Sunday, October 14, 2007
Thursday, October 11, 2007
Selamat Hari Raya
Ayuh.. kita ke angkasa!
Dalam kesibukkan warga kota balik kekampung, dan di tengah kemeriahan umat Islam nak menyambut 1 Syawal, dan juga di tengah kekalutan di Dewan Warisan Kangar dalam majlis berbuka, sembahyang terawih dan penyampaian sumbangan hari raya kepada Kakitangan kerajaan kumpulan C dan D, juga kakitangan swasta oleh YAB Menteri Besar Perlis, seorang rakyat Malaysia yang berjiwa besar, yang mencatit satu sejarah besar negara, yang mejadi pujaan anak-anak gadis yang mencari pasangan dan menjadi idola kepada anak-anak muda Malaysia, telah berangkat ke angkasa. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, berlepas ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (Iss), bagi melaksanaka satu misi negara iaitu membuat bebaapa penyelidikan tentang mikrob dan tekanan nano graviti, tapi bagi aku buka setakat itu yang di bawa oleh beliau, tapi membawa impian, hasrat, keazaman dan juga cita-cita rakyat Malaysia keseluruhan untuk meletakkan Malaysia sebagi sebuah negara maju.
Itu juga yang menjadi hasrat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:
For I know that this is what I have dreamt of since I
was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the
experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the
better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near
future.
This is for all the Malaysian who have believed in the
angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great
achievers.
And most importantly this is for both my mom and dad who has made me
what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom
have never given up hope in me. Never ever.
Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to
space.
This is all for you Malaysia !
Start dreaming big and believe in them. One day it will become a
reality. It took me 25 years to fulfill my dream.
And if I could do it, I truly believe you could too!:- sesungguhnya sengaja aku lewatkan entry ini, untuk aku saksikan dulu kejayaannya.. dan sebenarnya beliau juga membawa angan2 aku bersama, sepetimana minatnya aku dengan cerita2 sains fiksyen.. dari aku baru mengenal huruf, dan sampai aku dewasa kini.. walaupun aku tak sampai.. tapi ada sorang rakyat malaysia dah boleh pegi... aku rasa cukup puas hati..
pemergian beliau juga banyak membei impak kepada negara2 islam lain, negara2 serantau, maupun juga negara yang be irihati dengan malaysia.
pada mu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, aku tabik springg!!
selamat pergi dan kembali membawa semangat yang di pinjamkan oleh semua akyat malaysia!
Wednesday, October 10, 2007
Bermulanya pada hai Ahad...
Jam 4.30pagi...
dan menu kebiasaan juga, menu yang kita hadapi, ada lah menu bebukak juga, jadi senang.. panaskan aje, takyah dok masak2 lain, cepat sikit dan simple gitu, kalau minum . aku minum air suam ajer lah.. kadang2 masa bersahur, teringat lak kat arwah mak, kalau dia ada dulu kita besahur bertiga la, walaupun menu makannya lebih kurang sama juga, tapi dah 3 orang meriah la sikit, dah aku tak yah la dok bergantung pada hanphone aku tu, cukup jam, atau pun hidangan dah ready nanti ada la orang yang akan kejutkan.. tapi sumer ni berlaku masa zaman bujang dulu la, dah kawin kena aktif la.. tak leh nak tunggu orang kejutkan.. Jam 6.15.. Subuh..Mungkin kerana tertido lewat malamnya, lepas sahur aku ngantuk dan tertido balik, dan bangun selepas tekejut masa mem aku bangun nak pi mandi.. dan kesan dari terkejut tu menyebabkan belaku renjatan (haaa..?) kat bahagian bahu aku ni, menyebab aku terduduk semula.. tak leh nak bangun.. (dalam istilah orang kampung aku.. atau sekitarnya.. depa kata tangkap urat.. betul ni .. dia lain pada terseliuh..) kesannya aku tak leh bangun secara normal.. terpaksa bangun secara mengiring.. adus sakit la weee.. nak pusing kepala tak leh... nak angkat tangan pon sakit.. jadi la aku macam robot.. yang bahunya sedikit terangkat (pasal dok control sakit).. namun dengan bersusah payah.. dapat juga aku tunaikan sembahyang Subuh.. syukur.. tapi kerana sakit sangat aku tak leh nak tido dah.. akhir nya pi depan tv.. tgk MLB.. sambil dok control sakit dan dok pikir nak kensel ke rancangan ari nih.. Sekian.
ps:- adeh berpinau mata aku.. ngantu pon ada.. dek terlalu panjangnya entry ni sampai aku kena pi potong rambut, dan balik mandi dulu baru lah siap..
