnya entah ke mana, stokinnya entah kemana, tapi mem aku yang baru balik dari kursus tentulah dah ada semua kan, jadinya dua tiga harini aku jadi pengiring saje lah, aku ngasuh bebudak tu sambil jalan-jalan melayan Athirah dan anieq sajalah...


Destinasi yang kami pergi sudah semestinya di Denai Larian Pengkalan Assam, dah lain-lainnya tengok je lah gambar di bawah...

Adik Anieq juga berjogging di atas stroller...

mama sedang mengajar Athirah macam mana nak cooling down.
(tapi nampak macam nak patah tengkuk anak je..)

Nasib baik Adik Anieq ok je.. tak der buat perangai, dia asyik layan tengok pokok yang menghijau dan orang lain yang sedang berjogging sama..


dah abis berjogging, baru lah dia boleh main kat taman

Wednesday, December 9, 2009

..sedikit laporan kursus..




Alhamdulillah, patang tadi sekitar jam 4.30 petang, aku selamat sampai rumah setelah 3 hari 2 malam berada di Kampus UiTM Merbok Kedah kerana menghadiri kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan. Prog ram yang bermula pada 7/12 sehingga pukul 2.00 petang tadi telah dengan jayanya aku sudahi setelah menghadapi bebarapa cabaran sebelum menghadirinya. Perjalanan yang lancar cukup melega kan semasa nak daftarkan diri. Walaupun tak la jauh sangat area Merbok ni, tidak jauh juga dengan pekan Perikanan Tanjung dawai yang cukup popular.. dekat juga dengan Pantai Merdeka.. ha hah.. cukup lah tu kan..?


Suasana kursus agak santai sebenarnya, tapi menjadi agak kekalutan dengan pengurusan AJK yang macam kurang pengalaman walaupun sebenarnya depa-depa nih adalah Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat.. tapi ,umgkin ini kali pertama menganjurkan seminar macam ni, banyak perkara yang perlu depa titiberatkan, terutama logistic, sasaran peserta, bayangkan untuk modul-modul asas perpustakaan nih pegawai-pegawai yang dah graduate juga kena hadiri, mesti lah depa terlebih-lebih lepak haingga jadi jemu kan? Apa-apa pun kursus ini tetap memberi kebaikan, selain dari dapat refresh balik ilmu-ilmu lama, juga dapat refresh balik hubungan silaturrahim dengan sesama staf perpustakaan yang terdiri dari pelbagai jabatan, negeri, dan pentadbirannya.. Aku sisipkan sedikit gambar kat sini .. nanti kalau nak tengok lebih banyak cari saja Facebook aku tuh..





..baru sampai

sesi info hunt

.. sempat juga berlagu beramai-ramai



..antara tidur dan jaga..






Sedikit kisah AThirah dan anieq.. sesampai saja aku kat kepala jalan nak ke rumah aku tu, Athirah dah laung ari dalam rumah, abah balik, abah balik, sesampai saja kat pintu rumah, terus di tanya, abah beli apa kat ayong? Aku jawab , beli buku mewarna, ada gambar Tom & Jerry, ehh sukanya abah, pandainya abah.. cantik lah abah, nanti abah beli buku yang color, biru , hijau dan oren pulak naaa.. alahai anak ooo.. tapi aku tau dua tiga hari ni dia cari aku, angah da bagitau aku balik esok, tiap kali dia tanya aku.. adiq anieq pulak haa macam biasa la senyum sampai ke telinga, tapi tak dak la buat malu-malu masa dukung dia, masa mama dia bali malam kemarin siap nangis lagi nak tunjuk perasaa, mem aku yang ceta la.. he hee



..dah kembali dari kursus

Alhamdulillah, patang tadi sekitar jam 4.30 petang, aku selamat sampai rumah setelah 3 hari 2 malam berada di Kampus UiTM Merbok Kedah kerana menghadiri kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan. Prog ram yang bermula pada 7/12 sehingga pukul 2.00 petang tadi telah dengan jayanya aku sudahi setelah menghadapi bebarapa cabaran sebelum menghadirinya. Perjalanan yang lancar cukup melega kan semasa nak daftarkan diri. Walaupun tak la jauh sangat area Merbok ni, tidak jauh juga dengan pekan Perikanan Tanjung dawai yang cukup popular.. dekat juga dengan Pantai Merdeka.. ha hah.. cukup lah tu kan..?


