Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
How to describe my little family
Create your own family sticker graphic at pYzam.com
Inilah keluarga kecik aku.. huu huu baru bertiga, InsyaAllah kalau ada rejeki, bulan sebelas ni leh tambah sorang lagi... doakan moga selamat semuanya...
Sunday, July 27, 2008
Marathon Girl (aksi olimpik)
Ini lah Athirah, budak yang suka berlari ni.. ada bakat boleh jadi marathon girl, tapi sayang nya.. tak suka minum susu sekarang ni, tapi makan kuat...
(sambung nanti..)
Saturday, July 26, 2008
Eh... ape hal ni..?
Nih siapa nih, mai mana anak dara ni? He .. he jangan ko cuba nak berfikiran yang bukan-bukan yer.. jangan cuba di gossip2kan.. sebenarnya ini ada lah salah seorang student Kolej komuniti Tambun Tulang yang sedang buat praktikal kat sini... dan kerana dia agak suka sengih dan ketawa, juga suka bersembang dan bercerita, sesaja lah aku letak ceritanya disini.Semenjak dua menjak ni, ramai juga praktikal student yang singgah kat sini, semuanya dari pelbagai bidang dan institusi yang berbeza, biasanya dari UiTM Shah Alam, Arau, pernah juga ada dari UUM Sintok, dai USM Pulau Pinang, juga dari Politeknik Syed Sirajuddin, dan juga Kolej Komuniti... dulu, masa staf kat sini tak begitu ramai macam sekarang, hubungan antara student da pekerja agak rapat, student boleh kenal denga semua staf yang ada, bahkan boleh berkunjung kerumah staf.. dan depa pon kadang-kadang dah jadi macam staf.. boleh melibatkan dalam semua aktiviti, program dan juga bidang tugas yang berbeza. Tempoh masa 3 - 6 bulan sudah cukup untuk mengeratkan silaturrahim, malahan ada yang terus ke jinjang pelamin (aku diantaranya!....), dan kalau depa rajin, ingin mengetahui, komited dengan latihan paktikal ini, sebenarnya boleh dijadikan pengalama untuk mengharungi alam pekerjaan nanti...
Walaupun aku rasa pensyarah dan pelatih depa dah memberi taklimat, memberi penerangan dan tunjuk ajar sebaiknya, tapi kejutan budaya apa bila menjengah ke alam pekerjaan memang tidak dapat di hindari, budaya teori dan praktikal memangnya agak jauh jurangnya, itu pon bergantung kepada sektor yang dipilih, kalau sektor swasta dengan budaya kerjanya yang sendiri, tengat date line , dengan jadualnya yang ketat, kalau sektor kerajaan penuh dengan teorinya, mesyuaratnya, program amalnya, dan juga bidang tugas yang bermacam-macam di bawah tajuk terakhir dalam PTK yang mengambil kira 5% dari ruang kerja sebenar!
Begitu pun ini lah realiti pekerjaan, seminit kita terpegun , minit ke dua kita harus bergerak mengikut arus, kalau kurang ilmu kurang pengalaman jangan di coba melawan arus, akhirnya kita yang keletihan di tepi 'ban'. Sekarang.... student sekarang senang, datang praktikal sudah ada garis panduan, sudah ada skema dan kriteria yang di tetapkan. sudah ada standard yang perlu diikut, apa kelas key ini data, apa kelas nak buat filing surat, apa kelas nak buat pameran, apa kelas nak ikut program yang di anjurkan, mereka dilatih untuk jadi professional dalam bidang masing-masing, jadi kerja yang remeh temeh ni apa kelas kan? Tapi jangan lupa kerja remeh temeh macam ni kalau kita tak tau, macam mana nak conduct orang bawah, macam mana nak organise orang bawah bekerja denagn betul, dan macam mana nak tau perasaan orang bawahan.. ...
hu huu... panjang benau lak aku merapu, merepek dan meraban.. udah lah.. asalakn korang bahagia, udah la...
Friday, July 25, 2008
Sekitar aktiviti Kelab 25-07


Thursday, July 24, 2008
Macam mana harus aku ceritakan...?
juga kerana tidak mendapat kelulusan dari LPI - Lembaga penapisan gambar/Image)
.................
............
.......
....
..
ceritanya bermula begini......
..
....
.......
............
