Sunday, June 28, 2009

Sudah seminggu...

Adeh, rupa-rupanya sudah seminggu aka 8 hari dah, aku tak buat sebarang entry.. entah lah mungkin juga sebab sibuk, mungkin juga masih belum kebah dari di serang selsema 'M'.. entah lah kena pulak sekarang nih  aku kerap sangat di landa selsema 'M' ini, mungkin antibiotik dalam badan aku nih dah tak berapa nak imune dengna virus-virus ganas selsema 'M' ini... sebagai mengubat lara ini, aku letakkan sedikit update untuk di jadikan azimat kalbu yang merindu.. ha haa 

Apa-apa pun dalam seminggu nih, memang ada sedikit kesibukan, ada satu acara yang agak besar akan berlangsung pada hari ni, rancangan nay bermula sejak awal bulan lagi, tapi kerana masing-masing masih keletihan dengan  acara Bacalah Manjaku yang dijalankan di Klinik Thalasemia HTF, Kangar.. maka kami di beri kebenaran untuk bersantai seketika, yer lah kebetulan musim cuti persekolahan pon bermula, boleh lah yang nak bawak anak-anak pi berjalan, atau makan kenduri, nak bersunat pon ada.. 

Sehabis saja acara bersantai ini, maka persiapan untuk acara ini, iaitu Majlis Perasmian Perpustakaan Permainan Kanak-kanak, Perpustakaan Cawangan Padang Besar (Utara). [untuk makluman terdapat dua Padang Besar di Perlis.. satu di Selatan dan satu di Utara.. Padang Besar Selatan hanyalah satu kawasan yang terdiri dari beberapa buah kampung yang terletak berhampiran Kuala Perlis, manakala Padang Besar Utara, memang dah di kenali ramai sebagai tempat membeli belah dan juga sebagai pintu sempadan Siam (Thailand)... :- sekian di maklumkan] ni merupakan perpustakaan permainan (toy Library) yang ketiga terdapat di Perlis dan InsyaAllah satu lagi akan di rasmikan nanti di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat.. tarikh dan masa akan di umum kelak.

Jadi sebagai nak semarakkan perasmian itu nanti, aku selitkan sedikit suasana persiapan terakhir pada sebelah pagi, melengkapkan kerja-kerja terakhir juga di adakan juga rehearsal upacara ini, untuk liputan penuh perjalanan majlis.. nanti lah aku masukkan...


Ini lah tempat perasmian berlangsung
khemah-khemah untuk jamuan tetamu yang hadir
..antara persiapa terakhir bagi memastikan majlis berjalan lancar
.. peserta koir perpustakaan membuat latihan terakhir bersama kondukter mereka..
opss... maaf hanya jurukamera sebenarnya..
belon-belon untuk gimik perasmian
..cenderamata untuk dif-dif jemputan serta peserta yang bertuah..

... sehingga jam 2.30 petang sudah ramai tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis ini, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. laporan berikutnya akan menyusul nanti bila visualnya (gambar la...) aku dapat nanti..... 

Thursday, June 25, 2009

entry selitan...

Sepatutnya entry ini di publishkan lebih awal.. tetapi kerana kesibukkan yang tiada ketara itu maka, ianya tidak dapat di lakukan.. apa yang hendak aku paparkan ialah, kerja-kerja di belakang tabir di sebalik kejayaan sesuatu majlis, ini adalah kerja-kerja awal yang di jalankan seperti membuat persiapan tempat majlis berlangsung, sesungguhnya dengan perasaan yang amat berbangga ingin aku nyatakan bahawa kerja-kerja yang aku rasa amat remeh temeh ini sebenarnya di alkukan sendiri staf-staf perpustakaan.

Bagi memastikan semuanya berjalanlancar, dia tiada cacat cela yang ketara (.. pastinya tak akan perfect) maka kerja-kerja ini jalankan lebih awal, iaitu pada awal minggu lagi, tapi yang hebatnya pada hari Jumaat, 26.06.09 dimana ramai kakitangan yang terlibat untuk kerja-kerja di luar dan dalam bangunan. Sesungguhnya penghargaan harus di berikan pada mereka, tanpa kehadiran mereka sesungguhnya majlis tidak akan menjadi seperti yang di rancangkan.. 