Suasana kursus agak santai sebenarnya, tapi menjadi agak kekalutan dengan pengurusan AJK yang macam kurang pengalaman walaupun sebenarnya depa-depa nih adalah Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat.. tapi ,umgkin ini kali pertama menganjurkan seminar macam ni, banyak perkara yang perlu depa titiberatkan, terutama logistic, sasaran peserta, bayangkan untuk modul-modul asas perpustakaan nih pegawai-pegawai yang dah graduate juga kena hadiri, mesti lah depa terlebih-lebih lepak haingga jadi jemu kan? Apa-apa pun kursus ini tetap memberi kebaikan, selain dari dapat refresh balik ilmu-ilmu lama, juga dapat refresh balik hubungan silaturrahim dengan sesama staf perpustakaan yang terdiri dari pelbagai jabatan, negeri, dan pentadbirannya.. Aku sisipkan sedikit gambar kat sini .. nanti kalau nak tengok lebih banyak cari saja Facebook aku tuh.. 




Sunday, December 6, 2009

Si Kembang yang membalas jasa...

Mem aku memang tak suka kan kucing, malahan phobia pulak dengan anak kucing, kalau nampak ibu kucing mengonggong anak, maka akan bertempik-tempik histeria lagaknya, bukan nak bukak pekung di dada, tapi sebagai ingatan turun temurun hendaknya, di sebalik ketidak sukaan mem aku tu nampaknya tidak memihak kepada anak-anak dia

Si Kembang yang membalas jasa...

Mem aku memang tak suka kan kucing, malahan phobia pulak dengan anak kucing, kalau nampak ibu kucing mengonggong anak, maka akan bertempik-tempik histeria lagaknya, bukan nak bukak pekung di dada, tapi sebagai ingatan turun temurun hendaknya, di sebalik ketidak sukaan mem aku tu nampaknya tidak memihak kepada anak-anak dia kerana nampaknya depa suka akan kucing-kyucing yang ada di rumah tu.. walaupun tidak dapat di nafikan bahawa kucing amat kurang sesuai dengan budak=budak ni, jenuh juga aku jadi hakimnya...

...sikembang dan anak2nya

Aku pon sebenarnya dah tak amik kucing untuk di bela, yang mana ada di rumah tu sebanrnya adalah dari tinggalan yang lama-lama dari arwah mak aku dulu, uh yang kesian nak buang tuh, ada sekoq nih yang paling lama, kucing ni aku bawak balik dari perpustakaan pasal masa tu kucing di rumah aku pupus terus pasal kena penyakit, kucing ni aku panggil dia musang, pasal bulu dia sungguh meriah warna.. musang ni pulak kucing betina, selama bersama dengan jantan yang sudi, dah tua pon.. seingat aku hanya dua kali anak-anak dia dapat hidup lama, kalau tak samada mati sewaktu di lahirkan, atau seminggu dua lepas tu, sungguh tak pandai jaga anak, dan anak keli kedua nih, pulak aku panggil Kembang, pasal ekor dia sedikit kembang, si kembang ni pulak suka lak jaga anak, dua kali beranak dua kali anak nya sampai besar, yang pertama kali 5 eko anaknya termasuk anak musang yang dia tolong jaga, tapi tinggal sekor pasal bapak kucing baham habis, lepas tu kali kedua juga lima ekor, tapi dah tinggal 4 ekor entah hilang ke mana.

sikembang dan mangsanya

Berbalik pada taju, hari ni sedang aku dok mandi anak pada pukul 4 petang lebih kurang, tiba-tiba kak aku tempik daari dapur kata ada ular, terus dia lari dari dapur tinggal paip air yang belum di tutup ( kak aku takut dgn ular..) aku yang sedang pegang adik anieq masa tu terus sua kat kak aku, pegang penyapu buluh, konon nya nak kasi hentam sama ular yang kacau keluarga aku itu, sekali bila aku tengok bawah meja dapur tu, kepala ular tu dah ada di dalam mulut si kembang, entah waktu mana dia terkam.. he he she save the day, aku tengok ular tu pon dah pengsan, lalu aku bawak keluar dan bergegas masuk cari kamera.. nak masukkan kat sini .. .. jadi keja jugak aku nih kan..?

si oren favorite Athirah...

Jangan harap...

Seperti yang aku bagitau tadi, kalau ikut rancangan nya sementara mem aku nak sampai rumah, Athirah macam biasa aku hantar rumah mak dua, petangnya maksu dia akan hantar balik rumah, manakala angah dia balik naik bas.. Adieq anieq pulak akan duduk di rumah dengan Tok Pah dia, itu yang di rancang dan itu yang telah di janjikan...

Tapi tu lah, itu yang di rancang, tak semua yang di rancang itu dapat di laksanakan, petang tadi tunggu punya tunggu Tok Pah tak datang-datang juga , hinggalah Maghrib tak juga sampai-sampai, kemudiannya baru mem aku telefon yang tok pah tak boleh nak mai pasal Kak Chak (kak ipar aku la..) sudah kidnap Tok Pah untuk pi teman dia buat checkup di KMC Alor Setar esok, juga kerana katanya ada majlis kenduri di dua tiga tempat kot nak kena pi, hmmm.. jawab dia lari dari plan la, dalam masa terdesak nih nak buat plan macam mana?

