Friday, May 25, 2007

Pergilah.. apa lagi yang di tunggu!

YA!

Pergilah,
Apalagi di tunggu...
Apabila sudah tidak di perlukan lagi..
maka berambuslah..!

Mungkin itu yang patut aku katakan... setelah setahun (atau pun kurang) aku berada disini. (bhg hipermedia ni).. kini aku akan berpindah lagi.. berpatah balik kepada bahagian yang sebelum ni, iaitu bahagian kanak-kanak.. nampak gayanya pada penilaian orang aku masih lagi pada stage yang dulu, iaitu berasalnya aku dari suatu pentas.. satu dunia yang berwarna warni,penuh dengan keriangan.. penuh dengan aktiviti, kemudian aku di bawa ke satu dunia siber, mengembara tanpa mengankat punggung!..

Kemudiannya kerana tidak layak nya aku berada disitu maka ( maklum la, aku bukannya ada degree, bahkan tiada juga sebarang diploma, yang aku ada sekadar sekeping sjil kaku yang tak akan membawa aku ke mana2! juga hanya berbekal pengalaman aku melayan kerenah2 dunia siber ini.

Jadi ! kembali aku kepada dunia kanak2.. dunia yang happening.. mungkin setakat itu lah kelayakan aku..!

... dan next week aku takder kat opis.. gi kursus lagi.. kat Klang.. jadi selamat ber day off la...kan?!!!

Tuesday, May 15, 2007

Apa?

Apa...??
Benarkah begitu...???

Hah kalau di dah suka...
Aku pun suka juga...

Kalau dia tak suka..
Aku pun suka juga...

Pendek kata....
Aku sukaaa...

Biar la ada jodoh aku dengannya..
kerana.. aku sukaaa...

......................................................
pst...
mesti korang ingat ,
aku ni macam2 kan..?
biarlah....

Sunday, May 6, 2007

Awas!.. Musim buah dah nak mai!

Isk.. gaya nya musim buah dah nak mai dah ni.. ari tu kan masa aku pi program Gema Perlis hari tu, kena jalan kaki masuk kaawasan berbukit, kawsan dusun buah2an, tengok banyak pokok dah berbunga, berbuah dan berputik, nampak gayang macam menjadi je tahun ni, jadi tak lama lagi musim buah la, rasanya dalam bulna 7 , atau 8 nanti, mesti banyak buah2an tempatan.

Kat umah aku ni, spesel sikit, buah rambutannya ni dah berbuah dah, rasanya dah nak leh merasa ni, tu la orang tua2 kata kalau rajin berbudi dengan tanah ada jua hasilnya, tapi pokok rambutan aku ni tak la lebat sangat buahnya, mungkin kerana berbuah sulung kot. Em kalau tengok hari tu, bunganya memang bagai nak rak, tapi kerana panas, hujan, panas hujan, jadinya tak la banyak yang tinggai,

Alhamdulillah! Syukur juga , wlaupun tak banyak, tapi nih pon rezeki juga.. kan? Tahun depan kita cuba lagi, bagi baja kat dia, rajin2 kan diri menebas dan membersihkan kawasan tu, InsyaAllah ada hasilnya..
Posted by Picasa

Monday, April 30, 2007

Bebaskan aku....



Aduh bercuti lagi lah.. selama 2 hari.. Dah lama aku teringin, nak berjoging macam ni, di suatu tempat yang aman, damai, bebas dari pencemaran bunyi, pencemaran pandangan, dan pencemaran fikiran.. aku mahu bebas kan fikiran, melapang kan perasaan , walau bagaimana pon akan ku coba menghampirinya.. walau setapak, lepas tu setapak lagi, dan lagi... dan lagi...

Sunday, April 29, 2007

Sekitar program Gema Perlis


Sekitar program Gema Perlis di Hutan Simpan Bukit Ayer Perlis yang berlangsung pada 28 dan 29 April 2007, program jalan kaki melalui kawasan dusun-dusun dengan jalan yang bengkang bengkok, naik dan turun bukit ni memang memenatkan, tapi berbaloi dengan pemandangan yang menarik. Walau apa pun, kaki ku masih sakit dan sengal-sengal sampai kini.

Program ini ada lah bawah anjuran Kerajaan Negeri perlis, dan dijalankan oleh setiap jabatan di Negeri Perlis mengikut giliran. Nih giliran perpustakaan buat program, jadi mau tak mau kena pi jugak kan, cuma aku harap kalau la boleh pergi pulak, dari jalan kaki pastu, boleh berlari anak, pastu boleh berlari laju, tentu aku kurus kembali kan...


Posted by Picasa

Sunday, April 1, 2007

Sekitar Kembara Pengkalan Hulu

kembara_ulu


INi lah sekitar kembara ke Kampung Tasik Pengkalan Ulu.. NAnti aku sambung lagi lah.. bz lak.

Thursday, March 29, 2007

Cuti lagi..


Aku cuti gih ni..

baru jer lepas kuar dari Gua

Gua Itik.. Letih oooo