Friday, July 31, 2009

Sekeluarga admitted... part 1

Pagi tadi, aku dan mem bawak adik Anieq ke KMC nak buat pemeriksaan lagi, selepas seminggu lalu admitted kat KMC, semalam dia demam lagi, agak panas juga la aku rasa, jadi mau tak mau aku terpaksa lah juga aku amik cuti yang dah tinggal seciput tu, yer lah anak lah katanya kan.. 

Dalam pukul 8.00 pagi lebih, kami bertolak ke Alor Setar, tu pun selepas sesi pujuk-pujuk nak tinggal Athirah kat umah pengasuh dia, lepas tu terus berangkat, sampai kat sini dah pon 9.15pg lebih, cadangnya nak pegi peksa, amik ubat dan balik la, almaklum la hari Jumaat masa terlalu pendek rasanya..

Dalam 9.40 macam tu, baru dapat jumpa doktor, hmm ramai juga mungkin pasal Kedah bercuti hari ni, jadi senang buat janji temu dengan doktor di huj8ng minggu.. masuk dalam, terus doktor suruh timbang berat adik Anieq, masih juga 8.1kg.. ok lah tu, kemudian check tempreture, wah suhu badan dia dah naik sampai 38.7 huu terus doktor kata, baik admitted saja la, senang dia nak monitor.. jadi dengan sehelai sepinggang tuh terus masuk wad, sempat lagi buat fisioterapi jam 11.0 pagi, lepas tu baru lah aku gi semayang.. dalam pukul 4.00 ptg baru aku balik amik pakaian dan kelengkapan yang patut, hantar baju dan pampers tambahan kat rumah pengasuh Athirah.. malam nya kami bertiga, aku, mem dan adik Anieq tidur kat wad, manakala Athirah di umah mak dia... dalam kol 9.00 malam mak Athirah telepon bagitau Athirah lak demam.. adehh  nanti  sambung lah...

Thursday, July 30, 2009

Kembara hari ni...

Selepas semalam bercuti, hari ni kerja macam biasa la, dan ada tiga destinasi hari ni, yang mana jarak antara satu dalam 15 - 30 km jauhnya, takle jauh sangat kan? Okeh pagi-pagi dalam jam 8.30pg kami dah bertolak, dan destinasi pertama ialah Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, cuaca yang elok pagi ni, mencetus idea nak tangkap gambar lah pulak.. hasilnya jadilah macm ni...

Seronok kan dapat lihat langit yang biru serta terang benderang, tapi sayangnya tiada pengguna yang nak gunakan perkhidmatan yang disediakan, mungkin pasal awal pagi, lepas tu pulak budak-budak masih kat sekolah, jadi sunyi jer lah kan, sehingga jam 10.15pg, kemudian bertolak pulak ke RPA Pauh, tapi tak sempat lak amik gambar.. 

Sambung pulak waktu petang , ada lagi satu hentian yang perlu di lawati, iaitu PD Kampung Bongkok, Padang Lati,  Santan Perlis.. oleh kerana hentian ni singgah waktu petang maka, sambutan dia amat menggalakkan.. jom kita tengok


 
Sampai saja kat sini, dan selepas budak-budak naik saja, hujan pulak turun....

 
Ini sebahagian dari pengguna perpsutakaan E Pustaka

 
dan lagi...

pendek kata.. petang-petang nih, perkhidmatan tidak mengecewakan la.. tapi tu lah seminggu dalam 5 tempat saja la...

Wednesday, July 29, 2009

KMC- Rawatan Susulan

Kemarin, aku bercuti lagi, nampak gayanya tahun ni cuti aku habis awal la, berbaki dalam seminggu saja lagi, isk baru bualan Julai, tapi cuti dah tinggal seciput... hmm tapi nak buat macam mana kan sakit demam anak, mau tak mau kena juga la bercuti, kalau dulu boleh la lari-lari sekejap, tapi sekarang dah tak boleh, dah pulak pengasuh adik anieq ni dok ngasuh dua tiga orang lagi.. jadi tak leh nak tinggal la anak-anak lain untuk gi klinik.. macam Athirah dulu dia sowang saja jadi boleh bawak dengan pengasuh sekali gi klinik...

