Saturday, May 3, 2008

Sabar lah lagi...


Fetal development in pregnancy week 11:fetus in third month Maybe you’ve noticed… your baby is a super-duper grower! Your lil' fetus will be gaining a substantial amount of weight this week and has already achieved fruit-size-status comparable to a plum. What's more, your little scientist is already starting to explore their body, focusing most intently on touching their head, and especially their face and mouth. Their mouth in particular will provide them with hours of entertainment. This happens not only because your baby is gaining coordination, and is therefore able to move a hand on command, but also because their palms have gained sensation and can actually “feel” what it touches.They're also developing their swallow reflex this week. And lastly, your baby's smelling and other olfactory senses will begin developing this week, which when combined with the maturing taste buds, will provide your baby with their first experiences of taste and smell.


And how's mom doing? If you’re still enduring the joys of morning sickness, it should finally be subsiding to the point of non-existence by the end of this week. The growing placenta combined with your little one’s developing pituitary gland have given you a break on hormone production, so now your can focus on Think about it, if it’s not good for you, then it won’t do any good for your developing baby. If you’re finding that you’re still hungry after dinner, don’t simply default to having extra ice cream for dessert the fact you’re about to enter the second trimester of pregnancy, which can be most aptly characterized by lots of growth for both you and your little uterus-tenant.

At this point you should be making a conscious effort to gradually increase your consumption of healthy, vitamin-rich food, but remember: THIS DOES NOT MEAN LIFE IS NOW AN OPEN BUFFET. Think about it, if it’s not good for you, then it won’t do any good for your developing baby. If you’re finding that you’re still hungry after dinner, don’t simply default to having extra ice cream for dessert. Have a second helping of vegetables and fish, or whole grain bread with jam. Good nutrition is absolutely vital for your baby's brain and body development.

Additionally, make sure you’re taking “me-time” to center yourself and focus on your body’s interactions with your baby: listen to relaxing or inspiring music, read good books, think happy thoughts, you know, all the mentally stimulating stuff that puts you in a good mood and makes your pregnancy feel like a positive experience. In other words, watching international news isn't recommended. The better you treat your body and emotions now, the healthier and happier your child will be once “they’re on the outside.”

dipetik dari : babygaga

... lebih kurang macam ni lah keadaaan mem aku, tak leh berbau wap nasi, sabun, ikan di gorengdan bermacam-macm lagi, nak buat macam manakan? terpaksa lah aku bersabar, sabar dengan sesungguh sabar..

Friday, May 2, 2008

Rezeki Allah itu berada di mana-mana...

Apa ceritaku sebenarnya? hmm ada dua berita gembira dan juga 1 satu berita yang kurang enak, tapi perlu di hebahkan (tu pun kalau yabg berkaitan ada berkeliaran disini. Hmm.. macam lain macam saja intro entry aku kali ni kan, macam tegang tapi embut didengar? atau lembut didengar kemudiannya jadi tegang! heh dah lain jadinya tuh...

Okeh bab pertamanya, pasal berita suka ni, kedua-duanya tak berkaitan dengan aku secara langsungnya, he hee tapi berkaitan dengan mem aku sebenarnya, pertamanya, setelah sebulan lebih mem aku jadi suri rumah sepenuh masa, maka mulai hari Senayan depan, dia akan mula mengajar kembali di SMK Syed Hassan, selepas habis tamat tempoh mengajar di SMK Putra, huhu macam ni lah gayanya ye kalau dah jadi Cikgu Sandaran.. kerja yang sentiasa On/Off.. mengikut jenis gantian cikgu la.. kalau dapat gantian ckgu bersalin.. dalam dua - tiga bulan saja la... kalau gantian cikgu berkursus atau melanjutkan pengajian maka dapat lahkontrak untuk setahun.. hmm samapi bila la nak jadi macam ni yer..? sabo sajalah..

