Thursday, July 10, 2008

Aku di Hargai


Macam biasa, pagi-pagi aku dah merayau-rayau dari blog ke blog... mengisi masa, dengan mencari iktibar dari pengalaman, pendapat dan citarasa orang lain, serba sedikit boleh memberi pengalaman pada aku juga.. dan setelah 4 tahun berkecimpung dalam alam blog nih, ini lah kali pertama aku di beri penghormatan, di beri penghargaan, terima kasih pada neeza.. kerana penghargaan yang bermakna ini.. dan sebagai menyambung penghargaan ni, aku lanjut kan kepada blog-blog yangselalu aku lawati..

  1. Joe Perantau
  2. Delinn
  3. Farra
  4. AD
  5. Yija

Monday, July 7, 2008

pagi yang basah!

Patut la.. pagi ni, jaga saja dari tidur, rasa macam segan malas saja nak bangun, masih mengkrekot kat atas tilam, sambil dok tengok Athirah yang masih tidur pulas... dah bangun siap-siap semua.. nak keluar rumah tengok dah kelam gelemat.. hu huu tanda hujan nak turun la tu, selepas hantar Athirah kat tempat ngasuh dia, aku terus ke Market (pasar basah) Kuala Perlis, beli ikan dan sayur-sayur.. tengah dok membeli tu hujan pon mula turun dengan lebatnya.. adeh basah juga la aku semnetara nak sampai ke kereta..

Lepas balik hantar semua tu, baru la aku ke tempat keja, nasib baik la minggu ni keja lewat.. sempat juga la kalau nak kepasar atau kemana-mana dulu (atau nak sambung tidur - hmmm dah lama aku tak buat keja ni...) , on the way ke tempat keja hujan masih lagi lebat, dan juga angin pun agak kuat...



Sunday, July 6, 2008

Sekitar KebudayaanSetempat

Hari nih.. kena kejala pulak..a deh kena buat pameran kat tapak Taman Bunga Kertas Lailatul Shireen Akashah , Raja Puan Muda Perlis, terletak bersebelahan Taman Budaya Perlis dan tepi Bukit lagi sebelah Gua Cenderawasih, kalau bagi penduduk tempatan lebih dikenali dengan Gua Sami, aku malas betul nak keja hari Ahad ni tapi terpaksa lah, dah tak berapa kerat lagi dah yang tinggal, ni pon bahan-bahan pameran ni baru je sampai balik dari pemeran kat PWTC Kuala Lumpur, dek kerana malas jadi set kan saja pameran yang palin ringkas dan simple.. cukup la, tengpk jabatn lain pon buat macam tu jugak, hmm jabatn yang terlibat buat pameran terdiri dari Kementerian kebudayaan kesenian malaysia, Perlis, Perpustakaan Awam, Polis Di Raja Malaysia, dan Unimap, juga terdapat beberapa gerai dari Kraftangan Malaysia Perlis, Persatuan Pelukis Perlis.

Tapikan, dek kerana cuaca yang terang benderang, nampak cantikpulak view kat kawsan ni. aku suka bila leh tangkap gambar yang background dia ada pantai ka, bukit-bukit ka, sawah ka... cantik jer kan.. ???

Tengok tu di belakangnya ada bukit...

Salah staf sorang staf perpustakaan dan pelajar UiTM Shah Alam yang buat praktikal di Perpustakaan sedang bermain 'tuju kasut'

Acara lompat getah..

Persembahan Muzik Asli dari kumpulan Wahana Perlis

Sebahagian dari Gerai Kraftangan dan Persatuan Pelukis Perlis
Sebahagian dari gerai pameran Perpustakaan, Pejabat Kebudayaan , Unimap dan PDRM

Sebahagian dari pengunjung pameran perpustakaan,
berlakon dalam keadaan terpaksa untuk di amik foto
Lawatan ke Gerai Perpustakaan oleh YAB Mat Isa Sabu,
Menteri Besar Perlis
Sebahagian dari gimik perasmian
(gambar perasmian takdoo.. aku di paksa berada di meja VIP
sebagai wakil jabatan)

Badal Haji

Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadaht haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).

Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah:

1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

2. Pengangkutan yang sesuai.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai kemampuan untuk sampai kepadanya yang terdapat dalam ayat 97 surah al-Baqarah yang disebut di atas. Baginda telah menjelaskan maksudnya, ialah bekalan dan kenderaan.

