Sunday, August 9, 2009

Dah besar rupanya dia...

Hmm.. dah makin besor rupanya budak athirah ni, aku ingatkan dia lawak-lawak saja nak pergi sekolah, setiap kali outing pergi jalan-jalan, jumpa je sekolah dia cakap nak gi sekolah lah, ni sekolah dia lah, ada Mickey mouse, ada Minnie Mouse bagai, dah tu siap cakap kat sekolah tu ada cikgu fatimah la.. hmm Cikgu fatimah tu nama feveret dia kot, sampai kan semua sekolah ada Cikgu Fatimah.. he hee 

Akhirnya nak tengok betul ke tak dia nak pi sekolah, try la bawak dia pi satu Nurseri pada hari Sabtu semalam, sekali tengok dari luar aje dia dah suka, dah tu tak sabar-sabar nak masuk, entah pasal tak sabar nak belajar, pasal tak sabar nak jumpa kawan-kawan atau pun nak naik buaian dan papan gelonsor yang tersedia di situ... jadinya dah dia suka sangat, mula dari esok dia akan pergi sekolah, jadinya kita tengok aje macam mana jadinya nanti.. he heee

Tuesday, August 4, 2009

Kami dah balik...

Alhamdulillah, kami semua dah pon berada di rumah.. sememangnya semalam kami buat test dan hasilnya memang positif, tetapi bukan lah H1N1 yang sedang di takutkan sekarang ni.. cuma satu virus influenza demam biasa sahaja.. lega rasanya.. bila boleh balik.. suhu badan adik Anieq pun dah makin menurun.. Athirah pon dah sihat.. mama dia juga makin sihat... cuma abahnya dok rasa seram sejuk pulak...

Walaupon boleh balik, tapi kami kena juga bercuti seminggu dok di rumah.. sebagai langkah berjaga-jaga, sehingga di sahkan semua ok baru lah boleh bergaul balik macam biasa, tapi sekurang-kurang memang tak ada rasa simptom apa-apa pon, cuma batuk-batuk biasa.. ok cuma nak laporkan yang tu dulu, nanti ada peluang aku akan sambung kisah sekeluarga admitted tuh... 

Monday, August 3, 2009

Suspected Influenza!

Hari ni Adik Anieq di ambil sample kahak lagi bagi tujuan screening Influenza dan juga virus lain, juga kena buat X-Ray sekali lagi, menjelang tengahari, keputusan ujian pon datang, pertama POSITIF INFLUENZA! Cuma tidak dapat di pastikan A atau B jadi .. sehingga further notice,  kami kena berada dalam bilik saja la, doktor dah rujuk pada HTF tapi depa mintak kami terus berada di KMC untuk monitor sehingga sahih ianya jangkita Influenza A H1N1
Kedua keputusan X-Ray menunjuk kan masih ada kahak kat dalam dada adik Anieq jadi akan di teruskan buat fisioterapi, tapi akan dibuat kat bilik sahaja.  dan sebentar tadi Athirah juga demam dan mungkin kena buat screening jugak, semalam mama depa demam tapi harini dah ok...

Sunday, August 2, 2009

Sekeluarga admitted... part 4

Petang semalam, aku dengan mem cuba juga untuk mintak discharge kat doktor, maklum la hospital swasta ni kan, lagi lama duduk memang kos dia akan makin naik, tapi nasib baik lah mem aku ada amik insuran untuk anak-anak, jadi dapat lah claim dari insuran, kami cuma top up mana-mana yang insuran tak cover saja, macam bilik yang lebih dari rate yang di benarkan, extra meal dan beberapa macam lagi la, bila dah pernah masuk dah sekali, jadi tau lah sikit nak budget mana boleh dan mana yang tidak...

Berbalik dengan kesah adik Anieq, masa ni suhu badan dia masih tak menentu, kejap naik, di beri ubat turun balik, dah macam-mcam jenis ubat dan antibiotik di beri, ada yang diberi makan, yang disuntik melalui drip, masuk melalui air ikut drip juga, malahan ada yang dititik melalui mulut.. kadang kadang tu kesian tengok adik Anieq, tapi nak buat macam mana kan, demi nak bagi lega taha hati saja la.. Dah tu pulak hari-hari kena buat fisioterapi sedut kahak.. menangis-nangis adik Anieq..

