Tuesday, January 31, 2006

Gong Xi Laya lagi ma...

Hari ni masih lagi aku cuti, dan besok aku keja balik la.. emm dah puas aku beraya dan duit pon dah menyiput, hah baru nak ingat nak keja, sebenarnya ada dua tige benda nak citer tapi tak dan lagi la, nanti aku kemaskinikan entry baru yer, aku ni singgah jap kat opis, bukak bilik pasal ada owang datang cuci, so aku nak chow lah ni, pi kat pasao jap...

Saturday, January 28, 2006

Menjelang Gong Xi Fa Cai..

Hari ni, menjelang raya cina.. aku masihkat tempat keja, orang lain dah dalam mod bercuti akan ngan kekawan aku yang lain masih lagi bertugas, hai ingatkan leh cuti ka, sambung dengan cuti yang sedia ada.. nak jadi 5 hari cuti, panjang dah tu.. tapi akhirnya aku cuti 4 hari, ok lah tu.

Emm yang bestnya mem aku cuti panjang, panjang betul, dari semalam dia dah stat cuti, so tak yah la aku nak berulang alik nak gi amik di. Yang bestnya, dua ari ni aku tak yah makan kat kedai, balik makan kat umah, best ooo.. dah lama aku angankan nak makan macam tu, tapi dah sesama keja, sabo aje lah. Kang buatnya dia tak mau keja, leweh bahu aku...

Hari ni, kak aku balik bercuti bersama dengan anak2 dia sekeluarga, em meriah jadinya nanti, tak ler sunyi sangat kat umah aku tu, kalau tak sunyi beno, terutama kak aku yang sorang tu, bila balik aje anak menakan dia, em makan pon jadi lalu, beselera la... emm kebetulan si az sang penunggu kat joe punya blog tu pun balik kampung jugak, heh jenuh la si RN tu dok menjodohkan kami, mencari suratan atau kebetulan (KRM) .. aper2 pon RN jangan mare tapi teruskan dengan statistik tu yer kang kita bentang tengok, relevan ke tak..? :))

Dan.. tu dia aku merapu lagi, tadi nak kata tak dak idea, tapi dah mula pegang keyboard, dia masuk idea yang bukan-bukan. aku ada setengah jam gi lagi ni, kak aku pon rasanya dah sampai kat Gurun.. kang sampai lah tu, dengan depa kata masa tepon tadi, jemm tak sangga kot highway.. anyway semoga depa selamat sampai umah no..

Dan kepada kekawam sumer yang mengenali aku, secara sengaja@ tak sengaja, rela @tak rela... & so on , aku nak mengucapkan selamat bercuti, selamat berjalan, selamat di perjalanan walau kemana pon destinasi kalian, selamat bergembira dan bersuka, moga jangan menjadi tragedi.. dan selamat sumer.. ni aku nak roger n out until next entry.

wasalam
kuala perlis..
ps.. sori la entry kali tunggang terbalik... aku ngantuk tahap cipan tua la, tersengguk2 masa dok menaip tadi.
----------------------------------------------

menjelang gong xi edisi awal pagi..

.. huh benar sungguh tanggapan aku, balik ajer anak menakan aku ni, jadi meriah ngan tiba-tiba umah ni, dengar suara tangisan, ketawa dan keletah mereka memang hilang sunyi, sungguh terhibur rasanya, mem aku pon aku tengok suka-suka aje dok melayan anak menakan, siap leh tolong potong kuku, suap nasi kat bebudak tu, happy je aku tengok...

Emm esok aku ada program nak pi penang sat, mem aku ni tengah mengidam nak makan sotong kangkung, isk kalu si RN ni balik penang leh juga ajak dia tunjuk kat mana stall sotong kangkung yang tersedap di penang nih, oh ya mak dn pak mentua aku pon nak ikut sama, lega aku, aku pon bukan tau sangat jalan kat area penang ni, kalau pak mentua aku ada leh dia aje tunjukkan jalan, senang, kalau nak senang lagi, dia yang drive.. lagi la lega aku, yelah bukan sesapa yang dia nak tolong, menantu dia gak kan? , bukan sapa nak senang anak depa gak kan..
em ok la, aku nak tido dah la, ngantuk pulak dah ni..

batu 5, 2.00pagi,
gong xi fa cai...