Oleh itu, sesiapa yang telah memenuhi segala syaratnya, wajiblah ia mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam satu hadisnya bermaksud: Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.(Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).

Kemampuan terbahagi kepada dua kategori; Pertama, berkemampuan mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut apabila mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan yang sihat.

Kedua, berkemampuan dengan bantuan orang lain apabila mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan.

Apa yang disebut dan dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai upah haji atau biasanya disebut badal haji adalah termasuk dalam kategori kedua. Iaitu ia berkemampuan mengerjakan haji dari segi kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tetapi tidak sempat melakukan ibadah haji kerana meninggal dunia atau mengalami keuzuran yang tidak memungkinkannya mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut.

Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.

Apabila disebut upah, biasanya tidak terlepas dengan soal bayaran. Para ulama tidak sependapat mengenai hukum mengambil upah atau bayaran bagi amalan yang melibatkan ketaatan seperti ibadah haji, azan, mengajar al-Quran dan seumpamanya.

Imam Malik dan Imam Syafie mengharuskannya, walaupun ada ulama lain yang berpendapat sebaliknya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bayaran yang paling berhak kamu mengambilnya adalah mengajar Kitab Allah (Riwayat Bukhari).

Saya berpendapat, ada baiknya istilah upah itu ditukar kepada istilah yang lebih lunak bagi menggambarkan perbelanjaan menunaikan ibadah haji dan bukannya upah semata-mata.

Ini berorientasikan tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa, bukannya untuk kepentingan keduniaan. Sementara, mereka yang memberi perkhidmatan itu pula, melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Apakah dalil-dalil keharusan mengerjakan haji untuk orang lain?

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:

1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).

3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).

Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya ia tidak mempunyai kemampuan kewangan, maka tidak wajib ia mewakilkan kepada orang lain.

Namun begitu, jika ada pihak lain yang ingin mengerjakan haji bagi pihaknya walaupun ia tidak berkemampuan, hukumnya juga harus. Seperti seorang anak yang ingin membiayai ibadah haji untuk ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka.

Seseorang yang ingin melakukan ibadah haji untuk orang lain hendaklah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam hadis Syubrumah.

Tidak disyaratkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji bagi pihak orang lain itu dari kalangan kaum kerabatnya atau berasal dari tempat kelahirannya. Malah ia boleh dilakukan oleh siapa sahaja yang boleh mengerjakannya, walaupun dinyatakan dalam hadis Khas`am di atas daripada anaknya yang paling tua.

Faktor jantina juga tidak diberi perhitungan. Malah jelas daripada hadis wanita Khas`am, wanita telah diizinkan menunaikan haji menggantikan lelaki.

Siapakah yang paling afdal untuk mengerjakan haji bagi pihak si mati atau yang uzur tersebut?

Telah disebut sebelum ini, tidak berbangkit siapakah yang paling afdal.

Namun begitu, seorang anak digalakkan melakukan untuk kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka .

Hal ini termasuk dalam perbuatan ihsan terhadap kedua-dua mereka sesudah kematian mereka, kerana berbakti kepada kedua-dua ibu bapa itu tidak terhenti semasa mereka masih hidup sahaja, malah berterusan selepas kematian mereka.

Selain itu, perlu diperingatkan bahawa seorang anak tidak boleh melakukan ibadah haji kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam satu masa.

Imam Daraqutni meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bermaksud:

"Jika seorang lelaki mengerjakan haji untuk kedua-dua ibu bapanya, diterima daripadanya dan kedua-duanya. Ia tercatat di sisi Allah sebagai kebajikan." (Sunan Daraqutni).

Menyentuh aspek perbelanjaannya pula, siapakah lebih berperanan? Adakah diambil daripada peninggalan si mati atau sumber keluarga yang terdekat?

Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kewajipan mengerjakan adalah ke atas mereka yang memenuhi syarat dan berkemampuan, bukan kepada yang lain.

Sekiranya mereka tidak sempat mengerjakannya atau berhalangan untuk mengerjakannya kerana faktor kesihatan yang menghalang mereka. Dengan itu perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta mereka.

Oleh itu, dalam kes yang melibatkan si mati, sepatutnya sebelum harta peninggalannya diagihkan kepada ahli waris, hendaklah dikeluarkan dahulu kos untuk ibadah haji si mati.