Harapnya esok pengasuh adik anieq akan ada di rumah, tidak kemana-mana pasai plan asai tak hantar mengasuh, harapnya dia takdak kenuri mana-mana, kalau tak entah lah macam mana nak jadi, Angah dia gi keja, isk susah juga kalau jadi macam ni...

Saturday, December 5, 2009

mr mama pt 3..siri 2 -end part 3( i guess...!!ma)

Alhamduulillah.. sudah masuk 4 hari mama pergi berkursus BTN di Kem Mega Crystal, di Kuala Selangor.. dan anak-anak mama ni ( buat masa ni masih anak abah) tidak memberikan banyak masalah, cuma semalam adik sedikit meragam, selepas balik dari makan kenduri, tido dalamsejam lepas tu dia terjaga kerana terbatuk2, entah samada tersedak minum susu, atau pasal dia nak batuk dan selsema pasal semalam lepas saja bagi dia mandi hidung pon beringus, hmm mungkin depa sejuk kot, kat Perlis ni dah masuk musim sejuk (winter wind), siang malam sejuk kalau peluh pon keluar rumah kena angin pasti sejuk, tapi semakin kering sekarang so kena manyak minum air..

Petang nya adik meragam lagi, mungkin nak ajak pergi jalan-jalan, pasal biasanya kalau ada mama measti nak gi jalan-jalan naik keta, jadi dah dua petang aku bawak dia gi jalan-jalan masuk kampung, tapi tak lama la, pasal angin kat luar agak sejuk.. anyway dia meragam semalam mungkin pasal lapar kot, hmm lepas bagi makan, dalam kol 8.30 mlm dia tidor la selepas makan ubat batuk.. bangun pagi ni ok ajer aku tgk, dalam kol 9.00 pagi daj makan moi, lepas tu bagi ubat batuk gi, sebagai langkah berjaga-jaga takut melarat lak.. hm semalam dah aku spare kan ubat batuk, demam dan selsema...

Hari ni, kena pack barang-barang lak, esok aku lak kena berkursus kat merbok, kedah.. terpaksa mintak tolong tgk2 kan adik esok, pasal esok baru mama balik, mungkin malam baru sampai, aku akan bertolak pagi, selepas hantar athirah dan angah pi kerja.. so aku akan bercuti la dari berladang dan juga berblogging.. tapi Fb mungkin melalui telefon saja la..

Kursus...

Besok aku akan menghadiri kursus di UiTM Merbok Kedah, isk jawab dia kena tinggal lah anak-anak aku nih, dah tu bini yang baru nak abis kursus pon tak sempat nak jumpa, hai badan sabo saja la, kalau tak dikenang kan borang prestasi kerja yang perlu di lengkapkan, tak gamak rasanya nak pergi, berat hati ku nak melangkah, tapi apa kan daya aku.. ker ja.. ker ja.. kerja....


Thursday, December 3, 2009

mr mama pt 3..siri 1

adeh semalam adik anieq kenakan aku , semalam lepas je maghrib terus dia tido, dengan sesekali meragam nak susu, tapi trus sampai aku masuk tido jam 10.00 malam dia tak jaga, malahan masa aku tukar lampin (pakai buang), dia tak jaga.. aman aku rasa denia ni.. ha ha... sampaikan aku terlena sekalai tanpa sempat nak telefon mama depa.. athirah pon lena awal..

tapi keamanan ku tak bertahan lama dalam kol dua pagi adik anieq jaga, aku pon macam biasa bingkas bangun buat susu dengan harapan dia akan tido balik.. tapi aku kuciwa tak mau dia tido nak ajak aku main juga, mula aku buat derrrk aje, tapi bila dia nak terjun tilam terpaksa aku layan juga la, dalam kol 3.00 pagi selepas aku rasa dia dah puas main, aku nak tido kan dia pakai buaian la, jadi aku keluar bilik dan buaikan dia kat rumah depan, bukan apa takut athirah lak jaga, tapi sekali lagi aku keciwa juga, adik anieq masih tak mau tido, walaupon dah dua botol susu masih dia liat juga, tapi aku gagahi jua, ku pujuk-pujuk sambil berdendang tanpa muzik dan macam-macam lagi cara yang aku terdaya akhirnya mau juga dia tido2 ayam, dan aku menaruh harapan tinggi nak sambung tido balik...
di kala harapan aku nak sambung tido balik tu lah, tiba2 jugak athirah bangun tido, datang kat aku dan tido atas riba aku, adeh tension aku, musnah sudah harapan aku di ketika itu.. dan, dan-dan tu juga mata adik anieq terbuka luas balik, lepas tu boleh main-main dengan athirah dok lawan sorak, lepas tu lawan gelak,, adeh makin tension aku... pastu aku angkut semua masuk dalam bilik.. bancuh susu lagi, adik botol ketiga dan juga athirah.. lepas t athirah lena tapi adik masih juga tak mau lena.. sampai lah pukul 5.00 pagi.. baru dia tido.. sempat lah aku lelap dalam sejam lepas tu dah bangun siap2 nak hantar angah gi keja lepas tu hantar athirah pi umah pengasuh dia, mana kala adik anieq masih tido sewaktu aku angkat masukkan dalam baby chair tu, dari rumah gi kangar, patah balik bubuh minyak keta, hantaq athirah dan balik umah semula tak jaga pon dia.. he hee

