Tuesday, August 31, 2010

Salam Merdeka ke 53

Wah, sedar tak sed,ar dah sebulan kita tempuhi bulan Kemerdekaan, tahun ni Bulan  Kemerdekaan jatuh di bulan puasa, hampir 3 suku Ramadhan jatuh di bulan kemerdekaan, jadi mungkin kerana tu, sambutan Kemerdekaan tidak di rasakan sangat dan Malam kemerdekaan juga sunyi dan sepi tanpa apa-apa acara. Yang ada hanya lah,golongan muda yang merayap sepanjang malam, mat-mat moto pulak hampir sepanjang malam dok bising dengan moto depa, merempit, berlumba dan sebagainya.. 







Pagi pada 31 Ogos kakitangan kerajaan  kena berhimpun di Dataran Merdeka Kangar, atau biasa di kenali sebagai Padang Bandaran Kangar, berhimpun menyanyi lagu kebangsaan dan negeri serta mendengar titah dan ucapan dari Tuanku Raja serta Pemimpin negeri, juga ada sketsa kemerdekaan dari kanak-kanak sekolah.

 Balik dari situ bertolak pulak ke Alor Setar kononnya nak cari baju raya Athirah, tapi orang punya ramai sampai nak mencelah sangat pon tak boleh, baik yang Melayunya, yang cinanya,maupun Indianya penuh berduyun-duyun mencari baju-baju dan yang lain seolah depapon sama nak buat persiapan raya, mungkin ada diskaun lebih di Hari Merdeka kot.. Akhirnya sambar dua tiga helai baju, dan balik saja lah, dah termuntah tengok orang ramai sangat..

Saturday, August 28, 2010

Berbuka puasa di luar...

Hari ni nampak gaya nya terpaksa lah aku berbuka kat luar, selepas dari 18 hari berpuasa, yelah kira di luar lah ni selain dari umah aku dan juga umah mertuaku, hari tu ada juga naik nama untuk berbuka bersama PM, di Dewan 2020, tapi susah juga lah untuk aku, tapi aku lalu lah juga untuk tengok-tengok apa yang berlaku, tapi bila time beruka aku balik rumah la, lebih selesa rasanya.

Owh sebab yang menyebabkan aku bebruka diluar nih bukan pasai apa sangat, macam biasa terpaksa teman mem aku meh kelas dia kat UUM nih, pasai malam nih kawan dia nih meh dengan husband dan anak-anak dia,jadi mem aku rasa segan lah pulak nak join depa nih. 

Rasa ok juga lah bebruka dengan depa nih, pasai bermacam jenis masakan yang ada, masing-masing bawak makanan masing-masing tapi memang ada yang di tetapkan untuk bawak makanan tema, malam nih kena masakan cina dan juga Somalia.. he he layan lah juga. Walaupun begitu akhirnya nasik putih yang ku bawa juga yang paling sedap.. ha ha perut melayu betui lah...
Alamak, hanya gambar tempat kejadian yang ada,
 jenis masakan dan keramaian orang aku tak sempat nak amik.. 

Friday, August 27, 2010

MooD Raya..


Hmmm walaupun posa baru menginjak pertengahan dan sedang menuju 2/3 Ramadhan,mood nak beraya sedang tumbuh perlahan-lahan, jika dua tiga hari lepas, pengumuman dari kerajaan mengenai bantuan khas kepada kakitangan awam sebanyak RM500.00 menjadi suasana bertambah meriah, masing masing dah bayangkan, pasaraya, superstore maun pun pusat pusat membeli belah yang ekonomi untu mencari keperluan berhari raya. 

Bagi aku sekeluarga,persiapan ala kadr saja lah, baju-baju anak-anak yg pentingnya, bagi adik Anieq baju melayu dia dah siap dah, semalam sempat juga pi amik.. dah try po nak tengok padan ke tak, rasa tu okeh la, tapi takut taak tahan lama, pasal baju tu dah macam nak mengecik dah pon, isk montel lak si Anieq ...

Thursday, August 26, 2010

Musim Shopping Raya...

