Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, October 31, 2006

sibuk sepanjang minggu


Emm dah beberapa hari takde entry,
Ye lah macam biasa,
Tak der menda nak citer,
Tak sempat nak masukkan entry, dah tu lak...
Sememangnya aku sibuk...

Emm dah abis satu keja, tinggai lagi satu keja..
Stat minggu ni aku dan sumer staf2 kat sini dah mula sibuk dengan persiapan nak merasmikan perpustakaan Kuala perlis...
Takder la manyak keja sangat nak buat, yer lah dah banyak keja dah di upah, dan juga pembahagian tugas dah di buat...
Buat masa ni.. pemasangan khemah sedang di jalankan.. so dah nampak la kesibukkan nya..

Monday, October 16, 2006

Cuti raya kensel....

Habis sudah...
It's final..
Keputusan dah di buat..
Tiada lagi rayuan...
Kata lah apa yang engkau nak kata..
Tapi tiada ada gunanya..
Kerana keputusannya adalah Final!

Maka bergerutup lah bunyi mercun..
Di selang seli dengan meriam buluh..
Juga tawa anak-anak keriangan..
Juga suara takbir..
dan suara ibu-ibu yang sibuk di dapur
bersama anak-anak dara yang menghias rumah..
Menyambut kedatangan Syawal..

Ketupat..
Rendang..
Lemang..
Kueh Mueh..
Ibu bapa..
anak-anak..
cucu cicit..
duit raya..
... menjadi korum tetap hari raya..
tanpa salah satu darinya..
sunyi dan sepi..

tanpa cuti hati ku ngeri..

Monday, October 2, 2006

Hari Mesyuarat

Hari ni penuh dengan Mesyuarat.... dari pagi sampai la petang.. Agendanya satu jer.. Perasmian Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan juga Perasmian Bulan membaca peringkat Negeri Perlis.. nampak gayanya raya tahun ni aku sibuk.. cuti juga di bekukan bermula dari 26.10 - 8.11.2006..

Habis untuk raya ni aku apply untuk 23 hari bulan jer .. cuti awal....

Emm ni Athirah dah boleh meniarap dah.. tapi bila dia meniarap siap dengan menderam2 bunyi dia.. entah la pasai apa... kot dia geram pasai nak bergerak2 kot.. isk mana leh lagi kecik gi..
Posted by Picasa

Tuesday, September 19, 2006

Abah tinggal Athirah yer..?



Sori yer Athirah, abah tinggal kejap yer.. abah pegi amik peksa.. nanti abah balik la..

Nih abah beli baju.. lawa tak?

Sunday, September 10, 2006

Waduhhh pancit pak.. pancit ..!!!


Waduh pak! pancitt!! pancit gue! Apa taknya dah setahun lebih aku tak exercise... semenjak aku kawin.. pastu sibuk ngan umah tangga aku, pastu dah dah anak.. dah lama aku tak pegi berjogging ke.. exercise apa2 ker..

Tapi hari ni.. dek kerana ada arahan bertulis (.. bertulis dan kedatangan nya di amik.. ) dan kalau aku tak pegi alamatnya kena tulis surat tunjuk sebab lagi.. ( selepas dua kali menguzurkan diri tak pegi - heh nak buat macam mana anak punya pasal la.. ) .. maka aku dengan relanya menghadirkan diri. Hehh semangat memang la semangat nak pegi.. oii dah lama tak pegi.. best la.. ! tapi aku saspen gak la.. boleh ka aku berlari balik.. ? maklum la dah tinggal lama..

So, awal nya kita mula dengan warm-up dan sedikit aktiviti kecergasan.. lepas tu baru kami berlari.. kami di tempatkan dalam 5 kumpulan lelaki dan wanita dan berlari dalai satu kumpulan la.. alah ringkasnya macam acara lumba basikal yang berganti2 tu la.. hah macm tu la kami buat.. uh perit juga aku rasa.. tapi sumer nay dalam minda kita.. jadi kena teruskan juga.. lawan dan lawan dan lawan psikologi kita..

So akhirnya sumer nya berjalan lancar.. dan cuma sorang jer yang pancit! Tu pon dah habis.. dan orang yang pancit tu
............

......

...

.....
.......
.............
...................
................
..........
........
......
....
...















nih kalau pancit maunya tersembam kat sini nih!!

bukan nya aku... haa! haa! haa! berjaya .. berjaya ... merdeka.. merdeka!!!