sampai umah sempat juga makan nasi lemak, kueh sikit, member*k, dan segala balanya sikit-sikit dia masih tido atas buaian, dan sehingga aku nak habiskan taip entry ni dia baru je jaga, sedang sibuk main keta-keta dia tu dengan mulut kejap bunyi keta, kejap bunyi siren .. sambil tolak keta naik badan aku yang sedang taip entri ni.. ok lahwrap off lah nak bagi dia makan moi nih...

Wednesday, December 2, 2009

Mr Mama Part 3...




Baru, baru saja keluar.. cerita Mr Mama part 3, yehaa mem aku keluar lagi.. berkursus lagi, kalai ni kena kursus lagi, kali ni kursus Biro Tata Negara, kursus yang tengah top namanya sekarang, di sebut2 di merata-merata terutama nya di Selangor, kerana kerajaan Negeri Selangor telah mengharamkan kursus BTN ni.. dan sayugianya mem aku dapat kursus di Kuala Selangor lah pulak, abis tu macam mana nak ceta lak tu kan?
Tadi juga ada kematian dekat umah aku, Tuan Hj Abidin Abu Bakar, memang di kenali di sekitar umah aku ni, dulunya mempunyai sebuah kilang memproses padi, dan antara orang yang berada sekitar kampung aku dan Kuala Perlis, hari ni juga mem aku bertolak ke Kuala Selangor , jadi agak sibuk juga la, keluar dari rumah dalam pukul 6.45pg hantar adik anieq ke rumah opahnya (err pengash aja panggil opah, lepas tu antar angah , lepas tu hantar Athirah pulak, balik lak umah amik mama untuk ke Polimas , lepas tu terus aku balik pergi mengunjung.. lepas tu terus datang pejabat pulak.. hu hu panjang lak route aku pagi ni. Jadi malam ni aku akan jadi mr mama pulak..

Monday, November 30, 2009

Rumah Idaman...


Isk.. hari ni do termenung sorang-sorang dalam bas, tak keluar beri perkhidmatan pasal driver masih sakit mata, entah kena apa mata dia, masih bengkak dan berair, jadi aku melayan internet sajalah.. selain dari dok melayan Facebook, sambil dok google-google tentang Perlis, manalah tau kot jumpa apa2 yang menarik.. akhirnya dengan tiba-tiba aku terjumpa lak gambar-gambar rumah Perlis nih..

Agak lawa juga rumah dia, agak berkenan di hati, walaupun certain part tu aku tak berapa minat, terutamanya rumah tengah yang bersambung dengan bilik, kalau boleh sediakan rumah tamu yang tak boleh aksses ke bilik tido kan best, ada privacy sikit kalau org pompuan dok kat sana..

Ruang Bilik dan tengah rumah

ini ruang depan


Ruang Serambi
Beranda rumah

Tapi kan kalau betui-betui nakbuat rumah ni dengan kayu seperti dulu-dulu memang makan modal besar la.. tapi mungkin konsep dia boleh diambik... sekarang ni nak ari di Perlis pon payah dah, hampir pupus dah pon.. tapi boleh dapat di Mini Malaysia.. di mana aa mini Malaysia nih.. nanti kena Goog*e lain la... gambar-bambar ni akau dapat dari blog:
http://artmelayu.blogspot.com/

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Hmmm.. sudah 3 hari berhari raya, baru terlintas nak ku coretkan disini, ntah lah.. sungguh aku jadi malas+segan+tak rajin nak mengupdate kat sini, macam sudah mau berputus arang, tapi nehi-nehi tak akan aku berpatah arang di sini, walaupun pelan-pelan kayuh kata orang, asalkan terus tak tertinggal di belakang dah kira ok lah kan..?

Kenapa harus aku segan+malas+tak rajin nak update blog nih, mungkin juga kerana aku asyik melayan FB, FV dan sebagai nya, membawa dari rumah ke pejabat, dari pejabat bawak balik kerumah.. aduhai sungguh aku addicted to FB, ...