Okeh selesai satu berita, ada lagi satu berita.. berita yang sangat gumbira bukan sahaja mem aku, bahkan aku, tapi juga buat Athirah dan seluruh keluarga aku... ye.. keluarga aku InsyaAllah akan bertambah lagi, heh sebenarnya dah nakmasuk tiga bulan dah ni, cuma aku tahankan saja perasaan ini, aku pendamkan sedalam-dalamnya, tapi pun aku tak tahan hati juga, cuma aku letakkan ticker sahaja kat situ.. kalau yang perasan tu la.. dah tau dah la..

Okeh yang ketiganya, tadi aku ada pi jengok (sesungguhnya jengok-jengok sahaja) Jom Heboh yang diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Perlis, sempat jugak melawat dua tiga gerai, sempat juga jengok dua tiga orang artis (yang kenai ).. yang tak kenai tu tak jengok la.. dan sempat juga beli jajan sikit untuk Athirah.. sampai umah pon dah petang dah.. lepas semayang Asar dan mandi manda serba serbinya, jengok lah beg jajan tu, eh ada wallet (pompuan) kat dalam beg tu, hmm sapa punya la pulak nih, jadi aku jengok kat dalam tu.. isk kosong saja.. apa - apa pon tak da, so tengok sekali lagi ada satu poket ada zip, hmm mungkin ada ic ka, atau alamat apa-apa ka? Tapi sayang tak dak apa-apa pun, cuma yang ada adalah sejumlah wang (-agak banyak juga la) , jadi :

Sapa-sapa yang ada kehilangan purse kat Jom Heboh pada (3.05.08)
boleh contact aku la untuk nak tuntut balik purse dia tu: 013 4148300

Thursday, May 1, 2008

Kalau dah nak jadi...

Hari ni, masa baru saja sampai kat tempat keja, baru saja lepas punch card, baru saja dok kat tempat keja, aku di bagi tau yang kawan sekerja aku eksiden.. hmm terkejut juga aku, dalam fikiran aku isk teruk ka dia, macam mana la kaeadaan dia, jadi macam mana? Selepas bertanya dua tiga orang lagi, masih tidak dapat kesahihan keadaan dia, cuma yang aku di bagitau, telah di hantar ke bahagian Kecemas Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Jadi terus saja lah aku ke hospital, sementelah kat tempat aku ni masih awal, tak der pengguna lagi, dan member sebelah aku pon tak dak aktiviti apa, boleh la aku berkunjung ke hospital sebentar, tengok macam mana keadaan kawan aku tu..

Bila sampai saja, tengok kawan aku tu duduk atas kerusi sorong, ada envelop x-ray kat sebelah dia, di samping dia tu ada abang ipar dia dok tunggu, temankan dia nak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jadi aku dekati terus dan bertanya khabar dia. Menurut cerita dia, kejadian berlaku pada awal pagi, masa dia nak pergi hantar anak dia yang sulung tu ke sekolah, bersama depa juga ialah anak kedua, depa bertiga menunggang moto la, jadi masa sampai satu jambatan tu, tiba-tiba moto dia tak leh nak control lalu menuju ke gigi jalan dan jatuh kat situ, emm anak-anak dia luka-luka saja, dia pula patah tulang bahu!

Itu lah, kalau dah masa nak jadi, berhati-hati macam mana pon, dalam sekelip masa boleh terjadi, walau bagai mana pon adalah lebih baik kita berhati-hati, tapi kalau dah nak jadi juga, itu dah bukan daya upaya kita lagi dah tu, itu takdir nama dia, kalau dah memang naik moto dengan loklaqnya (read : naik moto dengan meng'khinzir'-buta) kalau dah jadi jangan salah orang lain la, sendiri mau ingat la..

