Saturday, June 7, 2008

blog bercuti

Maaf! blog ini bercuti barang seminggu, ini kerana dek kerja terlalu sibuk hari tu menyebabkan.. hati kelu menjadi batu.. bukan kerana di sumpah tetapi hanya kerna bercuti..

Harap Maklum



Sesungguhnya memang lah tuan punya blog ni bercuti, bercuti bersama keluarga, tiada apa-apa yang spesialnya, cuma hendak bersama keluarga saja adanya, setelah dalam seminggu dok tinggalkan Atie'ah dan mem aku kat umah, maklum la mem aku tu cuti mengajar jadi dok kat umah sajala, dah tu pulak time nih juga ada karnival membaca dengan pelbagai aktivitinya, juga bermacam-macam persiapan kena buat dengan pelbagai-bagai venue pulak.. he hee penat tu weh..

Mungkin kerana tu juga sebaik sahaja selepas 'clearence' semua keja-keja tu, aku pula diserang 'virus selsema', jadi kiranya aku bercuti dok dirumah sajala.. dek kerana dok dirumah saja, maka 'virus selsema' tu menyerang la pulak Atie'ah dan juga mama dia.. adeh jadinya sekeluaga kami la diserang 'nya'.

Pada masa bercuti ni, sempat juga aku berjumapa dengan kawan aku yang dah lama tak jumpa nih, hampir 1 tahun 8 bulan lamanya tak jumpa.. masa jumpa kali terakhir tu anak dia baru berumur 2 hari.. sekarang dah 1 tahun lapan bulan macam tu.. sama umuq anak dia la tak jumpa, maklum la kawan aku ni keja kat Terengganu.. dan yang bestnya tu, wife dia pun mengandung juga .. dah tu sama lak dah 4 bulan.. hu huuu.. tarikh jangka lahir pun lewat seminggu dari mem aku saja.. macam la berpakat la pulak..

ps: anak dia lelaki tau.. tapi tengok macam girl kan?

Friday, June 6, 2008

Bila minyak naik harga...

Kemarin memang semua orang kecohkan, pasal besoknya harga minyak naik, dalam sekitar pukul 7.00 petang aku bau lepas balik dari gunting rambut, kakak aku tepon habaq kata orang berderet-deret (bahkkan bersusun-susun) kat Stesyen Minyak pasal besok harga nak naik! Isk kebetulanaku dah keluar, kebetulan minyak pon dah nak abis aku pon ronda kat stesyen minyak berdekatan, Kat Behor Temak penuh, berderet, aku belok ke Jalan Raja Syed Alwi, Petronas kat situ juga penuh berderet-deret, terus Esso taman kemajuan tu, juga penuh.. isk kacau ni...


...kat Petronas Jalan Raja Syed Alwi

Last-last aku terus lajak ke Simpang Empat.. tengok berderet-deret juga, tapi meter minyak dah dok berkelip-kelip saja, aku masuk barisan juga la, hu huu kecoh juga la, pasal ada yang potong barisan la, yang dok menghimpit la.. walaupun polis jaga.. akhirnya dalam pukul 9.30 malam baru la dapat isi minyak.. adeh



.... kat Esso Simpang Empat

Thursday, June 5, 2008

Sehari di pusat servis toyota...





Okeh, kisahnya macam ni, hari tu Abang Ipar aku balik bercuti sekeluarga termasuk si budak-budak kembaq tu, dek kerana dah besar-besar belaka dah bebudak tu, maka terpaksa la depa tukar kereta baru ( he hee alasan kukuh tu kan..?) Dan kerana kereta tu baru, dan betul-betul baru maka baru saja lah depa dapat keta tu dan terus balik kampung.. huh kelas juga orang kampung kan? nak balik kampung kena ada keta baru.. (he hee ). Sampai kat kampung baru dalam 600km lebih je baru.. so lepas dua tiga hari pusing-pusing maka dah nakm masuk 1000km.. jadikan bila dah nak masuk 1000km kena la pi buat servis yang pertama, jadi stesyen servis terdekat ialah di Alor Setar.. jadi kesanalah kami.. (aku sebagai penyibuk dan mem aku jadi penunjuk arah... ha haa.. dah besaq2 macam ni pon aku masih tak cekap jalan di Alor Setar)

Sampai sana, lepas check in, ingat kan akan ambik masa dalam 1 hingga 1 setengah jam saja.. tapikan sampai dekat 3 jam amik masa nak servis keta tuh, adeh la jenuh la aku nak kepung si Athirah tu, bermacam macam peranginya..
Posted by Picasa

Sunday, June 1, 2008

Fenomena Sheikh Muszaphar!






KEhadiran Sheikh Muszaphar memang menjadi fenomena sekarang ni, ini lah kali pertaman dia datang dan berdepan dengan rakyat Perlis dalam dua sessi terbuka kerana mempromosi buku dia 'Reaching For the Stars'.
Posted by Picasa

Saturday, May 31, 2008

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!





Majlis Pelancaran Karnival Membaca Peringkat Negeri Perlis oleh Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Sheikh Muszapahar.....
Posted by Picasa

Friday, May 30, 2008

Sekitar persiapan nak sambut Raja...


Pasukan Koir Sekolah Menengah Derma sedang giat membuat latihan akhir.


Meja Santapan Tuanku Raja..


Meja makan Para Tetamu dan VIP


Mereka yan di sebalik Tabir bekerja sampai pukul 1.00 pagi
Posted by Picasa

Thursday, May 29, 2008

Hari hari yang mendatang ni...

Hari-hari yang mendatang ni aku sebenarnya sedang teramat sibuknya.. terlalu amat... bermacam - macam program yang mendatang, bermacam-macam kerja yang perlu di bereskan.. jadi aku akan mengelu sementara sehingga bulan depan rasanya... semoga berjumpa lagi...

  1. 29 mei - latihan dan raptai pertandingan bercerita cerita rakyat.
  2. 30 mei - pertandingan bercerita cerita rakyat - 8.00 pagi
  3. - bengkel program 'satu buku satu bayi' - 8.00 pagi
  4. - Program bersam Sheikh Muszaphar - 3.00 petang
  5. 31 mei - Majlis Pelancaran Karnival Membaca Perlis 2008
Juga aktiviti- aktiviti lain yang di jalan kan sepanjang 30 mei - 1 jun 2008, juga penampilan istemewa pameran sains angkasa yang akan dia dakan dari 30 mei - 4 jun 2008 di Perpustakaan Awam Perlis, Kangar..