Sedar tak sedar dah 16 hari berpuasa, dah lebih separuh bulan berlalu, hmm bila dah masuk separuh bulan nih mula lah mood nak beraya masuk, bagi kakitangan  kerajaan pulak pengumuman pemberian insentif khas hari raya amat di alukan, menambah lagi suasana berhari raya, Juga sebelum bercuti panjang untuk berhari raya ada pulak cuti-cuti diantaranya, memberi peluang untuk mereka yang belum menyediakan kelengkapan dan persiapan hari raya untuk mula berbelanja.

gambar - mr google

Dalam minggu-minggu yang akan mendatang nih pasaraya-pasaraya mula di hujani pelanggan, dengan tawaran harga bak durian runtuh tentu berduyun-duyun datang nak berbelanja. Satu hal nak mencari pakaian tentu pula perlu bawak anak-anak. Kalau kena anak-anak tuh jenis behave elok, tertib gitu ok lah, kalau kena macam si Ayong ngan Anieq yang sedang menjadi-jadi buasnya tuh mau pitam mak pak.

Tadi dalam dok mengulo kat FB tuh terjumpa pulak satu kisah di musim perayaan di sebuah pasaraya besar mungkin boleh jadi iktibar pada semua... 

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raye...?


Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Kakitangan Awam
Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.

-- BERNAMA

** Alhamdulillah ada jugak duit raya...

Monday, August 23, 2010

Puasa yang berjaya..?

Tadi teringat nak selongkar email-email kat dalam inbox tu, fuh dah sampai 880 email yang tak pernah di thread, apa punya malas nak tengok email lah, mau ka tak malas bila dah tengok bertan-tan mail tuh aku jadi terus malas nak tengok, so hari nih ada seikit kerajinan maka aku delete sajalah mana yang tak berkenaan. Dalam masa aku delete tuh sempat lak terbaca email yang di hantar berkaitan dengan puasa, mungkin elok juga aku syer kan, sumber nya aku tak dapat nak pastikan.. 



Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
 
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
 
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
 
Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
 
Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
 
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
 
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Friday, August 20, 2010

Ops.. salah masuk ke..?


Hari ni saja-saja check Nuffnang. Teringat nak cari keyword apa yang selalu cari dan termasuk dalam blog aku nih, ha ha macam-macam ada nih, tapi yang paling menarik, eh atap daun tebu? hah ha macam-macam lah korang nih...

Memo..

Isk.. semalam dapat memo lah pulak, memo pasal cuti, maksud dia kalau nak cuti kena apply 3 hari awai, kalau setakat nak telefon bagitau nak cuti memang tak boleh la, melainkan kalau betul-betul terpaksa seperti ada kematian ka, atau perlu pergi hospital/klinik ka, baru lah di benarkan.. selainn dari tuh, untuk cuti hari raya ni kemungkinan siapa yang amik cuti sebelum hari raya tidak boleh memohon untuk cuti selepas raya, dan siapa pohon cuti selepas raya tak boleh bercuti sebelum raya.. hmm 

Sebenarnya sebelumm notis keluar aku dah pohon cuti sehari sebelumm raya dan juga 4 hari selepas raya, hmm entahlah hendak diluluskan atau pun tidak, semua bergantung pada orang atasan untuk menentukan, aku hanyalah pekerja biasa yang cikai macam ni semata-mata boleh memohon,dan ketentuannya adalah mereka yang lebih mempunyai hak menentukan keperluan orang bawahan macam kami nih...

Sunday, August 15, 2010

Beberapa perkara...

Ada beberapa perkara yang bermain di ruang batu jemala aku nih, hmmm pepagi tadi sewaktu bersahur, buat kali pertama mama menggoreng nasi untuk bersahur, memang mama belum pernah makan nasi ketika bersahur, hanya sekadar bertemankan makanan tambahan dan seplemen diet dia saja, pagi tadi mungkin juga kerana ada anak-anak murid dia makan kena lah dia masak.kalau dak depa nak makan apa kan...? Aku pon dapat juga merasa, hmmm lepas ada kah lagi anak murid dia nak mai berbuka di rumah...?

Tahun ni juga mama dapat berterawikh di masjid sebelah rumah aku nih, bagi tahun tahun lepas memang tak berkesempatan lah, anak masih kecik, kalai ni pon memang tak bawak anak pi masjid untuk berterawikh, kang kalau bawak abis satu masjid depa ronda, tapi mama berganti dengan angah la untuk berterawikh,, hmm elok lah juga macam tu kan berganti-ganti...

