Tuesday, March 31, 2009

Hari Terakhir...


Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Perpustakaan Kanak-kanak, juga merangkap hari terakhir aku mengadap pelanggan secara terus.. sesudah hampir 14 tahun aku berurusan dengan pelanggan secara terus tentunya meninggalkan bermacam-macam kenangan, pahit manis.. suka dan duka. 

Mengungkap sejarah, aku mula bekerja di sini semenjak Februari 1994 sebagai pembantu di bahagian kewangan, selepas setahun aku kemudian di tukarkan ke bahagian kanak-kanak pada masa tu, di sini aku bermula secara rasminya untuk mengadap kerenah orang awam, walaupun bahagian kanak-kanak, tetapi secara langsung aku kena hadapi semua peringkat masyarakat, dari yang kecil sehingga lah dewasa. Dengan keadaan masa itu tanpa bantuan teknologi, sememangnya memerlukan tahap kesabaran, dan kecekalan yang tinggi, semua urusan pinjaman, pemulangan, serta pendataran ahli di lakukan secara manual. Berbanding kini jumlah pengguna terutamanya di kala waktu puncak, iaitu pada hari Khamis dan Sabtu (masa tu Perlis masih bercuti hari Jumaat) boleh memeningkan kepala, buku bertimbun-timbun diatas meja.

Tapi syukurlah, selepas setahun aku kat situ, bermula tahun 1996 secara rasminya perpustakaan mula menggunakan sistem perpustakaan, itu pun selepas 1 tahun kerja-kerja memasukkan data-data bahan dan kehalian di jalankan. Bermacam-macam pengalaman yang aku dapat pada masa ni, sistem ini telah di bangunkan oleh Guthrie (err sekarang dah jadi Guthrie Technology kot) yang di bei nama Supermax Library System (SLS) , yang mana sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi Denmark.. jadi sebahagian dari bahasa yang terdapat dalam ni adalah bahasa Denmark.. manalah aku nak paham.. jadi kena translate la, tepaksa juga depa bawak orang Denmark untuk buat sistem, lepas tu latihan pulak, masa latihan ni hampir 80% di jalankan dalam bahasa Inggeris.. lagi la eden poning dengan istilah-istilah nya.. (maklumlah aku bukannya majoring in computer).. selepas gedebuk sana, gedebik sini, akhirnya berjalan juga sistem ni...

Oleh kerana sistem ni jauh kompeninya maka, terdapat juga masalah dalam kerja-kerja maintenance, juga oleh kerana sistem luar kos untuk upgrading dia amatlah tinggi.. jadi terpaksa lah tukar kepada sistem yang di pakai sekarang ni iaitu Softrade Library System (juga SLS) masih juga ada masalah tapi masih boleh digunakan.. entah la bila pulak akan di tukarkan.. adeh aku nak ceta pasal pengalaman dah melalut kat sistem, sebenarnya masih banyak pengalaman aku kat sini (perpustakaan ni la..) macam mana aku mula berkecimpung dengan dunia kanak-kanak, bagaiman aku boleh terlibat dalam teater, bagamana aku terlibat dalam Tunas Budaya kat Pejabat Kebudayaan dan eh bermacam-macam lagi... mungkin suatu hari aku boleh catat kan kat sini.. tak apa lah pelan-pelan la.. 

Monday, March 30, 2009

..tahniah..

Tahniah.. tahniah..

Pertamanya nak ucap kan tahniah kepada 2 orang staf library baru melahirkan anak.. iaitu Pn Nor Ashikin dan juga Puan Ku Anis Ku Mat kerana telah melahir melahirkan cahaya mata . Dua dua mendapat bayi  lelaki. Pn Norashikin bersalin di Hospital Tuanku Fauziah  pada hari Sabtu lepas, manakala Pn Anis melahirkan baby di Klinik Mahsuri Jitra Kedah pada  tengahari tadi, 


Puan Syikin

Puan Anis

Juga kepada dia nih:
Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran

Pada jam 11.40 pagi tadi, penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.
Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat.. Nampaknya, bertambahlah seorang lagi pendengar Suria FM. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Engku Emran nampaknya seronok dan teruja dianugerahkan baby perempuan. Mesti comel, kan?
Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran telah mengadakan sidang akhbar di Damansara Specialist Center untuk memberitahu keadaan dan tahap kesihatan Erra Fazira serta memberikan gambar bayinya untuk siaran media.

Sunday, March 29, 2009

...banjir di Ulu Pauh

Semalam banjir kilat telah berlaku di Ulu Pauh selepas hujan turun dengan lebatnya selama lebih 2 jam setengah, akibat dari banjir tu, hanya kenderaan berat sahaja yang dapat melalui Jalan Changloon - Kuala Perlis ( err biasa di panggil Highway Changloon Kuala Perlis).. mem aku juga turut terlibat sangkut kat highway ni, sesampai sahaja sempadan Perlis - Kedah, kereta dah jem kat situ kerana jalan tidak dapat dilalui. Mau tak mau tepaksa patah balik menuju ke Kodiang, tetapi air juga telah melimpah jalan menyebabkan kereta tidak dapat lalu... maka terpaksa la berpusing-puisng mencari jalan keluar.. akhirnya dpat keluar ikut jalan lama Jitra - Kodiang - Arau melalui pesimpangan  Padang Sera... sampai ka rumah dah dekat jam 7.00 malam, maknanya hampir 2 jam berpusing-pusing mencari jalan keluar...