..menyiapkan pameran jabatan dan rangkaian perpustakaan
memasang kain..
para hakim yang menentukan kedudukan kain...
...juga para juri yang mengesahkan kecantikkan hiasan dalaman
'man of the event'.. dia bekerja seminggu awal dari yang lain, 
memastikan segala persediaan berjalan lancar.. 

Sunday, June 21, 2009

Mr Mama.. part 2


Selepas keluar entry tentang Mr Mama kat blog nih, ada juga orang kata, biasa lah kan, kena tinggal dan mengasuh anak ni memang dah kebiasaan orang bekrja, mungkin betul juga apa yang depa katakan, cuma mungkin bagi aku ini satu ujian sebenarnya, mungkin kalau anak yang dah besar macam Athirah, tak lah menjadi masalah sangat, tak susah nak di uruskan, tapi bila nak mengasuh sorang budak yang baru berumur 8 bulan, sebenarnya memang sedikit meresahkan.. kalau dulu masa Athirah lebih kurang umur yang sama, aku cuma mengasuh siang, tidak susah sangat pon, semua keperluan dah di sediakan.. mengasuhnya saja... nih adik Anieq kena mengasuh malam, yang mana pada kebiasaannya malam nih adik Anieq diuliti oleh mama dia.. abahnya hanya tukang bancuh saja.. jadi nampak gayanya kali ni kena belajar menguliti Anieq di waktu tidur la.. tak la susah, jaga susu bila dia jaga saja lepas tu tepuk-tepuk dah lena balik la..


Lebih nak dijadikan kisah, selepas saja mama dia tinggal, Anieq pulak mula selsema dan demam, adeh tak lena malam la jawabnya, pusing sana nangis, pusing sini merengek.. nak pasang kipas hidung dia tersumbat, tak pasang kipas di pulak berpeluh... sampai naik pening abah dia.. kiranya kalau boleh tido 4 jam satu malam kira besar rahmat dia... tapi Alhamdulillah besok tu selepas di beri ubat Anieq cepat lak sembuh, tinggal kahak dia sahaja yang tak habis lagi, kemudiannya cabaran datang lagi, Athirah pulak demam, mungkin berjangkit dari Adik dia.. nasib baik ada ubat adik dia, sambung guna ubat tu saja la, cuma dos dia up kan sikit, tengok dari botol-botol ubat yang lama, akhirnya sembuh juga lega rasanya... sehingga kini dah tak rasa susah sangat nak control depa ni... satu lagi nasib baik pasal ada Angah depa boleh juga tolong pagi-pagi, tak la terlalu kalut sangat... kalau tertinggal apa-apa tu memang dah biasa la.. maklum lah pagi2 tu memang sebuk, kalau malam memang tak leh nak tinggal la..

Tapi semua ni sememang nya banyak beri pengajaran pada aku, bukan senang juga tugas seorang mama, bukan senang juga nak menguruskan anak-anak kecik nih, tapi walau apa pun ku harung juga, pastinya nanti lebih banyak kursus yang mama kena pergi nanti, mesti anak-anak kena tinggal lagi, dan abah kena berjaga juga lagi nanti.. he hee

Kenduri.. suka dan duka

Hari Sabtu hari tu, sempat juga aku singgah kenduri Puan Rokiah yang meninggal seminggu sebelum tu, masih terdapat banyak ruang-ruang sedih di sana sini, walaupun majlis di ceriakan dengan musik iringan, dengan kehadiran rakan taulan serta keluarga untuk memeriahkan susana, tapi wajah kesedihan ada di mana-mana, terutamanya suami dan anak-anaknya termasuk pengantin baru. Walaupun begitu majlis harus di teruskan, panggilan telah di buat sejak awal lagi, begitu juga ikat janji dengan sebelah lelaki, semuanya kena kotakan..
 
Sementelah pulak, si pengantin baru ini di jangkakan akan terbang ke Jepun pada hujung Julai atau awal Ogos nih untuk menyambung pengajian, dua-duang sekali.. jadi walau bagai mana pun semoga mereka tabah mengahrungi semuanya..

