Saturday, July 31, 2010

Menjelang Ogos....

Wah, sedar tak sedar bulan Julai beransur pergi, dah menjelang 1 Ogos pun, sungguh cepat rasanya masa berlalu, sedetik kita bersama, sedetik kemudian kita dah di tinggalkannya, owh terasa cepat benar masa itu berdetik, benar juga kata kata orang orang lama, masa  itu  umpama pedang kalau kita terleka kita akan di cantasnya.

Perginya Julai membawa kenangan, namun Ogos yang mendatang juga tetap menjanjikan peristiwa dan memori yang kenangannya akan di bawa sampai mati. Bermula seawal 1 Ogos membawa peristiwa kepada seluruh rakyat negeri, Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 8.00 malam. Secara amnya aku juga terlibat tapi tugasnya teramtlah kecil, tapi cukuplah sekadar terlibat juga..

Ogos tahun ini juga membawa angin perubahan, terutamanya perihal kerja aku dan kawan-kawan aku, seperti yang telah sedia maklum, pentadbiran pejabat aku sekarang sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, bermakna kami sekarang adalah sebagai kakitangan gunasama, tetapi masih tergantung sebenarnya pasal secara rasminya belum di serap ke kerajaan Persekutuan, hmm macam peningkan, okeh hari tu hanya jabatan yang masuk persekutuan, perjawatan masih belum rasmi masuk pasal belum di bagi opsyen untuk ikut masuk persekutuan atau nak kekal dengan kerajaan negeri. 

Oleh itu satu majlis akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos ini majlis menandatangani opsyen ini, majlis ini juga akan di mulai dengan penerangan mengenai opsyen ini, secara ringkasnya (aku belum tgk opsyennya) aku rasa kalau setuju kami berhak di pindahkan kemana-mana sesuai dengan kakitang kerajaan persekutuan lain, atau kalau menolak maka akan di tempatkan oleh kerajaan negeri ke mana-mana jabatan yang bersesuaian, tapi pada amatan aku bagi kumpula N, tiada masalah untuk di tempatkan kemana-mana jabatan negeri, tapi bagi Gred S, tak ramai yang ada di negeri yang bermaksud akan mendapat satu lagi opsyen, VSS.. yang membawa maksud berhenti secara sukarela dan mendapat ganjaran.. 

Juga Ogos ini membawa peristiwa dan kenangan yang cukup penting dak amat bermakna, sekurang-kurang aku rasa la, tak pernah rasanya jabatan aku ni buat satu jamuan khas semata-mata untuk meraikan staf, melainkan jamuan yang diadakan sempena majlis lain yang mana staf di jemput untuk ikut serta, amat bermakna aku rasa, semoga apa yang aku rasa ini tidak akan berakhir pada esok hari, tapi bila isnin nih lain pulak jadinya, tentu amat kecewa aku rasa.

Ogos kali ni juga, bermakna Ramadhan yang di nanti-nantikan akan menjelma, wah serasa baru saja Hari Raya Puasa berlalu, kemudian Hari Raya Qurban, ni Ramadhan menjelma lagi.. dmoga-moga Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. aminnn!!!

Tuesday, July 27, 2010

Terlepas lah sudah...

Adeh tension lah aku, dah taip berjela-jela panjangnya entri nih, entah tang nih tertekan apa tah, terus ilang, cuba try amik yang dah save sekali dah ilang juga, jadi nya terpaksa taipsemula.... begi lah kisahnya... tayebbbbb!!!

Esok sebenarnya aku dah plan nak pi amik mama kat Sepang, tapi aku akan tunggu kat Shah alam saja sebenarnya, kena lah mama cari sendiri jalan nak mai Shah Alam tuh, ya lah aku nak pergi amik diaorang nih pon bukan pasai apa, dah mama dok aduh demam dan sakit kepala, jadi dia macam tak konfiden nak bawa keta jauh2 balik mai Perlis. So dek kerana kesiankan bini aku setuju juga lah, dah siap amik cuti bagai, dah tu cadangnya nak bawak Athirah lah sama.