Bagaimanakah sejarah mengupah haji pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga para sahabat. Sila jelaskan?

Tiada maklumat berkaitan sejarah upah haji pada zaman awal. Yang ada hanyalah pertanyaan para sahabat mengenai boleh atau tidak dikerjakan haji untuk orang lain seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas.

Salah satu daripada hadis Ibnu Abbas di atas menyatakan pertanyaan itu berlaku semasa baginda melakukan ibadat haji wada` (haji selamat tinggal) pada tahun 10 Hijrah.

(dipetik dari : Utusan Malaysia, 18 Nov 05)



Beginilah yang terjadi.. kesesakkan dikaunter Tabung Haji Cawangan Kangar, kebnyakkan nya hendak membuat upah haji kepada saudara-saudara yang telahmeninggal dunia. Di khabarkan hanya 2900 permohonan sahaja yang berjaya dari seluruh negara. Sepatutnya pendaftaran ini di buka pada setiap 1 Rejab setiap tahun, tapi tahun ni jatuh pada hari Jumaat jadi terpaksa di tunda ke hari Isnin bagi memboleh kan pendaftaran dijalankan secara serentak di semua Cawangan Tabung Haji Seluruh negara.

Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat tempat, kerana bagi mereka yang terpilih untuk mendapat tempat ni, segalanya telah diaturNya. Sesiapa pon tak akan tahu nasib masing-masing, hanya Dia yang menentukan segalanya.. Alhamdulillah aku juga terpilih untuk mewakilkan haji ini buat ayah ku yang telah 33 tahun pergi mengadap Ilahi.. harapan kami adik beradik semoga niat kami ini dapat di terima Nya.. Aminn!!

Friday, July 4, 2008

Selamat Jalan...


Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang


Ella & Korie ( Pergilah Sayang)

Selamat berangkat kepada kontijen Perpustakaan Awam Perlis, ke Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se Malaysia di terengagnu. Semoga muhibbah terus terpupuk, semoga semangat kesukanan terus utuh, bukanmedal dan hadiah yang jadi ukuran, cukup lah semangat setiakawan tidak terpisah...

Semoga selamat pergi dan kembali...
kami disini sentiasa berdoa...
Posted by Picasa

Korek lubang!


Adeeh..hari nih jadi sibuk lak, yer la hari jumaat.. bebudak ramai, dah tu pulak staf dah tak ramai yang ada di tempat masing-masing.. semua dok sibuk nak buat persiapan ke sukan perpustakaan semalaysia di Terengganu.. nasib baik lah ada sorang staf perpustakaan desa yang datang tolong aku, boleh lah jugak aku merayap tangkap gambaq depa ni buat keja... he hee depa ni dok buatkeja-keja korek lubang dan tanam 'kok' simen nih kat kawasan dalam perpustakaan, ni adalah sebahagian dari projek pembentungan negara, dan merupak kan projek bawah kerajaan pusat..
Huh seriau jugak aku tengok depa buat keja, dalam betui lubang yang depa korek ni.. boleh mencecah 20 kaki dalam nih.. sayup je kalau aku jenguk... dah tu ada lah mamat bangla yang dok buat free show.. hmm tah lah apap tujuan dia, nak memikat budak-budak hak mai perpustakaan ni kot..



Posted by Picasa

Tuesday, July 1, 2008

Demam semula!

Seperti yang dah di catat kan kat sini, dah seminggu dah Athirah demam panas, hingga terpaksa di bawak ke tempat kecemasan di GH Kangar untuk di masukkan ubat demamnya kat punggung, selepas 3 - 4 hari kemudian baru lah panas badannya hilang. Tapi selepas seminggu demamnya datang balik, jadi terpaksa pulak di bawak ke klinik, dan lepas di periksa di dapati tonsil dia lak bengkak, mungkinpasal dia batuk kot hari tu.. jadi doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Alhamdulillah selepas di beri ubat selepas balik dari klinik, badan dia pon mula berpeluh dan kebah demamnya.. cuma yang tinggal hanya lah suaranya yang serak-serak basah tu.. heh hee you rock baby!!



Muka orang demam!

Ughh!!! .. kacau la abah .. Ti'ah demam nih....

He hee jahat lah abah nih....