Wednesday, January 25, 2006

SKT: Hish boringnyer aku

Hari ni macam biasa aku sampai kat opis dalam pukol 9.15 pagi, selepas anto mem aku gi keja baru la aku sampai, em bila aku sampai je, aku tgk sunyi je, oo rupanya memba aku ni pi Kangar, mungkin dia pi tulis attendent untuk bulan ni kot, maklum la dah ujung bulan, tentu orang dah nak buat gaji, kang kalau lambat tulis, owang akaun marah, kekawan pon marah, pasai kerana sowang yang lain pon lambat dapat gaji, for us tak de menda la pasai kitaorang permanant, gaji ni dari tengah bulan dah siap.

So tinggai la aku sowang, em aku round sepusingan dua kawasan ni, tgk ok jer.. tapi.. isk owang repair tandas tu tak mai la, kang tak pebaik juga la tandas ni, mesti harum semerbak lagi la dalam library ni, heh kalau korang nak tau, kat dalam library ni macam-macam bau ada, yang wangi tu ok la, yang tak best nya kalau bau asyem nya,, uhh ilang selera makan seminggu, emm kontraktor ni pon cap ape tah, pasang jamban pon tak pandai, atau terlebih pandai nak save budget punya pasai sampai kat 's-shape' ( owang kontarktor tentu tau panggil apa - korang pahamkan apa yang aku maksudkan?, alah s shape yang ada air bertakung tu, tak bagi bau naik keatas..) kat mangkuk jamban pon dia tak pasang, tu yang semerbak beno tu lebrary ni...

Dalam kol 11 lebih kot, jep admin kat kangar tepon, ada mesyuarat untuk sumer kakitangan permenant akan diadakan pada pukol 3. Isk yang memba aku tak balik lagi ni, emm perut manja aku pon dah membisik pelan2 bak angin timur menghembus syahdu di pagi hari, menyampai mesej kelaparannya. Tiba2 si Heri dari bahagian sumber maklumat lak call, "Petang ni orang dari KTAK akan sampai nak hantar komputer, jangan pi mana, tolong terima barang!", aghhhh! parah ni, kang meragam perut manja aku ni, sapa nak jawab? Tiba-tiba, zupp!! Memba aku sampai balik, huhh lega, boleh la aku pi cari makan dan makan sekali.... dan tiba-tiba sekali lagi, lori yang nak hantar komputer tu pon sampai juga... huhh berturut-turut tiba-tiba, dan berturut-turut sampai.. pastu tu depa bawak turun barang, dan pasang sekali, emm meja, rack, printer rack, komputer dan bermacam-macam kepihai lagi la.. sumer siap dah kol 3 lebih dah, so aku check jer berapa barang yang sampai dan sign borang penerimaan (DO?).

Dalam kol 3 lebih, aku bertolak la ke Kangar, dalam pikiran aku cuba2 jugak la dok cari apa la usul yang nak dibincangkan, pasal KOLA ka, pasai reshuffle bahagian ka? Emm dah sampai kat bilik mesyuarat tu, tgk hanya ada 2 -3 orang je baru, alah biasa la, kol 3.30 lebih baru nak mula.. pastu bos masuk, isu utama yang di bincangkan ialah pasal SKT ni, alah meluat dan boring nye aku, ntah pasal apa ntah, tahun ni aku malsa sangat nak mulun, nak ikut skt. Ye la bukan pasai apa, kang kalau dapat baik pon kalau SUK tak lulus tak leh naik pangkat dan gaji jugak, hmm buat frust aku mulun je.. Ikut kat bos, kebanyakan dari staf tak detailkan bahagian Pencapaian Sebenar Sasaran Kerja Tahunan, pasal tu takder sokongan untuk dinilai.. sokongan bukan dari pegawai Penilai tapi, takde senarai kerja2 dan sasaran kerja yang di lampirkan, oo kang kena buat balik lah ni, uhhh tensionnyer, kena siapkan sebelum kol 12 tgh esok, dan aku dah tak der idea ni.. huh jenuh la ni..