Berbalik dengan kawan aku nih, nampak nya dia perlu berehat panjang la.. dia dapat cuti dari 2/5 - 23/5, huh berehat panjang tuh! pastu 23/5 jmp doktor balik.. kalau tak ok lagi tambah cuti (mc) lagi la. Moral of the story : Berhati2 di jalan raya la..

pst...
semalam juga aku ada nampak satu eksiden dekat simpang lampu trafik ke Kuala Perlis - Padang Besar Selatan.. eksiden antara moto dan kereta/teksi.. aku pandang dari jauh saja lah pasal aku berada di seberang jalan, keadaan moto aku tengok remuk di depan, mana kala keadaan keta aku tak nampak, aku juga nampak orang ramai dan polis dari balai bedekatan berkerumun pada satu tempat yang mana aku ada nampak ada orang terbaring dan ada payung diletakkan di hujung kepalanya.. aku tak pasti keadaan nya.. masih tertanya-tanya?

Kat simpang tu selalu terjadi eksiden.. kalau sapa-sapa lalu kat situ berhati-hati la.. walaupun memang laluan kita tapi kadang2 moto selalu mencelah2 dan cross jalan!

Wednesday, April 30, 2008

faizal tahir, mufti dan kerajaan negeri!

Seperti yang kita sedia maklum, sehari dua ni, ada sedikit perbedaan pendapat antara kerajaan Negeri Perlis, Pejabat Mufti dan juga Penganjur Jom Heboh TV3 seperti yang di laporkan oleh Berita Tv dan juga akhbar-akhbar dua tiga hari lepas. Kemelut ini bermula bila Jabatan Mufti mengeluarkan pandangan yang kurang menyenangi dengan sesetangah program yang diaturkan oleh pihak Penganjur Karnival Jom Heboh TV3, antara program yang kurang disenangi ialah Konsert Artis tempatan, aktiviti yang di fikirkan kurang sesuai! Selain itu juga Jabatan Mufti juga menasihat kerajaan agar memantau dan juga memastikan program Jom Heboh ini mengikut garispanduan yang telah di keluarkan.

Menurut Mufti Perlis, beliau telah mengeluarkan surat kepada Tv3 untuk meyenaraikan program dan juga artis hendak di bawa ke Perlis, tapi tidakmendapat sebarang balasan menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menarik perhatiansemua pihak. Jadi bagi aku bukan sekadar menarik perhatian pelbagai pihak malah menarik perhatian seluruh negara .. heh nam yang makin popular ialah Faizal Tahir... nama yang disebut-sebut tidak mendapat kelulusan dari Mufti.. okeh meh tengok 'Youtube' nih..





Okeh,

Bagi aku,

Jabatan Mufti berhak mengeluarkan pandangan sebagai Institusi Islam, perkara-perkara yang difikirkan kurang sesuai dan elok di mata dan hati adalah lebih baik di hebahkan untuk pengetahuan semua, dan sebagai institusi penasihat kerajaan negeri mengenai hal ehwal agama dan adat istiadat melayu Perlis mereka juga berkewajpan mengingatkan kerajaan negeri, mengeluarkan pendapat dan garis panduan tatacara majlis. Namun kerajaan negeri juga berhak membuat pertimbagan demi kepentingan umum .

Kerajaan negeri juga harus mempertimbangkan sebaiknya teguran dan pendapat dari jabatan mufti demi menuju kearah menjadikan Perlis Darul Sunah, yang mendokong AsSunnah Wal Jamaah, yang mana sebelum ini di pandang sinis dengan alasan yang banyak perkara yang tidak dapat tangani, seperti masalah sosial dan juga kekhilafan lain!

Pihak TV3 juga patut mempertimbangkan juga semua ni sebelum menganjur program-program seperti ini, pendapat dari pihak berkuasa agama dan adat istiadat juga diambilkira demi keselesaan semua, bukan untuk remaja dan juga rakyat lain. Juga haruslah bukan semata-mata mencari ruang dan tempat yang tidak dapat di isi di negeri-negeri lain sahaja.

