Sunday, January 31, 2010

...sepetang di Kuala Perlis






01/02/2010
Originally uploaded by sangkelu
Ya.. udah lama tak kesini, memerhati mentari melabuh kan tirainya setelah seharian memancarkan cahaya ke serata benua alam, eceh ayat tak leh tahan ooo, macam biasa lah kan aktiviti petang selepas balik dari kerja, lepas amik Anieq kat umah opahnya, amik Athirah dari umah mak dia, aktiviti berjalan-jalan la, sebelum tuh sempat juga singgah beli burger untuk Athirah yang kelaparan, tapi adik Anieq tumpang sekaki juga tapi makan roti saja la.

Bukan apa-apa sangat yang bawak depa berjalan ni, kadang-kadang tu kesian juga kat depa, duduk kat umah mengasuh tuh bukannya orang nak bawak keluar umah pon, segala aktiviti depa kat dalam umah saja, dari awal pagi sampai la ke petang, cuba bayangkan kalau kita sendiri pon, kalau berkuraung aje dalam rumah maunya tak boringkan? mak pak depa pon boring juga... jadi keluar aje lah ronda2 petang dulu, sementara masih berkelapangan, nanti depa dah sekolah tentu banyak aktiviti nak kena buat, berjalan-jalan macam ni ujung minggu aje lah kan..

... bulan februari datang lagi....

.. bulan ni bulan aku....

.. sifat - sifat orang yang di lahorkan pada bulan Februari.. aku cedok merata-rata dalam internet dengan pertolongan pakcik Google.. ada juga betul dan tidaknya, ada yang tepat tak kurang juga yang sipi-sipi malahan ada juga yang menyimpang jauh.. kerana sesungguhnya manusia tu tak pernah yang sama seratus peratus, kalau yang hampir-hampir sama mungkin juga ada, kenapa? Hmm dalam zaman yang serba canggih dan manggih nih, manusia dah terbuka ruang lingkup kehidupan nya, bukan sekadar berada di sekeliling rakan-rakan dari satu kampung saja macam dulu, jadi pengaruh dari luar, kawan-kawan, dan keadaan seklilingnya banyak merubah kehidupannya.. 


FEBRUARI


Berfikiran abstrak.
--- hmm aku tak pasti di mana abstraknya pemikiran ku, tapi aku pasti pemikiran aku selalu tak sama dengan kawan-kawan ku, tapi aku tak bekuasa nak terangkan dengan lebih terperinci kat depa, aku just follow aje lah, banyak ceta kang depa kata manyak songeh lak.. 

Suka pada benda yang real dan abstrak.
--- sebahagiannya ya, sebahagiannya tak kot

bijak dan genius.
--- tak pernah di uji.. he he 

Memiliki keperibadian yg mudah berubah.
--- tak jugak kot, kerana aku adalah aku... 

Mudah menawan hati orang lain.
--- mungkin juga la, pasai aku tak susah ak nak berkawan dengan orang, maupu berdamping dengan orang tua-tua..

Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
--- ini betui sangat, jenuh aku cari penawar...

Jujur dan setia pada segalanya.
--- mungkin juga..

Keras hati untuk mencapai tujuan.
--- betul-betul..

Tidak suka dikekang.

--- betul-betul..


Mudah memberontak apabila dikekang.

--- betul-betul..


Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.

--- betul-betul..


Mudah memamerkan & memperlihatkan amarahnya.
--- tidak kot..?

Suka berkawan tapi kurang memamerkannya.

--- betul-betul..


Sangat berani dan suka memberontak.
--- dak jugak kot

Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya.
--- Aminnn.. InsyaAllah

Pemerhatian yg tajam.
--- mungkin jugaa..

Suka hiburan dan suka akan benda yg bersifat seni.

--- betul-betul..


Sangat romantik pada dalamannya tetapi tidak pada luarannya.
--- mungkin juga..

Berkecenderungan pd benda yg tahyul.
--- tidak juga kot...

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
--- mungkin juga..

Harus belajar untuk mempamerkan emosi.
... baik !!

Friday, January 29, 2010

Santai di awal pagi...










Originally uploaded by sangkelu
Sudah lama aku tak berjogging. semenjak bermula kembali, hanya sempat beberapa hari saja lepas tu terhenti kembali, hmm.. susah juga nak kembali seperti dulu rupanya, banyak komitmen yang perlu diuruskan.. tak pa lah ini adalah hakikat sebenarnya, dan selebihnya atas diri sendiri untuk menyesuaikannya kan? dan aku tak perlu patah semangat , bila ada masa terluang harus aku amik kesempatan.