Tuesday, June 16, 2009

Eh.. dekat saja



KUALA PERLIS - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi lelaki pertama mereka tidak memiliki alat kelamin seperti lelaki normal meskipun selepas 10 bulan dilahirkan.
Bayi itu, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Ogos tahun lalu hanya mempunyai dua buah zakar namun alat sulitnya tidak kelihatan.Ekoran itu, bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, beliau begitu gusar mengenangkan nasib yang menimpa anaknya yang terpaksa menggunakan saluran najis untuk kencing dan membuang air besar.
"Beberapa minggu selepas Nabil dilahirkan, dia sukar membuang air kencing sehingga perutnya kembung dan doktor terpaksa menebuk lubang untuk sambung saluran kencing ke saluran najisnya."Oleh itu, saya harap bantuan doktor pakar untuk memeriksa keadaan anak saya dan memberi pandangan terutama tentang kesihatan serta masa depannya," kata Rodzake ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam.
Rodzake, seorang peniaga kedai makan, memberitahu, anaknya itu juga memiliki kecacatan fizikal lain iaitu tiada kelopak mata, mempunyai sembilan jari, cuma ada telinga sebelah kiri selain mempunyai ruang pernafasan hidung yang sempit... kosmoonline 170609
----------
Kejadian ni berlaku dekat saja dengan kampung aku, sebenarnya aku sendiri tak tahu, tapi kawan aku dok tanya tang mana rumah dia pasal kampung dia dekat dengan rumah aku, aku rasa penah dengaq cite nih, dari mulut ke mulut cumah tak amik perhatian sangat. Aku kenal dengan depa, keluarga depa, sejak dari kecil lagi, malahan tarikh perkahwinan depa sama dengan kenduri kawin aku , juga jarak anak pertama depa hanya 3 bulan tua dari Athirah dan anak kedua (nabil nih..) tua dalam 2 bulan dari Anieq.. cuma Pak Nabil nih (Rodzake..) Lebih muda dari aku... he hee..

Monday, June 15, 2009

Mr mama...

Whoa.. buat masa ni aku terpaksa lah jadi Mr Mama buat seketika, jadi pengasuh dua orang anak-anak aku nih, he hee yer lah dah mama depa kena kursus induksi kat Pulau Pangkor, jadi mau tak mau aku kena ngasuh juga la.. tak la lama sangat pon, dalam sepuluh hari saja.. jadi tak sempat lah aku nak berupdate malam-malam. Nak update siang-siang aku pon tengah kursus juga dua hari nih, so buat lintas langsung sajalah...


Mem aku berkursus selama 10 hari, di Pulau Pangkor.. sementelah aku kat tempat keja saja selama dua hari. Ok lah, tak payah nak cari orang jaga malam-malam.. kalau tak nak kena cari Tok Pah lah, isk payah juga kan, lagi pon untuk malam saja, tak lama mana pon kan? Senang jer bagi aku kan? He hee tapi yang aku sangka senang tu, tak berapa nak menjadi lah kot..
Okeh kita bermula dari hari pertama, selepas dua tiga hari mem aku dok buat persiapan bagai nak pi (nak tinggalkan kami..) yer lah nak tinggal lama kan, macam-macam hal lah kekdahnya kan? Pada hari Ahad pepagi lepas bangun, siap macam biasa, lepas tu hantar adik Anieq kat umah pengasuh, lepas tu terus hantar mem aku ke Polimas Jitra, naik bas kat sana.. dalam pukul 9.00 pagi depa bertolak ke Lumut, siangnya tinggal aku, Athirah ngan angah dia ajer lah, petang tu baru lah amik Anieq, malam pertama tak der masalah sangat lah, dalam pukul 7.30 petang dia dah lena terus bawak ke pagi, cuma aku saja tidur tak berapa nak lelap, maklum la, setiap dua jam dah nak bangun bancuh susu.. aku rasa  aku hanya tido dalam 4 jam lebih jer malam tu, heh he ok lah kan.. walau pun ngantuk masih ok lagi la...

