Sunday, July 20, 2008

Rekreasi Malam..

Nampak gaya nya Athirah nimasih lagi dok teringin nak pi main kat taman, abis tu macam mana kan? abah dia kena turn balik lewat minggu ni, mama dia pulak memang dah tak larat nak bawak ketaman, dah lak mama dia tengah dok bayar utang posa dia ,jadi memang tak larat benor nak terkejar-kejar melayan Athirah main nanti, kesian dia.. jadinya malamnya lebih kurang dalam pukul 8.30 malam kami keluar la, pegi bank la, isi minyak keta mama la.. lepas tu kesian gakkat dia tak dapat gi taman , kami singgahlah kat taman ni sat.. bagi tengok air pancut dan lampu-lampu kat situ...
Air pancut di Taman Rekreasi Sg Kechor

Tengok tu betapa leka nya si Athirah ni tengok air pancut

Sukanya dia boleh tengok lampu yang bermacam-macam tu..

Emm dalam 10 - 15 minit singgah kat situ kami balik la, pasai tengok si Athirah tu dah ngantuk... hmmm mesti tak tido petang ni... Athirah biasanya akan tido sekali saja sehari waktu siang dalm pukul 11 - 12 tengahari , tido pon tak lama dalam sejam macam tu kalau kat umah mak pengasuh dia, kalau kat umah ada orang dok tunggu boleh lajak sampai 2 jam, dan kadang kadang sampai 2 kali tido .. sampai kat umah terus masuk buaian kejap je dah tertido.. huh letih benar lah tu.. kalau tak dia boleh pusing satu rumah lagi tu..

Sehari dua ni Athirah buat perangai sikit, tak mau minum susu, kalau tanya dia pasal apa tak mau, dia kata "sakit gigi".. hu huu pandai tul dia menjawab.. dah dua hari tak mau minum susu, mungkin juga jadi ulser kat mulut dia..Tapikan.. makan nasi ke, buah ker, kek ke, air soya kotak tu boleh pulak.. penin lah kami dengan perangai dia.. angah dia kata boleh jadi pasal dia makan durian sampai 4 ulas (entah boleh percaya ke tak pasai tak nampak.. dia makan kat umah pengasuh dia) boleh jadi juga kalau makan sampai 4 ulas, panas oo durian tuh, dah tu pulak kalau kurang di beri kan air memang mudah naik ulser la...

Kemarin (ahad) tu kami pakat pakat pujuk la , kata kat dia sedap la susu la, dah tak sakit la, dah baik la... akhirnya suruh dia suapkan botol susu, tapikan dia kata sakit la, siap nangis lagi.. hmm pastu kami suruh dia tunjuk kat sebalh mana sakit tu.. dia tunjukkan sebelah hujun bibir di sebelah kiri mulut dia tu.. em bila check tengok memang ada macam bekas ulser kat situ... pastu kami pujuk lagi suruh isap botol tu menyenget kat sebleah kana mulut dia tu.. hmm akhirnya dapat juga dia minum susu.. whoo laaa.. kami pakat ramai-ramai (aku ngan kakak aku saja la.. mem gi keja) tepuk tangan, dan dan tu juga dia bangun dan bertepuk sama, mulutnya dok sebut "yee lega dah, baik dah..."... lega lah aku dan mem aku.. kalau tak dok pikir nak kena tukar susu ke apa ke... he heee...

Saturday, July 19, 2008

Tengok bot...

Athirah ni kan.. memang suka tengok bot tau, kalau tanya dia nak pi mana, nanti dia jawab '"Nak pi pi alan-alan...", pastu tanya pulak nak gi jalan mana? " Nak pi Kuala Perlis, tengok bot".. macam tu la hari-hari nak gi jalan-jalan tengok bot, jadi ada peluang pergi la meronda tengok bot... sambil2 tu boleh la beli ikan.. dan seangkatan dengannya..



Kuala Sungai Baru - Perlis
Posted by Picasa

Musim berubah lagi..