Kerana itu lah dengan tiba-tiba semangat aku nak jogging diawal pagi ni tiba-tiba bergolak aje walaupun niat asal aku hanya kerana keinginan nak merakam kan suasana mentari naik diawal pagi, aku keluar lebih kurang pukul 7.20pagi, dalam suasana agak cerah atau orang tua-tua kata cerah-cerah tanah maknanya suasana agak cerah walaupun matahari belum muncul.. ini juga bermakna aku tak punya banyak masa nak berjogging untuk megejar tujuan ku nak tangkap gambar mentari yang akan muncul bila-bila.


Sampai saja k tempat destinasi ku, sememangnya matahari dah mula munculkan dirinya, kronologi dia tu boleh di lihat dari initial di gambar tuh, dan aku amat enjoy pagi ni, tangkap gambar walaupun dalam keadaan mengejar masa kerana mentari meninggi dengan cepatnya, menjelang pukul 8.00 pagi, matahari dah mula terik dan panasnya dah tersebar ke serata alam..


Aku berjogging balik kerumah dan melalui sungai di belakang rumah tu, dan keadaannya dah mula mengering, tanda-tanda musim kemarau akan menjadi semakin panjang, walaupun dua tiga hari lepas ada hujan yang turun, tapi kadarnya boleh di katakan amat sedikit, berbanding dengan kadar kekeringan air di tali air dan sungai-sungai pengairan padi di kampung-kampung sekitar kampung aku nih.


Sampai rumah, dah pukul 8.15 pagi, main-main dengan Anieq dan Athirah yang baru bangun, lepas tu mandi pagi dan bersarapan pagi dengan nasi lemak, sambil dok dokong Anieq sementara mama dia suap kan nasi  kat Athirah, selesai semua dah dekat pukul 9.00 pagi, mula semula projek kedua pagi nih, nak bauki motosikal aku yang dah dua bulan rosak tak dapat di hidupkan walaupun dah tukar spark plug dia (yang biasanya ini lah punca tak mau hidup).


Nak baiki motosikal ni terpaksa lah aku tuntun (sorong) ke kedai moto yang lebih kurang 2 km setengah dari umah aku, terpaksa lah aku menapak, tapi separuh jalan jeaku menapak juga insan yang sudi tunda aku, Alhamdulillah , terima kasih la banyak-banyak..  akhirnya pukul 10.30 pagi selesai juga kerja aku... 

Wednesday, January 27, 2010

...eh dah lama tak hujan


27/01/2010
Originally uploaded by sangkelu
... hmm sudah lama pon tak hujan kat sini, cuaca panas sangat, parit-parit dan juga taliair dah mula kekeringan, awan juga tak banyak bila datang musim kemarau macam nih, angin Timur bertiup kencang juga..

Monday, January 25, 2010

Athirah dan Anieq










26/01/2010
Originally uploaded by sangkelu

Tersebut al kisah.... (tayebbbb).. he he he macam S Shamsuddin lah puloak,. okeh semenjak dua menjak depa dua nih dah macam nak mula kawan dah, dan biasanya adik yang mula dulu, adik nih kalau dia bangun tido saja mesti nak gi cari kakak dia dulu, kalau dok denngan mak pak dia kat depan rumah tak penah tahan lama mesti di api nak main (..kacau sebenarnya) Athirah yang sedang tengok kartun ka, tengah mewarna kaaa... Kalau pi amik tak bagi kacau Athirah sat gi mesti bertempik tempik dia tak mau.. manakala kakak dia nih kalau dulu adik nak mai dan kacau dia macam-macam dia baut kat adik dia , isk isk isk...


Tapi la ni, dah pandai ajak adik main, pandai nak entertain adik dia sampai kan bear-bear yang dia tak berapa berkenan pon dia bagi kat adik, tapi kadang-kadang kalau adik dia kacau dia dok mewarna dia buat juga la, tampar ka, tarik ka.. macam macam hal lah depa dua beradik tu..

Sunday, January 24, 2010

...pagi nan cemerlang


25/01/2010
Originally uploaded by sangkelu
.... hmm aku ingat dah tak mo buat entry dah ari ni, selepas dah kuar entry anieq tu semalam, tapi pagi nih bila aku on the way nak pi hantar Athirah kat umah pengasuh dia , aku tengok matahari sungguh cemerlang pagi ni, jadi sempat juga merakamkan saat-saat indah ketika matahari menjelma nih.. sungguh!, terutamanya di ketika kita sibuk nak pergi kerja macam nih, sungguh meninggalkan kesan baik untuk aku hari ni..

