Uish.. aku baru saja sampai dari KL jam 2.30 pagi tadi, tido kat rumah mak mentua kau sebab nak amik adik Anieq, masih letih dan mengantuk lagi nih, beg pulak baru saja bawak turun dari keta, banyak kain baju nak kena basuh, bilik nak kena kemas, he hee jadi tak sempat nak update panjang-panjang, nanti-nanti la aku ceta kan pasal XPDC yang terkejut tergempar ini....
Saturday, February 14, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Off seketika....
Nampak nya, aku akan off seketika dari update, berehat sebentar.. mencari idea.. mencari pengalaman, meluaskan pandangan, bermula dari malam ini, mungkin sehingga hari Ahad nanti baru akan kembali.. kemanakah tujuan aku?.. mungkin aku akan kesini...
Port Dickson
Melaka..
Aku akan bertolak malam, dalam pukul 11.30 malam, dari POLIMAS Jitra, entah lah pukul berapa akan sampai, turut menyibuk sama ialah Mem Kecik aku si Athirah tu.. Adik tak dapat nak di bawak sama pasal nak bawak budak yang baru 3 bulan, menaiki bas agak susah la, jadi terpaksa di tinggalkan kat Tok Pah la.. kesian adik kan..? Tak pa nanti ada trip lagi dan bawak keta sendiri InsyaAllah boleh bawak sama.. mungkin bila adik dah besaq sikit..
Monday, February 9, 2009
Serba tak kena...
Dalam pukul 1.00 tgh aku kena cover bahagian kanak-kanak smpai pukul 2.30 petang , baru lah budak prkatikal tu datang nak cover bahagian nih, pegawai aku kat bahagian kana-kanak juga kena keluar buat aktiviti luar, adeh la.. dalam pukul 4 - 5.00 petang, time memang agak sibuk, dah tu pulak budak praktikal tu pon dah abis masa, abis macam mana aku nak over dua-dua bahagian sekali?.. akhirnya aku tutup bahagian rujukan, aku turun bahagian kanak-kanak...
Esok pon nampak gayanya akan jadi macam ni juga la, pagi jaga dewan, lepas tu cover bahagian rujukan, lepas tu turun bahagian kanak-kanak, lepas tu naik bahagian rujukan, lepas pukul 5 turun balik bahagian kanak-kanak... pening aku jadinya.. gamaknya bila la bos nak tambah orang ni, jenuh aku berulang alik naik turun-naik turun.... tak pe.. tak pe... stat ari rabu aku kan bercuti, ikut mem aku gi Port Dickson dan Melaka, bawak student dia gi lawatan, nampak gayanya Athirah dan Anieq pon akan ikut sekali naik bas.. ntah macam mana jadinya.. ????????
Saturday, February 7, 2009
Hari ini hari Ahad....
He hee tengok tuh.. dah jadi sengal... ha haa haa
Yehaaa... hari ini hari Ahad... tak de amenda nak di buat, mengasuh Athirah saja.. tu pun sebahagian nya dia dok dengan Angah dia, makan pon Angah dia yang suap.. harap pak dia ni, memang dia tak mau la... Athirah pon buat masa ni ok la lagi, masih tak jemu-jemu dok tengok kartun kat tv tuh, entah la.... bila la nak jemunya tengok katun nih, dah macam-macam katun yang di hafalnya, Jin Jan la, sunny la, thomas la, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Tom n Jerry dan entah bermacam-macam lagi, semunya dia tau... dan dia nak tengok takleh tumpang la nak tengok haklain.. dia la semua nak tengok.. isk..
hah tengok lak background dia.. biru jer langit tak berawan..
Habih dah boring tu, ronda-ronda la kat kawasan rumah, bawak kemera sekali.... hmmm sekarang nih dah musim panas, kering dan kemarau.... hujan dah sebulan rasanya tak turun, air kat bendang memang dah kering, bendang pon tinggal tunggul padi sahaja, padinya dah habis di tuai, jadi panasnya makin menjadi-jadi la... boleh membawa kepada kejadian puting beliung sekarang nih, angin pon agak kuat sekarang nih, puting beliung ni di skala kecik la.. hanya menerbang kan jerami-jerami padi, kadang-kadang tu dengan arang-arang nya sekali diangkut dan diangkat, kadang-kadang tu setinggi bangunan 3 tingkat.. bayangkan.. lepas tu habis la masuk dalam rumah, maka berdebu habis dalam rumah, tapak kaki pon jadi hitam jugakk..
dah berbunga...
Selain tu jugak, sekarang nih nampak gayanya pokok mempelam , juga mempelam harumanis dah mula berbunga, tengok tu macam nak lebat saja tahun ni, pokok buah buahan pon juga dah mmula nak berbunga, tadi sempat jengok pokok rambutan belakang rumah tu, hmm dah ada haya-gaya nak berbunga, kalau ada rejeki boleh la merasa pulak, kalau lebih kita hantar lah sikit bagi orang masjid leh merasa, pasal masjid nih sebelah umah saja... ade lah dah habih laporan.. nak gi cuci keta lah.. berdebu-debu dah keta tuh.... sayng nya tak dok gambar lagi.. nanti la aku masukkan...
Friday, February 6, 2009
Happy Birthday...
Happy Birthday...!!
Happy Birthday...!!
Happy Birthday...!!
Happy Birthday...!!
Happy Birthday...!!
To Meeeee....
To Meeeee....
