Wednesday, October 21, 2009

Mencari pensil warna Athirah...

Isk.. entah macam mana aku nak mulakan, dah lama jari jemari aku tak menari kat keyboard nih untuk mencoret bait-bait kata, bercerita serta berkisah kat sini, entah apalah virus yang sedang melanda diri aku ini. Bila dah selalu ber blog aku tergoda pulak dengan facebook, tapi tetap jugak ku jengok kat sini, walaupun tidak ku tinggalkan jejak. Harapan aku agar jemari ku ini akan kembali cargas kat sini nanti.. sabo saje la...


Apa-apa pun, terigin lak aku nak singkap kisah Sabtu lepas, di mana seharian hari tu Athirah dok sebut nak pensil warna saja, bangun-bangun tido dah dok sebut2.., mungkin juga dia teringatkan pensil warna Syafik & Nafis yang tak puas dia godam dulu, dah di bawak lari .. he hee tersebut-sebut macam tu, hmm jadi ingat petang sikit boleh lah cari kat mana-mana, tapi tengahari tu ada makan-makan kat rumah Tok Ngah depa kat Kodiang. De ngan anggapan yang masa balik nanti boleh cari pensil warna dia kat Wah Siah ka, Din Borong ka, tak pun kat kedai Rm2.00 saja pun boleh, maklum la dia bukan pandai jaga lagi kan..?

Anieq yang dah tak sabaq nak pi berjalan-jalan... 


Sampai kat umah Tok Ngah depa dalam pukul 12.50 tengahari dah, orang dah makan pon, jadi masuk umah tupang-tumpang makan berhidangsaja la.. senang dan cepat, oekh juga ikan bakar, tomyam campur, sayur campur, ikan pekasam juga sambal udang, hmm banyak juga aku makan... bila dah kenyang makan apa lagi bukak cerita la, cerita punya cerita, punya bercerita.. keluar lak topik nak pi Penang.. depa ajak pi jalan-jalan kat Pulau Pinang, sementelah ada baucer yang perlu di bereskan, makan terpaksa lah aku bersetuju.. 


Dalam pukul 4.00 petang macam tu baru lah kompom nak pi, terus saja kami bertolak 2 biji keta, oleh kerana aku kurang arif selok belok kat sana, aku main ikut saja lah... sampai kat Jambatan Pulau Pinang dah pukul 6.20 petang selepas berhenti bersolat Asar kat hentian Gurun, dah sampai kat seberang terpaksa lah meredah jalan yang agak sibuk untuk ke Persiaran Gurney, mencari Parkson yang terdapat kat Plaza Gurney tuh, akhirnya 7.10 malam baru dapat masuk dan parking kat situ, terus saja cari surau untuk solat Maghrib dan seleaps tu baru sesi bershopping bermula, nasib baik lah malam tu adik Abieq pon okeh, tak meragam, Athirah pula berlarian dengan sepupu2 dia, isk risau aku.. tapi sempat juga shopping bagaikan ribut melanda, terpa sana, terpa sini, tak banyak songeh jadinya.. asalkan berkenan terus saja amik



Athirah yang sentiasa excited, sampai jenuh dok hambat dia...


Dekat pukul 10.00 malam, dah nak tutup dah plaza tih baru lah kami melilau nak cari jalan balik, adeh jenuh kejap naik escalator, kejap turun lif.. tapi jalan nak ke tempat parking masih juga tak jumpa, adeh macam mana ni, letih oo naik turun, naik turun macam tu, akhirnya telefon adik ipar yang datang sekali tu, dia dah masuk kereta pon, isk mau tak mau suruh dia datang amik lah, letih dah nak cari, dalam 10 minit dia pon sampai baru lah dapat cari tempat parking, patut la sesat, rupanya dia ada dua bahagian bangunan tu, baru dan lama, kami dok sebelah yang baru sedang kan tempat parking sebelah lama, patut cari tak jumpa.. 

..plaza gurney.. destinasi di tuju (google saja..)


Keluar dari Plaza Gurney tu pusing sini , pusing sana pukul 11.00 malam baru sampai ke Tanah Besar.. masa ni Adik Anieq dengan Athirah dan lena dalam keta, lega la.. boleh drive balik ujmah dengan aman sikit, kalau tak jenuh layan terutamanya Athirah, sekarang nih makin banyak dia cakap.. ha a haa tak aberhenti-henti.. sampai umah 5 minit lagi pukul 1.00pagi.. he hee letih oooo

.. dan akhirnya dapat juga cari pensil warna Athirah... jauh tu..

Tuesday, October 13, 2009

Kisah 2 Jejaka, 1 dara dan sorang mama...

Hehe.. tak ada apa apa kisah pon sebenarnya, hanya setelah lama tak makan bihun sup kat gerai dekat dengan rumah ni, dulu ianya agak femous juga lah, tapi semenjak dua menjak selepas isteri Harun ni meninggal kerana kanser payudara maka perniagaan dia pun jadi slow, aku tak pasti samada kerana isteri dia, atau kerana harun tu sendiri yang melariskan perniagaan dia.. jadi semalam tiba-tiba saja mama budak2 nih ajak pi situ, jadi on sajalah pasal keta pon nak kena boh minyak..

..bihun sup Harun


Setelah sekian lama tak makan bihun sup dia, rasanya dah banyak berubah, kalau dulu tuh memang kaw-kaw punya sedap, dah tu berminyak-minyak lemak dia.. hmm itu yang aku jarang makan tuh, kang banyak sangat minyak dan lemak tak baik unuk kesihatan... masa sampai kat kedai bihun sup ni dah pukul 6.15 petang, suasana petang yang agak malap seolah nak hujan tu menjadikan suasana malam lebih terasa.. Duduk saja terus saja order 2 bihun sup biasa dan satu bihun sup kosong untuk Athirah & adik Anieq.. untuk Adieq Anieq ni leh tgk dan rasa kuah saja, dan 2 milo ais.. maka mula lah acara makan berganti-ganti.. kejap abah pegang adik, kejap tu mama pulak, sehinggalah siap makan 20 minit kemudian.. 

..dua orang jejaka baru lepas gunting rambut..


Kisah dua jejaka pulak ialah dua dua nya sudah berambut pendek, dan adik Anieq kali pertamnya dah berpotong ramabut, nasib baik dia ok tak meragam masa bergunting rambut.. tapi kena berdukung juga la, kalau tak mau ke dia duduk diam, tapi Alhamdulillah semuanya sihat berjalan lancar.. dan kisah si Athirah pulak sekarang ni kerap dia dok buli adik dia isk apa la.. nanti adik dah besaq tentu adik yang buli dia pulak la.....


..anak dara yang makin nakal dan keletahnya sentiasa mencuit jiwa,

Wednesday, October 7, 2009

Dari Minda Tajdid - Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati



 Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.


Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.



Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.



Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.
:- dimanakah teman yang sejati..???
dipetik dari Laman Dr Maza

Tuesday, October 6, 2009

.. aku akan kembali


bertapa sementara.. (gambar sekadar hiasan)


Adeh sudah lama aku tinggalkan dunia memblog ini, sudah bermacam cerita tidak dapat aku paparkaankat sini, mengapa ye.. ade lah tu, dengan fikiran tak menentu, masa tak menentu, juga idea nak mengarang pon tak mennetu, membuat kan jemariku malas untuk bergerak laju macam biasa, maka terleka lah aku di satu lembah, dengan cuba untuk tukar karier dari blog ke bertani.. agak berjaya tapi kepuasan ku entah di mana.. jadi aku akan kembali.. cuma masa yang akan mennetukan..

sabo aje lah ye...