... hai Anieq



23/01/2010
Originally uploaded by sangkelu

..hi Anieq, jangan lah buat macam nih, jangan lah nak cuba-cuba nak isap rokok macam nih, jenuh la abahnya nak cari duit, udah la harga dia makin mencanak naik sekarang, dah tu stok pon terhad.. nanti jenuh la abahnya nak cari, abahnya ni bukan pandai sangat bab rokok nih, tapi abah tau Anieq ni suka-suka saja main daun rokok tu kan? Bukan nya hisap betul2 macam kakak tu yer..?






Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat..







JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.Baginda berusia 77 tahun.Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.


Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.


Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang. Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom. Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.---Utusan Online

....gotong royong @ PD Tambun Tulang






23/01/2010
Originally uploaded by sangkelu

.. hari ni ada lagi program bergotong royong, venue dia ialah PD Tambun Tulang, sepatutnya tak banyak yang perlu di lakukan , hanya menghantar 2 rak, satu perlu di pasang balik..dan itu lah yang terjadi, kerja-kerja memasang nih lah yang susah dan memakan masa... namun akhirnya berjaya juga dengan sedikit kesusahan..


Hari ni juga aku tak sedap badan, entah apa pasal , entah apa yang salah makan perut aku menjadi meragam sepanjang hari nih, selepas emapt 5 kali berulang baru lah lega sikit ni, kalau tak berulang saja...


Hmm kalau pandai cuba teka berapa harga buku-buku yang telah di hapuskira ini, selori semuanya.. buku buku ni terpaksa di buang akibat dari kecacatan, telah rosak dek anai-anai, juga kerana telah outdated..


eh perlu ka aku tulis yang nih? ahh layan je lah..






Thursday, January 21, 2010

...athirah 8 bulan



Originally uploaded by sangkelu

.... jenguk - jenguk foto lama terjumpa lak gambar athirah masa berumur 8 bulan.. he he he buas dah masa nih..

Wednesday, January 20, 2010

Gotöng royong


Gotöng royong
Originally uploaded by sangkelu

..waaa dah lama tak buat gotong royong, membersihkan kawasan dan juga mengemaskini barang-barang dan juga buku-buku yang akan di hapuskira.. dan hari ni dan esok aktiviti gotong royong membersih kan kawasan dalaman perpustakaan dan juga laluan yang di kira sebagai tersekat, terhalang kenlah buat clearence sebab bomba akan datang melawat, nak dapat pengiktirafan bomba yang bangunan ni mempunyai lalualn selamat dan juga sistem penguraian pengguna jika berlaku kebakaran...  hmmm

... padi menguning lagi












Padi nan menguning dan..
 Athirah dan ikan (hmm macam tak de motif je)



Originally uploaded by sangkelu

Sekarang ni, dah masuk musim menuai kat Perlis dan Kedah, bila dah masuk musim menuai nih, pak tani jadi jernih muka depa, maklum lah setelah sekian lama bertungkus lumus mengerjakan sawah, dari membajak, lepas tu menanam padi, lepas tu pulak menylam semai yang tak menjadi, lepas tu kena membaja, lepas tu kena meracun rumput rumpai, baru lah akhirnya boleh dapat hasil tuaian yang memuaskan, dari pandangan aku yang dangkal tentang penanaman padi nih, banyak cabaran mengerjakan sawah sekarang nih, pelbagai jenis penyakit, musuh musuh padi yang tidak ada pada zaman dulu seperti siput gondang emas, lepas tu rumput rumpai yang dahulunya tidak ada tapi sekarang dah banyak di sawah-sawah, di sebalik masalah2, sistem penanaman padi juga turut berubah dan berkembang, bari dari segi penanaman mau pun dari segi penuaian padi.


Selain dari musim penanaman padi, musim sekarang ni sungguh panas dan kemarau juga akan melanda, sehingga hari ni rasanya dah hampir tiga minggu huja tidak turun, air di tali air, sawah=sawah, maupun sungai-sungai pengairan sawah dah mula menyurut dan mengering, dengan selesai musim menuai nih, suasana kepanasan makin terasa, malahan nantii suhu boleh mencecah 40 darjah celcius, selain dari padi, tebu juga sedang di tuai, mencetuskan semula fenomena salji hitam, tapi tahun-tahun ke hadapan ni, fenomena ini di jangka makin berkurang, ini kerana jumlah keluasan penanaman tebu dah makij berkurang, tanaman tebu di bawah kelolaan Felda, telah di hentikan dan di ganti dengan tanaman getah, aku tak pasti berapa banyak keluasannya tapi aku rasa besar juga peratusnya yang terlibat, tentu musim tuaian tebu tahun ni pastinya pendek.