Menjelang tengahari doktor datang bagitau suruh buat x-ray sekali lagi dan buat ujian kahak juga, pasal doktor dah try bermacam ubat tapi keadaan dia masih sama, jadi besok paginya kena buat ujian sekali lagi la...

Sekeluarga admitted... part 3

Sebenarnya tujuan drip untuk adik Anieq bukanlah untuk masukkan air tapi semata-mata untuk tambahan antibiotiknya, keadaan Adik anieq tidaklah kritikal, cuma demam panas nya memang agak kuat, sampai satu masa hampir mencecah 40 darjah selsius, ini menyebabkan setiap empat atau lima jam dia kena makan ubat, dah tu pulak nurse akan datang monitor suhu setiap satu atau dua jam sekali..

Pada masa yang sama Athirah pon demam juga, dan lepas tu mama depa pon demam, dah jadi macam ni, aku pon jadi macam tak boleh nak lena, kejap rasa badan adik, lepas tu kakak lepas tu mem pulak, mem aku pulak dengan sakit kepala, urat la.. memang takleh nak jaga adik Anieq la.. aku rasa sampai dekat pukul tiga pagi dia lena, baru lah boleh bangun tidor dengan adik Anieq... Athirah tidor atas kerusi panjang dan aku tidor atas lantai beralaskan toto (lemek?)..

Nak di jadikan cerita,mlaam tu dek buasnya tido Athirah, mungkin dia dok bergolek-golek atas kerusi tu, entah pukul berapa pagi tah, dia jatuh dari kerusi, nasib baik aku tido kat bawah tu.. terus jatuh atas aku, mujur dia tak nangis ka apa, terus aku angkat letak balik atas kerusi, dan terus tertidor balik...

Saturday, August 1, 2009

Sekeluarga admitted... part 2

Sebenarnya terlupa nak bagitau yang semalam, selepas buat terapi dan amik kahak, depa buta saringan untuk Influenza H1N1, teramat saspennya kami, kalau la positif , jenuh la kami sekeluarga kena kuarantin kan? Malam nya selepas doktor datang melawat, kami tanya-tanya la tengok, doktor kata negatif.. lega la kami..

Ok kita sambung citer seterusnya, dalam dua tiga kali dok check tempreture kat sini pada waktu malam tu, suhu dia kejap tinggi lepas bagi ubat turun balik, selepas sejam dua naik balik, malah dalam satu ketika boleh mencecah sampai 39.9.. hu hu takutnya aku, boleh dapat sawan oo.. tido pon tak berapa nak lelap, paginya pn masih macam tu, aku malas nak tinggalkan adik Anieq dan mem, tapi Athirah pon nak kena bagi rawatann juga, jadi dalam pukul 11.00 pagi, aku gagahkan diri balik juga, baru nak masuk sempadan Kedah/Perlis mem aku telepon pulak, dia bagitau yang Adik Anieq akan di pasang drip untuk masukkan antibiotik, pasal ubat yang di bagi tu lambat dapat respon, dah lak mem aku komplen yang dia rasa nak demam juga letih-letih nak demam, adeh kang dah jadi sekeluarga masuk wad nih.....

Sampai kat umah pengasuh Athirah, dia dah ready nak ikut, terus aku angkut balik rumah, kutip dua tiga barang lagi untuk kegunaan harian, dalam fikiran aku masa tu , macam mana lah adik Anieq yang nak kena drip tu, tentu sakit, menyeksakan, dan merimaskan... dalam 1.30 ptg aku dah sampai balik ke KMC.. tengok-tengok adik Anieq dah tergolek terlena...

Adik Anieq yang dah keletihan, terlena selepas di pasang drip...

Athirah juga turut keletihan, sebab dah semalamam demam.. sampai jer terus kecek ubat kat doktor.. bila dah kena ubat dia terus nak tidoq dah