...............
.... jam sudah menjangkau 6.00 petang, suasana sudah terasa begitu redup bagaikan lembayung senja sudah mau meliputi langit, juga mungkin kerana hujan renyai-renyai di luar... di kiri dan kanan aku hanya lah di singgahi dengan kesepian, tiada satu pergerakan pun yang berlaku, yang ada hanya lah kerusi-kerusi dan meja-meja yang tegak kaku, membisu menambah kesunyian di waktu petang, kanak-kanak yang tadi berkicau, bergurau senda dan begitu khusyuk mentelaah telah kembali ke rumah masing-masing .. yang tinggal hanyalah aku keseorangan.. melayani tugas-tugas rutin di kaunter.. setelah selesai semua tugas, mematikan komputer dan terus bergegas ke bilik air, berwuduk untuk menunaikan tanggung jawab kepada penciptaNya..
Dalam masa aku nak mengankat takbir, terdengar sayup di luar bilik solat bunyi bagaikan orang yang sedang mangatur langkah, setapak demi setapak.. ketup.. ketap.. ketup.. ketap... Ya Allah kuatkan lah semangat hamba mu ini.. jangan lah aku di uji di kala aku hendak menghadap mu.. Duhai makhluk tuhan.. jauh lah kamu... biarkan aku mengerjakan kewajipan ku... jangan aku di duga.. jangan aku di gertak di kala ini.. Ya Allah aku berserah pada mu, hanya Kau maha berkuasa sesungguh aku berserah pada Mu.. engkau lah maha mengetahui dan maha melindungi.. sesungguh nya hamba mu ini berserah dan bertawakkal... Allah Hu Akbar!!!!!!
Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan tugas ku sebaik dan sesempurnanya.. mungkin ke pasrahan ku menjadikan aku lebih kuat, dan dengan rasa lebih tenang aku melangkah keluar dari bilik solat.. hish kenapa gelap sangat nih, sedangkan masa aku nak masuk kebilik untuk bersolat tadi hanya separuh sahaja lampu yang aku padam, ini dah terpadam semuanya.. hmmm ada ini mainan makhluk Allah nih..?
Terus aku aku ke pintu hadapan.. hmmm berkunci! Aku intai pulah pintu utama di hadapan.. nampak dalam samar-samar senja tu, pintu utama juga telah berkunci... Allah Hu Akbar.. rupa-rupa nya aku dah di terkunci dari dalam... tapak kaki yang ku dengar tadi rupanya adalah tapak kaki Pak guard yang meronda untuk menutup lampu sebelum mengunci pintu. Waaaaa... waaaa tolong... tolong pak guard tu dah kunci pintu.. aku terkurung di dalam.. Terus aku telepon kawan aku kat kaunter satu lagi.. tapi hanya isteri beliau yang menjawab.. alah tertinggal handphone lak dia... sekali lagi aku telepon dia dengan mendail no telepon pejabat, Alhamdulillah kawan aku mengangkat.. aku bagitau aku terperangkap, di bantainya gelakkan aku.. adeh..
Pak Guard ni masih bari sebenarnya.. baru tak sapai 2 minggu kot... mungkin dia tengok sunyi saja disangka nya pakat dah balik... sepatutnya seleaps pukul 6.30 petang baru dia boleh ronda dan kunci pintu-pintu.. nih belum sampai 6.20 dah habis segala pintu di kuncinya... sejarah betui selama 15 tahun aku keja disini, ni lah first time aaku kena kunci... isk isk isk...
Wednesday, July 23, 2008
Kontrak Sosial
Entah pasai apa tah, bila aku baca komen dari Tun Dr Mahathir tentang kontrak sosial ni, aku tergerak untuk abadikan disini, jadi letakkan juga disini untuk tatapan kita semua.. untuk versi bahasa Inggeris sila lawati sendiri ke laman Tun Dr Mahathir..
KONTRAK SOSIAL MALAYSIA
1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.
3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.
4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.
5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.
6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.
7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.
8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.
9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.
10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.
11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.
12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.
13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.
14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.
15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.
16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.
17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.
18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.
19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.
21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.
23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.
24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.
25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.
26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.
27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.
28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.
29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.
31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.
32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.
33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.
34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.
35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.
36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.
37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.
38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.
39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.
41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.
42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.
43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.
44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