Musim tuaian berakhir maka musim buah pulak bertukar ganti, mempelam harumanis yang terkenal, produk asal dari Perlis, kini sedang ggalak berbunga dan berputik, kalau ada rezeki, InsyaAllah dapat merasa lagi tahun nih, begitu juga rambutan dan buah=buah kayu lain akan bermulal juga nanti, jadi musim tetap berganti juga...

Cuba teka?


Cuba teka?
Originally uploaded by sangkelu

.. siapakah budak ni, adakah beliau terlalu malu sehingga maukanya di tutup dengan kotak, percayakah anda bahawasanya budak ini begitu pemalu.. jawapannya .... he he he jangan la percaya, akan bila tiba sengalnya dia akan berbuat apa saja, dan kemudian nya dia suruh abah atau mamanya tangkap gambar, hmmm sungguh keletah budak nih, jenuh melayan perangainya.. tetapi kalau tidak adalah budak ni kat rumah , sunyi sepi lah jadinya.. huhu huuu


oh yaa.. dengan masuknya entri nih, maka bermula dunia baru blogging aku, pertamanya sekarang aku dok guna hanphone bari nokia 5800 tu, hmm lawa juga gambarnya, dan resolusi dia pon bagus, macam gambar nih, dan kedua nya aku dok try guna flickr untuk hantar entri bergambar instead of pakai picasa dan blogger itself.. okeh let see the result.. ok tak..?

Monday, January 18, 2010

.. hmm anieq dan athirah

Sesekali depa main okeh juga la, tapi macam tak cukup ruang saja.. h a ha aaa



Sunday, January 17, 2010

.....album-album


..lepakking di berjaya times square


... atas monorail di kelilingi 'misi'..

macam model baju la pula....


lepakking di Aquaria Shah Alam...

Wednesday, January 13, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Aizat menang AJL..? Lagu Apa Yer…

Aizat Af
Lirik Lagu Aizat - Kau Aku




Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh….
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh…

Monday, January 11, 2010

....cuti-cuti malaysia

Salam... dah lama tak bercuti-cuti Malaysia, semenjak mama dah kerja, pastu sekarang dah pindah tempat kerja, lepas tu pulak sambung mengaji lagi nih masa dah jadi kurang, ruang dah jadi makin sempit, tapi tak pe lah, setahun dua nih saja lepas tu ok balik kan. Jadi buat masa sekarang ni student tempat mama mengajaq nih dah masuk tapi kelas masih belum mula, jadi ada lah sedikit ruang untuk cuti-cuti malaysia, so dengan rancangan yang ad hoc terus buat keputusan nak pi umah umi ina athirah dan anieq kat shah alam.. dan 'dan-dan' tu juga pakat mohon cuti termasuk juga dengan angah depa nih.


he he athirah kata buah durian tu tortoise


Macam biasa aku bila nak jalan jauh nih saspen sikit, bukan pasai apa tak penah drive sendiri kat kawasan-kawasan sesak macam nih, tapi kali aku nak pakai hentam sajalah, ikut kata kak aku just folloew lebuhraya guthrie dah boleh sampai.. kira okeh la kan, dan sesungguh nya alhamdullillah tak de lah nak sesat barat , cuma sesekali termiss simpang tu biasa lah kan dan akhirnya dalam pukul 5.00ptg dah sampai dah, sempat juga singgah beli goreng pisang seksyen 19 tuh.. he hee..





sesi menjamu selera...


On the way tu alhamdulillah tak de apa-apa masalah sangat, dan 5 - 6 kali berenti jugak lah, hmm dah datang sendiri tu tak de lah nak kelut-kalut sangat just santai-santai macam tu saja lah.. adik anieq tu ada lak buat perangai, cuma  1/2 jam saja dia lena, pastu dah sampai 1/2 lagi dia lena selepas kalut2 cari tali nak buat buaian dia, dan malam nya dalam pukui 1.00 pagi apa ka baru dia boleh tidoq.. mungkin berubah tempat agaknya, masih dok pe'rak lagi kot. Athirah steady je cuma macam biasa bila terlepas keluar dari kereta saja mula la dia lambung sana sini... over all semuanya berjalan lancar la...

Sunday, January 10, 2010

Hari Keluarga...