Tahun ni awal-awal puasa di jangka kan kawasan utara semenanjung akan panas dan kurang hujan, aduh mesti tekanan punya, bila berpuasa dan berterawikh dalam cuaca dan suhu yang panas, begitu yanng aku rasa lah pasal malam kedua berterawikh tuh memang panas sung, bercerau-cerau peluh keluar, tapi alhamdulillah selepas malam tuh, hujan pon makin turun malahan sampai hampir hari-hari hujan turun, tak kira la pagi ka, tengahari ka, malam ka.. janji hujan turun. Sekarang di jangka kan hujan akan trurun sepanjang bulan nih.. Alhamdulillah.

Sepekara lagi,pasal anak daraku nih, hmmm sekarang nih nampak makin selesa dia ke sekolah, macam dah boleh catch up apa yang dah ketyinggalan kat sekolah tu, al maklum lah orang masuk awal tahun dia masuk tengah tahun.. kalau dulu baru-baru masuk sekolah, kena hantar dia ke meja, dah tu kena berpujuk dan berteman, sekarang ni Alhamdulillah, tak payah berhantar dan berteman lagi, malahan hanya tunggu di kereta sahaja, siap dia pesan " nanti abah tunggu ayong kat kereta saja ye".. hu hu anak, dah makin membesar rupanya....

... sekian rapikan aku, merawat mata yang melayu.. isk isk... 

Berbuka di hari ke 5

Wah, hari ni berbuka sedikit spesial, berbuka beramai-ramai, okeh oleh kerana nak pi terawih aku buat quick update sajalah, hari nih mama buat sedikit penghargaan kepada 3 orang anak murid dia, bawak depa dari asrama (larikan.. ha ha ha), lepas tu berbuka posa bersama-sama di rumah. Tetapi sebelum dapat berbuka posa depa semua kena dera dulu la, kena masak bersama sama dengan mama, hu hu tak dak apa yang sepesial sangat cuma biasa-biasa saja.

Nak di jadikan cerita juga, Wa Athirah dan Anieq pon datang bersama-sama untuk berbuka bersama sama, jadi bertambah meriah adanya, bebudak nih bila dah ramai-ramai macam ni adik Anieq bertambah-tambah buasnya, berlari sana sini, hmm yang herannya Athirah baik lak malam ni, siap dok makan manyak dah tu ratah-ratah crab lagih.. hmm magik sungguh...
Hmmm.. temenung bakar saja
 
 Tengok... adik Anieq melilau merata, Athirah khusyuk mengadap nasi..
 Hanya ini yang sempat di hidangkan...
 Adik Anieq yang rajin.. (kacau..)
haa... Wa depa pon ada ...patut lah riuh benar

Souq Al Bukhari

Wah hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa, dah agak stabil dah dengan kebiasaan berpuasa, tak terasa terlalu letih juga tidak terasa terlalu segar, sememangnya secukup rasa bila berpuasa kan? Masuk hari ke 5, nih dah boleh berlenggang kangkung kalau nak berjalan ke mana - mana, kalau tak nak jalan jauh sikit terasa macam nak tumbang saja kan?

Dah sekian lama tak berkeliaran mana-mana, hari ni terasa lak nak berjalan-jalan, dia punya motif hanyalah nak cari susu anak-anak, dah sekian lama lak tak pi Giant kat Souq Al Bukhari tuh, jadi hari ni ke sanlah kami, jalan-sana, jalan sini check sana check sini akhirnya tak ada apa-apa jua yang di beli, hanya lah dua tiga benda yang tak berkaitan, isk isk mau tak mau bergerak lak kat Tesco Mergong, baru llah jumpa susu yang di cari.. 

Sedikit gambar sebagai bingkisan, hmm singgah beli dan makan moi kat MarryBrown,






Thursday, August 12, 2010

Penyakit Bulan Puasa.. 2




Tadi, aku terkocoh-kocoh,. kalut-kalut nak pi amik Athirah kat tadika dia, dah terlewat benar aku, biasanya kalau hari jumaat nih, kol 11.45 aku dah gi amik, bagi nak ngelak jalan yang agak jem kat situ, maklum lah jalan nih ada 3 sekolah di kiri dan kanannya, pastu bila kol 12 ramai yang yang ibubapa nak gi amik anak,, jadi penuh lah jalan tuh dengan kereta, motor dan juga basikal.