Dah lama aku tak merayau-rayau, melihat alam, melihat suasana kampung dan suasana padi yang menghijau, tapi aku rasa hijaunya padi ni dah tak lama.. kerana sudah ada tanda-tanda padi yang hijau akan bertukar warna menjadi kekuningan dan lepas tu akan menjadi keemasan... ini lah antara kehidupan rutin petani kat sawahpadi ni, dari satu musim ke musim yang akan membawa penuh pengertian, pengharapan... dan aku yang hanya memerhati saja ni, juga terasa perubahan dari musim ke musim ni.. banyak meninggalkan nostalgia pada aku..

Ye lah dari kecik aku di besarkan di kampung ni, susah payah, suka duka, ketawa menangis, jerih perih kehidupan banyak tercatat dalam lipatan sejarah kampung ni... mungkin juga ada baiknya aku tak berpeluang untuk merantau ke bandar lain, ke negeri lain bah kan untuk ke luar negeri, kalau tidak siapa lah nak menghuni kampung kan, kat kampung aku sendiri dah tinggal berapa kerat saja yang masih muda-muda.. yang lain adalah warga-warga emas yang meniti usia di kesenjaan.. sesungguhnya setiap sesuatu yang terjadi adalah kehendak Nya jua... kita hanya bisa merangcang.. tapi Dia yang menetukannya.. kalau tak jadi sesuatu makan ada yang lain akan terjadi... kita hanya boleh pasrah saja la...



Friday, July 18, 2008

Berkenan la...

Tadikan... dah aku boring sangat dok dalam library, melayan bebudak yang ramai bagai nak rak kat dalam tu, aku keluar la amik angin sekejap.. sambil dok tengok-tengok kerja-kerja korek mengorek laluan pembentungan ( bukan lah aku ni kepala kerja - mandor dia orang).. tiba tiba aku terpandang keta nih, wuih come nya.. dah tu lawa lak dia buat.. hmm kalau pasang rim yang besaq sikit lagi, dah tu lower kan spring (absorber) dia tu.. dah tu lak kan tinted bagi kaw-kaw punya kan.. fuhh!! mesti canggih.. walaupun aku tak berapa minat kaler dia sangat.. tapi keta ni cukup menggoda hatiku... kalau ada hak dua pintu pon ok jugak ni.. he hee..

tapi buat sekarang ni hanya menjadi anganku semata-mata la..

First generation (1973-1979)

The Honda Civic is a compact car manufactured by Honda. It was introduced in July 1972 as a two-door coupe, followed by a three-door version that September. With transverse engine mounting of its 1169 cc engine and front-wheel drive like the British Mini, the car provided good interior space despite overall small dimensions.[1]

Early models of the Civic were typically outfitted with a basic AM radio, a rudimentary heater, foam-cushioned plastic trim, two-speed wipers and painted steel rims with a chromed wheel nut cap. The current Civic has become much more luxurious with optional leather upholstery, satellite-linked navigation, a six-speed manual transmission, air conditioning, power locks, and power windows.

In the United States of America, the Civic is the second-longest continuously-running nameplate from a Japanese manufacturer; only the Toyota Corolla, introduced in 1968, has been in production longer. (more)

Second generation (1980-1983)

Hak ni aku penah pakai dulu, dengan plat pendaftaran WAM 1408 , tapi pada tahun 2004 lebih kurang tukar keta ni dan pakai kelisa...

Thursday, July 17, 2008

Athirah lagi...

Adeh, mek aku nih kan, kalau pasal jumpa taman, cukup suka lah dia... apa apa yang dia jumpa nampa ada buai saja, ada kuda kepang spring tu, jonkang jongket.. cukup la di berkenan, biarpun yang dok main kat situ semuanya besar-besar dari dia .. tidak di kesahnya.. asalkan dapat bermain, kalau naik jongkang jongket tu.. jawab dia abah dia lah yang kena tolong jongket kan.. nak aku naik sekali kang di jelingnya pak guard tu, nak tumpang main sama tengok kiri kanan bapak-bapak, ayah - ayah dan abah-abah lain dok duduk saja je.. hu huu.. akhirnya tekan-tekan jer la bagi terjungkang jongket.. hu huu..

dah main tu susah pulak nak tinggal, sampaikan dah nak maghrib masih tak mau lepas, mainnya tak seberapa asyik dok tengok kiri kanan saja... hu huuu apa la yang di dok pikirkan yer... gamak nya bila la aku nak besar macam abang-abang dan kakak-kakak tu, boleh la aku main dengan diaorang.... hmm itu lah antara aktiviti aku semalam selepas melawat mak mertuaku kat wad.. Alhamdulillah semuanya tak ada apa-apa cuma nak tunggu result darah dan urine dari makmal saja.. kalau tiada aral melintang, besok boleh balik la mak mertua aku ni...