Buat julung kalinya pejabat aku ni buat hari keluarga, mungkin sekarang ni dah ada ramai staf maka pihak atasan merasakan pentingnya diadakan hari keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dengan staf dan juga keluarga masing-masing, sementelah bial menjadi staf bermakna dah jadi satu keluarga yang besar. Sekalung tahniah aku ucapkan ke jawatankuasa yang telah berjaya mengendalikan program yang boleh di katakan mencatat satu sejarah baru jabatan.









Pelbagai program yang telah di aturkan, termasuk permaianan bola baling dalam bulatan, dart, lontar hula hup, kutip gula-gula untuk kanak-kanak, juga mencucuk benang dapat sedikit sebanyak mengeratkan sesama kakitangan, dalam keseronokkan itu juga masih ramai staf yang tidak dapat datang, mungkin depa ada pelbagai alasan yang tidak dapat dielakkan.. ikut saja lah...











Dan bagi aku, mem aku memang tidak dapat nak ikut serta pasal ada kelas yang tak boleh tidak terpaksa dia kena hadiri, mulanya aku keberatan juga nak pergi, dah maklum yang adik anieq tak ada orang nak ngasuh, tapi pleh kerana angah dia sanggup maka aku attend juga dengan separuh hati,, nak kuatkan sikit ahti nih aku bawak athirah sebagai peneman.. he haa.. dan nampak nya dia enjoy juga lah, mula2 tu macam malu2 saja maklum lah ramai juga yang hadir, tapi bila dah lama sikit, jenuh juga aku nak kontrol, tak bagi dia main panas, tak bagi pi dekat air.. hish, tapi dia manage juga nak join satu acara yang di jalankan, heh sudah semestinya kutip gula-gula.. tapi dia hanya dapat dalam 10 - 15 gula2 saja, he hee jadi lah sebagai permulaan, tu pon dia kecoh dok citer kat orang yang dia dapat banyak gula-gula.. he he kecoh betul... .. he he..











Friday, January 8, 2010

Salam Tahun Baru....

Selamat bertahun baru semua, sudah 9 hari kita berada di tahun baru tapi aku masih juga tak ada entri, apa lah nak jadi dengan aku nih, malas betui nak update, malahan nak cari buat update pon buntu, kadang-kadang ada idea nak update tapi dah kena keja, terus ilang idea tuh.. kalau sebelum nih aku selalu salahkan facebook menyebab akan malas nak update, tapi semenjak dua menjak nih, facebook pon dah jarang-jarang aku layan, isk dah jadi makin jemu pulak, tapi tak leh nak hentikan juga.


Macam biasa bila masuk tahun baru, atau menjelangnya tahun baru, masing-masing akan buat review mengenai azam-azam tahun baru yan telah ditanam pada awal tahun, samada tumbuh suburm hidup segan mati tak mahu atau mungkin sekadar hidup saja azam masing-masing tanpa berkembang. Aku sendiri sebenarnya cuba juga nak buat review balik apa azam tahun lepas (2009) , hmm dalam kehidupan seharian, aku sebenarnya berazam untuk membesarkan anak-anak dengansebaik mungkin, menjaga, menyanyangi mereka, membina rumahtangga yang bahagia, selebihnya aku juga berangan nak kembali aktif berjoging, bukan lah sampai tahap nak bagi kurus, tapi nak fit kan balik badan, nih nak kerabat (naik) tangga pon dah mengah, ini kan pulak nak memnjat gunung.. isk.. isk isk.. aku juga makin kuat berangan nak menceburkan diri dalam bidang photografi, tapi nampaknya masih samar-samar lagi, masih juah lagi perjalannya.. kerana biadang ni perlukan banyak modal, masa dan kekangan lain... dan nampaknya azam aku nih ada juga yang berjaya, ada yang kena pending.. kena pending nih..


Eh apa yang berjaya, apa yang  kena pending nih.. okeh secara ringkasnya azam aku yang berjaya pada tahun dulu ialah nak berjoging kembali, walaupun sebentar, walaupun dah hujung tahun baru menjadi, tapi aku tanamkan semangat sebagai suatu kemajuan, dari hampir 5 tahun aku bersara, dapat kembali semula, ini satu permulaan  juga kan..? Dan angan2 akuuu tu semuanya masih pending lah, dalam keadaan sekarang memang sukar nak jadikan ia sebagai satu realiti... ini lah yang aku fowardkan sampai tahun 2010 nih...dan juga aku tambahkan satu sebagai selitan ialan nak cuba updatekan blog sekerap yang mungkin... okeh lah dulu coretan meraban aku di yengah malam yang sunyi nih.. moga nnati akan bersambung dengan kadar secepat mungkin... he he hee,,