Lelain isu tak der la, kola ka, reshuffle ka, takde la... em pastu dah abis mesyuarat, tgk jam dajh kol kol 4.30 lebih, hhmm elok2 je aku nak gi amek mem aku dari tempat keja dia, sampai jer kat library kola, tgk2 laaaa... kawanku ni dah balik, aik aik awalnya.. jam aku baru tepat2 kol 5.30, aku tanya gat dah lama ka dia balik, dia kata baru jer dalam 5 minit, isk haru betul, aku tgk pintu sumer dah berkunci, uih ni mesti dia perambat bebudak tu suruh balik ni, alahai kawan aku ni berkira beno la, tadi dah aku smskan kat dia, "*****, ari ni macam biasa" , maksud aku, aku akan sampai balik mcm biasa la, dalam kol 5.30... emmmm, takkan disalah paham kot? memang le keja dia samapi kol 5.30, kalau aku lambat pon tak leh ka tunggu sat, atleast tanya aku dah ada kat mana? Ni dia tibai balik terus, dan kunci abis sumer pintu.. alahai kalau macam ni susah aaa...

Sunday, January 22, 2006

Aku kelu lagi...


Dah beberapa hari takde entry, ntah la aku jemu la, plus aku takde idea... tapi yang jelasnya laptop yang aku dok usung siang malam ni dah serabut, manyak sangat error messege yang naik... tapi ntah macam mana pagi ni, aku teringat nak download msoft update.. tiba-tiba ok lak.. jadi korang jang lah berputus asa dengan aku, aku off kejap kang ada idea aku sambung another entry yer....

Wednesday, January 18, 2006

Blackout....

Lega.. akhirnya habis juga kursus, emm leganya bukan kerana aku tak suka dengan kursus ni,
aku suka sangat, malahan dah lama aku inginkan kursus ni, semenjak kali pertama aku nampak
webpage yang ada extension php. Aper kebenda la aku ingat, aku penah copy satu page dan
redesign balik guna html, tapi tak elok pon. Pastu penah juga aku buat server php ni, aku
copy sumer file yang di perlukan, kejap je aku pakai tapi tak puas ati juga dan akhirnya
dapat juga ilmu phpnuke ni, serba sedikit tu aku dah dapat gambarannya, macam mana nak setup sumer tu, macam mana nak redesign balik aktive page dia.. dan dapat juga perbetulkan idea aku, yang selama ni aku ingat php ni baik dengan linux semata.. tapi ari ni tau lah aku,
guna windows pon boleh, senang juga dengan ikon2 yang lagi menarik dari windows..nanti la,
aku kan set kan satu server kat kuala perlis nanti, walaupun tak leh publish keluar, kat
satu network library pon dah cukup. Opss... pasal apa aku lega? takyah la dok antor bini aku awal... tak ler kalut idup aku.

Hari ni sebenarnya aku malas nak meraban ( megheben, mericau - bercakap tak ketahuan,
macam-macam).. ada bebarapa sebab sebenarnya, pertama aku letih sangat.. yer lah seharian
aku dok ngadap komputer, bukan setakat mengechat, tapi banyak pakai wotak oooo.. bukan
sesenang tu juga php ni.

Keduanya sebab blackou... opss la dah ada balik pon letrik, baru aku nak sebut blackout dah
ada, panjang umur TNB nih..

ok lah aku tido dulu..
esok aku keja balik macam biasa la...

Tuesday, January 17, 2006

I make that Nuke!

Emm dah lama aku tak masuk apa-apa kursus, rasanya sepanjang tahun lepas memang tak der kursus pon, mungkin kerana tahun lepas aku sibuk dengan urusan sendiri dan juga masalah keluarga,dan juga membina keluarga sendiri maka tak sempat aku nak berkursus apa... (..ops ada juga satu kursus.. kursus kahwin.. tapi tak melibatkan keja.. so tak kira la..).

Now tahun ni, aku bermula kembali program berkursus, emm tak tau berapa kursus yang aku boleh hadiri tahun ni, pasal pasnih payah gak nak keluar, ye lah dah ada baby payah nak berjalan-jalan. So, hari ni aku mula berkursus, kursus pembangunan web dengan mengguna open source, PHP Nuke dan bebarapa program lagi, so far aku rasa ok jer programme ni, dulu penah aku memandai install sendiri dan jalankan server tu sendiri, jadi tapi too complicated, sekarang ni dah tak compicated sangat dah, jadi mudah aku nak catch up dan pasni leh aku apply secara kecil-kecilan kat Kuala Perlis, mungkin banyak gunanya nanti.

ok tak mau meraban malam ni, nak tido awal, besok bangun awal, kena hantar mem pi keja awal la, pasai kursus mula awal.