Monday, October 8, 2007
Nah! Kad Raya
Friday, October 5, 2007
Catatan awal oktober 07
Cukup.. cukuplah intro aku yang ntah apa-apa tah tu, kalau nak di kira apa lah sangat pengalaman ku, apalah sangat perhitungan aku, apalah sangat gelombang yang ku tempuhi dalam pelayaran di lautan rumahtangga yang aku rasa masih baru, mentah dan muda ini. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman yang aku alami tak kurang peritnya.. tak payah lah aku ceritakan (mungkin... belum masanya) tapi kesannya boleh membuatkan aku merenung.. merenung dan terus merenung mencari di mana pangkalnya harus ku pegang, di mana pucuknya harus ku ulami dan di mana tegaknya harus ku panjat.
Dalam aku mencari pengalaman, tak semuanya pengalaman yang kita sendiri rasa, malahan kadang-kadang pengalaman dari teman-teman, rakan taulan juga mejadi bekal pengajaran pada aku untuk menempuhi lautan kehidupan ini, yang mana ada pasang dan surut, ada badai dan alun di tengah lautan kehidupan.
Baik, apa yang bebelkan adalah kesinambungan dari rentetan peristiwa yang berlaku di sepanjang minggu ni, sebenarnya tak banyak yang berlaku, tetapi apa yang berlaku sebenarnya meninggalkan kesan pada ku, secara langsung mau pun tak langsung. Satu pasal teman pada kawan ku, dan satu lagi perihal pengalaman rumahtangga ku juga lah.
Apa yang aku dapat rumuskan darihal teman kawanku itu, kematangan seseorang bukan terletak pada umurnya, tapi lebih kepada pengalamannya, kerana pengalaman banyak mejadi pedoman kepada cara kehidupan seseorang tuh, walaupun bagaiman cara hidup seseorang sebelum nih, bila makin banyak umur, makin matang dan banyak pengalaman makinmudah dia mengendalikan kehidupan dia, bagi yang baru nak mencari pengalaman, kesabaran dan juga pedoman perlu di bekalkan. Bagi yangdah berkahwin, kalau si suaminya yang terbabas, jangan caepat gubra, tapi cubalah cari pendekatan yang terbaik, gunakkan sehalus muslihat agar si suami dapat kembali ke jalan yang sebenar..
Aku akui, aku masih dangkal dalam mengharungi hidup baru nih, sesungguhnya pengalaman aku begitu kurang, dan mencari sumber untuk di jadikan rujukan juga amat kurang, jadi banyak dari pertimbanganku adalah dari batu jemala ku yang kirangnya pengalaman ni, jadi kadang-kadang pertimbangan ku menjadi kurang tepat, kadang-kadang aku terlalu serius pada hal-hal yang ringan, kadang-kadang aku kurang endah pada hal-hal yang berat, jadi nya bila hasil yang aku dpat tak seperti rancangan dan pertimbangan ku, kalut jugak jadinya, bukan kerana aku takada interaksi dengan isteri, ada setengahnya aku perlu kepada kuputusan bagi diri ku seblum ada keputusan bersama, yer lah takkan aku nak turutkan saja kan pada semua hal. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, bahkan menjadi semakin baik, dari sebelah keluarga ku maupun sebelah keluarga mertua ku.. harapnya akn bertambah baik la.. aku pun sedar.. aku nih pon bebal jugak..
Monday, October 1, 2007
Sebagai Orang Islam kena pandai membunuh?

Orang tua : Sebagai orang Islam engkau mesti pandai membunuh.