Posted by Picasa

Tuesday, July 15, 2008

Gempar Sehari..

Kemarinkan, bagus punya plan nak makan-makan, yer lah dah lama mem aku tak masak, semenjak lekat perut nih, dia alah tak leh bau wap masakan.. mesti nak mun*ah punya... dan dalam sepanjang tempoh ni dok makan hasil chef kak aku tak pun che bertauliah di kedai saja la.. Awal pagi lagi dalam kol 9.00 pagi dah bertolak hantar Athirah ke umah pengasuh dia la.. kesian lak nak bawak panas tul sekarang ni... lepas hantar Athirah pegi lak Nat (pasar minggu) Simpang Empat beli ikan , ayam serba sikit untuk dimasak tengah hari.. dah siap beli semua hujan turun lak.. lebat juga la.. terpaksa la tunggu dalam 10 minit baru la boleh balik.. on the way balik singgah kat CIM* Kuala Perlis, nak settle masalah insuran mem.. dalam kol 12.30 baru lah sampai umah dan mula masak, dalam kol 1.15 baru la siap nak makan... masakn simple jer lah macam ni..
Baru saja nak duduk mengadap makan ni, tiba-tiba (hmm ayat standard suspen ni...) telepon mem aku bunyi, rupa-rupanya telepon dari kak ipar aku yang bagitau yang mak mentua aku kena patuk ular, ular tedung senduk.. siap nangis-nangis lagi kak ipar aku.. lepas to call pak mentua aku, tang angkat.. ingatkan dia gi masjid ka mana ka, rupanya dia dah carry dengan moto pergi ke klinik kesihatan Simpang Empat, dari klinik kesihatan terus di bawak ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar dengan ambulan.

Dah tau keadaan baru la kami sambung acara yang terhenti.. hu huu makan-makan kena jeuga la.. (nasib baik mem aku tak panik kali ni, boleh relak-relak dan makan-makan tak kalut2 nak gi spital..)
Dalam pukul 2.30 baru kami sampai kat spital .. walaupun tak leh masuk dalam wad tu, kami masuk jugak lah nak tengok keadaan mak mentua aku tu macam mana, menurut cerita mak mentua aku, kejadian ni berlaku dalam bilik air masa dia nak amik bekas sabun yang terjatuh, dan agak tersembunyi di belakang pintu bilik air.. hmm bilik air umah kampung ni biasanya bersimen sahaja dan berlumut macam tu.. dah tu agak suram jugak.. masa nak amik tu la ada ular bersembunyi dekat situ, bila mak mentua aku sua jer tangan.. terus ular tu nak patuk, sempat jugak mak mentua aku ni tarik tangan tapi terkena juga siongnya (taring).. hanya terdapat kesan calar macam di cakar kucing .. tapi sebagai langkah keselamatan kena juga di masuk ke wad selepas di ambil sample darah dan urine.
Malamnya sekali lagi kami pi jengok.. dan sempat la diaorang dok mesyuarat siapa yang nak temankan mak mentua aku malam tu, yer la walaupun langkah jaga-jaga sahaja, tapi mak aku ni selalu juga pening-pening dan sakit kepala, jadi selepas habis mesyuarat, maka menantu baru lah yang kena jaga, yer lah depa masih muda dan juga tak der anak dang tanggungan lain jadi.. kena la jaga kan..? Mem aku mesti la terlepas pasa kategori OKU .. yer la mana ada upayanya dah tido atas kerusi kan, kak ipar aku dah ada anak kecik (sebaya Athirah).. dan biras aku juga ada anak kecik (baru setahun).. jadi pakat terlepas la...

Friday, July 11, 2008

Selamat Kembali.. eh tak dak ole2..?






Selamat Kembali...
Kembali ke dunia nyata,
kembali ke pekerjaan hakiki,
tinggal lah apa yang disana..