Hari Kedua, dalam pukul 6 pagi, dah bangun tido, dan Anieq pon sama bangun tido.. mungkin pasal dia tido awal maka bangun pon awal.. adeh susah nih, jadi kena tunggu samapi angah dia dah bersiap baru aku boleh mandi dan bersiap, serta siapkan beg-beg Anieq dan Athirah, maka hari tuh juga aku sampai awal kat pejabat.. dan kebetulan juga ada kursus.. kursus Etiket .. selama dua hari...  emm nanti aku sambung lain lah..

Sunday, June 7, 2009

Senja nan berlabuh...




Bermulanya kerja pada hari Isnin biasanya kita akan membawa sama mood hari cuti hujung minggu yang berlalu, kalau seronok mood hujung minggu bagaikan bersemangat untuk memulakan kan kerja hari Isnin.. bagaikan tak sabar nak bersama kawan-kawan se perjuangan.. bercerita pengalaman yang telah di lalui di waktu cuti hujung minggu.

Berlainan sangat rasanya minggu ini, nak memulakan kerja pon terasa malas, tiada sepenuhnya nakmemulakan tugas, pastinya bila saja masuk ruang kerja wajah akan terbayang di mata, suara nya bercakap , bergelak dan mengusik sesama sendiri bagai bermain di telinga.. macam mana seharusnya aku bermula Isnin ini?

Namun kerja tetap kerja, setiap tugas yang di berikan harus di sudahi, buat masa ni aku terus dengan kerja ku , membuat daftaran buku-buku yang masuk, yang masih menimbun.. bagi kerja-kerja lain yang di tinggalkan arwah mungkin nanti akan ada yang akan mengantikannya..iya lah yang patah pasti kan tumbuh, yang hilang pastinya berganti, walaupun antara yangpergi dan yang akan mengganti tidak akan sama, pastinya hidup perlu di teruskan.. tak guna melayan perasaan, melayan kesedihan kerana yang pergi pasti tak akan kembali.. biarlah dia pergi dengan tenang tanpa sebarang kesangkutan pad ayang di tinggalkan.. yang di tinggalkan perlu juga meneruskan hidup, namun yang pergi tetap di ingati.

Hari Isnin pertama ketiadaan arwah pastinya mneinggalkan cerita-cerita dan peristiwa-peristiwa yang telah di tinggalkan oleh arwah, maka akan terkumpil lah bermacam-macam peristiwa, cerita, tanda-tanda pemergiannya yang tak pernah terungkap sebelumnya.. namun ianya sebagai satu tanda kenangan dan ingatan atas pemergiannya cuma, tiada apa yang dapat di lakukan.. hanya sekadar berdoa semoga dia tenang di sana.. Amin.



Sebagai kenangan.. ini adalah buku terakhir yang beliau serahkan dengan tangan beliau sendiri  untuk aku rekodkan, dan itu adalah adalah yang terakhir, itu juga kerjanya yang terakhir .. itu pun aku sedari selepas kembali bekerja.. 

Saturday, June 6, 2009

Koma

 
Puan Rokiah Wahab, ketua tempat kerja aku kini terlantar di Wad ICU hospital Tuanku Fauziah kerana tekanan darah tinggi, beliau di masuk ke wad ICU pagi semalam lebih kurang jam 10.00 pagi semalam. Belia di temui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh keluarganya ketika  tidur semula selepas Solat Subuh.. keadaan dia masih kritikal dan tidak sedarkan dirinya... semoga beliau cepat sembuh.. mari kita doakan beliau supaya cepat sembuh.

Makluman 

Puan Rokiah telah kembali ke rahmatullah pad jam 11.00 pagi tadi dan  selamat di semadikan selepas solat Asar petang ini.. semoga keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian getir  ini.. Al Fatihah...

Friday, June 5, 2009

Wajah siapakah si Anieq ini

Adeh, saja seronok-seronok, dok pikir pikir juga seiras siapakah wajah si Anieq nih, ada yang kata macam muka tok Pah dia, ada yang kata macam muka (arwah) Tok dah dia, hmm pada pendapat korang macam siapa yer.. dan sebagai syok-syok juga aku tanya kat MyHeritage nih, kat look alike meter... nak tau apa dia kata.. haaa tengok kat bawah nih... 


Tuesday, June 2, 2009

Akibat bercuti..

