Monday, May 24, 2010

... anieq kurang sihat

Bersama di Pantai Kuala Perlis, menanti mentari beradu
Kesian adik Anieq, seminggu nih dia batuk-batuk, ada juga kahak,, bila pi amik ubat kat doktor, dia mula muntah-muntah dan cirit birit, sekarang ni dah nampak makin cengkun pasai dia kurang makan.

Hari Ahad lepas, pi check lagisekali ingat nak cucuk untuk setahun setengah tuh, tapi dia dok muntah2 dan cirit birit tuh, doc kata kita rawat cirit birit dulu dan kahak dulu, doc tu kata dia muntah pasai kahak banyak la.

Mentari yang mula masuk beradu...
Semalam lepas amik ubat dari doktor tuh dia muntah lagi, banyak jugak, sama keluar kot hidung, tapi cirit birit dia dah mula hilang, tadi dalam kol 10 - 11 masih ada muntah tapi dah tak banyak, moga cepat lega dan selera makan datang balik, sonok tengok dia makan, ralit sungguh... ok lah dulu... dah nak ngantuk nih...

Saturday, May 8, 2010

Hari seminar dan mewarna...

+ antara peserta pertandingan mewarna
   di tingkat bawah
+ peserta semianar di Dewan Syarahan
+ aksi penceramah
+ ibubapa yang sabar menantikan anak2
+ antara peserta pertandingan mewarna
+ pemenangan pertandingan
+ aksi jurugambar PPANPs
08052010704
Originally uploaded by Sikelu
Hari ni, aku kena attend satu seminar tentang kepenggunaan, bagus juga seminar nih, banyak memberi info tentang hak-hak kita sebagai pengguna, juga di terangkan tentang isu-isu semasam seperti perihal insuran yang kita patut berhati2 sebelum menandatanganinya, juga mengenai MLM, berkaitan dengan status barang yang di beli samada boleh di pulangkan atau tidak juga bermacam-macam perkara lagi yang di terangkan, pendek kata tidak rugi bagi mereka yang masuk dalam seminar nih.

Bagaimana pun aku sedikit terkilan juga, pasal ramai ibu bapa jg penjaga kanak-kanak yang sedang mewarna tu tidak mau join sekali seminar tu, mereka sanggup memerhati dari jauh melihat anak mereka yang sedang mewarna, tanpa dapat di bantu, kalau masuk dewan dapat juga sedikit ilmu. Tapi mungkin juga depa nak bagi moral support pada anak-anak yang sedang melukis tuh.

Seminar dan pertandingan mewarna ini adalah di bawah anjura FOMCA, pihak perpustakaan hanya mengurus kan program agar dapat berjalab dengan lancar dan baik. Alhamdulillah semua program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi dan masalah. Pertandingan ini di berikan kepada 3 kategori dengan penyertaan peserta boleh di anggarkan hampir 300 orang. Di akhir program majlis penyampaian hadiah di sempurna kan oleh Tn Hj Muhammad Hj Harun, Pen. Pengarah Perpustakaan.

Thursday, May 6, 2010

Cuti lagi...


07/05/2010
Originally uploaded by Sikelu
hari ni terpaksa juga bercuti lagi, 'keta' mem terpaksa diservice setelah umurnya mencecah 40k, kena buat major maintenance la.

Jadi pg ni awai pagi lagi,selepas hantar adik anieq terus bertolak ke aloq setaq. Sampai tgk dah ramai org, keta pun bnyk gak , mgkn sini cuti hujung minggu, psl tu ramai.

Gamaknya kol 12.30 la br nk siap

Anjung Keli

++ tengok tuh ramainya orang...
++ ini aku punya,  sayur tauge campoq,
++ ikan keli bakar dan air asam

++ ini mem aku punya..
++ ikan keli bakar + air asam
++ sayur manis rebung


06/05/2010
Originally uploaded by Sikelu
Sudah lama tak lunch di Anjung Keli, rasa nya kali terakhir makan tenga hari kat situ masa mem aku tengah pregnant kat adik Anieq.. maknanya dah dekat dua tahun dah ni, hmm tadi dengan tiba-tiba saja mem ajak pi dating kat situ lak, ha ha sempat juga mengenang-ngenang kisah lalu, aku on aje lah memang perut tengah dok lapo pon masa tu..

Mem aku sampai dah 12.40 tgh, memang dah sedang elok masa nak makan, konon-kononnya masih awal lah kan gi makan kat situ, tapi bila mem aku gi amik lauk banyak yang dah abis, huh kol berapa depa mula mai makan ntah la.

Menu kesukaan kat sini macam biasa la, ikan keli yang di bakar + air asam + sayor-sayor saja, hmm kurangkan makan gulai la.. panas masih lagi terasa kat sana sini, elok lah makan sayoq..

Wednesday, May 5, 2010

cubaan dr pixelpipe

cubaan membuat entry menggunakan hphone, di kala aku dok kesorangan kat kaunter, sungguh oo membuat aku terseksa & mengantuk, layan laih juga


cobaan


cuba-cuba saja

Sunday, May 2, 2010

Pak Tani mula sibuk kembali..


03/05/2010
Originally uploaded by Sikelu
Setelah hampir 5 bulan musim kemarau dan kering kontang, dan sejak seminggu dua nih hujan mula turun, selepas tu pulak air dari Ampangan Pedu pon dah mula sampai maka sekarang, air dah mula membanjiri sawah-sawah.

Bila dah air memenuhi sawah, maka kerja-kerja bertani dan bertanam padi kembali bermula, sejak seminggu nih makin rancak kerja-kerja membajak di mulakan, dan mungkin seminggu lagi kerja-kerja menabur benih akan bermula, selepas tu sawah-sawah akan kembali hijau semula.. yah yah.. sukanya greeeen.. (eh macam Athirah pulak..)

Rambutan da berputik...


03/05/2010
Originally uploaded by Sikelu
Opsss.. makluman.. makluman.. rambutan dah mula berputik, InsyaAllah kalau ada rejeki boleh la pakat pakat rasa pulak, hmm yang nak balik kampung bulan 6 nih nampak gayanya masih tak dan nak rasa la gamaknya, kena balik pulak la....