Sebelum apa-apa baik aku update tentang raya sikit, tentang Anieq sikit, tentang athirah sikit, ada juga coretan yang leh tinggal dan tak tanggal kat sini kat? Raya haji tawun ni bagi aku sungguh slow lah, tak ada majlis korban di masjid, hmm entah pasai apa tah, adakah pasal tiada yang sumbangan untuk di buat di masjid, juga mungkin kekurangan orang nak pesah (berkerja) kat masjid, hanya ada dua kumpulan pada hari raya pertama, satu di umah pak menakan aku di belakang rumah, aku hanya sempat singgah sekejap, dan satu lagi di rumah Pak Cik Mei tukang semelih lembu di hujung kampung nu.. dia dah menjadi feveret untuk semelih lembu, jadi ramai yang berhimpun .. aku tak sempat nak pi pon..

Berbalik cerita raya pertama nih, pepagi selepas siap2 semua ketika nak bertolak ke masjid, tiba2 eletrik lak terputus, habis sunyi kat masjid tak terdengar suara takbir, jenuh juga tok imam menguatkan suara dia nak bagi dengar anak jemaah sampai ke luar masjid.. terutamanya waktu sembahyang pasal imam mengadap ke depan jadi suara tok imam tak sampai ke belakang, hanya ada sorang dua yang sambut suara tok imam untuk bagi anak jemaah lain dengar, masa khutbah Aidil Adha ok lah sikit..

Lepas sembahyang sunat Aidil Adha, ada juga saudara dan kenalan lama arwah mak singgah kat rumah, mungkin teringat arwah mak kot, jadi datang nak tengok bekas kata orang.. nasib baik sempat juga mem aku masak mee kuah, ada juga juadah untuk di jamu, kalau tak kuih kering saja la.. dah habis tetamu balik baru lah jengok rumah pak menakan yang buat korban tuh, hmm dah rmai yang menolong aku tengok je la.. sambil dok sembang pandai.. ha ha..

Dalam pukul 11.00am baru pegi rumah pengasuh Athirah, tu pon pasal on the way nak balik Sg Padang rumah mertua aku, jadi seharian hari tu aku ada kat umah mertua aku la.. bila dah masing2 dok bercerita, aku pon cari port nak bikin cerita sendiri la, tapi Athirah punya pasal, tak dak can la, jenuh dok monitor dia,..

Sedikit perkembangan adik Anieq, sekarang ni dia dah semakin manja dengan mama dia, mungkin masa baru balik hari tu dia tunjuk perasaan dan protes, kini bila mama dia cuti mesti nakada depan mata dia saja, kalau tgk tak ada mula melilau cari, sekarang dia juga dah cekap merangkak walaupun nampak macam kaki dia agak lembik, tapi dah boleh berdiri kat kerusi, meja dan almari dalam rumah. Athirah ok saja la sekarang ni, bila mama dia balik ari tu boleh dia tanya mama dia "mama pi mana, mama lari ka...?".. adeh senak perut aku dengaq dia tanya macam tu, mungkin bagi dia bila mama dia pi lama2, mungkin lari lah kot..?

Monday, November 23, 2009

Adek Anieq lagi....

Adeh la.. adik Anieq buat halagi la... entah pasal apa, mungkin pasal mama dia dah balik ka, atau mungkan pasal   terlalu suka dia dah boleh merangkak sana sini, boleh berdiri sambil pegang kerusi dan bangku, boleh duduk walaupun didudukkan maka malam dia setelah tidor dari pukul 9.00 malam, bangun pukul 1.30am.. dan terus dok merangkak, memanjat orang dan duduk, serta terjun tilam, selama hampir 3 jam, fuhh dah pukul 4.00am baru dia nak tido, tu pon aku masukkan dalam buaian, tak sampai 10minit masuk buaian elok pulak dia lena..aku dah tak ngantu, jadi aku ngadap laptop mem la.. entah sampai kol berapa baru nak ngantuk pulak, mem aku mestilah tengah lena setelah seharian dok dalam kereta dalam perjalanan balik...


Kisahnya mem aku bertolak balik selepas dari amik exam kursus dia tu, lepas exam ada majlis penutup kursus, jadi ting tong pi, ting tong mai, pukul 11.00am baru bertolak balik, sampai Jitra dalam pukul 6.30 ptg, aku pulak keluar rumah dalam pukul 5.00ptg, selepas solat asar pastu amik Athirah kat rumah pengasuh dia, oleh kerana agak awal, aku bawal slow aje lah, dah la ujan renyai2 masa aku keluar tu, jadinya dalam kol 6.00pm macam tu aku sampai Jitra.. ok la tak la lama sangat aku tunggu kan... ok lah pendek cerita, zaman bujan sementara aku dah pon berakhir.. ewahhh.. 

