Tuesday, February 2, 2010

... ada surat berdaftar ... jeng.. jeng..



02/02/2010
Originally uploaded by Sikelu Phone Photo
hmmm.. apa pendapat anda bila mendapat surat ini...? Surat ni menyatakan bahawa terdapat surat berdaftar yang perlu di kutip (amik ) kat pejabat pos terdekat..

a) adakah anda suka, terlompat-lompat..?
b) suspen, kerana tidakt menantikan sebarang surat berdaftar..
c) takut sampai terpucat muka, 'alamak.. abis! ini saman dari polis ka..?'
d).. tak kesahhh.

agak-agak apa jawapan anda..?


okeh.. oke lambat beno aku bagi jawapan.. he he jawap dia   saman la, mem aku kena speed trap, alamat dia miskin lah aku bulan nih, miskin dai bulan lepas ... waaaa.. 

Monday, February 1, 2010

... pagi-pagi



Originally uploaded by sangkelu
Sudah menjadi rutin harian aku, bangu pagi sesudah usai mandi manda , sembahyang semua bergegas keluar rumah hantar Adik Anieq kerumah opah dia, lepas tu terus pulak hantar angah dia pi keja, lepas tu aku akan balik kerumah semula, siap-siap kan Athirah, kalau tak sempat bersiap tadi aku pon sama kena bersiap hish-hish kadang kadang tu hanya ber t-shirt saja kalau lambat, hmmm dah abis semua baru hantar Athirah ke rumah mak dia.. lepas tu baru la aku ke pejabat..

Pendek kata kadang-kadang keluar rumah tu bula masih lagi mengambang di angkasa, hmm sempat juga aku tembak..(shoot!) gambaq nih pagi tadi, bulan masih tinggi diangkasa yang tidak berawan, yang membawak maksud lambat lagi la hujan nak turun kerana tak berawan pon kat sebelah sini. Mungkin pertengahan bulan Mac nanti baru ujan turun ...

Sunday, January 31, 2010

...sepetang di Kuala Perlis






01/02/2010
Originally uploaded by sangkelu
Ya.. udah lama tak kesini, memerhati mentari melabuh kan tirainya setelah seharian memancarkan cahaya ke serata benua alam, eceh ayat tak leh tahan ooo, macam biasa lah kan aktiviti petang selepas balik dari kerja, lepas amik Anieq kat umah opahnya, amik Athirah dari umah mak dia, aktiviti berjalan-jalan la, sebelum tuh sempat juga singgah beli burger untuk Athirah yang kelaparan, tapi adik Anieq tumpang sekaki juga tapi makan roti saja la.

Bukan apa-apa sangat yang bawak depa berjalan ni, kadang-kadang tu kesian juga kat depa, duduk kat umah mengasuh tuh bukannya orang nak bawak keluar umah pon, segala aktiviti depa kat dalam umah saja, dari awal pagi sampai la ke petang, cuba bayangkan kalau kita sendiri pon, kalau berkuraung aje dalam rumah maunya tak boringkan? mak pak depa pon boring juga... jadi keluar aje lah ronda2 petang dulu, sementara masih berkelapangan, nanti depa dah sekolah tentu banyak aktiviti nak kena buat, berjalan-jalan macam ni ujung minggu aje lah kan..

... bulan februari datang lagi....

.. bulan ni bulan aku....

.. sifat - sifat orang yang di lahorkan pada bulan Februari.. aku cedok merata-rata dalam internet dengan pertolongan pakcik Google.. ada juga betul dan tidaknya, ada yang tepat tak kurang juga yang sipi-sipi malahan ada juga yang menyimpang jauh.. kerana sesungguhnya manusia tu tak pernah yang sama seratus peratus, kalau yang hampir-hampir sama mungkin juga ada, kenapa? Hmm dalam zaman yang serba canggih dan manggih nih, manusia dah terbuka ruang lingkup kehidupan nya, bukan sekadar berada di sekeliling rakan-rakan dari satu kampung saja macam dulu, jadi pengaruh dari luar, kawan-kawan, dan keadaan seklilingnya banyak merubah kehidupannya.. 


FEBRUARI


Berfikiran abstrak.
--- hmm aku tak pasti di mana abstraknya pemikiran ku, tapi aku pasti pemikiran aku selalu tak sama dengan kawan-kawan ku, tapi aku tak bekuasa nak terangkan dengan lebih terperinci kat depa, aku just follow aje lah, banyak ceta kang depa kata manyak songeh lak.. 

Suka pada benda yang real dan abstrak.
--- sebahagiannya ya, sebahagiannya tak kot

bijak dan genius.
--- tak pernah di uji.. he he 

Memiliki keperibadian yg mudah berubah.
--- tak jugak kot, kerana aku adalah aku... 

Mudah menawan hati orang lain.
--- mungkin juga la, pasai aku tak susah ak nak berkawan dengan orang, maupu berdamping dengan orang tua-tua..

Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
--- ini betui sangat, jenuh aku cari penawar...

Jujur dan setia pada segalanya.
--- mungkin juga..

Keras hati untuk mencapai tujuan.
--- betul-betul..

Tidak suka dikekang.

--- betul-betul..


Mudah memberontak apabila dikekang.

--- betul-betul..


Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.

--- betul-betul..


Mudah memamerkan & memperlihatkan amarahnya.
--- tidak kot..?

Suka berkawan tapi kurang memamerkannya.

--- betul-betul..


Sangat berani dan suka memberontak.
--- dak jugak kot

Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya.
--- Aminnn.. InsyaAllah

Pemerhatian yg tajam.
--- mungkin jugaa..

Suka hiburan dan suka akan benda yg bersifat seni.

--- betul-betul..


Sangat romantik pada dalamannya tetapi tidak pada luarannya.
--- mungkin juga..

Berkecenderungan pd benda yg tahyul.
--- tidak juga kot...

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
--- mungkin juga..

Harus belajar untuk mempamerkan emosi.
... baik !!

Friday, January 29, 2010

Santai di awal pagi...










Originally uploaded by sangkelu
Sudah lama aku tak berjogging. semenjak bermula kembali, hanya sempat beberapa hari saja lepas tu terhenti kembali, hmm.. susah juga nak kembali seperti dulu rupanya, banyak komitmen yang perlu diuruskan.. tak pa lah ini adalah hakikat sebenarnya, dan selebihnya atas diri sendiri untuk menyesuaikannya kan? dan aku tak perlu patah semangat , bila ada masa terluang harus aku amik kesempatan.

Kerana itu lah dengan tiba-tiba semangat aku nak jogging diawal pagi ni tiba-tiba bergolak aje walaupun niat asal aku hanya kerana keinginan nak merakam kan suasana mentari naik diawal pagi, aku keluar lebih kurang pukul 7.20pagi, dalam suasana agak cerah atau orang tua-tua kata cerah-cerah tanah maknanya suasana agak cerah walaupun matahari belum muncul.. ini juga bermakna aku tak punya banyak masa nak berjogging untuk megejar tujuan ku nak tangkap gambar mentari yang akan muncul bila-bila.


Sampai saja k tempat destinasi ku, sememangnya matahari dah mula munculkan dirinya, kronologi dia tu boleh di lihat dari initial di gambar tuh, dan aku amat enjoy pagi ni, tangkap gambar walaupun dalam keadaan mengejar masa kerana mentari meninggi dengan cepatnya, menjelang pukul 8.00 pagi, matahari dah mula terik dan panasnya dah tersebar ke serata alam..


Aku berjogging balik kerumah dan melalui sungai di belakang rumah tu, dan keadaannya dah mula mengering, tanda-tanda musim kemarau akan menjadi semakin panjang, walaupun dua tiga hari lepas ada hujan yang turun, tapi kadarnya boleh di katakan amat sedikit, berbanding dengan kadar kekeringan air di tali air dan sungai-sungai pengairan padi di kampung-kampung sekitar kampung aku nih.


Sampai rumah, dah pukul 8.15 pagi, main-main dengan Anieq dan Athirah yang baru bangun, lepas tu mandi pagi dan bersarapan pagi dengan nasi lemak, sambil dok dokong Anieq sementara mama dia suap kan nasi  kat Athirah, selesai semua dah dekat pukul 9.00 pagi, mula semula projek kedua pagi nih, nak bauki motosikal aku yang dah dua bulan rosak tak dapat di hidupkan walaupun dah tukar spark plug dia (yang biasanya ini lah punca tak mau hidup).


Nak baiki motosikal ni terpaksa lah aku tuntun (sorong) ke kedai moto yang lebih kurang 2 km setengah dari umah aku, terpaksa lah aku menapak, tapi separuh jalan jeaku menapak juga insan yang sudi tunda aku, Alhamdulillah , terima kasih la banyak-banyak..  akhirnya pukul 10.30 pagi selesai juga kerja aku... 

Wednesday, January 27, 2010

...eh dah lama tak hujan


27/01/2010
Originally uploaded by sangkelu
... hmm sudah lama pon tak hujan kat sini, cuaca panas sangat, parit-parit dan juga taliair dah mula kekeringan, awan juga tak banyak bila datang musim kemarau macam nih, angin Timur bertiup kencang juga..

Monday, January 25, 2010

Athirah dan Anieq










26/01/2010
Originally uploaded by sangkelu

Tersebut al kisah.... (tayebbbb).. he he he macam S Shamsuddin lah puloak,. okeh semenjak dua menjak depa dua nih dah macam nak mula kawan dah, dan biasanya adik yang mula dulu, adik nih kalau dia bangun tido saja mesti nak gi cari kakak dia dulu, kalau dok denngan mak pak dia kat depan rumah tak penah tahan lama mesti di api nak main (..kacau sebenarnya) Athirah yang sedang tengok kartun ka, tengah mewarna kaaa... Kalau pi amik tak bagi kacau Athirah sat gi mesti bertempik tempik dia tak mau.. manakala kakak dia nih kalau dulu adik nak mai dan kacau dia macam-macam dia baut kat adik dia , isk isk isk...


Tapi la ni, dah pandai ajak adik main, pandai nak entertain adik dia sampai kan bear-bear yang dia tak berapa berkenan pon dia bagi kat adik, tapi kadang-kadang kalau adik dia kacau dia dok mewarna dia buat juga la, tampar ka, tarik ka.. macam macam hal lah depa dua beradik tu..