Saturday, April 26, 2008

Jom Baca









Adeh la.. sebenarnya, banyak aku nak cerita pasal program yang telah di adakan tadi.. semangat saja aku nak bercerita, bila abis jer program tadi, terus aku balik rumah dan uploadkan gambar-gambar yang beratus tu kat dalam pc aku, tapi dek kerana masa yang tak mencukupi, dan kerana ada kerja lain yang aku nak bereskan, maka aku letakkan gambar sekeping sahaja.

Then, bila malam nya, aku dah jadi malas nak update, bukan kerana apa sangat, tapi bila teringatkan peristiwa yang dah terjadi siang tadi, menyebabkan hati ku sedikit tersentap.. sikit sahaja, tapi proses nak merawatnya tu kiran makan masa juga la, hmm aku dok terpikir juga la, macam mana aku boleh tersentapz.. dan terasa hati macam tu?.. padahal sepatutnya aku tak tersa pon, perkara yang kecik sangat.. terlalu kecik untuk di buat modal nak merajuk (.. waa kaa.. kaa) .

Mungkin juga aku ni dah makin tua kot, jadi hati aku makin mudah terasa dan tersentuh, cuma aku perlu berdoa banyak-banyak agar perasaan ni tak dijadikan modal untuk nak merajuk.. hu hu buruk rasanya bila orang tua merajuk kan? SApa lah pulak nak pujuk aku lagi pon? Kalau merajuk ngan bini boleh jugak orang tolong pujuk kan..!

OK.. oleh kerana program ini berkaitan dengan membaca, jadi aku masukkan gambar budak2 dok membaca, bermacam-macam keletahnya... sonok aku tengok.. sambil tu dak bayangkanbila Athirah besar nanti, mungkin macam ni lahyang akan terjadi.. atau akan jadi lebih lagi?.. Entah la.. kita tunggu jer lah masa dia nanti...
Posted by Picasa

Wednesday, April 23, 2008

Berkat!

Mungkin juga keluhan aku semalam di penuhi Nya, mungkin juga aku yang tak sabar dengan ketentuan Nya yang dah diatur tanpa aku ketahui dan sedari, maka pagi tadi, cuaca dah berubah, dari panas sebenarnya, menjadi dingin menjelang subuhnya, dan bila pintu rumah ku buka, rupanya dah ada kabus yang dingin.. walaupun tiada salju, tapi kabus yang dingin itu dapat selesakan diri ku ini.. sesungguh nya aku amat bersyukur, sesungguhnya aku amat aku di atas ketentuannya, ampunkan lah hamba mu ini Ya Allah, diatas ketidak sabaran ini, sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.



Pemandangan yang di ambil dekat umah pengasuh Athirah..
bila di 'zoom' kan, masih lagi tidak kelihatan bentu background dia



Pemandangan dalam perjalanan balik dari rumah pengasuh Athirah,
Background dia masih lagi kabur, hanya nampak sedikit bukit di belakang nya!
Posted by Picasa

Tuesday, April 22, 2008

Anganku

Sekarang ni kat umah, panas betul.. mungkin pasal siangnya panas terik, menyebabkan dinding rumah menyerap haba yang banyak, dan menjadikan kat umahaku ni bila dok dalam umah memang berkuap-kuap panasnya.. walaupun kadang-kadang hujan, tapi masih hujan yang tak begitu lebat.. yang mana tak dapat menyejukkan suasana di dalam rumah, menyebabkan masa tidur ku terpaksa menggunakan dua kipas angin, plus satu exhaust fan.. kalau tak mem aku dan juga Athirah akan berpeluh-peluh.. dan aku tidur dengan tak ber****.. hu huu..

Udah nak buat macam mana kan? Nak beli aircon masih belummampu.. kalau pon mampu beli aircon, tapi perbelanjaan elektrik pasti akan meningkat, hu huu dalam keadaan aku sekarang ni.. memang lah tak sesuwaiiii.. jadi kena terima sajalah apa yang ada... sabo lah lagi...

He hee bila lah aku nak leh pi melancong kat tempat bersalju nih.. masih dalam top list angan-angan aku.. :)