Sampai kat Tadika hanya tinggal Athirah dan dua orang lagi yang ibu bapa datang amik, nasib baik gi Athirah tak merajuk apa, baik juga angin dia. Dah amik Athirah terus jer masuk jalan tu, isk dah agak punya mesti jalan sesak gila-gila punya, tapi pada masa tu juga aku berada di belakang kereta kat atas tu, aku gelak gelak lah juga, korang nampak apa ada atas bonet belakang dia, ha ha ha ini mesti kes sibuk-sibuk amik anak sampai lumah nak buang penyapu dan pisau dari atas bonet dia tuh... ha ha macam-macam halnya bulan puasa ni ye..?
Posted by Picasa

Wednesday, August 11, 2010

Pemakanan Pada Bulan Puasa

by Utusan Online - Shanaz Mawji


BERPUASA ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa tertentu.Sebenarnya, ramai orang tidak menyedari bahawa berpuasa dapat mengatasi halangan utama, iaitu perasaan takut semasa ketiadaan makanan.Berpuasa merupakan cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang.


Ujian makmal yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan berpuasa membantu memanjangkan purata jangka hidup tikus sebanyak 50 peratus.Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi.Secara amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan, menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan.


Kesan fisiologi berpuasa
  • Menurunkan paras gula dan kolesterol darah
  • Menurunkan tekanan sistolik darah
  • Memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan.
Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil.
Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.


Apa yang patut dimakan semasa bulan Ramadan?


Semasa bulan Ramadan, diet kita sepatutnya tidak jauh berbeza daripada diet biasa dan seharusnya mudah dan ringkas. Diet tersebut sepatutnya membolehkan kita mengekalkan berat badan normal, tanpa menurunkan atau meningkatkan berat badan.Bagaimanapun, untuk individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk mencapai berat badan yang sihat.Panduan pemakanan dari seluruh dunia menitikberatkan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.


Ini adalah benar terutama ketika umat Islam berpuasa dari waktu fajar sehingga waktu matahari terbenam pada bulan Ramadan. Untuk mencapai tahap kesihatan yang sihat, seseorang perlu mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan utama, iaitu roti dan bijirin, susu dan produk tenusu, daging, kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.Diet seimbang boleh memperbaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keadaan asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah pencernaan yang lain, serta menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.


Memandangkan jangka masa berpuasa yang agak panjang, kita perlu mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan, termasuklah makanan yang mengandungi fiber berbanding dengan makanan yang cepat dihadamkan.Makanan yang dihadamkan secara perlahan dapat bertahan selama 8 jam, sementara makanan yang cepat dihadam hanya dapat bertahan selama 3-4 jam sahaja.Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).


Makanan yang mengandungi serat adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas). Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.


Makanan yang kita ambil haruslah seimbang dan mengandungi makanan daripada semua jenis kumpulan makanan, iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin dan makanan tenusu. Makanan yang digoreng adalah tidak sihat dan perlu dihadkan pengambilannya. Makanan ini boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih perut atau heart burn dan masalah berat badan.


Sebaik-baiknya elakkan:
  • Makanan goreng dan tinggi lemak
  • Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula
  • Pengambilan makanan secara berlebihan.
Makan dan minum ketika berbuka puasa


Semasa berbuka, diet yang biasa haruslah diambil secara tetap.
Mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala. Ambillah makanan karbohidrat kompleks (sila rujuk kepada senarai di atas) semasa sahur kerana makanan ini boleh bertahan lebih lama dan mengurangkan rasa kelaparan. Buah kurma adalah sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik. Kacang badam kaya dengan protein dan fiber serta mengandungi lemak tepu yang rendah. Pisang adalah sumber kalsium, magnesium dan karbohidrat yang baik.


Mengenai minuman pula, pastikan anda mengambil air dan jus buah-buahan yang mencukupi antara waktu makan malam dan waktu tidur supaya tubuh anda dapat memelihara keseimbangan cecair tubuh. sambungan..