Semalam, ada temujanji dengan KMC lagi, untuk pemerhatian susulan selepas rawatan hari tu, Alhamdulillah, dah tak banyak dah kahak dia, demam pon dah baik, selsema tu masih ada cuma tak teruk sangat dah, bersin pon sesekali, dan yang penting selera makan dah makin meningkat, bayangkan masa hari pertama pi buat checkup kat KMC berat adik Anieq baru 7.5 kg, tapi semalam timbang pulak kat doktor tu dah naik 8.1 Kg... dekat 600g oo.. doktor pun suka tengok...


Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6.50pg sempat juga lihat mentari naik..
 
Kerana bangun awal, dua-dua beradik nih belum sempat nak mandi, jadi kena mandi dulu sorang-sorang, jadi masa nih kakak pergi mandi adik belum lagi, layan je lah dia ni yang giler stereng
.. muka yang dah makin ceria selepas sebulan di landa demam..
macam biasa si kakak ni pergi mana pon suka cari kawan
  
muka seronok leh pi jalan-jalan..

Wednesday, July 22, 2009

Anieq dah discharge...

Okeh.. kiranya ni ada sedikit cerita basi lah, sebenarnya hari cerita Anieq masuk wad tu dah dua hari dah dia masuk.. dan petang  Rabu tu dah boleh keluar dah.. jadi tak banyak lah nak cerita cuma tengok saja lah gambarnya pasal ceta dah basi pon kan..?

Masa mula-mula adik Anieq di periksa.. terus kena rawatan nebulizer, masih batuk-batuk dan doktor sah kan bahawa ada banyak kahak.
 Anieq dalam bilik Fisioterapi, dada dan belakangnya di tepuk untuk keluarkan kahah, lebih kurang 5 minit sebelah, jenuh membebel si Anieq tu, dah abis di tepuk macam tu baru di hisap kahak dia dengan tiub, menjerit juga la Anieq, sampai mama dia tak tahan nak tunggu, Tok Pah juga setia menanti
Nih hari last, selepas doktor cakap dah boleh balik, senyum saja si Anieq nih.. meleret-leret senyum dia.. macam dah tau yang di nak bebas dari wad..
Tengok tuh, lagi meleret-leret dia senyum..
Athirah, hari nak pi amik adik, dah ruang terhad kat dalam wad tu, dia asyik main dalam almari baju je...

Tuesday, July 21, 2009

Kisah Anieq...



Kisahnya.. si anieq ni sedang mendapat rawatan di KMC Alor Setar, selepas siri demam yang sekejap ada sekejap tidak, lepas tu dengan kahak yang dipenuhi dada, dan yang terbaru doktor syaki ada jangkitan kuman di paru-paru. Dah dua malam sebenarnya Anieq ada di sana, dengan keadaan abhnya yang masih sakit-sakit serta sengal-sengal tangan terpaksa juga gagahkan diri untuk drive keta, berulang-alik ke hospital dan balik ke rumah untuk amik athirah kat rumah pengasuh, moga cepat-cepat lah sembuh .. nanti aku sambung lah ceta lagi...

Monday, July 20, 2009

Kuiz Loghat Peghelih (Kuiz Bahasa Perlis)- Di petik darik Facebook..



Kuiz ini sekadar untuk menguji samada anda benar-benar tahu loghat-loghat Perlis (utara) yang terpilih daripada beribu-ribu loghat yang jarang-jarang kita guna atau dengar. (Kuiz ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa)


1.
Cha kapa teka 'bahawa' atau 'semawa' mana satu yang betoi.
2.
Mentenait dan menyatuh
3.
Apa dia 'cungit' yang dimaksudkan?
4.
Apa itu 'jahama'?
5.
'Gerik' sampai 'Pehui'.
6.
'Tuntun' sampai tak 'rot'
7.
Ketin yang belutin kena seluit
8.
Serlong
9.
Apa itu Tepawe?
10.
Apa itu Gedong?
11.
Banyak lagi soalan tapi cukup laa setakat ni. Apa itu KEMARIN DULU?
12.
Apa maksud 'Cha kapa teka' pada soalan 1 di atas?
13.
Soalan Bonus tapi bukan pasai loghat. Apa nama jalan utama nak pi Tasik Melati?
14.
Kalau terra sangat 'kebaih' tu apa?
15.
Kalau 'kebaih' dah tau, 'rembat' pulak apa dia?
16.
'Cemerkap' ni lagu mana pula?
17.
Kala 'senereh' atau ejaan lain 'senegheh' apa dia?
18.
'Membor' tu kawan ataupun 'member', kala 'beykot' atau 'bekoit' apa dia?