Dalam masa aku nak pergi Shah Alam tu dah ejas semua la, nak amik tok pah mai umah, dah tolong jaga di sini, pasai Adiq Anieq bab tidoq memang di cerewet sikit, segala bala yang ada kat sekeliling dia tuh kena ada, baru nak lena, dah tu buai dia dah tak layan malam-malam kira nak masuk tidoq dalam bilik saja. Okeh sambung balik kisah nak pi Sepang.. dah ejas semua cuma tak amik tiket bas saja lagi, kononnya esok pagi2 boleh terus pi amik la, tapi sekali kan tok ayah dia call ari khamis tuh tok pah kena pi masjid untuk siang daging, ntah depa ada programkenuri apatah, dan tok ayah jadi jawatankuasa program tuh kot, kang kalau mem dia tak pi masjid tolong-tolong mesti orang tanya kan, jadi pendek ceta.. terpaksa lah kensel program nak pi amik mem tuh, isk cuti tuh nak wat gena ya? hmmm adjust pi ari jumaat lah, jadi tiga ari cuti kan..? haaa ....

*** entri tanpa gambar***

Monday, July 26, 2010

Mr Mama the return... part 2

Wah lagi kan kisah mr mama ni, dah makin kerap pula aku kena tinggal bersama anak-anak ku, kiranya ini dah menjadi satu cabaran dan juga tanggungjawab. Cabaran nya ialah si Athirah tu, sekaranag dah makin banyak bertanya, makin banyak bercakap, dan makin kuat membebel. Dah tu dia punya feeling hadoi yaa, bikin stress oo. Sekarang nih bila mama tak ada, tahap rindu dia menjadi-jadi, boleh dia cakap dia rindu kat mama, pastu dia siap nangis-nangis lagi, jenuh lak nak pujuk. 

Si Anieq nih masih rileks saja dia, bila kak dia nangis di rileks juga, tengok aje tak join, nasib baik jugak kalau tidak jenuh aku nak pujuk dua-dua. Sementara mama depa pulak tuh, mungkin pasal kemarin kena hujan masa pi gunting rambut, hari ni demam selsema lah pulak, dah lebih 500km bawakketa baru lah nak rasa lenguh2 kaki,  sakit urat sana sini, pastu dinner kat hotel pon tak berselera, ha tu la pasal, kan dah nak demam tuh... Nih aku berjaga la sekejap lepas bagi tidur dua-dua orang tuh..
 Kalau tak tidur lena dua orang tu memang tak chance nak pegang laptop bila mama tak dak, asyik nak menempek je, nak tgk ultraman cosmos la, doraemon la, nak tgk hantu la.. (hantu di rujuk kepada games 'plants vs zombies', tapi bila main ada keluar sorang tua tu, adik Anieq akan menangis pasai takut tgk muka berjambang dan mata terbeliak.. ha ha ha), sekarang dah lena dah depa, lepas dok say  good bye la, gudnite dan bersalam-salam,baru nak tido.. hu huu hari pertama dari 4 hari.. he he..

Sunday, July 25, 2010

Rantaian Selsema

Wah juga, Anieq dia punya selsema punya pattern dah turun dari abah dia dah la, abah dulu kalau berambut panjang, cepat selsemadah tu berhingus saja, makan ubat pon tak mau nak lega, akhirnya pi potong rambut baru nak lega.. macam tu lah juga adiq Anieq, dah dekat sebulan hidungnya tak mau kering dok berair saja, kemarin awal pagi pi amik ubat lagi, pasal petang dan malam sebelumnya dia asyik batuk saja, hmm kemudiannya teringat lak isk dah lama si Anieq tak potong rambut, hmm macam abah dia juga.. so  petang nya baru lah boleh potong rambut.

Tapi paginya ada ada progran jalan2, sambil soping2 yang tak di rancang, lokasi dia adalah di Alor Setar Mall, Tandop.. ha ha malas lak nak cite panjang-panjang, layan je lah gambaq kat bawah ni...

Adik Anieq baru je sampai dah lapar, singgah KFC makan nasib ayam je lah
Payah betul mama nak pilih baju, akhirnya drop lah depa kat tmpat in nih
Isk kali pertama bawak keta sendiri, suspen nih...
Senyumm puas lah tu, 
Akhirnya cekap dah bawak keta...
Bawak bas la pulak...
Tak tahan, teringin nak bawaak BMW, tak sedar tumpang orang...
Dah puas main semua, pegi potong rambut.. tgh ujan lak tuh...
Nah Adik Anieq pon kena juga, .. 


