Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Selamat Hari Raya.. kepada semua... tahun ni raya yang agak lembap, hujan turun sepanjang malam.. dan pagi ni masih lagi basah... aktiviti korban tetap akan di jalankan nanti di masjid berdekatan.. moga semuanya akan berjalan dengan lancar
Sembahyang Sunat Hari Raya selamat di sempurnakan bermula dari jam 8.30 dan berakhir  jam 9.30 pagi selepas habis khutbah yang di bacakan oleh Tuan Imam Masjid.. suasana masih lagi mendung dengan kemungkinan hujan akan turun...

Dalam pukul 10.30 pagi baru la majlis korban dapat di jalankan di kawasan masjid Batu 5, masjid yang berhampiran dengan rumah aku ni, itu pun selepas tukang-tukang sembelih selesai menyembelih lembu-lembu dan kambing di rumah-rumah yang  berasingan, ada dua tempat yang berasingan. Di masjid sahaja terdapat 3 ekor lembu dan 2 ekor kambing yang dikorbankan.. semua lembu dan kambing ini di berikan oleh orang-orang perseorangan yang balik beraya di kampung, kenapa aku kata macam tu, pasal pada rancangan asal tak ada lembu dan kambing yang akan di korbankan di masjid, tapi sehari sebelum hari raya (kelmarin), ada aku nampak lembu kat kawasan masjid. Hmm okeh layan je lah gambar dulu

sebahagian dari anak jemaah masjid yang menolong memotong daging untuk di timbang 
daging dan tulang lembu yang baru di lapah di himpunkan sebelum di potong untuk di timbang
tuan imam yang komited, turut bersama menyiang daging dan mengagih-agih kan daging untuk anak kariah yang layak.
sebahaian dari daging-daging yang dah di potong dan di timbang sedia untuk di agih-agih kan.
parit yang airnya bercampur dengan darah mengalir lesu di depan rumah aku
Awan larat yang membawa hujan kembali berkumpul, nampak gayanya hujan akan turnlagi la sekejap lagi.

Saturday, December 6, 2008

Err.. duta DIGI..?

class giteww.. budak nih teringin nak jadi duta Digi la pulak... 

Wednesday, December 3, 2008

Bercuti & berehat..

isk... pada 2hb & 3hb aku bercuti dan berehat, 
sekarang nih dah kembali bertugas...
tapi masih kepanasan dan lepenatan..
jadi belum sempat berupdate sepenuhnya..
nanti-nantinya aku bersiaran lagi lah.. !

Sunday, November 30, 2008

Sepohon Rhu.. II (dan terakhir)

Dulu sekali, aku penah buat satu entry pasal pokok rhu diatas ni (tengok sini ), betapa pokok rhu ni menjadi kenangan kepada orang-orang lama, bertapa nostalgianya pokok rhu ni, tempat para remaja bercintan cintun, tempat menjadi trade mark kepada perpustakaan lama, bertapa pokok ni menjadi saksi transformasi bandar Kangar, menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kangar juga...


Tengok kat sebelah kanan tu, walaupun rupa pokoknya tak dak, tapi daun dia yang agak merimbun boleh nampak kan (tengok kat arrow tu) tempat leak basikal (huh huh zaman tu ada basikal pon dah boleh tunjuk 'ek' (berlagak), yang mana dh kerja boleh paking moto Vespa atau yang kaya sikit ada Fiat Kotak tu pon dah kaya dah.. 


Pagi ni, baru saja aku masuk jalan ni, terperasan lak, nampak kosong semacam saja, sekejap kemudian baru aku terperasan yang pokok nih dah tak ada, sempat aku keluarkan telepon dan snap gambar nih, sekeping ni dan macam nih jadi nya... tempat kon merah tu lah pokok tu berada.. sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. pastinya pokok ni akan di  lupakan, malahan bagi zaman depan ni tak akan mem bawa sebarang makna kepada budak2 zaman sekarang... 

Takziah ! Empat kakitangan perpustakaan maut

Oleh AZRAN FITRI dan ROHANA MOHD NAWI (Utusan Malaysia 1/12/2008)
Kenderaan Unser yang remuk setelah berlanggar dengan bas dalam kemalangan di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.
KUALA KRAI 30 Nov. - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPANK) maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Unser yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini, petang ini.
Mereka yang terbunuh dalam nahas ketika hujan, kira-kira pukul 4.20 petang itu ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56; Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33; Anidah Mohamed, 55 dan Munirah Mohamad, 44.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hanafi Abdul Rahim berkata, kesemua mereka tersepit dalam kenderaan yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas berada di Kuala Lumpur Khamis lalu bagi menghadiri satu seminar.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Wan Mustafa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun kesemua 34 penumpang bas Ekspres Mutiara itu dan dua pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
''Setelah dikeluarkan, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai(HKK) untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya selewat-lewatnya malam ini,'' katanya.
Berikutan kejadian itu, Abdul Rahim berkata, polis menahan dua pemandu bas terbabit yang berusia 35 dan 38 tahun untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Hasnah Mat Salleh, 56, isteri kepada Allahyarham Wan Mustafa memberitahu, suaminya bertolak ke Kuala Lumpur Khamis lalu dengan membawa tiga orang pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.
Hasnah yang ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Krai berkata, kali terakhir Allahyarham menghubunginya ialah pada pukul 9 pagi tadi bertanyakan sama ada jalan ke Kota Bharu masih boleh dilalui atau tidak.
''Namun Allahyarham kerap menghubungi saya semasa di Kuala Lumpur bertanyakan keadaan ibunya yang dimasukkan ke wad Hospital Machang semalam ekoran sakit tua,'' ujar ibu kepada lima orang anak itu.

**** Kami warga Perpustakaan Awam Perlis mengucap takziah kepada keluaga mangsa dan juga warga Perpustakaan Awam Kelantan. Al Fatihah. 

Sehari bersama..

Okeh, hari nih ada entry lewat di publishkan, entry larut semalam, dimana siang tadi aku berdua-dua saja dengan Athirah.. hu huu sebenarnya budak nih selsema, bersin dan berhingus saja, dah di bagi ubat namun tak jalan juga , masih nak buas juga... hmmm sebenarnya tadi aku ke Polimas Jitra, mem aku nak menguruskan beberapa perkara yang perlu di lakukan segera, mem aku akan menghadiri satu temuduga pada 3/12/2008 di Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim Kedah. Jadi kena buat segera la, kalau tak aku kena cuti lak kan hari ni, tapi walau bagai mana pun lusa, Selasa dan Rabu terpaksa la aku bercuti.. okeh cerita pasal si Athirah ni kan
akan aku masukkan di sini .. jumpa disana yer..?

Thursday, November 27, 2008

Raja Perempuan Besar Perlis Mangkat

Raja Perempuan Besar Perlis Mangkat

KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi.

Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari ini sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.

Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.