Sunday, January 15, 2006

Fantasi Aku : ide memblog


Tadi, aku ada bagitau yang aku suka citer Doogie Howser MD lakonan Neil Patrick Harris, korang tau pasal apa? Heh dari sini la aku dapat first idea apa itu blog atau pada masa tu tahun 1988 rasanya dikenali sebagai life journal, yer la masa tu at the end of siri tu dia akan mengabadikan peristiwa yang terjadi pada hari tu dalam life journal of doogie howser md.. waaa aku dah teringin sangat nak buat macam tu, tapi aku mana lah tau, tak kenal mengenal dengan software2 macam tu, komputer pon baru lagi aku kenal.. rasa nya baru 3 tahun aku kenal komputer, mana ada lagi internet, micrsoft pon tak kenal lagi, yang aku tau, printshop, wordstar dan program basic.. itu jer, emm masa tu aku dah tingkatan 4, awalnya cikgu tak nak kasi aku masuk kelab komputer tu, pasal aku failed math.. tapi aku tebalkan muka aku, aku simpan malu aku, aku gi jumpa cikgu tu, Er Cikgu Abdul Razak Halim, sekarang dia kat Jabatan Pendidikan Perlis dah.. aku sanggup merayu nak masuk kelab komputer tu.

Emm masa tu kebanyakan kawan-kawan aku tak kenal pon ngan komputer, diorang tak der idea langsung, apa le manatang nyer komputer tu, korang tau sapa yang ngajar aku dan bagi first idea pada aku pasal komputer ni, hee.. hee ini sumer aku tengok kat tv, citer yang best dan memang menarik perhatian aku ialah.. The Six Million Dollar Man, Combat, Space 1999, Buck Rogers and The 21st Century dan macam-macam cite sains fiksyen.. wahh aku dah siap leh angan2 nak guna komputer masa tu, rasa nya citer tu dalam tahun 1979. Space 1999 ni tahun 1979..

Ni aku sambung sikit.. sememangnya aku suka part nih, mejadi nostalgia kepada ku sekeluarga
malahan lapisan masyarakat pada masa tu, bukannya apa sangat tapi memikirkan pada waktu tu, kampung kami masih belum ada bekalan elektrik, masih jauh dari pembangunan. Tapi keluarga pak menakan aku ni, punya la kreatif, dia amik kepala kobota (pembajak kecil.. dan masih di pakai sampai sekarang, pasal harga dia lebih murah dan ringan, jadi bendang tak dalam..) pada mas tu di jadikan sebagai generator, jadi malamnya tak la dia sekeluarga bergelap, pastu di belinya tv, hah gah la sekampung jawabnya,.. malam2 dalam kol lapan datang la orang
kampung nak tgk tv, yang dekat dan jauh datang la berpuak2, semata2 nak tgk tv, masa tu
time filem melayu jer ramai la yang datang, selain tu kalau filem hindustan, Tilawah
alQuran, wrestling memang menjadi pujaan ramai.

Kami sekeluarga pon tak lepas peluang la, sanggup bejalan dalam sekilo setengah kilometer,
semata mata nak tengok tv... dah tu malam-malam lak, kalau kena musim macam ni fuhh sonok oo sejuk dengan angin timur, dan bulan pon terang benderang.

Sangkelu Another day's off

Sesungguhnya.. banyak yang aku nak katakan.. banyak yang aku nak masukkan dalam ni, tapi entah kenapa aku mengalami syndrome idea yang amat kekeringan, mungkin juga sekering cuaca di perlis sekarang ni, amat kering .. semenjak dari lepas dari banjir ari tu , ujan dah mula mengurang dan kini dah muka kering kontang, kalau air kat dalam parit kat depan umah aku melimpah ruah ari tu, kini dah mula mengering, kat sawah-sawah tanah dah mula merekah sana sini, walaupon padi masih belum di tuai. Tapi best nya musim ni, angin nya tetap sempoi, sepoi-sepoi bahasa kadang kala menjadi kuat, seindah seperti di gambarkan pujangga.. itu penangan winter wind di perlis. Mungkin disebabkan banjir tahun ni, maka takde la pesta mengemping kot tahun ni..