Saturday, July 24, 2010

Photoshoot malam...

Hah, konon-kononnya semalam nak buat photoshoot, sendiri bikin photoshoot, hanya berbekalkan kamera murah tuh, dengan semangat yang mmbara dan suasana malam yang disinari dengan neon di serata pokok di bandar Kangar ni.

Tapi kan dah sampai kat Kangar masing-masing dah ready, cuma macam tak sesuai lak tempat, hmm pusing sana sini tak mau jadi juga, last2 ingat nak balik lah, tgk adik Anieq macam dah ngantuk je.. hmm tapi pusing2 aje lah, skali sampai depan perodua nampak ada air pancut kat situ.. haa boleh lah lepak2 sambil main kamera, dalam setengah jam kat sini balik saja lah , adik Anieq dah mula meragam juga Athirah yang dah tak terkawal.. adeh la..







Thursday, July 22, 2010

laksa d kuala




Sila lah masuk...

Ya, hari hari kerja aku merayap ke segenap negeri membawa sedikit ilmu untuk di kongsi bersama, ke Utara, Selatan, Timur dan Barat aku terjah bersama kawan ku, semata-mata nak mem beri perkhidmatan, di zaman sekarang bukan sahaja bahan-bahan bacaan seperti  buku yang di bawa, malahan ada juga perkhidmatan internet dan multimedia. 

Tapi sebenarnya susah benar nak betul-betul mencari orang yang benar-benar nak cari ilmu, sesetengah tempat, atau sebahagiannya atau boleh di katakan kebanyakkan yang meminjam buku ada lah yang mencari bahan bacaan ringan, seperti novel dan sebagainya.. hanya sikit benar yang cari bahan untuk menambah ilmu, yang ada seperti bahan bacaan ke agamaan, juga buku resepi.. 

Apa-apa pun kami amat mengalu-alukan semua rakyat, singgah kat sini dan cari ilmu, sila lah masuk...
@ Perumahan Awam Arau..

Wednesday, July 21, 2010

Hish Sibuknya...

Isk, dengan tak semena aku jadi sibuk, yer lah dengan tiba-tiba dapat mesej infoblast mengatakan yang pihak atasa nak statistik perkhidmatan dan juga lain-lain sejak dari tahun lepas dan juga hingga yang terkini, dah tu lakhendak mengikut format yang telah di sediakan, sedangkan yang kita dok pakai sekarang ni jauh bezanya, pihak pengurusan nak lebih detail lagi dari aspek pinjaman, ahli, pengguna perkhidmatan dan lain - lain lagi,
Ini lah medan kerja aku, di rumah..
satu kerja.. satu online FB,YM,
sempat juga tuh
Akhirnya jadi macam ni lah, cadang nakbuat hari cuti ujung minggu, dah jadi mr mama pasal mama pi Kelantan, patutnya kena hantar hari Isnin tapi mana lah sempat nak pegagng buku statistjk baru dok jeling dua beradik tu ajak main la, tema melukis la, teman nak gi jam*** la. ada ada saja.. kalau kita ngadap komputer ada yang naik atas belakang, ada yng bersimpui nak main game lah, last2 terpaksa amik cuti dua hari, apa nak buat, dah keja..

Hari ni boleh kata aku merdeka la, bila dengan jayanya siapkan semua statistik tu, dah hantar pon.. hu hu selamat, tunggu feedback aje kot ada apa2 yang perlu di kemaskini.. caiyoookk!!!

Monday, July 19, 2010

Mr Mama the return...

Hish ada cerita terpendam, tapi tak lah terlalu lama, hanya berlaku pada minggu lepas, mem aku dengan tiba-tiba saja balik bagitau, dia kena pi satu lawatan ke kelantan selama 3 hari 2 malam, kononnya nak buat kunjungan ke Universiti Kelantan dan juga Politeknik Kota Bharu. Dia tanya aku boleh ka tidak? Isk ada ke aku nak kata tak boleh kalau dah urusan kerja kan.. Jadinya hari Sabtu tu, aku hantar je lah Ke politeknik Pauh, dah tu aku kena jadi Mr Mama Pulak lah, uhh mr mama the return lah kononnya kan..?

