Wednesday, March 4, 2009

Cuti...


Yehaa aku bercuti hari ni dan esok.. ada beberapa perkara harus di laksanakan hari ni, juga besok dan lusa... walau apa pun kena buat jugak la... okeh..

.... penantian adalah hukuman..?


... adeh aku masih lagi menanti pertukaran bahagian, semakin hari.. semakin aku saspen.. entah lah di mana akan aku di hantar nanti, adakah aku akan di hantar ke cawangan-cawangan seperti yang lalu, atau adakah akan ke perpustakaan desa seperti suatu masa dulu.. hmm kenapa aku katakan macam tu, pasal yang aku nampak sekarang ni area nih la yang banyak kekosongan dia, yang mana possibblelity yang agak tinggi... 

Mungkin juga buat pertama kali aku akan di bagi di bahagian yang tak pernah aku impikan, tak pernah aku fikir aku di perlukan (waaahh..!! perasan nya aku..) seperti di bahagian perpustakaan bergerak (pasal akan ada satu perpustakaan bergerak baru yang akan tiba.. yang mana memerlukan seseorang yang berpenge'tahu'an, okeh aku tekan perkataan tahu bukan nya pakar.. pasal aku tak pakar.. hanya tahu sahaja..) atau juga mungkin aku akan berada di bahagian katalog dan teknik yang mana tidak lagi perlu bekerja shift ( melainkan di perlukan).. entah lah..

Adeh cukup lah.. cukup lah aku meneka.. harap sehingga di jatuhkan hukuman di beri tugas baru nanti cukup lah aku berteka teki, tak akan ada makna nya aku terus begini.. biar lah apa jua yang mendatang.. harus ku terjah.. waaa semangat kouu..!! 

Tuesday, March 3, 2009

...musim bertukar...



.... ada desas desus mengatakan perubahan akan berlaku dalam organisasi jabatn aku, malahan sesetengah dari kawan-kawan aku ada yang sudah mendapat surat perpindahan .. aku sedikit meragui adakah itu surat perpindahan atau pada pandangan aku surat naik taraf jawatan - sambilan ke kontrak- . Aku cuba juga kerosek sana - kerosek sini tapi semua nya antara mereka menutup mulut, mungkin sudah  di amanahkan untuk merahsiakan dari pengetahuan umum untuk seketika.. aghh biar lah aku tidak dapat sebarang syer pon.. cuma kalau benar aku sekadar menumpang suka setelah aku menumpang duka rakan-rakan ku yang ada antaranya sudah 15 tahun berkhidmat tapi masih bertaraf jawatan sambilan.

Bila sudah ada taraf jawatan baru sudah semestinya akan ada rombakan.. dari sebahagian yang aku dapat tahu, pegawai bahagian aku akan di naik kan ke bahagian atas mengambil tempat di bahagian rujukan, manakala pegawai di bahagian rujukan akan di turunkan ke bahagian Koleksi Negeri, manakala sorang pembantu dari perpustakaan pekan di bawa ke bahagian kanak-kanak, tempat yang aku duduk sekarang ini, manakala pegawai bahagian kanak-kanak di pikul oleh bahagian seranta.. ini menyebabkan dia memikul dua bahaian.. 

Yang menjadi persoalan, di manakah aku di tempatkan? Adakah aku akan di tempatkan di bahagian kanak-kanak, menjadi kan dua orang pembantu di situ, atau aku akan di naikkan ke bahagian perkhidmatan pembaca alias jadi sorang tukang fotostat buku, atau aku akan di keluarkan dari perpustakaan pusat, isk kenapa pulak aku penjadi penganalisa yang tak bertauliah nih? seolah macam ada teori konspirasi... tak akan ada konspirasi pasal sebagai ketua jabatan, beliau ada kuasa, ada hak untuk memindahkan seseorang pekerja atas sebab yang beliau rasa patut, dan dapat melicinkan perjalanan organisasi di bawah nya, dan sebagai pekerja sesungguhnya aku patut menerima apa saja arahan, perintah seperti yang diarahkan..

Maka anggaplah apa saja tempat, bidang tugas serta tanggungjawab yang bakal di berikan adalah satu amanah yang patut di laksanakan dengan sebaiknya, dnegah bersih, cekap dan amanah. Anggaplah semuanya sebagai satu  cabaran dalam meningkatkan kerjaya...  dan sebenarnya aku masih menanti apa jua yang akan diarahkan nanti..  

Monday, March 2, 2009

Pesta Buku Perlis 2009 - Laporan Hari Kedua & berikutnya...

Mulanya aku ingat nak buat laporan penuh pasal PBP09.. tapi nampak nya dah ada yang lebih senior buat laporan dulu, jadi aku link saja ke laporan dia dan aku tambah dengan laporan bergambar sajalah... ok lah tu kan..?

