Friday, February 6, 2009

Sketsa Tuah dan Jebat

Mungkin semua orang dah tahu perihal politik di Perak, bermula dari Adun yang di katakan melompat parti, lepas tu parti asal mengatakan telah ada perjanjian telah di buat bahawa sekiranya mereka melompat parti maka maka secara automatiknya kerusi Adun itu diistyhar kosong, dan perlu di adakan pilihanraya untukmenggantikan tempat mereka, tapi kononnya perjanjian itu tidak di gunapakai oleh SPR, dan kemudian pula mereka yang melompat parti itu  mengaku untuk bersama dengan dengan parti yang satu lagi yang menyebabkan parti satu lagi itu mendapat lebihan kerusi yang membolehkan mereka membentu kerajaan baru di Perak. Dengan kerana itu juga MB Perak di ketika itu, tanpa mendapat pekenan Tuanku Sultan telah mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak... 

Besoknya kedua-dua pihak telah mengadap Tuaku Sultan, dan setelah sekian lama menanti maka Tuanku telah memutuskan bahawa pembubaran Dewan Undangan tidak sah serta Menteri Besar di mintak untuk letak jawatan dan memperkenankan perlantikkan Menteri Besar Baru dari parti satu lagi. Maka terjadilah peristiwa di bawah kerana penyokong dari parti yang gulingkan(???) tidak berpuas hati. Kejadian berlaku di perkarangan istana di mana majlis angkat sumpah Menteri Besar baru berlangsung, juga perlu di titipkan disini kesemua ahli dewan undangan negeri dari parti yang digulingkan tidak masuk ke majlis angkat sumpah.









Menjadi persoalan di benak aku, sudah kembali kah jebat (malahan jebat-jebat)?? mengamuk mencari keadilan untuk pemimpin mereka (si tuah?), adakah betul itu tuah? kerana dari hikayat, tuah tak pernah menderhaka, yang ada adalah pateh karma wijaya yang iri hati akan ketaatan tuah pada sultan,  makan dengan itu pateh karma wijaya membuat onar? entah aku serahkan kepada yang lebih pandai dan bijak membuat keputusan... cuma aku kesalkan di dalam suasana kegawatan yang makin mencengkam sepatutnya peristiwa begini tidak berlaku, pemimpin (mana-mana pemimpin pun) lebih fokus mencari jalan meyelesaikan kegawatan yang makin mencengkam rakyat. Bukan mengulangi kisah si tuah dan si jebat...

Tuesday, February 3, 2009

Berita dari kampung....

Semalam, dalam pukul 11.00 malam lebih kurang, ketika aku sedang mahsyuk melayani sebuah cerita Cina errr tajuk dia Projek A lakonan Jackie Chan, dalam suasana yang agak sepi melewati lewat malam, tiba-tiba bunyi siren bomba memecah kesunyian malam itu,  ketika aku menjengok kat tingkap, sempat pandangan aku menangkap sebuah jentera bomba dan sebuah van bomba di pandu laju menghala ke arah Kuala Perlis, aku ternanti lagi jika ada lagi jentera bomba yang lalu, tapi dah tak ada, pada fikiran aku mungkin ada kebakaran kecil yang berlaku, mungkin juga ada semak samun yang terbakar, dah menjadi lumrah musim panas dan kering kini memang mudah terjadi kebakaran, mungkin kerana pembakaran jerami padi juga boleh meebak menjadi kebakaran lain.

Dalam setengah selepas itu, aku masih tidak mendapat khabar tentang kebakaran semalam, jadi aku masuk tidor saja la, dalam masa nak telena tu aku terdengar juga bunyi dentuman entah dari mana, mungkin dai kebakaran tadi, atau juga budak-budak (dan pak budak) yang sedang main mercun hari raya cina lah kot.. sehingga la petang ni bila aku bukak laman http://www.anakperlis.com baru lah aku tah cerita nya... 
-gambar hanya hiasan-
Seorang lelaki tua di Kampung Kurong Tengar yang malam tadi dilaporkan lemas di tali air berhampiran rumah mereka pulang ke rumah awal hari ini.  Kira-kira 20 anggota penyelamat termasuk polis dan bomba bertungkus lumus mengesan mangsa selepas menerima laporan keluarga.  Tiga anggota penyelam turut mengesan mangsa di dalam tali air manakala unit anjing pengesan juga digunakan.