Puasa hari pertama...

Alhamdulillah selamat sudah berpuasa hari pertama, syukur juga berpuasa pada hari pertama dapat aku harungi dengan tenang, penuh bersemangat. Segala-galanya berjalan dengan lancar.. di mulai dengan Tarawih pada malam pertama, yakni sebaik saja selepas fardu Isyak maka dengan jaya dapat di laksanakan sunat Tarawikh di masjid dekat dengan rumah aku nih.. mungkin kerana malam pertama tak ramai lagi yang datang, ada lebih kurang 3 saf lelaki dan juga 2 saf wanita.. biasalah malam pertama kan... balik dari Terawikh terus saja tidur bersama-sama anak-anak, hu hu semangatnya nank bangun sahur esok pagi..

Paginya seawal pukul 4.15 dah bangun, ha ha dah jadi macam tidur-tidur ayam lah pulak, maklum lah takut tak jaga masa nak bersahur nanti, sahur pulak ala kadar saja lah, nasik suku pinggan ponn susah nak habis, maklum lah malam pertama, perut ni seolah menerima kejutan budaya, makan pada kol 4 pagi memang nonsense gamaknya .. kononnya lepas  makan tak mau tido, tapi dah kol 5.45 dah tak leh tahan, tido juga, tapi 6.20 dah bangun mandi  dah..

Siangnya tak ada lah masalah sangat, pagi tu redup saja, sampai tengah hari lepas tuh panas pulak memmancar.. ok lah tak terik sanagat, elok saja.. sampai petang berbuka po ala kadar juga, masak sayur simple-simple macam tu saja.. jadi ok saja lah, lepas berbuka berterawikh lagi malam kedua, wah malam nih memang agak ramai, hampir 3 suku masjid jadinya.. dengan 6 saf lelaki dan 4 saf wanita memang agak ramai la.. dah tu lak malam memang agak panas, berpeluh juga di buatnya...

Dalam pukul 3pagi lebih hujan dan guruh kuat.. aduh patut la tadinya panas sangat.. apa pun pukul 4.30 dah bersahur, jadi sekarang nak tdo juga kejap ngantuk juga lah... 

Tuesday, August 10, 2010

Air Pasang Besar...


Serasanya hari ni macam air pasang, pasang yang agak besar, jarang sebenarnya jika aku berkunjung ke Kuala Sungai Baru, melihat air pasang sebegini, air sampai naikk ke tebing, lepas tu pulak kalau anak anak-anak sungai di penuhi juga dengan air, malahan ada aku nampak motorsikal yang di tinggal di tepi sungai yang tenggelam tayarnya, mungkin pagi tadi masa di tinggalkan air belum pasang, mungkin yang tinggal di rumah-rumah tepi sungau dan pantai kat sini lebih arif, tapi pada pandangan aku aku rasa memang air sedang pasang besar, kalau betul memang cabaran lagi untuk mereka yang sedang berpuasa..Allah Hu Akbar!!!
Posted by Picasa

Penyakit bulan Puasa...



On the way balik untuk hantar Athirah tadi, aku terserempak senario nih, baru pukul 1.00pm, takkan dah ada yang jual juadah untuk berbuka puasa, takkan dah ada sebegitu awal pelanggann untuk membeli jiadah berbuka puasa, juga adakah mereka berbuka puasa mengikut waktunya? Aku tak tahu nak jawab, biar lah sendiri yang jawab... juga di manakah pihak berkuasa yang terbabit, adakah ini akan di diamkan saja, tiadakah aturan masa untuk berjualan juadah berbuka puasa..? Hu hu tiap2 tahun ada kes macam nih...
Posted by Picasa

Hasrat tak terlaksana...

Isk hasrat aku nak meramaikan majlis melihat Hilal Ramadhan tahun ni nampaknya tak berjaya, ada perkara yang tidak akusedari telah terjadi, nanti aku update kan, apa-apa pun selamat menyambut Ramadhan 1431, selamat berpuasa dan semoga puasa kita lebih bermakna dari tahun lepas..