First day kena tinggal, tak ada lah masalah apa sangat tejadi, cumanya jenuh la aku dan angahnya melayan telatah depa dua orang nih, dah macam-macam perangai depa nih, Si Kakak nih dah tak leh lari dengan perangai keletahnya, dengan mulut bisingnya, dah tu pulak lama dok pergi tadika makin rajin lah dok melukis dan mewarna, tak cuku kkertas, buku jadi mangsa, tak cukup buku surat khabar lama pon boleh, tak cukup tuh dah nak melajak conteng dinding pulak, eh kang adaa yang kena 'pang' pulak.... isk mintak di jauhkan ler, nasib baik belum ada jasa lagi, depa ni bebudak, sabo je la melayan...
Harta benda Athirah dan Anieq yang terpaksa di 'mandikan',
 setelah sekian lama tidak mandi
Malamnya pon ok lagi la, tak de apa sangat, cuma masa nak tido tuh, bagi lah depa sembang dengan mama depa, siap dok wish gud nite la, assalamualaikhm la, eh macam-macam lah depa dok berucap, aku slow aje la bagi can, emm malamesok tu ok juga cuma masa malam last tu baru lah Athirah gaduh nak nangis rindukan mama dia, he he lumrah lah perempuan kanaA? Anieq masih cool aje.. Hari mama dia nak balik Athirah dok bising cari mama dia la, balik dari sekolah nampak ada kereta mama terus je cakap mama dah balik, sekali masuk umah mama tak de, termenung lah dorang.. isk rindu sungguh depa ngan mama depa no..

 Dah sampai umah, buat tak mo berenggang la, kejap si kakak oelik, jap si adik pelik, smp masuk tempat tido.. ha ha kesian juga sesekali kena tinggai nih.. tapi bagus juga, baru depa tau sesekali kena berpisah juga, maklum la tugas mama depa kadang2 menyebabkan depa kerap kena tinggai, dan aku pon kena mantapkan diri lagi la bila perlu jadi mr mama lagi.. aduyaiii....

Thursday, July 15, 2010

Hujan di sana sini...

Dalam seminggu dua ni hujan hampir setiap hari, kalau tak pagi petang, tak pun awal malam kadang-kadang tu hampir nak subuh hujan juga, kadang-kadang tu lebat sangat, kadang-kadang tu hanya gerimis saja, pendek kata  hujan tetap akan hujan juga.


gambar suka-suka di ketika menanti hujan teduh

Kadang-kadang tu, hujan menjadi kronik juga, bila seharian hujan, sampai tak boleh ,( atau boleh tapi malas) nak keluar kemana-mana, dok di rumah teringat nak tidurr saja, hmm kadang-kadang tu hujan terlampau sampai membawa petaka, macam semalam hujan punya lah lebat sampai membawa terjadinya ribut, peristiwa ni terjadi di Kuala perlis dan kawasan sekitarnya:, 

"Lebih 100 Rumah Rosak Dipukul Ribut Di Kuala Perlis
KANGAR, 15 Julai (Bernama) -- Lebih 100 rumah termasuk lebih 20 unit rumah di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan Kuala Perlis Khamis.

gambar dari bernama

Kejadian pada kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan kebanyakan rumah di Kampung Seberang Alor, Taman Seberang Jaya, Pulau Ketam, Taman Bukit Kubu, dan Padang Cina mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dinding."
berita lanjut boleh dapat di sini

Harga Naik..


Bermula 12.00 Tgh Malam 16.07.2010, harga minyak dan gula akan naik, hmmm sudah lama tak naik harga gula, tapi sekarang dah mula naik, dah lama juga harga petrol tak naik, sekarang dah naik.

Kerajaan dapat menjimatkan duit dengan mengurangkan subsidi kepada rakyat, dan duit penjimatan subsidi ini akan di salurkan kepada kesihatan dan pendidikan, adakah tahun depan kita akan kembali dapat harga ubat dengan percuma atau lebih murah, harga perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, juga mungkinkah duit ini membolehkan anak-anak, saudara mara kita yang nak pergi mengaji (belajar) akan mendapat pinjaman atau biasiswa yang lebih baik..

