Saturday, July 31, 2010

Menjelang Ogos....

Wah, sedar tak sedar bulan Julai beransur pergi, dah menjelang 1 Ogos pun, sungguh cepat rasanya masa berlalu, sedetik kita bersama, sedetik kemudian kita dah di tinggalkannya, owh terasa cepat benar masa itu berdetik, benar juga kata kata orang orang lama, masa  itu  umpama pedang kalau kita terleka kita akan di cantasnya.

Perginya Julai membawa kenangan, namun Ogos yang mendatang juga tetap menjanjikan peristiwa dan memori yang kenangannya akan di bawa sampai mati. Bermula seawal 1 Ogos membawa peristiwa kepada seluruh rakyat negeri, Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 8.00 malam. Secara amnya aku juga terlibat tapi tugasnya teramtlah kecil, tapi cukuplah sekadar terlibat juga..

Ogos tahun ini juga membawa angin perubahan, terutamanya perihal kerja aku dan kawan-kawan aku, seperti yang telah sedia maklum, pentadbiran pejabat aku sekarang sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, bermakna kami sekarang adalah sebagai kakitangan gunasama, tetapi masih tergantung sebenarnya pasal secara rasminya belum di serap ke kerajaan Persekutuan, hmm macam peningkan, okeh hari tu hanya jabatan yang masuk persekutuan, perjawatan masih belum rasmi masuk pasal belum di bagi opsyen untuk ikut masuk persekutuan atau nak kekal dengan kerajaan negeri. 

Oleh itu satu majlis akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos ini majlis menandatangani opsyen ini, majlis ini juga akan di mulai dengan penerangan mengenai opsyen ini, secara ringkasnya (aku belum tgk opsyennya) aku rasa kalau setuju kami berhak di pindahkan kemana-mana sesuai dengan kakitang kerajaan persekutuan lain, atau kalau menolak maka akan di tempatkan oleh kerajaan negeri ke mana-mana jabatan yang bersesuaian, tapi pada amatan aku bagi kumpula N, tiada masalah untuk di tempatkan kemana-mana jabatan negeri, tapi bagi Gred S, tak ramai yang ada di negeri yang bermaksud akan mendapat satu lagi opsyen, VSS.. yang membawa maksud berhenti secara sukarela dan mendapat ganjaran.. 

Juga Ogos ini membawa peristiwa dan kenangan yang cukup penting dak amat bermakna, sekurang-kurang aku rasa la, tak pernah rasanya jabatan aku ni buat satu jamuan khas semata-mata untuk meraikan staf, melainkan jamuan yang diadakan sempena majlis lain yang mana staf di jemput untuk ikut serta, amat bermakna aku rasa, semoga apa yang aku rasa ini tidak akan berakhir pada esok hari, tapi bila isnin nih lain pulak jadinya, tentu amat kecewa aku rasa.

Ogos kali ni juga, bermakna Ramadhan yang di nanti-nantikan akan menjelma, wah serasa baru saja Hari Raya Puasa berlalu, kemudian Hari Raya Qurban, ni Ramadhan menjelma lagi.. dmoga-moga Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. aminnn!!!

Tuesday, July 27, 2010

Terlepas lah sudah...

Adeh tension lah aku, dah taip berjela-jela panjangnya entri nih, entah tang nih tertekan apa tah, terus ilang, cuba try amik yang dah save sekali dah ilang juga, jadi nya terpaksa taipsemula.... begi lah kisahnya... tayebbbbb!!!

Esok sebenarnya aku dah plan nak pi amik mama kat Sepang, tapi aku akan tunggu kat Shah alam saja sebenarnya, kena lah mama cari sendiri jalan nak mai Shah Alam tuh, ya lah aku nak pergi amik diaorang nih pon bukan pasai apa, dah mama dok aduh demam dan sakit kepala, jadi dia macam tak konfiden nak bawa keta jauh2 balik mai Perlis. So dek kerana kesiankan bini aku setuju juga lah, dah siap amik cuti bagai, dah tu cadangnya nak bawak Athirah lah sama.

Dalam masa aku nak pergi Shah Alam tu dah ejas semua la, nak amik tok pah mai umah, dah tolong jaga di sini, pasai Adiq Anieq bab tidoq memang di cerewet sikit, segala bala yang ada kat sekeliling dia tuh kena ada, baru nak lena, dah tu buai dia dah tak layan malam-malam kira nak masuk tidoq dalam bilik saja. Okeh sambung balik kisah nak pi Sepang.. dah ejas semua cuma tak amik tiket bas saja lagi, kononnya esok pagi2 boleh terus pi amik la, tapi sekali kan tok ayah dia call ari khamis tuh tok pah kena pi masjid untuk siang daging, ntah depa ada programkenuri apatah, dan tok ayah jadi jawatankuasa program tuh kot, kang kalau mem dia tak pi masjid tolong-tolong mesti orang tanya kan, jadi pendek ceta.. terpaksa lah kensel program nak pi amik mem tuh, isk cuti tuh nak wat gena ya? hmmm adjust pi ari jumaat lah, jadi tiga ari cuti kan..? haaa ....