Sunday, August 8, 2010

10 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan


2010/08/03

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah. 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam itu ialah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen. - BERNAMA 



**** InsyaAllah, Kalau di izin kan Allah, boleh lah tahun ni berkunjung lagi bersama orang ramai melihat orang melihat nak bulan.. kalau berkesempatan juga boleh juga melihat gelagat pegawai-pegawai dari JAIPs juga JUPEM menggunakan peralatan mereka untuk tengok anak bulan.. kalau berkesempatan juga boleh berjumpa dengan MB dan juga DYTM Raja Muda Perlis biasanya yang akan berangkat sama.. 

Sambutan Hari Ulangtahun Athirah kali ke 2?

Lets picture talk.. 






Saturday, August 7, 2010

Wah.. di mana aku?

Hari terpaksa lah aku teman mem aku mai kelas, pasai kawan dia yang selalu dia tumpang dan juga menumpangkan itu tidak dapat datang, atas sebab-sebab peribadi  katanya.. kelas pagi memang lah tak ada masalah dia nak mai sorang-sorang, tapi bila masuk bab malam nih tambah pulak sekarang nih musim hujan dia berasa sedikit ngeri nak drive malam-malam.. hu hu..
bilik kuliah UUM

Begini lah dalam bilik kuliah di UUM nih, ha ha sempat juga aku snap a foto sambil dok dengaq Prof dok ngajar depa nih, dah jadi macam observer pulak aku nih, anyway berada dalam bilik kuliah macam ni mengimbau zaman lama, mengingatkan kisah-kisah lama yang memang dah lama berlalu.. cukuplah sampai disini ha ha.. biar lah ia tinggal sebagai kenangan...

Friday, August 6, 2010

Pemeriksaan Kesihatan..

Hari tu aku ada bagi tau yang aku sakit kaki, hmm dah berulang sakit kaki di kaki yang sama, isk makin risau jadinya, doktor yang aku selalu pi check juga dah suggest aku amik test mana tau kalau-kalau ada sakit gout atau apa, isk seram sejuk jugak aku tapi mau tak mau aku redho kan sajalah, in mengenai kesihatan, kalau ada pon penyakit apa nak buat kan, kena amik tindakan awal lah.. alang-alang dah nak amik darah, lancar je aku cakap isk buat check keseluruhan lah, mana tau kalau-kalau ada penyakit lain ka apa..

Sebenarnya masa cakap nak amik full check tu, aku not well prepared la.. tapi aku main redah sajalah,  now bila dah dapat result baru lah aku betui-betui seram, ada dua tiga perkara aku kena jaga mulai dari sekarang :
High Blood... naik
Uric Acid...... naik
Cholestrol... Naik.......... lain-lain Alhamdulillah belum ada, walaubagaimana pun nanti aku kena rujuk kena rujuk kat MOPD Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Hari Jumaat hari tu dah pergi, tapi atendan kesihatan tu cuma daftar nama saja, lepas tu suruh balik nanti depa akan call balik untuk atur kan jajnji temu bila baru boleh jumpa doktor, isk isk makin seram aku jadinya, badan yang selalu sihat elok, hari nih nah jadi layu, serasa macam kat mana-mana badan aku ni ada sakit, keja kepala, leher lah, tengkok lah.. isk ubat lak tak ado.. abis tu macam mana..?

Thursday, August 5, 2010

Kaki membengkak lagi...

Entah bagaimana ia terjadi, mungkin aku salah makan daging, kacang hijau, atau sayur kacang buncis, panjang, atau yang lain2 hingga menyebabkan paras asid uric meningkat.. hmm entahlah kesannya kaki ku bengkak lagi mahu tak mahu terpaksa pergi amik ubat, terpaksa juga buat uric acid test, dan alang-alang dah buat test terus aku buat complete test. Tadi masa on the way nak mai keja lepas hantaq Athirah ke rumah mak pengasuh dia, doktor call, bagitau raesult dah keluar.. yang dia mention kat aku cuma dua, satu uric acid agak tinggi dan LDL Cholestrol juga tinggi.. aduhai..

Nanti aku update lagi la...