Hari ni cuti minggu, takde banyak keja sangat aku nak buat, cuma kalau leh aku nak basuh keta, nak siram pokok, nak gi makan kenduri, emm korang tau kenduri ape.. hah korang kenalkan Jamsari Sapiean yang jadi keeper Selangor tu, kan dia baru dapat anak sulong,, emm baby girl gitu, emm err lupa lak,keluarga sebelah mertua dia ni dok kat kampung di belakang umah aku, dan ada juga bau2 bacang masak dengan keluarga aku dan juga keluarga mem aku (.. kecik gak dunia ni kan?) jadi tau juga citer sikit2.. so mungkin dia nak buat kenduri aqiqah kat sebelah sini lak kot, isk baik jugak Jamsari ni ye.. tapikan malam tadi dia kendurikan gol lak kat Perlis, kan? Tapikan aku tak dapat nak pegi pon kenduri tu, mem aku tak sihat la pulak.. yer lah ape nak buatkan?

then petangnya, emm dah ok la pulak mem aku ni, so kita bawak la mak mentua aku tu pi buat spek mata, mata dah tak berapa clear nak pi ngaji kot..(heh.. baik juga menantu dia ni.. no.. ) Dah abis buat spek mata kami pi Beseri lak, mak mentua aku ni nak gi tengok cucu dia anak kak ipar aku).. emm perut dia membengkak, ntah apa kena, asyik kentut dan sendawa je, kata kak ipar aku da pi x ray kat KMC.. aku tgk kat xray tu mmeg nampak la bengkak dia tu (isk.. macam la aku tau tengok.. emm teringat lak citer Doggie Howser MD suatu masa dulu, minat betul aku citer tu, sekarang dah tak der, jadi kau tgk House-Astro 17 - cite lebih kurang macam tu gak), ikut kata kak ipar aku tu, mungkin jadi masa kecik, tapi tak leh kesan, dah besar baru nampak, doktor dah bagi ubat makan, lebih habiskan ubat tu kalau tak ok jugak kena operate.. isk nak operate buat aper ye, emm aku kena balajar lagi la dengan Doktor House tu...

Dalam pukul 7.30 malam kami bertolak dari Beseri dan singgah kat masjid Putra untuk semayang Maghrib, Aku suka sangat masjid ni, ada ciri-ciri rumah melayu lama.. ( emm isk kalau la aku bawak mak aku sendiri lagi best.. tapi nak buat macam mana, dah tak de jodoh mak aku dengan masjid tu, walaupon dia teringin nak pi dulu..). Dalam kol 8 malam lebih kami sampai la kat Sg Padang, emm pas hantar mak aku, amik ikan haruan kering sikit..(emm abik betol mak mentua aku ni).. kami balik la.. perut dah lapo la you..

Thursday, January 12, 2006

Hati yang kuchiwa

Arghhh.. dah seminggu aku tak masukkan entry, bukan takde cerita, tapi aku dengan tak semena jadi borings sangat nak masukkan entry.. huh dampai kan citer raya pon tak de.. hish apa la aku ni, mesti ada orang tunggu entry kan, mesti ada yang rindu, dah la tak dapat nak online waktu siang, apa-apa pon sempena ari raya yang masih ada sikit lagi ni aku aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari sumer, kalau ada yang salah dan silap, terkasar bahasa, tersalap taip, tersalah tujuan.. he hhee kekadang tu kang telajak rel gak kan..?

..nanti aku sambung..

Thursday, January 5, 2006

Dari jauh ku menanti.. bila kan sampai masanya?

So, hari ni masih lagi aku kesepian, kesepian dari dunia internet, kesepian dari kekawan yang aku tak penah jumpa bersemuka, tapi kekawan yang amat dekat di hati dan sentiasa ada di depan mata, hari ni mem aku dah ok, dah boleh pegi keja, jadi routine harian aku bermula kembali, pagi hantar kak aku gi keja balik amik mem pastu hantar dia pegi keja lak, dan balik ke Kangar sebentar, ada mesyuarat penyelenggaraan bangunan, well tak banyak benda baru yang akan berlaku (.. emm apa yang aku harap? ler semoga satu bilik server dan system yang dah stabil .. tapi nampak gayanya masih jauh lagi.. ), tak per lah. sekurang2nya masih ada perkembangan yang berlaku. Habis mesyuarat aku balik ke Kuala Perlis, sebelum tu aku sempat download beberapa program bagi membolehkan aku transfer gambar dari phone ke laptop ni.. so nanti ada la gambar balik. Ni kira satu perkembangan la kan?.