*** entri tanpa gambar***

Monday, July 26, 2010

Mr Mama the return... part 2

Wah lagi kan kisah mr mama ni, dah makin kerap pula aku kena tinggal bersama anak-anak ku, kiranya ini dah menjadi satu cabaran dan juga tanggungjawab. Cabaran nya ialah si Athirah tu, sekaranag dah makin banyak bertanya, makin banyak bercakap, dan makin kuat membebel. Dah tu dia punya feeling hadoi yaa, bikin stress oo. Sekarang nih bila mama tak ada, tahap rindu dia menjadi-jadi, boleh dia cakap dia rindu kat mama, pastu dia siap nangis-nangis lagi, jenuh lak nak pujuk. 

Si Anieq nih masih rileks saja dia, bila kak dia nangis di rileks juga, tengok aje tak join, nasib baik jugak kalau tidak jenuh aku nak pujuk dua-dua. Sementara mama depa pulak tuh, mungkin pasal kemarin kena hujan masa pi gunting rambut, hari ni demam selsema lah pulak, dah lebih 500km bawakketa baru lah nak rasa lenguh2 kaki,  sakit urat sana sini, pastu dinner kat hotel pon tak berselera, ha tu la pasal, kan dah nak demam tuh... Nih aku berjaga la sekejap lepas bagi tidur dua-dua orang tuh..
 Kalau tak tidur lena dua orang tu memang tak chance nak pegang laptop bila mama tak dak, asyik nak menempek je, nak tgk ultraman cosmos la, doraemon la, nak tgk hantu la.. (hantu di rujuk kepada games 'plants vs zombies', tapi bila main ada keluar sorang tua tu, adik Anieq akan menangis pasai takut tgk muka berjambang dan mata terbeliak.. ha ha ha), sekarang dah lena dah depa, lepas dok say  good bye la, gudnite dan bersalam-salam,baru nak tido.. hu huu hari pertama dari 4 hari.. he he..

Sunday, July 25, 2010

Rantaian Selsema

Wah juga, Anieq dia punya selsema punya pattern dah turun dari abah dia dah la, abah dulu kalau berambut panjang, cepat selsemadah tu berhingus saja, makan ubat pon tak mau nak lega, akhirnya pi potong rambut baru nak lega.. macam tu lah juga adiq Anieq, dah dekat sebulan hidungnya tak mau kering dok berair saja, kemarin awal pagi pi amik ubat lagi, pasal petang dan malam sebelumnya dia asyik batuk saja, hmm kemudiannya teringat lak isk dah lama si Anieq tak potong rambut, hmm macam abah dia juga.. so  petang nya baru lah boleh potong rambut.

Tapi paginya ada ada progran jalan2, sambil soping2 yang tak di rancang, lokasi dia adalah di Alor Setar Mall, Tandop.. ha ha malas lak nak cite panjang-panjang, layan je lah gambaq kat bawah ni...

Adik Anieq baru je sampai dah lapar, singgah KFC makan nasib ayam je lah
Payah betul mama nak pilih baju, akhirnya drop lah depa kat tmpat in nih
Isk kali pertama bawak keta sendiri, suspen nih...
Senyumm puas lah tu, 
Akhirnya cekap dah bawak keta...
Bawak bas la pulak...
Tak tahan, teringin nak bawaak BMW, tak sedar tumpang orang...
Dah puas main semua, pegi potong rambut.. tgh ujan lak tuh...
Nah Adik Anieq pon kena juga, .. 


Saturday, July 24, 2010

Photoshoot malam...

Hah, konon-kononnya semalam nak buat photoshoot, sendiri bikin photoshoot, hanya berbekalkan kamera murah tuh, dengan semangat yang mmbara dan suasana malam yang disinari dengan neon di serata pokok di bandar Kangar ni.

Tapi kan dah sampai kat Kangar masing-masing dah ready, cuma macam tak sesuai lak tempat, hmm pusing sana sini tak mau jadi juga, last2 ingat nak balik lah, tgk adik Anieq macam dah ngantuk je.. hmm tapi pusing2 aje lah, skali sampai depan perodua nampak ada air pancut kat situ.. haa boleh lah lepak2 sambil main kamera, dalam setengah jam kat sini balik saja lah , adik Anieq dah mula meragam juga Athirah yang dah tak terkawal.. adeh la..