Tuesday, August 3, 2010

Jika anda di beri peluang membuat pilihan.. part 2

Berbalik kepada opsyen tadi, sesiapa yang menerima untuk masuk ke bawah Kerajaan Persekutuan, bagi kes Perpustakaan Perlis, perpindahan adalah tidak diwajibkan, melainkan jika ada kenaikan pangkat, tapi di Negeri Perlis tiada ada jawatan tersebut, boleh lah mintak untuk ke neegeri lain, juga kalau ada sesiapa yang berminat untuk bertukar tugas ke negeri lain atau ke Perpustakaan Negara sendiri adalah di pelawa juga, jadi tidak akan timbul kes ditukar kan ke negeri lain melainkan kalau ada kes-kes disiplin, ini memang tidak dapat dielakkan. 

Bagi yang tidak menerima opsyen, akan kekal bekerja di perpustakaan, jikalau tidak di pinjamkan ke jabatan negeri, akan bertugas dengan status KUP (Khas Untuk Penyandang) yang mana jawatan ini khas untuk kakitangan itu sahaja, dan bila kakitangan ini berhenti berkhidmat makan jawatan ini tidak akan di ganti, selain itu juga jawatan KUP ni memmang susah untuk naik pangkat, macam jawatan gantung tak bertali la.. jadi pesan KP buat lah pilihan yang terbaik, fikir betui-betui kerana ini akan mempengaruhi masa depan anda.. ha ha poyolah disitu...

Monday, August 2, 2010

Jika anda di beri peluang membuat pilihan.. part 1

Wah dah lama aku tak menulis sebenarnya, hmmm semenjak dua menjak nih rasa macm kematian idea saja, selepas dari malam pelancaran kempen kibarkan jalur gemilang tu aku macam kemalasan lak nak update kat blog, bukannya aku tak dak keinginan nak berbuat demikian..

Seprti yang aku katakan hari tu, sebenarnya bulan Ogos ni memang bulang yangakan menjadi kenangan dan sejarah hidupku.. biarlah aku bermula dengan kisah kerja ku, membawa sedikit rasa suka..  proses untuk menjadi kan perpustakaan awam perlis ke Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis telah naik setapak lagi, selepas dari  MOU pengambilalihan dari Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat, kita semua kakitang di beri taklimat mengenai opsyen samada menerima atau menolak untuk memasuki skim gunasama di bawah Perpustakaan Negara Malaysia.

Mengikut opsyen yang diberi, dan juga pujukan yang di beri, secara umumnya semua kemudahan yang didapati sekarang akan kekal, baik dari senioriti, kemudahan elaun serta kemudahan akan terpakai, termasuk juga dari segi Peperiksaan Khusus dan juga umum juga Peperiksaan PTK akan juga di iktiraf, ini bermakna semuanya tak payah bermula dari bawah kembali. 

Selain tu berita baiknya, semua urusan akan dikira bermula dari 1 Mei, dan sebagai insentif akan mendapat satu kenaikan mata gaji, ini akan bermula dari tarikh akhir tempoh penerimaan opsyen yang di jangkakan pada mungkin September nanti. Bermula dari tahun depan juga semua kenaikan gaji akan bermula dari bulan April pada setiap tahun, hmm sekali dengar macam 2 kenaikan kan? Alhamdulillah... hanya ini satu yang agak baik, kalau ikut mata gaji macam ada harapan promote naik pangkat, tak banyak tapi mungkin saja la, tiada berani memberi harapan disitu... ha ha..

Sunday, August 1, 2010

Adik Anieq berpindah pengasuh lagi...

Untuk kesekian kalinya lagi, adik Anieq  berpindah pengasuh lagi dah masuk 4 kali bertukar pengasuh, masih tidak serasi nampaknya.. semuanya bermula bila mama tiada hari tu, pasal menghadiri lawatan kerja ke Kelantan, balik tak sampai seminggu kena pulak berkursus selama 4 hari di Sepang pulak. Sepanjang ketiadaan mama memang tidak lah dapat nak ambik adik Anieq se awal kol 5.30 petang, tapi delay pon tak lama dalam 1/2 jam saja.. biasa dalam kol 6.00 macam tu samapi lah.