Hari Kedua (26-02-09) : Laporan dari Kak Long 

Suasana pagi pada hari Khamis nampak tenang...
...namun dalam gerai sudah ada pengunjung yang membelek buku..
... juga gerai BARKERP tidak sunyi
... di ruang belakang perpustakaan persiapan aktiviti sedang giat di jalankan..
besoknya akan diadakan pertandingan bercerita SKelab Membaca Sinar Pintar...

Hari Kedua (27-02-09) : Laporan dari Kak Long 

Puan Pengarah di iringi oleh Puan Machita 


Ucapan aluan oleh Puan Machita..

Ucapan Pengarah..
...antara penonton & penyokong..
... kek perasmian
...sidang hakim

pemenang pertandingan

Hari Ketiga (27-02-09) : Laporan dari Kak Long  

Hari Sabtu merupakan hari yang paling ramai dan meriah rasanya PBP09 kali ni, mungkin dah jadi adat sejak zaman aku dulu lagi, hari Sabtu merupakan hari untuk keluar beramai-ramai atas apa jua aktiviti yang di fikirkan perlu, budak-budak asrama keluar bershopping kat Kangar, yang dah abis sekolah keluar tengok wayang (dulu la.. ), atau setengahnya hanya sekadar keluar ber rambu-ramba, sekarang ni banyakkelas tusyen juga dia dakan pada hari sabtu.. mungkin pasal tu bandar Kangar yang comel lote nih di penuhi para remaja kita... kesannya ramai juga yang datang ke PBP09 untuk mencari buku rujukan dan sebagainya..  mmungkin juga kerana ibubapa yang cuti maka sambutan pada aktiviti yang di lakukan sempena PBP09 kali ni amat menggalakan.. 
antara peserta Parti Kelab Membaca Sinar Pintar
.. petugas sedang mengendalikan aktiviti
antara aktvitinya.. boling jawi..
pecah belon
kerusi muzik.. dan bermacam-macam acara lagi yang berakhir sehingga jam 5.30 petang..

Saturday, February 28, 2009

Al Kisah si Tanjung....

Si Tanjung dengan anak-anaknya... 
Al kisahnya.. sekor kucen kat umah aku ni, yang nama glamornya Si Tanjung, telah melahirkan 3 ekor anak, tapikan.. mem aku kan takleh nampak, dengar bunyi anak kucen, mesti histeria punya, jadi lepas dia beranak saja aku cepat-cepat bawak naik rumah atas, konon-konon tak nak bagi mem aku tau laa.. tapi kan nak di jadikan cerita.. hari Jumaat lalu.. entah macam mana , aku lupa nak tutup pintu bilik kat rumah atas tu, dan si Tanjung tu pulak pandai-pandai pindahkan anak dia ke bilik bawah sampai mem aku nampak, mem aku apa lagi terus histeria  lalu angkat adik anieq terus lari keluar rumah, lepas tu dia call aku kat pejabat sambil nangis2.. adeh cepat-cepat aku balik rumah.. akunak pindahkan balik si Tanjung naik atas pon dia dah tak bagi.. takut kata mem aku, jadi mau tak mau aku tumpangkan la Si Tanjung tu kat umah mak menakan aku... letak kat dalam sangkar.. kesian lak tengok dia.. tapi nak buat macam mana kan...? Dudukla di situ buat sementara waktu.. lepas tu? entah la... 

Wednesday, February 25, 2009

Hujan...

kering-kontang.... 
sampai boleh main bola kat sawah... 

Sudah hampir dua bulan bumi Perlis nih tak di timpa hujan, dah kering kontang, merekah-rekah tanah kat sini, panasnya yang terik boleh mencecah 34 - 36c malahan kadang-kadang lebih, tapi sehari dua nih Alhamdulillah dah ada hujan ...  mungkin berkat doa dari tumbuh-tumbuhan dan bumi yang dahaga kan hujan maka ia pun turun dengan agak lebat.. tapi tidak lama, tapi ialah panas yang hampir dua bulan tu manakan cukup dengan hujan sepuluh minit untuk menghilangkan dahaga dua bulan tu kan, walau bagai mana pun cukup lah kita memanjat syukur.. itu juga rezeki dari Nya.. Alhamdulillah.....

Pesta Buku Perlis 2009 - Hari Petama

Hari ni adalah hari pertama PBP2009, pelbagai aktiviti yang telah di jalankan... antaranya ceramah pengurusan stress wanita, teknik menjawab soalan spm dan pameran serta pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.. nih antara senario yang dapat di rakamkan seharian nih... 













sehingga esok ada lagi beberapa aktiviti yang akan di jalan kan antara nya :  
  • Bengkel Anggun -10.00pg - Dewan Syarahan
  • Teknik Menjawab Soalan PMR (sains) - 3.00ptg - Dewan Syarahan
  • Pameran & Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN