Lets picture talk..
Sunday, August 8, 2010
Saturday, August 7, 2010
Wah.. di mana aku?
Hari terpaksa lah aku teman mem aku mai kelas, pasai kawan dia yang selalu dia tumpang dan juga menumpangkan itu tidak dapat datang, atas sebab-sebab peribadi katanya.. kelas pagi memang lah tak ada masalah dia nak mai sorang-sorang, tapi bila masuk bab malam nih tambah pulak sekarang nih musim hujan dia berasa sedikit ngeri nak drive malam-malam.. hu hu..
bilik kuliah UUM
Begini lah dalam bilik kuliah di UUM nih, ha ha sempat juga aku snap a foto sambil dok dengaq Prof dok ngajar depa nih, dah jadi macam observer pulak aku nih, anyway berada dalam bilik kuliah macam ni mengimbau zaman lama, mengingatkan kisah-kisah lama yang memang dah lama berlalu.. cukuplah sampai disini ha ha.. biar lah ia tinggal sebagai kenangan...
Friday, August 6, 2010
Pemeriksaan Kesihatan..
Hari tu aku ada bagi tau yang aku sakit kaki, hmm dah berulang sakit kaki di kaki yang sama, isk makin risau jadinya, doktor yang aku selalu pi check juga dah suggest aku amik test mana tau kalau-kalau ada sakit gout atau apa, isk seram sejuk jugak aku tapi mau tak mau aku redho kan sajalah, in mengenai kesihatan, kalau ada pon penyakit apa nak buat kan, kena amik tindakan awal lah.. alang-alang dah nak amik darah, lancar je aku cakap isk buat check keseluruhan lah, mana tau kalau-kalau ada penyakit lain ka apa..
Sebenarnya masa cakap nak amik full check tu, aku not well prepared la.. tapi aku main redah sajalah, now bila dah dapat result baru lah aku betui-betui seram, ada dua tiga perkara aku kena jaga mulai dari sekarang :
High Blood... naik
Uric Acid...... naik
Cholestrol... Naik.......... lain-lain Alhamdulillah belum ada, walaubagaimana pun nanti aku kena rujuk kena rujuk kat MOPD Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Hari Jumaat hari tu dah pergi, tapi atendan kesihatan tu cuma daftar nama saja, lepas tu suruh balik nanti depa akan call balik untuk atur kan jajnji temu bila baru boleh jumpa doktor, isk isk makin seram aku jadinya, badan yang selalu sihat elok, hari nih nah jadi layu, serasa macam kat mana-mana badan aku ni ada sakit, keja kepala, leher lah, tengkok lah.. isk ubat lak tak ado.. abis tu macam mana..?
Thursday, August 5, 2010
Kaki membengkak lagi...
Entah bagaimana ia terjadi, mungkin aku salah makan daging, kacang hijau, atau sayur kacang buncis, panjang, atau yang lain2 hingga menyebabkan paras asid uric meningkat.. hmm entahlah kesannya kaki ku bengkak lagi mahu tak mahu terpaksa pergi amik ubat, terpaksa juga buat uric acid test, dan alang-alang dah buat test terus aku buat complete test. Tadi masa on the way nak mai keja lepas hantaq Athirah ke rumah mak pengasuh dia, doktor call, bagitau raesult dah keluar.. yang dia mention kat aku cuma dua, satu uric acid agak tinggi dan LDL Cholestrol juga tinggi.. aduhai..
Tuesday, August 3, 2010
Jika anda di beri peluang membuat pilihan.. part 2
Berbalik kepada opsyen tadi, sesiapa yang menerima untuk masuk ke bawah Kerajaan Persekutuan, bagi kes Perpustakaan Perlis, perpindahan adalah tidak diwajibkan, melainkan jika ada kenaikan pangkat, tapi di Negeri Perlis tiada ada jawatan tersebut, boleh lah mintak untuk ke neegeri lain, juga kalau ada sesiapa yang berminat untuk bertukar tugas ke negeri lain atau ke Perpustakaan Negara sendiri adalah di pelawa juga, jadi tidak akan timbul kes ditukar kan ke negeri lain melainkan kalau ada kes-kes disiplin, ini memang tidak dapat dielakkan.
