Thursday, November 30, 2006

Wednesday, November 29, 2006

Di Persimpangan

Di Persimpangan

Adakala,
Bila tiba di suatu persimpangan,
Kita kehilangan,
Arah mana harus di tuju?
Bila jalan di seberang sana bisu dan kelu,
Tiada petunjuk menjadi pedoman,
Walau jalan terbentang luas.....
Tapi kaki tak berupaya bergerak,
Mata terpaku kehadapan
Namun,
Tiada apa yang kelihatan.

Buntu dan kelu! Posted by Picasa

Monday, November 27, 2006

Sinar pagi muncul lagi

Sinar pagi ,
Muncul lagi,
Mengikut ketetapan yang dah di tentukan,
Hari terus berubah,
Berganti-ganti,
Juga mengikuti ketetapan yang dah di tentukan,
Hari yang pergi menjadi sejarah,
Baik sedih, suka, duka, riang dan yang pelbagai tu ..
Tetap akan berlalu,
Baik akan berganti dengan yan lebih baik,
Maupun berganti dengan yang lebih buruk,
Juga mungkin tak akan berganti...
Tapi hari akan teru berganti...

Dan aku,
masih terus mengelu,
kerana aku masih didalam kekeluan,
Tangan ku masih tempang mengarang,
Fikiran ku masih kelu dengan idea.. Posted by Picasa

Thursday, November 23, 2006

Di suatu perjalanan

Kadang2,

Kadang2 kita rasa kita mengerti ke semuanya,
Tapi bila kita tenung2, kita dalami semuanya ,.. akhirnya kita dapati kita tak paham apa2 satu pon...

Kadang2 kita rasa kita mengalami semuanya,
Sakit,
Pedih,
Ngilu,
Suka,
Duka,
Malah ngeri,
Tapi bila kita renung dalam2, kita pandang kiri dan kanan,
rasanya macam kita tak mengalami apa2 pon.

Kadang2 kita rasa marah,
benci,
geram,
muak,
kesal,
.. pada seseorang tu,
tapi sebenarnya..
itulah orang yang kita perlukan...

sebenarnya hidup bukannya mudah,
malahan mati itu senang sekali..

dan sesungguh nya setiap sesuatu yang terlepas.. tak akan kembali..

dan kekesalan adalah lumrah teman sepermainan kita....

ps:-
Seperti yang telah aku khabarkan.. sesungguhnya aku kekeluan, dah sangkut idea aku, tapi dek dorongan kekawan.. sampaikan apa yang aku pikirkan dan aku komenkan orang lain juga aku muatkan kat sini.. utk jadi tatapan, renungan bersama

Dan pada insan tu, satu pesanan aku, permata yang paling berharga adalah yang lama berada dalam genggaman kita, sekali hilang takkan ada penggantinya.. walau susah , walau senang sumer nya adalah ketentuanNya!
 Posted by Picasa

Salam 'kekeluan'

Maafkan Aku

Sesungguh nya aku maha kelu,

Kelu dalam mencari sepatah kata,

Menggarap sepotong ayat,

Mengukir Suatu cerita,

Maafkan Aku,

Sesungguhnya aku maha kelu,

Gagal meneropong di kejauhan,

Gagal mengimbas di dasaran,

Gagal mengagau di ‘keleburan’,

Sehingga,

Mulut ku petah berbicara,

Mata ku berupaya meneropong,

Jua kaki ku pantas berpencak,

Tangan ku berlari di kedamaian idea..

Sambut lah salam tanda persaudaraan... Posted by Picasa

Tuesday, November 21, 2006

Merangkak

Emm Athirah pon dah mula nak merangkak dah ni.. waa cepatnya..













 Posted by Picasa

Friday, November 17, 2006

Athirah kena cucuk

Ini ada lah cobaan kedua.....!

Cubaan ku yang pertama hancur... entah silap di mana kah, hingga hancur macam tu saja.. tak der apa pun tinggal.. so cubaan ni yang kedua.. (heh hee macam la korang boleh tau dan baca cobaan yang pertama kan..?)

Hari ni bersempena dengan umur Athirah ke 5 bulan, kami kena bawak dia pi cucuk (ntah pe nama cucunya tu.. aku pon tak tau).. dan buat sekian kalinya aku kena masuk dalam bilik tu sekali, kena tolong pegang pasal mama si Athirah ni seriau tengok masa Athirah kena cucuk! Emm abis tu aku tak seriau! Anak oii.. bukannya orang lain... tapi kan, aku kan.. kalau dah rasa mem aku down jer.. aku otomatik jer jadi berani.. heran gak aku...

Satu hal, si Athirah ni kan, bila kena cucuk ni kejap je dia nangis, nangis pasai dia terkejut masa jarum masuk kot, tapi tak der la lama dia nangis, kuar je dari bilik tu, bagi susu kat dia dah ok, emm pas masuk dalam keta je bagi dia ubat (.. ntah ubat ape tah.. ) pastu bagi susu lagi, pastu bagi air suam.. pastu sapu minyak panas.. (balm) lepas tu suss lagi.. emm tak der lak dia nangis..
Tapi kan, petang ni.. dia demam gak sikit, emm ye lah dah kena cucuk.. baby biasanya demam (kan?) Moga cepat sembuh.. dan ceria balik.. boleh la abah ngusik lagi.. ;)

ps:-
Nih muka saspen nak kena cucuk, juga muka baru bangkit tido.
Baju nih, jarang pakai, pasai mak lang dia bagi.. mahai oooo (!)
oo.. baru aku tau pasal apa tak leh nak send post tu tadi.. pasai aku ada tulis tentang nurse tu yang comel kot..? heh takkan tu pon nak cemburu(?)..
Posted by Picasa