Dek kerana aku bercuti kemarin, maka berlambak-lambak lak keja, betul ni serius aku cakap, melambak-lambak.. tak caya? jap aku nak tunjuk..
haaa tengok... meja yang penuh dengan buku,
..lagi buku depan meja aku..
..dan lagi...
lagi.. siap dengan nota lagi... 

semuanya buku baru sampai yang perlu di daftar ke dalam buku besaq tu... hah nak kato ape gi dah terimo sajer la....

Monday, June 1, 2009

Kuiz: nilai & kehidupan

Okey.. mungkin tercari-cari apa kaitannya antara jagung, mentarang dan udang, ada kah mereka saling berkait, dan adakah mereka ini ada lah semata di kaitkan, hmm sebenarnya mereka saling berkait pon, kerana depa berada dalam satu kategori yaitu kategori makanan manusia.. he heee.. berkait dengan harga pula, memang lah kalau harga di pasar malam, market (pasar), pasar malam, mau pun pasar borong harga 10 tongkol jagung sekarang ni ( Di Perlis) harga dia lebih kurang rm 4 - 5 sahajaa, manakala mentarang kalau ikut gred yang paling baik sekarang mungkin dalam RM8 sekilo, manakala udang sekarang ni lebih kurang antara RM 25 - 40 sekilo..  jadi harga terdekat untuk di campur semua diatas ialah   RM 43.00 , kalau boleh dapat RM 35.00 kira masih boleh dapat jika anda tinggal berhampiran kuala sungai, atau adai sedara kat sana.. memang boleh dapat, tapi kalau dapat RM 12.50 tu memang syorgaaa lah.. mana nak cari sekarang ni, walaupun jagung itu di tanam sendiri... 

Tapi bagi sesetengah orang, mungkin di atas 'nasib baik', atau mungkin kerana 'rezeki', nilai-nilai diatas ni sebenarnya membawa lebih pengertiannya, cuba bayangkan 10 tongkol jagung campur 1 kilo mentarang campur lagi 1 kilo udang, atau hanya 10 tongkol jagung atau 1 kilo mentarang, atau 1 kilo udang boleh mendapat hasil lebih dari itu, boleh juga mendapat kerja, kontak pembinaan, mau pon tender kantin? Itu sebenarnya yang aku cuba ketengahkan.. adakah relevan..? munasabah atau boleh di percaya.. tapi sebenarnya itu lah hakikatnya sebuah penghidupan di zaman serba canggih masa kini, bagi marhaen macam kita , perihal macam ni bukan dalam cakupan minda kita, bagi yang lebih pandai, nilai-nilai begini hanya mainan dalam penghidupan mereka.. 

Berikut ialah jawapan pilihan anda, terima kasih aku ucapkan pada yang sudi mengundi, mungkin juga ada yang menanti jawapan kerana tak pasti apa yang aku kehendaki, jadi dah terjawab lah kan? berikut aku bagi jawapan dari  undi terbanyak.. 



Edisi kenduri kahwin lagiii...

Okeh hari ni kami pi makankenduri kat rumah sepupu aku kat Jalan Kilang Gula.. Bertolak pukul 11.30 dari rumah mak menakan akukat belakang rumah tu, bawak juga selain mak menakan aku tu ada dua orang cucu dia Ehasan dan Fatin, dah mak dia keja jadi kenawa bawak jugak lah kan? Sampai kat sana dah pukul 12.15, jadi terus saja lah makan-makan, pasal kejap lagi pengantin dah nak sampai.. he hee boleh lah budak Athirah tu tengok pengantin, sampai ternganga-nganga. hee suka lak dia.. 

Sebagai rekod.. haa haa.. sepupu aku nih kira naka yang terakhir dan anak jantan sorang juga, jadi kenduri dia agak besar la sikit, hmm hari ni pon agak panas.. berpeluh-peluh juga la, mungkin juga hujan nak turun kot.. he he dah tak tau nak repot apa, layang gambor saja la.. 
...pengantin sampai.. pengantin sampai...
..dua sejoli, tiba di hadapan pintu masuk rumah
..tu dia selamat di sandingkan... hmm yang pengantin lelaki tu naper mulut dia macam tu ye? selalunya elok saja? he hee..
ini dia sepupu aku, berbaju mera aka bapa kepada si pengntin lelaki..