Adeh.. hari ni, errr sekarang nih la, aku sambut b'day.. sowang-sowang kat umah... alaaaa dahmakin tua dah nih, errr sekarang nih kan dah tak de sape-sape nak wish dah, dulu tu ada jugak orang nak wish happy b'day.. tapi sekarang nih, sunyi jer... sambut je lah sensorang.. mem aku?.. di sambut b'day aku dengan dengan anak kat dalam bilik.. depa dah tido la... he heee..saje je buat kenyataan , sebenarnya aku saja sorang-sorang masih berjaga nak buat entry... opsss!!
Sketsa Tuah dan Jebat
Mungkin semua orang dah tahu perihal politik di Perak, bermula dari Adun yang di katakan melompat parti, lepas tu parti asal mengatakan telah ada perjanjian telah di buat bahawa sekiranya mereka melompat parti maka maka secara automatiknya kerusi Adun itu diistyhar kosong, dan perlu di adakan pilihanraya untukmenggantikan tempat mereka, tapi kononnya perjanjian itu tidak di gunapakai oleh SPR, dan kemudian pula mereka yang melompat parti itu mengaku untuk bersama dengan dengan parti yang satu lagi yang menyebabkan parti satu lagi itu mendapat lebihan kerusi yang membolehkan mereka membentu kerajaan baru di Perak. Dengan kerana itu juga MB Perak di ketika itu, tanpa mendapat pekenan Tuanku Sultan telah mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak...
Besoknya kedua-dua pihak telah mengadap Tuaku Sultan, dan setelah sekian lama menanti maka Tuanku telah memutuskan bahawa pembubaran Dewan Undangan tidak sah serta Menteri Besar di mintak untuk letak jawatan dan memperkenankan perlantikkan Menteri Besar Baru dari parti satu lagi. Maka terjadilah peristiwa di bawah kerana penyokong dari parti yang gulingkan(???) tidak berpuas hati. Kejadian berlaku di perkarangan istana di mana majlis angkat sumpah Menteri Besar baru berlangsung, juga perlu di titipkan disini kesemua ahli dewan undangan negeri dari parti yang digulingkan tidak masuk ke majlis angkat sumpah.
Menjadi persoalan di benak aku, sudah kembali kah jebat (malahan jebat-jebat)?? mengamuk mencari keadilan untuk pemimpin mereka (si tuah?), adakah betul itu tuah? kerana dari hikayat, tuah tak pernah menderhaka, yang ada adalah pateh karma wijaya yang iri hati akan ketaatan tuah pada sultan, makan dengan itu pateh karma wijaya membuat onar? entah aku serahkan kepada yang lebih pandai dan bijak membuat keputusan... cuma aku kesalkan di dalam suasana kegawatan yang makin mencengkam sepatutnya peristiwa begini tidak berlaku, pemimpin (mana-mana pemimpin pun) lebih fokus mencari jalan meyelesaikan kegawatan yang makin mencengkam rakyat. Bukan mengulangi kisah si tuah dan si jebat...
Tuesday, February 3, 2009
Berita dari kampung....
Semalam, dalam pukul 11.00 malam lebih kurang, ketika aku sedang mahsyuk melayani sebuah cerita Cina errr tajuk dia Projek A lakonan Jackie Chan, dalam suasana yang agak sepi melewati lewat malam, tiba-tiba bunyi siren bomba memecah kesunyian malam itu, ketika aku menjengok kat tingkap, sempat pandangan aku menangkap sebuah jentera bomba dan sebuah van bomba di pandu laju menghala ke arah Kuala Perlis, aku ternanti lagi jika ada lagi jentera bomba yang lalu, tapi dah tak ada, pada fikiran aku mungkin ada kebakaran kecil yang berlaku, mungkin juga ada semak samun yang terbakar, dah menjadi lumrah musim panas dan kering kini memang mudah terjadi kebakaran, mungkin kerana pembakaran jerami padi juga boleh meebak menjadi kebakaran lain.
Dalam setengah selepas itu, aku masih tidak mendapat khabar tentang kebakaran semalam, jadi aku masuk tidor saja la, dalam masa nak telena tu aku terdengar juga bunyi dentuman entah dari mana, mungkin dai kebakaran tadi, atau juga budak-budak (dan pak budak) yang sedang main mercun hari raya cina lah kot.. sehingga la petang ni bila aku bukak laman http://www.anakperlis.com baru lah aku tah cerita nya...

-gambar hanya hiasan-
Seorang lelaki tua di Kampung Kurong Tengar yang malam tadi dilaporkan lemas di tali air berhampiran rumah mereka pulang ke rumah awal hari ini. Kira-kira 20 anggota penyelamat termasuk polis dan bomba bertungkus lumus mengesan mangsa selepas menerima laporan keluarga. Tiga anggota penyelam turut mengesan mangsa di dalam tali air manakala unit anjing pengesan juga digunakan.Sehingga jam dua pagi tiada tanda lelaki atau mayatnya ditemui dan operasi dihentikan. kira-kira pukul 6 pagi, satu panggilan diterima bahawa lelaki itu telah berada di rumahnya dan sedang bersiap untuk menjaja ikan seperti kelazimannya.Saya teringat beberapa kisah sebelum ini termasyuk yang sesat di hutan dan ketika orang sibuk mencarinya, orang yang hilang tu sedang tidur nyenyak kat rumah dan dalam satu kes di utan aji, seorang lelaki yang dikatakan telah mati ditembak menyebabkan ramai yang mengunjungi rumahnya tetapi selepas tu lelaki itu menelefon kelaurganya bahawa beliau berlada di selatan Thailand.
.. ini adalah berita dari seorang pemberita bernama di Perlis.. juga ahli anakperlis.com.. hmm rupa-rupanya hanya bomba dan penyelamat yang nak cari mangsa semalam tu la...
Subscribe to:
Posts (Atom)