Lepas ni, tentu harga barang akan naik, isk adakah gaji kita juga akan NAIK..?

Tuesday, July 13, 2010

Eh sibuknya...

Wah hari ni sebuknya aku, tapi sebenarnya bukan sessibuk mana pun, cuma bila di serbu budak2 tu hak dok rilek-rileks tu dah jadi sibuk, apa daknya, nak melayan depa main game lag, nak daftar ahli lagi, pastu nak pinjam buku juga, lagi nak borang jadi ahli lagi, whuaa... sibuk dari biasa biasa, sangat2 sibuk.. tapi apa ke punca nya jadi sibuk dari biasa nih..?
Haaa punca dia skit sangat, hari ni aku bukak game port kat bebudak tuh, bukan ada game apa pun hanya khas tuk Plant Vs Zombie ha ha se saja je, nak tengok jadi macam mana, bayangkang bukak 7 laptop untuk main games tu saja, lepas tu letak syarat, minggu depan sapa nak main kena jadi ahli.. ha ha berduyun-duyun bebudak tuh amik borang nak jadi ahli, tapi satu seng pon tak kena la... 

Cuba tgkgambar bawah nni...


Sunday, July 11, 2010

Spain Juara

SPAIN Juara
menewaskan Belanda 1-0, 
ngantuk weh, nak masuk tido jap..

Program Hari Ahad...

Hmmm dah lama tak dak program hari ahad, balik balik dok rumah, dan juga balik sungai padang, entah apa kes ya? Minggu lepas aku keja hari sabtu, ahad tu free jugak, tapi tak ke mana-mana gak, kata nak pi gunting rambut, tapi tukang gunting dok kalut nak pi kursus kat terengganu, tak jadi pi, minggu ni tukang gunting tak balik laghi, jadi rambut makin panjang lah sama macam adik anieq, jadi kena tunggu lagi lah.

Jadi hari ni kononnya nak buat program nak jalan2, pertamanya nak cari buku untuk panduan mengajar mem, oleh keranan tahun nni ada subjek baru jadi lom ada buku, jenuh nak kena pinjam la pulak.. lepas tu nak cari kedai kain ( hu hu simptom nak masuk bulan posa dah ni..). Kami bertolak dah pukul 10.00 lebih dah, selepas balik dari nat (pasar sehari), cari stok barang basah untuk dua tiga hari. Target Location- Jitra, ha ha macam lah jauh sangat kan ? Lokasi pertama, IKBN Jitra, mencari (meminjam sebetulnya) buku dan juga sebarang nota yang berkaitan dengan OSHA. Apa kebenda OSHA tuh,? entah aku pon tak tau, tapi katanya berkaitan dengan akta kemlangan masa kerja, samada kerja industri mau pun kerja2 lain, 11.30 keluar IKBN kononnya nakcari kedai jual kain lah, dalam pekan Jitra saja, tapi bila lalu saja depan kedai tuh, alahai dah tak berkenan, tak masuk kedai pon, jadi dah abis program, hmmm.. what to do, where to go..?

Balik lah,dah abis program , tak tau nak pusing mana dah, on the way balik dok berangan nak makan cucur cempedak, pasai masa lalu nak pi tuh ada nampak pakcik2 dok juah buah2 kayu kat tepi jalan, ingat masa nak balik baru nak beli, skali bila patah balik dah abis, waaa mmg kempunan la.... Tup tup buat program baru, konon nak cover frust tak dapat buah cempedak,
 " Jom pi Bkt Wang..!! Dah Lama tak pi",
 " Jauh la, jom pi, Gua Kelam lah, leh singgah makan nasi kat umah Kak Chak",
 " haah, boleh la jugak.."

Jadi terus saja lah pi rumah kak ipaq, makan nasi sepinggan dua, lepas tuh semahyang siap semua, dalam kol 3.00 ptg baru la pi Gua Kelam, dapat la bebudak tuh mandi, tapi tak la lama, terutamanya adik Anieq, bagi rasa-rasa air saja , pasai dia selsema, tu pon turun tak sampai 5 minit dah ketaq2, sejuk ooo, tinggal lah Athirah ngan sepupu2 dia dok main air. Dalam Kol 4.30 ah balik la...