Balik ke Kuala Perlis masih perkara biasa yang berlaku, cuma aku di beritahu ada satu syarikat datang buat servey nak masukkan Streamy kat perpustakaan ni.. ok la, mungkin lebih cepat dari yang aku jangkakan leh online. Anyway, komputer masih lom di bawa kesini. dan nampak nya aku kena berkepit di, dengan laptop ni lagi la..

(ni kada bahagian kanak-kanak)

hah ni kat tingkat atas

Pengguna kat sini masih ramai lagi ( yer la bagi sebuah rural library macam ni, dah kira ramai la!) dah dua hari menjangkaui 130 orang sehari.. not bad la.. penuh sesak la kat bahagian kanak-kanak( biasa nya bahagian paling ramai..).


ehh ni ada sowang awek cun lak kat sini, staff baru ke? isk tak de la, nih pratical trainee dari UiTM Shah Alam, Library Science.

ok la dah ngantuk ni...
kang sambung lagi la..
sangkelu 01:35hrs

Wednesday, January 4, 2006

Sunyinya tanpa internet..

Hari ni dah hampir seminggu aku tak berinternet di siang hari, rasa terpinggir lak dari ols semua. Tapi nak buat apa kan, demi tugas.. (ewaaahh.. baik nye) terpaksa lah aku korbankan. Dah 3 hari aku berada di Kuala Perlis, sememangnya aku terputus hubungan dengan dunia luar.. pergi ke tempat baru macam ni memang la tak der telefon, takder internet.. tapi nasib baik la ada juga hanphone nyer line, kalau tak terputus terus.

3 hari terkurung di sini juga aku jadi tak menentu, asyik teringat internet saja.. pasal tu pepagi tadi aku singgah kat Kangar awal2 pagi dengan harapan nak guna internet, leh jugak buat entry ke, baca entry ke.. tapi internet lak down.. so putus terus harapan aku. Anyway yang best nya ari ni aku dapat laptop satu, lega juga la. Walau tak de internet, ada laptop pon jadi la, leh jugak aku create keja.

Oleh kerana kat Kuala Perlis tak de line, so malam ni aku set kan supaya internet leh guna kat laptop ni, walau pon aku guna diumah, atleast ada jugak sedikit harapan. So pada kekawan sumer selamat la berinternet, ingat lah daku dalam ke internetan kalian, aku kat sini masih melahu.. so good bye for now, aku dah sakit kepala dah ni.. nak tido la, semalam mem aku demam, dengan aku sekali tak leh nak lena.. bye askum.

Monday, January 2, 2006

Hari pertama keja di tempat baru

Hari ni ada lah hari pertama aku keja kat tempat baru, perpustakaan cawangan Kuala Perlis, em macam biasa bila buka aje tempat baru, makin banyak la keja kena buat, macam-macam perkara kena buat balik, malahan barang kerperluan asas pun belum cukup, abaldi, sejadah, bakul sampah penyapu sumer nya belum lengkap lagi, kalau nak komputer tu jauh lagi la, so buat masa ni aku cuma berinternet di rumah aje la, anyway ok lah pasal kedatangan pengguna boleh dikatakan menggalakkan juga, ada la dalam 50 orang, 25 orng kanak-kanak, 19 belia dan 9 dewasa. Untu sebuah perpustakaan di luar kawasan tumpuan, aku rasa quite ok la,, emm mungkin pasal ari ni lum sekolah lagi, ramai jugak pengguna, seawal pagi ( ikut waktu perkhidmatan la, dah ada 3, 4 bebudak.., hah kiranya ada potensi la tu.

Tak banyak entry aku leh masukkan pasal masa terhad. So sabo je lah tak dapat aku nak masuk entry yang panjang2 kelu aku di buatnya.

Sunday, January 1, 2006

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun baru.. kepada semua, keluarga aku, kawan-kawan aku, kenalan, maupun peminat aku (yarghhh!! pasan nyer!).. di tahun baru ni, aku harap kita sumer akan lebih maju ke hadapan.. lebih berwawasan dan juga lebih murah rezeki.. tapi ada satu maju ni aku tak nak, tapi dia mai juga.. isk perut aku ni la, mencanak-canak je naik.. heh pasal yer? mungkin umur dah bertambah kot, mungkin pasal kurang workout kot, emm yer lah aku kena figure out macam mana nak buat nanti..