Dek kerana kejadian tuh, pengasuh dia telefon mama nak claim extra charge, waahh sampai macam tuh ka..? Memang lah sangat frust, bila orang tak dapat paham situasi macam nih, mau tak mau terpaksa lah beralah bayar je la untuk bulan lepas seperti yang dia minta.. tapi hati sudah remuk, terutama bila jadi macam nih, aku malas lah nak cerita perihal-perihal lain yang kami tak pueh hati tu, biarlah depa mengerti senditi..

Hari pertama bulan ogos kami hantar macam biasa, tapi dengan sedikit sungkitan di hati, sambil pula mencari peluang untuk beralih arah, iye lah kalau dah sampai macam tu macam orang tak berapa sudi nak jaga anak kita saja kan..? Kebetulan mama lak cuti hari tu, jadi sempat lah dia survey2 sikit, dan nak di jadikan cerita, mak pengasuh Athirah sudi lah pulak nak ngasuh adik Anieq, trial period sampai habis bulan puasa nih, dengan bayaran sama macam bayara kat pengasuh lama dulu.. hu lega la.. tak banyak la kerja aku bila anak-anak berimpun satu tempat... lega rasanya, jadi sekarang Adik Anieq dah berpindah lagi laaa.......

Saturday, July 31, 2010

Menjelang Ogos....

Wah, sedar tak sedar bulan Julai beransur pergi, dah menjelang 1 Ogos pun, sungguh cepat rasanya masa berlalu, sedetik kita bersama, sedetik kemudian kita dah di tinggalkannya, owh terasa cepat benar masa itu berdetik, benar juga kata kata orang orang lama, masa  itu  umpama pedang kalau kita terleka kita akan di cantasnya.

Perginya Julai membawa kenangan, namun Ogos yang mendatang juga tetap menjanjikan peristiwa dan memori yang kenangannya akan di bawa sampai mati. Bermula seawal 1 Ogos membawa peristiwa kepada seluruh rakyat negeri, Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 8.00 malam. Secara amnya aku juga terlibat tapi tugasnya teramtlah kecil, tapi cukuplah sekadar terlibat juga..

Ogos tahun ini juga membawa angin perubahan, terutamanya perihal kerja aku dan kawan-kawan aku, seperti yang telah sedia maklum, pentadbiran pejabat aku sekarang sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, bermakna kami sekarang adalah sebagai kakitangan gunasama, tetapi masih tergantung sebenarnya pasal secara rasminya belum di serap ke kerajaan Persekutuan, hmm macam peningkan, okeh hari tu hanya jabatan yang masuk persekutuan, perjawatan masih belum rasmi masuk pasal belum di bagi opsyen untuk ikut masuk persekutuan atau nak kekal dengan kerajaan negeri. 

Oleh itu satu majlis akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos ini majlis menandatangani opsyen ini, majlis ini juga akan di mulai dengan penerangan mengenai opsyen ini, secara ringkasnya (aku belum tgk opsyennya) aku rasa kalau setuju kami berhak di pindahkan kemana-mana sesuai dengan kakitang kerajaan persekutuan lain, atau kalau menolak maka akan di tempatkan oleh kerajaan negeri ke mana-mana jabatan yang bersesuaian, tapi pada amatan aku bagi kumpula N, tiada masalah untuk di tempatkan kemana-mana jabatan negeri, tapi bagi Gred S, tak ramai yang ada di negeri yang bermaksud akan mendapat satu lagi opsyen, VSS.. yang membawa maksud berhenti secara sukarela dan mendapat ganjaran.. 

Juga Ogos ini membawa peristiwa dan kenangan yang cukup penting dak amat bermakna, sekurang-kurang aku rasa la, tak pernah rasanya jabatan aku ni buat satu jamuan khas semata-mata untuk meraikan staf, melainkan jamuan yang diadakan sempena majlis lain yang mana staf di jemput untuk ikut serta, amat bermakna aku rasa, semoga apa yang aku rasa ini tidak akan berakhir pada esok hari, tapi bila isnin nih lain pulak jadinya, tentu amat kecewa aku rasa.

Ogos kali ni juga, bermakna Ramadhan yang di nanti-nantikan akan menjelma, wah serasa baru saja Hari Raya Puasa berlalu, kemudian Hari Raya Qurban, ni Ramadhan menjelma lagi.. dmoga-moga Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. aminnn!!!