Disini aku titipkan satu video dari kawan aku yang berada di Ulu Pauh , 


.. hijrah lagi

Ya, aku akan berhijrah lagi.. kali ini tempat hijrah masih di bangunan yang sama cuma berlainan organisasi, satu tempat dimana aku akan di timbunkan dengan buku-buku, satu ceruk dimana orang awam tak akan sampai kecuali jika ada urusan penting, juga kalau ada lawatan rasmi baru boleh masuk.. kerja-keja aku lebih kurang macam ni lah..


SUMBER PEROLEHAN BAHAN
Bahan-bahan untuk koleksi perpustakaan diperoleh secara:-

  • Pembelian melalui peruntukan kerajaan.

  • Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu.
MEMPROSES BAHAN

  • Bahan-bahan dikatalog menggunakan "Softrade library System"

  • Bahan-bahan dikatalog menggunakan "Anglo American Cataloguing Rules 2"(AACR)2 dan dikesan mengikut "Dewey Decimal Classification" (DDC) atau sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.
KOLEKSI NEGERI
Bahagian ini berfungsi untuk mengumpul bahan-bahan mengenai negeri Perlis dan juga bahan-bahan hasil karya penulis negeri Perlis. Di antara bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi ini ialah buku-buku, jurnal, tesis, risalah-risalah serta warta kerajaan. Keratan akhbar mengenai negeri Perlis juga turut disimpan di bahagian ini. Bahan-bahan di dalam koleksi ini tidak boleh dipinjam tetapi pengguna dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi bahan-bahan yang diperlukan.
OBJEKTIF BAHAGIAN
Bahagian ini bertanggungjawab mengesan,memperoleh serta memproses bahan-bahan untuk tambahan koleksi di semua rangkaian perpustakaan seluruh negeri termasuk membina koleksi khas mengenai negeri Perlis dan pemuliharaan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan.
Jadi sekarang ni kerja aku ialah packing barang-baang peribadi aku, lepas tu berpindah lah kat tempat baru mulai 1 April 2009, mulai Rabu nih lah kan, jadual tugas aku 8.00 pagi - 5.00 petang tiada lagi kerja shif juga tiada lagi balik lewat, melainkan kalau diarahkan.. he hee... 

Tapi kan ada la terasa sedikit sentap.. tadikan aku kena marah.. yer betul aku kena marah, tapikan bukan kena marah dengan bos, tapi errr dengan..( hish biar lah rahsia..)  yer lah salahnya aku sendiri juga la, sapa suruh tak alert yang mesuarat tu diadakan di bilik mesyuarat dalam pejabat, haku bila di sebut bilik mesyuarat atas aku ingatkan bilik mesyuarat lama kat ruang bacaan nuh la, lupa lak kat admin tu ada satu gi bilik mesyuarat. Masa aku naik kat admin tuh memang bos dok ada kat situ (kat bilik mesyuarat admin tu) , bila dah org cakap dah nak mula mesyuarat, aku keluar admin nak gi bilik msyuarat lama tu lah, sekali dia panggil aku, err macam marah lah kot, maklum lah bos dah tunggu.. heh terkapa-kapa lah aku patah balik dan terkedu lah aku kena marah, isk marah ke macam tu yer? marah lah kot..!aku rasa sumer orang kat admin dengar kot dia panggil aku, tak pon aku sorang saja yang terasa.. err tapi tak ade la aku bg tau org.. he hee aku sentap sorang aku jer lah...  kang ok lah ni... kena positip lah.. kalau dok negatif ngan emo kang orang kata aku sombong lak.. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. .. he he hee kang aku dah melalut?

... anugerah @ hukuman

Hari ni, satu perjumpaan aka mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat tingkat atas akan diadakan pada jam 10.00 pagi, aku sendiri tidak tahu siapakah lagi yang akan terlibat kerana panggilan mesyuarat kali ini tidak terdapat sebarang notis yang di titipkan di papan kenyataan staf, hanya satu panggilan telefon untuk memaklumkan perkara ini, justeru kerana itu juga aku tidak tahu apakah motif perjumpaan aka mesyuarat kali ini, cuma yang ada hanyalah desas desus tentang rombakan kabinet organisasi, bermakna ada staf akan bertukar organisasi. Ada yang bertukar organisasi kerana kenaikan taraf jawatan, ada bertukar organisasi kerana pertukaran tempat, juga bertukar organisasi di atas sebab-sebab yang hanya pengarah sahaja yang tahu aka yang di fikir adalah terbaik untuk jabatan nya. 

Heh heh ari ni aku bersiap awal.. masih lagi dengan jadual kerja pukul 9.30 - 6.30 petang, entah bagai mana harus aku melangkah keluar dari rumah? mungkin sebagai perwira yang mendapat anugerah dari Maharajanya, atau bagai seoarang pesalah yang telah di jatuhkan hukuman.. agak-agak bagai mana ya..?

Friday, March 27, 2009

Kempen





Hari ni aku berada disini.. err di mana nih? apakah kempennya? eh.. nanti la aku updatekan.. pasal ada lagi program sat gi..
Posted by Picasa

... syy..!!

... tadi aku dapat call dari opis.. hari Isnin nih aku ada mesyuarat, tapi tak tau mesyuarat apa, masa dia jam 10.00pagi di bilik mesyuarat tingkat atas.. 

apakah ini mesyuarat yang aku ternanti-nanti kan itu.. mesyuarat rombakan.. adus pesoalan dimanakah aku akan di hantar mungkin akan terjawab.. tapi syy jangan kasi tau orang lain yer..?