Tahun baru yang ni, sebenarnya dalam tahun baru ni, banyak perkara yang akan terjadi pada aku, yang terhebat aku rasa buat masa ni, InsyaAllah kalau diizinkanNya.. dan aku menanti dengan penuh harapan dan debaran, akhirnya aku akan bertukar status lagi.. ya aku akan bertukar status menjadi sorang ayah.. (emm atau abah, bapak, daddy.. err apa lagi yer..?).. aku amat-amat bersyukur atas limpah kurniaNya ini, hidup aku yang terasa sedikit malap dulu.. kini aku harap akan kembali bersinar..

Selain dari itu, sempena tahun ni juga aku berubah tempat bertugas lagi, emm walaupun mengikut kata orang atas (pejabat la..), mungkin aku di tukarkan sementara,tapi aku rasakan mungkin dah tiba aku menetap pada suatu tempat, senang aku nak set sesuatu perkara yang boleh aku laku kan.

Well.. bila sebut tahun baru mesti perkara ni tidak terlepas dari disebut, AZAM TAHUN BARU!.. heh aku pon mau tak mau kena sebut juga la.. kan aku kena berubah, dah nak jadi pak budak.. takkan nak dok macam tu juga kan. Jadi azam tahun baru aku tahun ni aku tak mau banyak la.. jadi yang lebih realistik la.. antaranya, tentu lah mau jadi sorang suami dan ayah yang terbaik kepada kepada isteri dan anak ku nanti, lainnya seperti aku kata awal tadi, aku nak cuba buat sedikit workout la, dah melampau sangat perut aku ni, kalau boleh tak nak bagi dia subur sangat.. kenak cuba la, kang aku jugak tak sihat. Selain dari tu.. kalau berkemampuan aku akan cuba nak upgrade kehidupan lagi, yer lah sampai bila nak dok kat takuk ni je kan..? Aku tak kata nak mengejar kemewahan, tapi kurang-kurangnya lebih baik dari keadaan sekarang, bukan aku terlalu susah, maupun nak jadi sorang yang materialistik, tapi aku kenak terima hakikat bahawa tahun ni keluarga aku makin bertambah, makin banyak tanggungjawab nak menyara anak dan mem aku.. so munasabah aku kena upgrade kan? soalnya macam mana?.. uhh..soklan cepumas...

...nih sambung dari entry yang lepas ni

Itu lah orang-orang tua pernah berkata, langit tak selalu cerah, kadang kadang mendung akan berarak jua, sinar hidup yang aku sangka akan terang berpanjangan rupanya akhirnya malap jua... pada 26.5.05 ibu ku yang tersayang kembali menghadap ilahi, pemergian yang amat mengejutkan dan secara tiba-tiba itu amat menyayat hati kami semua.. bukan sahaja kami sekeluarga malah kawan-kawan dan juga anak-anak muridnya. Ibu ku meninggal disebeabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Paginya sebaik sampai ke rumah selepas menghantar kakak aku ketempat keja macam biasa, aku di beritahu yang ibu ku penat (lelah), sepengetahuanku ibuku tak pernah menghidap asthma.. ini yang menyebabkan aku tak sedap hati dan membuat keputusan nak terus menghantar ke hospital. Dalam masa dia dan isteriku berpakaian tu, sempat juga telefon jiran yang berhampiran memberitahu keadaan mak aku tu, so masa nak keluar ke hospital tu, dah ada dua tiga orang jiran yang datang menjenguk, so lepas tu terus aku drive ke hospital. Aku sampai kat hospital dalam kol lapan, terus ke bahagian emergency hospital Tengku Fauziah, Kangar. Selepas setengah jam kat situ, di dipindah ke wad CCU untuk rawatan lanjut. Dalam kol 11.30 kakak ku pon dah sampai dari tempat kerja. Kami kemudian di panggil doktor dan menerangkan bahawa mak ku di serang penyakit jantung dan keadaan dia agak akut, doktor tu cakap dengan keadaan mak ku yang dah berusia 70 tahun dia akan cuba sedaya upaya nak menyelamat nyawa mak ku.