Monday, November 16, 2009

AlKisahnya s Anieq...

Sudah lama rasanya aku tak update pasal anak-anak aku nih, hmmm etah kenapa aku jadi sibuk yang tak menentu, tak ketahuan apa yang di sibukkan.. tetapi itu la yang pastinya sekarang memang aku sibuk dengan depa dua la, al maklumlah aku membujang sementara bersama dua orang anak aku ni....



Anieq nih sekarang dah pon setahun, tapi agak perlahan perkembangan dia, emm tu la ada kalanya dalam ramai2 tu ada jugak yang slow nya, aku tak pasti kenapa, mungkin pasal dia dua kali masuk wad hari tu, juga mungkin pasal susah sangat nak lepaskan dia, asyik nak pegang, dukung dia saja.. he hee.. jadi di umur setahun ni dia masih baru nak belajar merangkak, tapi dalam masa yang sama dia juga dah boleh 'didudukkan'.. juga sekarang ni dah pandai merayap sendiri , bangun sendiri untuk merayap sambil dok pegang kerusi, mungkin dia rasa dah ketinggalan jadi dibuatnya sekali gus merangkak , duduk dan berdiri dalam masa sebulan nih... tak pa Anieqkan?.. usaha tangga kejayaan.. 



Sekarang ni memang aku bertiga dengan depa plus kakak aku yang kena mengasuh terutama ketika malam dan hari cuti, dan bila mauk tido aku lah sepenuhnya.. tak pe la.. anak-anak kan..? Mem aku masih lagi berkursus di Ins. Aminuddin Baki kat Genting Highland sampai 24.11 nih.. tapi Alhamdulillah nak jaga depa ni tak lah susah sangat, mungkin depa pon paham.. pak depa ni pon kalau depa kelam kabut dia lagi lah gelabah.. sudahnya sapa pon tak lena... 

Tuesday, November 10, 2009

Mr Mama..Season Two Pt 1

Seperti yang telah aku nyatakan pada catatan ringkas dua tiga hari lepas, sekarang ni mem aku sedang menghadiri kursus (ntah apa tah.. ) di Institut Aminuddin Baki Genting, jadi dengan sendiri nya aku mengisytiharkan diri ku bujang kembali tapi bersama dua anak.. hmm boleh ka begitu.?

---gambar kredit to nazim--


Hari pertama aku lalui seperti biasa la, tiada apa yang janggal, begitu juga dengan anak-anak, maklum la bila time cuti Ahad, mama depa memang kerja, jadi dah jadi kebiasaan la.. pagi dalam kol 9.30am pi hantar mem kat Jitra untuk tumpang kawan dia yang nak bertola ke Genting, bawa Athirah sama.. dia cool aja walaupun dalam keta tu dok atas riba mama dia saja.. hmm macam tau saja nak kena tinggal.


--mereka-mereka yang kena tinggal--

Malamnya baru la bermula episode tanpa mama di sisi, hmm adik lena awal dala jam 7.00 malam.. terus sampai bawak masuk bilik tak jaga, tapi dalam pukul 4.00pg dia terjaga, macam biasa nak susu.. jadi bancuh kan kat dia terus tido balik sampai 6.30 pagi.. pass tak ade masalah. Yang bermaslah sikit ialah Athirah, dia masih lagi dalam edah sakit gigi, jadi dia terjaga dua tiga kali dan menangis kerana sakit gigi, jenuh aku pujuk balik suruh dia lena. Pagi nya aga senang pasal semua persiapan seperti baju2 dan peralatan untuk di bawak ke rumah pengasuh dah siap, baju2 aku juga dah sap aku seterika.. jadi tak makan masa sangat di waktu pagi.


Petang hari ke dua, dalam kol 5.50 ptg baru amik adik dan Athirah kat umah pengasuh masaing2.. terus balik rumah Angah nak masak untuk makan malam, abah dia mengasuh saja la.. adik tido awal juga dalam 6.40 dah tertido mungkin pasal dia bangun awal kat rumah pengasuh, Athirah pulak batuk-batuk jadi abah dia bagi ubat batuk.. jam 9.00malam lebih2 Athirah dah lena.. jadi boleh terus masuk dalam bilik, tapi nak di jadikan cerita adikla bangun dalam jam 9.45 malam, terpaksa lah abah melayan adik yang tak jemu2 main lori kecik dia tu, kiranya dalam pukul 11.30 malam baru adik terlena pulak.. jadi bawak saja masuk dalam bilik, lepas siap sembahyang Isyak segala, tido la.. tapi dalam kol 2.30 adik jaga lagi, mungkin dok tercari mama dia, pasal dok sebut mama - mama, jenuh juga layan dia sementara nak tido balik, rasanya sampai kol 4.00pagi lebih baru tido balik.. adeh baru dapat sambung tido sampai jam 6.00pg.. 


Pagi nih, kol 6.45pg dah keluar hantar anak ke tempat ngasuh.. dan petang nya lebih kurang jam 6.00ptg baru amik depa, adik tido jam 7.10 ptg, tapi jaga bali jam 9.30 kena layan dia main kat tempat tido sampai jam 12.00 masukkan dalam buai barunak tido.. Athirah pulak jam 11 baru tertido selepas puas dok bergelak sakan dnegan adik.. emm entah apa yang depa buat, pasal abah dah lali-lali ayam.. tapi dek kerana adik lom tido terpaksa gagahkan diri buai kan dia.. bila dah setel mata lak tak nak ngantuk.. he hee.. so ceta ni akan berterusan hingga 3 minggu mungkin.. hmm 

Sunday, November 8, 2009

Banjir di Perlis..

Hari tu kan ada hujan lebat, errr sejak hari Jumaat hari tu .. hujan 2 hari yang berturut-turut dan agak lebat serta tak berhenti memang membawa kemungkinnan akan banjir, tapi baru jer dua hari dah berhenti, jadi aku rasa tak akan banjir lah Perlis tahun ni, tapi tak tepat adanya, walaupun tak sempat tengok berita tapi ada kawan-kawan bagitau yang air dah mula naik pada hari Ahad tu, jadi semestinya aku tak berpeluang pi tengok mau pun nak main-main dengan air banjir...


Tadi sempat juga meronda-ronda melihat kawasan-kawasan yang masih di genangi air, terutamanya jalan Santan nih.. air dah surut tinggal dalam 1 kaki saja gih.. jadi tak de la gah nya nak menunjuk2.. cuma sebagai satu catatan je la... lebuhnya biarlah gambar yang bercerita..












Mr Mama.. episod terbaru

Nampak gayanya sekali lagi dan anak-anak di tinggalkan, untuk hampir tiga minggu akan datang mem aku akan berkursus di Genting Highlands katanya...err tak sempat nanti aku bg tau lain..

Tuesday, November 3, 2009

.. di kala mata hampir berlabuh..

Di kala mata mata hampir berlabuh,
di malam nan sunyi ini,...
daku terkenang akan laman, yang sudah lama tidak aku jengah..
laman di mana aku dulunya sering titipkan nota sepi, sedih, keciwa, bahagia, dan suka..
.. terasa rindu ku makin sarat,
.. sabarlah, mungkin nanti ada masa dan ketika,
akan aku titipkan kembali semua nota-nota,
segalanya...

Wednesday, October 21, 2009

Mencari pensil warna Athirah...

Isk.. entah macam mana aku nak mulakan, dah lama jari jemari aku tak menari kat keyboard nih untuk mencoret bait-bait kata, bercerita serta berkisah kat sini, entah apalah virus yang sedang melanda diri aku ini. Bila dah selalu ber blog aku tergoda pulak dengan facebook, tapi tetap jugak ku jengok kat sini, walaupun tidak ku tinggalkan jejak. Harapan aku agar jemari ku ini akan kembali cargas kat sini nanti.. sabo saje la...


Apa-apa pun, terigin lak aku nak singkap kisah Sabtu lepas, di mana seharian hari tu Athirah dok sebut nak pensil warna saja, bangun-bangun tido dah dok sebut2.., mungkin juga dia teringatkan pensil warna Syafik & Nafis yang tak puas dia godam dulu, dah di bawak lari .. he hee tersebut-sebut macam tu, hmm jadi ingat petang sikit boleh lah cari kat mana-mana, tapi tengahari tu ada makan-makan kat rumah Tok Ngah depa kat Kodiang. De ngan anggapan yang masa balik nanti boleh cari pensil warna dia kat Wah Siah ka, Din Borong ka, tak pun kat kedai Rm2.00 saja pun boleh, maklum la dia bukan pandai jaga lagi kan..?

Anieq yang dah tak sabaq nak pi berjalan-jalan... 


Sampai kat umah Tok Ngah depa dalam pukul 12.50 tengahari dah, orang dah makan pon, jadi masuk umah tupang-tumpang makan berhidangsaja la.. senang dan cepat, oekh juga ikan bakar, tomyam campur, sayur campur, ikan pekasam juga sambal udang, hmm banyak juga aku makan... bila dah kenyang makan apa lagi bukak cerita la, cerita punya cerita, punya bercerita.. keluar lak topik nak pi Penang.. depa ajak pi jalan-jalan kat Pulau Pinang, sementelah ada baucer yang perlu di bereskan, makan terpaksa lah aku bersetuju.. 


Dalam pukul 4.00 petang macam tu baru lah kompom nak pi, terus saja kami bertolak 2 biji keta, oleh kerana aku kurang arif selok belok kat sana, aku main ikut saja lah... sampai kat Jambatan Pulau Pinang dah pukul 6.20 petang selepas berhenti bersolat Asar kat hentian Gurun, dah sampai kat seberang terpaksa lah meredah jalan yang agak sibuk untuk ke Persiaran Gurney, mencari Parkson yang terdapat kat Plaza Gurney tuh, akhirnya 7.10 malam baru dapat masuk dan parking kat situ, terus saja cari surau untuk solat Maghrib dan seleaps tu baru sesi bershopping bermula, nasib baik lah malam tu adik Abieq pon okeh, tak meragam, Athirah pula berlarian dengan sepupu2 dia, isk risau aku.. tapi sempat juga shopping bagaikan ribut melanda, terpa sana, terpa sini, tak banyak songeh jadinya.. asalkan berkenan terus saja amik



Athirah yang sentiasa excited, sampai jenuh dok hambat dia...


Dekat pukul 10.00 malam, dah nak tutup dah plaza tih baru lah kami melilau nak cari jalan balik, adeh jenuh kejap naik escalator, kejap turun lif.. tapi jalan nak ke tempat parking masih juga tak jumpa, adeh macam mana ni, letih oo naik turun, naik turun macam tu, akhirnya telefon adik ipar yang datang sekali tu, dia dah masuk kereta pon, isk mau tak mau suruh dia datang amik lah, letih dah nak cari, dalam 10 minit dia pon sampai baru lah dapat cari tempat parking, patut la sesat, rupanya dia ada dua bahagian bangunan tu, baru dan lama, kami dok sebelah yang baru sedang kan tempat parking sebelah lama, patut cari tak jumpa.. 

..plaza gurney.. destinasi di tuju (google saja..)


Keluar dari Plaza Gurney tu pusing sini , pusing sana pukul 11.00 malam baru sampai ke Tanah Besar.. masa ni Adik Anieq dengan Athirah dan lena dalam keta, lega la.. boleh drive balik ujmah dengan aman sikit, kalau tak jenuh layan terutamanya Athirah, sekarang nih makin banyak dia cakap.. ha a haa tak aberhenti-henti.. sampai umah 5 minit lagi pukul 1.00pagi.. he hee letih oooo

.. dan akhirnya dapat juga cari pensil warna Athirah... jauh tu..

Tuesday, October 13, 2009

Kisah 2 Jejaka, 1 dara dan sorang mama...

Hehe.. tak ada apa apa kisah pon sebenarnya, hanya setelah lama tak makan bihun sup kat gerai dekat dengan rumah ni, dulu ianya agak femous juga lah, tapi semenjak dua menjak selepas isteri Harun ni meninggal kerana kanser payudara maka perniagaan dia pun jadi slow, aku tak pasti samada kerana isteri dia, atau kerana harun tu sendiri yang melariskan perniagaan dia.. jadi semalam tiba-tiba saja mama budak2 nih ajak pi situ, jadi on sajalah pasal keta pon nak kena boh minyak..

..bihun sup Harun


Setelah sekian lama tak makan bihun sup dia, rasanya dah banyak berubah, kalau dulu tuh memang kaw-kaw punya sedap, dah tu berminyak-minyak lemak dia.. hmm itu yang aku jarang makan tuh, kang banyak sangat minyak dan lemak tak baik unuk kesihatan... masa sampai kat kedai bihun sup ni dah pukul 6.15 petang, suasana petang yang agak malap seolah nak hujan tu menjadikan suasana malam lebih terasa.. Duduk saja terus saja order 2 bihun sup biasa dan satu bihun sup kosong untuk Athirah & adik Anieq.. untuk Adieq Anieq ni leh tgk dan rasa kuah saja, dan 2 milo ais.. maka mula lah acara makan berganti-ganti.. kejap abah pegang adik, kejap tu mama pulak, sehinggalah siap makan 20 minit kemudian.. 

..dua orang jejaka baru lepas gunting rambut..


Kisah dua jejaka pulak ialah dua dua nya sudah berambut pendek, dan adik Anieq kali pertamnya dah berpotong ramabut, nasib baik dia ok tak meragam masa bergunting rambut.. tapi kena berdukung juga la, kalau tak mau ke dia duduk diam, tapi Alhamdulillah semuanya sihat berjalan lancar.. dan kisah si Athirah pulak sekarang ni kerap dia dok buli adik dia isk apa la.. nanti adik dah besaq tentu adik yang buli dia pulak la.....


..anak dara yang makin nakal dan keletahnya sentiasa mencuit jiwa,

Wednesday, October 7, 2009

Dari Minda Tajdid - Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati



 Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.


Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.



Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.



Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.
:- dimanakah teman yang sejati..???
dipetik dari Laman Dr Maza