Sehingga jam dua pagi tiada tanda lelaki atau mayatnya ditemui dan operasi dihentikan.  kira-kira pukul 6 pagi, satu panggilan diterima bahawa lelaki itu telah berada di rumahnya dan sedang bersiap untuk menjaja ikan seperti kelazimannya.

Saya teringat beberapa kisah sebelum ini termasyuk yang sesat di hutan dan ketika orang sibuk mencarinya, orang yang hilang tu sedang tidur nyenyak kat rumah dan dalam satu kes di utan aji, seorang lelaki yang dikatakan telah mati ditembak menyebabkan ramai yang mengunjungi rumahnya tetapi selepas tu lelaki itu menelefon kelaurganya bahawa beliau berlada di selatan Thailand.

.. ini adalah berita dari seorang pemberita bernama di Perlis.. juga ahli anakperlis.com.. hmm rupa-rupanya hanya bomba dan penyelamat yang nak cari mangsa semalam tu la... 

Monday, February 2, 2009

Nombor...

-gambar hiasan semata-mata-

Hmmmm.... sejauh mana kita perasan? Bahawa nombor-nombor banyak berkaitan dengan kehidupan kita, malahan ada nombor yang mempengaruhi kehidupankita, bahkan ada juga orang yang bergantung pada nombor untuk menentukan masa depan, tak kurang juga bergantung nasib hidup pada nombor. Nombor juga sudah menjadi bayang-bayang pada kehidupan kita.

Baik macam ni, kita nak bangun pagi, kita dah tetapkan masanya pukul berapa kita nak bangun kan, itu nombor. Lepas tu kita bergegas nak pergi kerja, masuk dalam kereta depan dan belakang kereta ada nombor, kalau bukan nombor itu berkenaan dengan kita tentu tak boleh drive kan?  Bagi yang naik bas pulak, dah tentu bas tu ada no plat kan? Lepas tu setiap pejalanan bas tu ada no destinasi dia.. no lagi.. dah sampai pejabat kena ikut time, kala tak susah... dah tu nak punch kad pun kena ikut nombor juga, kalau tak pakai redah saja, kang kita macam tak datang keja jugakkan.. dah punch kad nak mkan pulak.. singgah kedai makan belik kueh 2 - 3 biji kena bayar RM pulak.. itu pun pakai nombor jugak.. dah habis keja balik rumah, bagi yang dok  kat taman tu, nak cari rumah kena ikut nombor juga... dah letih bekerja balik umah nak mandi, bagi yang pakai heater tu kena la setkan pada darjah kepanasa yang sesuai.. kalau tak putih gebu lah kulit nanti.. 

Adehhh aku ngantuk sebenarnya, maka jadilah en3 yang tahap kemerapuannya bertaraf dewa-dewa kayangan, satu lagi minggu nih nombor kehidupan aku bertambah lagi.. jadi 3*(tooot..). Heha makin betambah lah lagi umur aku, makin tua adanya aku ini.. he heee.. 

Cerita Adik Anieq dah 3 bulan

kisah Adik Anieq yang dah 3 bulan umur dia, cuba selak mai sini 

Sunday, February 1, 2009

Apa Dah Jadi.. (xx the series.. part 0 )

Apa Dah Jadi


Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang tak kahwin lagi 
Ap nak jadi 
Apa nak jadi 
Kalau tak kahwin menyesal nanti 
Apa nak jadi


Ha ni... Nyawa yang pertama 
Nyawa ku yang pertama namanya si Jamilah 
Baru nak berjinak-jinak 
Mak bapaknya pulak dah pindah


Hati ku berkenan pulak dengan si Tijah 
Lambat sangat masuk meminang 
Dengan orang lain si Tijah nikah 
Melepaslah sudah


Cakap : Tak ada jodoh Tijah 
Carilah yang lain.. apa boleh buat


Apa nak jadi 
Apa nak jadi 
Kalau tak kahwin menyesal nanti 
Apa nak jadi 
Apa nak jadi 
Kalau terlambat tak guna lagi 
Apa dah jadi


Berkasih-kasih pulak dengan si Nyonya 
Aku di Kuala Lumpur.. dia di Melaka 
Langsung tak ada berita


Bercinta-cinta pulak dengan si Fatimah 
Sebab gaji ku kecik.. keluarganya pulak tak suka 
Melepaslah lagi


Cakap : Kalau tahu bawak lari kat Siam aje
Hei tak siksa saya


Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang masih mencari 
Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang mencari-cari 
Apa nak jadi


Kekasih ku yang kelima 
Anak pak Busu 
Keluarga ku pulak tak suka 
Katanya masak memask dia tak tahu


Jatuh cinta pulak dengan si Hawa 
Pinangan ku tak diterima 
Konon katanya mereka orang berada


Cakap : Nak kahwin macam beli telur 
Gred A, gred B, gred C... heii...


Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang tak kawin lagi 
Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang masih mencari 
Apa dah jadi




Dengan anak Cik Non pulak 
Hati ku tergoda 
Aishah namanya 
Putih kuning baik budi 
Kedua-dua keluarga semuanya dah suka 
Malang nasib ku duitnya tak cukup pulak 
Melepaslah jugak 




Apa dah jadi 
Apa dah jadi 
Sampai sekarang tak kawin lagi 
Apa nak jadi 
Apa nak jadi 
Sampai bila nak tunggu lagi 
Tak boleh jadi 
Sabar lah lagi


( Lagu : Tan Sri Dato' SM Salim - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )
------------------------------------------------------------------------------------------


Hu hu untuk apa aku buat the series nih, sajo aje.. nak bagi tak keputusan idea.. dan aku harap-harap akan selalu ada idea maka series ini akan cepat abisnya... dan apa yang terkandung dalan series ini.. hanya cerita-cerita untuk di kenang, dan aku nak bagitau siap-siap tak akan ado namonya kat sini.. biarlah di hati.. waaa kaaa kaaaa... satu lagi siri ini adalah mengikut kkata hati dan ikut sesedap hati serta kata... jadi amaran siap-siap jangan mare yeee.. 

Drama air mata..

Waaa.. korang jangan terpedaya dengan tajuk ini, bukannya aku yang berdrama air mata, bukan nya mem tau keluaga aku yang berdrama air mata, tapi hanya lah Roger Federer yang berdrama air mata, ia lah bila dah kalah, nak wat gena lagi kan berdrama sajalah.. ada juga boleh masuk headline kat paper, tapi aku tengok perlawanan semalam ih hebat lah, walau bagaimana pun aku tak puas tengok juga pasal ada manyak gangguan, yer lah mula tengok jam 4.30 petang, lepas tu asar lak, lepas asar kena gi amik adik Anieq kat umah pengasuh, lepas tu kena gi petrol pump, lepas tu balik dah nak maghrib, lepas Maghrib sambung tengk lak, sekali adik Anieq nangis pulak nak tido kena siap kan tempat tido sementara mama dok pujuk adik Anieq... lepas tu baru sambung pulak.. Perlawanan memang sengit, bahkan awal-awal permaianan memang aku rasa macam Federer nak menang, tapi akhirnya Nadal juga yang menang...

Errr apa ke moti pagi-pagi ceta pasal tenis nih entah lah.. aku pon tak tau.. 

(gambar ku amik dari : kosmo.)

Sardin Keli?


Perlis Bakal Pengeluar Sardin Ikan Keli

KANGAR, 1 Feb (Bernama) -- Perlis bakal menjadi pengeluar utama sardin ikan keli apabila sebuah kilang memproses ikan air tawar itu dibina di sini tidak lama lagi.

Kilang bernilai RM200,000 itu akan dibina di Bukit Manik tetapi sebagai permulaan industri itu akan beroperasi di gerai-gerai Unit Pentadbiran Daerah (UPD) yang akan dinaiktaraf.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad berkata projek itu adalah satu lagi inisiatif tambahan kerajaan negeri dalam meningkatkan pendapatan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang akan dibabitkan dengan projek ternakan keli.

"Industri sardin itu akan dilaksanakan oleh kerajaan secara usahama dengan Koperasi Bela Rakyat (Kobera) dengan pelaksanaannya dijangka akan bermula dalam tahun ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Sabry berkata, bagi menyokong industri sardin itu, sebanyak 100 kolam ternakan keli akan dilaksanakan di Bukit Manik yang mampu mengeluarkan 500,000 ekor ikan keli dalam tempoh dua bulan.

"Teknologi ternakan itu akan menggabungkan teknologi tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand," katanya.

"Ikan keli ini diberikan makanan organik dan ia tidak berbau hanyir," katanya.

-- BERNAMA



Hmmm.. tak sabar aku nak tunggu, betui ka nak jadi nih, he heeeee.. aku ngan mem ni peminat ikan keli jugo....