Dalam pukul 1.00 keadaan mak ku dah stabil, dah boleh bercakap walau agak penat lagi, topeng oksigen pon masih dipasang dan banyak lagi wayar-wayar yang dipasang di tangan, jari dan badan ibuku. Tapi masih boleh bercakap lagi. Habis masa melawat, ada dua tiga orang sedara dan adik beradik datang nak berziarah, tapi tak leh masuk, jadi bertanya khabar kat luar CCU aje la. Menjelang masa melawat petangnya dalam kol 4.30petang dah makin ramai yang datang nak melawat, ye lah memang mengejutkan sumer orang, pasal selama ni mak aku tak penah masuk wad pon, jadi bergilir-gilir kami masuk melawat mak, hanya 2 orang sekali masuk je, keadaan mak baik masa tu, topeng oksigen dah digantikkan dengan tiub sahaja, malahan tak membimbangkan kami pon, dan mak sendiri sentiasa cuba tak nak bagi kami bimbang, sentiasa senyum, malahan masih boleh bercakap dengan baik, "tak de apa-apa la, cuma penat sikit aje, esok baik la", itu la ungkapan mak yang sering meniti di bibirnya pasa masa tu, abis tu memang kami tak de nak bimbang apa-apa, sampai la petang abis masa melawat pon aku masih ada kat CCU, keadaan memang seolah nak bagi peluang pada aku untuk bersama mak sepuasnya, aku sempat bersembang, tanya keadaan dia dah tu di suruh aku urut belakang dia, sumer aku buat, cuma satu je tak sempat, nak bagi mak makan nasi, dia ada minta tapi masa nak gi amik dah tak leh masuk dah, masa aku nak keluar aku pandang mak pastu terus aku keluar, masa nak tolak pintu tu aku terperasan mak angkat kepala dan memerhatiku keluar, sememangnya aku tak duga, sangat-sangat tak duga yang bertembung pandangan buat kali yang terakhir...

Dalam pukul 11.30 malam kakak ku dari Shah Alam sampai anak beranak, tak ada apa yang nak boleh di lakukan, kakak aku nak masuk melawat pon tak boleh, ye lah dah lewat malam, kebetulan orang ramai lak, jadi nu tak bagi masuk nurse-nurse kat situ tak bagi masuk la. Jadi kakak aku dok kat luar aje la, sampai kol 12.30 ker kol 1 macam tu kami suruh kakak aku tu balik umah la, kesian lak kat bebudak tu nak tido, nak tunggu pon buat ape kan? Semalaman aku, mem aku, kakak aku dan abang aku, berjaga menanti di luar bilik CCU tu, selain kami ada juga dua tiga keluarga lagi yang menanti ahli keluarga mereka. Dengan cuaca yang sejuk, tidur beralaskan tikar plastik, dengan nyamuknya, lampu yang tak di padam maka sememangnya aku tak dapat nak tido, selain dari tu sebab utama sebenarnya aku takut, aku taku kalau pintu bilik CCU di buka dan memanggil salah dari kami dan mengkhabarkan berita buruk, malahan dalam pejam mata aku seolah terdengar bunyi pintu di buka.. adus seksanya aku rasa masa tu.. tapi entah bila masa aku terlelap juga.......

Ada lebih kurang sejam lebih kot aku tertido, dah masuk waktu subuh dah, lepas kakak aku pergi sembahyang, aku ngan mem aku lak amik giliran, lepas sembahang subuh dan berdoa agar kesihatan mak agar pulih macam sedia kala, aku dan mem aku keluar dari kawasan hospital kejap, nak cari nasik lemak buat sarapan, ketika aku patah balik ke wad CCU tu aku tengok kakak dan abang aku dok melilau cari kami, bila kami sampai je kakak aku bagi tau yang sakit mak kembali dan bertambah teruk! Aku segera masuk ke wad CCU, yang memang dah dibuka untuk kami sebagai waris emak masuk, dan aku dapati keadaan mak dah nazak, apa lah aku yang kerdil ni leh buat, sedangkan doktor yang bertauliah pon dah tak boleh berbuat apa-apa, aku hanya dapat berbisik pada mak agar mak mengucap dan sentiasa ingat pada Allah. Akhirnya, apa yang aku takuti, apa yang aku tak nak berlaku, akhirnya berlaku juga, mak aku di jemput ilahi dalam pukul 7.30pagi, hari Khamis.Ibuku selamat di kebumikan pada jam 3.00petang.. lepas tu suasana kat umah aku dah tak sama seperti biasa...

.. akhirnya aku dapat habiskan entry yang paling susah dan paling lama aku amik masa nak siapkan, tapi ada lagi la, nanti aku sambung lagi.....!