Bagi yang tidak menerima opsyen, akan kekal bekerja di perpustakaan, jikalau tidak di pinjamkan ke jabatan negeri, akan bertugas dengan status KUP (Khas Untuk Penyandang) yang mana jawatan ini khas untuk kakitangan itu sahaja, dan bila kakitangan ini berhenti berkhidmat makan jawatan ini tidak akan di ganti, selain itu juga jawatan KUP ni memmang susah untuk naik pangkat, macam jawatan gantung tak bertali la.. jadi pesan KP buat lah pilihan yang terbaik, fikir betui-betui kerana ini akan mempengaruhi masa depan anda.. ha ha poyolah disitu...
Monday, August 2, 2010
Jika anda di beri peluang membuat pilihan.. part 1
Wah dah lama aku tak menulis sebenarnya, hmmm semenjak dua menjak nih rasa macm kematian idea saja, selepas dari malam pelancaran kempen kibarkan jalur gemilang tu aku macam kemalasan lak nak update kat blog, bukannya aku tak dak keinginan nak berbuat demikian..
Seprti yang aku katakan hari tu, sebenarnya bulan Ogos ni memang bulang yangakan menjadi kenangan dan sejarah hidupku.. biarlah aku bermula dengan kisah kerja ku, membawa sedikit rasa suka.. proses untuk menjadi kan perpustakaan awam perlis ke Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis telah naik setapak lagi, selepas dari MOU pengambilalihan dari Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat, kita semua kakitang di beri taklimat mengenai opsyen samada menerima atau menolak untuk memasuki skim gunasama di bawah Perpustakaan Negara Malaysia.
Mengikut opsyen yang diberi, dan juga pujukan yang di beri, secara umumnya semua kemudahan yang didapati sekarang akan kekal, baik dari senioriti, kemudahan elaun serta kemudahan akan terpakai, termasuk juga dari segi Peperiksaan Khusus dan juga umum juga Peperiksaan PTK akan juga di iktiraf, ini bermakna semuanya tak payah bermula dari bawah kembali.
Selain tu berita baiknya, semua urusan akan dikira bermula dari 1 Mei, dan sebagai insentif akan mendapat satu kenaikan mata gaji, ini akan bermula dari tarikh akhir tempoh penerimaan opsyen yang di jangkakan pada mungkin September nanti. Bermula dari tahun depan juga semua kenaikan gaji akan bermula dari bulan April pada setiap tahun, hmm sekali dengar macam 2 kenaikan kan? Alhamdulillah... hanya ini satu yang agak baik, kalau ikut mata gaji macam ada harapan promote naik pangkat, tak banyak tapi mungkin saja la, tiada berani memberi harapan disitu... ha ha..
Sunday, August 1, 2010
Adik Anieq berpindah pengasuh lagi...
Untuk kesekian kalinya lagi, adik Anieq berpindah pengasuh lagi dah masuk 4 kali bertukar pengasuh, masih tidak serasi nampaknya.. semuanya bermula bila mama tiada hari tu, pasal menghadiri lawatan kerja ke Kelantan, balik tak sampai seminggu kena pulak berkursus selama 4 hari di Sepang pulak. Sepanjang ketiadaan mama memang tidak lah dapat nak ambik adik Anieq se awal kol 5.30 petang, tapi delay pon tak lama dalam 1/2 jam saja.. biasa dalam kol 6.00 macam tu samapi lah.
Dek kerana kejadian tuh, pengasuh dia telefon mama nak claim extra charge, waahh sampai macam tuh ka..? Memang lah sangat frust, bila orang tak dapat paham situasi macam nih, mau tak mau terpaksa lah beralah bayar je la untuk bulan lepas seperti yang dia minta.. tapi hati sudah remuk, terutama bila jadi macam nih, aku malas lah nak cerita perihal-perihal lain yang kami tak pueh hati tu, biarlah depa mengerti senditi..
Hari pertama bulan ogos kami hantar macam biasa, tapi dengan sedikit sungkitan di hati, sambil pula mencari peluang untuk beralih arah, iye lah kalau dah sampai macam tu macam orang tak berapa sudi nak jaga anak kita saja kan..? Kebetulan mama lak cuti hari tu, jadi sempat lah dia survey2 sikit, dan nak di jadikan cerita, mak pengasuh Athirah sudi lah pulak nak ngasuh adik Anieq, trial period sampai habis bulan puasa nih, dengan bayaran sama macam bayara kat pengasuh lama dulu.. hu lega la.. tak banyak la kerja aku bila anak-anak berimpun satu tempat... lega rasanya, jadi sekarang Adik Anieq dah berpindah lagi laaa.......
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)