Friday, July 14, 2006

Sekitar Kembara Ilmu kat KL


Yeah.. 12 - 14 Julai aku out station.. pergi ber kembara ilmu bersama peserta kembara ilmu 2006... destinasi kami ialah KL Convention Centre.. di situ lah peserta kembara ilmu dari seluruh negara berkampung. Perjalan kami ke KL memang lancar.. dengan staff library lebih kurang 15 orang dan peserta dalam 20 orang menjadikan suasana dalam bas memang agak selesa. Perjalanan kami lancar.. Alhamdulillah tiada sebarang masalah yang timbul... tapi yang kecik2 tu ada juga.. tapi biasa la kan..mana ada yang betul2 perfect..

Macam biasa keja aku adalah tanggung kamera dan peralatan yang seangkatan dengannya.. jadi tak der menda sangat dah jadi keja aku kan.. hari pertama keja kami tak de menda selepas sampai Kl checkin kat Putra Hotel berhadapan dengan IJN dan bersebelahan dengan bangunan Bangunan Persatuan Sejarah dan berhampiran dengan Perpustakaan Negara.. dekat jer.. pas checkin kita orang pergi meronda aje la.. Pertama nya kita orang singgah kat Pameran lanskap kat Tasik Perdana.. lama jugak la dok kat sana samapi kol 7 ptg.. dari tasik Perdana kami bertolak ker Cyberjaya.. singgah kejap jer kat dataran tu dalam 20 min pasal sumer dah lapar.. so singgah kat Alamanda jer dinner kat situ.. emm sempat juga dua tiga puak gi shopping... aku?.. window shopping jer la..

Hari ke dua .. kita ada pelepasan peserta dan lawatan ke perpustakaan KL.. dok kat situ sampai la kol 12 tengah hari. pastu ada lawatan ke perpustakaan digital Majlis Perbandaran Subang Jaya.. sampai kol 3 petang.. dah letih balik terus ke hotel.. yang tak best nya kena tukar hotel lak.. pasal hotel tu di tempah utk 1 malam jer.. tapi tak sumer kena pindah.. kebanyakan yang kena pindah ialah staf library... emmm so kami checkout dari hotel putra pastu ke hotel selesa kat jalan TAR.. tgk macam selesa tapi aku tak leh lena lak malam tu.. bantal dia keras sangat... malam tu sempat juga merayau pi Chow Kit.. gk2 jer la.. tak tau nak beli apa..
Hari ke tiga baru la diadakan perasmian kempen membaca.. ada Dato Hishamuddin dan juga Rais Yatim.. aku ingat nak buat liputan jarak dekat jer so aku pegi menempek kat konti.. sekali kena marah dengan tourist yg dok sebelah tu pasal menggangu pandangan dia.. heh hampeh.. lepas amik some footage aku belah la.. pas aku naik balik kat memba2 aku aku nampak ramai lak wartawan lain dok kat situ.. pehh padan muko dia.. dalam kol 12 abis la.. dan kami bertolak balik dalam kol 3ptg dan sampai umah dalam kol 1 pagi..

The End

p/s.. hehh kalau dah update pepagi bebuta jadi macam ni la... jangan marah chek nooo... ngantuk dah ni...

Tuesday, July 11, 2006

Cuti Lagi...

Yop.. ari ni aku cuti la.. saja aku cuti.. nak bawak anak dara aku tu pi checkdoktor... nampak gayanya pusat dia tu tak nak betul2 lega lagi.. masih ada sedikit lebihan yang tanggal ari tu, emm memula aku pegi kat Klinik Kuala Sanglang pastu depa hantar mai kat SOPD Kangar.. emm bila sampai jer pas amik no giliran... masuk la ngadapa doktor tu.. pas dia belek sana.. dia cakap tak der apa2.. cuma lambat kering sikit.. dia kat biar dulu kang lepas 2 minggu kalau tak ok datangpulak.. dah siap buat appointment lagi... em tak pa lah nak buat macam mana kan .. anak tu!!!!

opss!!
Ari ni aku cuti.. besok ikut rombongan pi KL.... sampai la ari jumaat ni.. jadi hampir seminggu tak masuk keja... hurrayyy!!!!!!

Tuesday, July 4, 2006

Cerita dari Kembara!

Akhirnya selesai sudah... program kembara yang di jalankan sudah tamat dengan jayanya. Kembara yang bermula dari Kangar membawa kepada Tambun Tulang kemudiannya ke Padang Siding, seterusnya ke Batu Bertangkup, kemudiannya ke Paya Kelubi merupakan pengalaman yang amat berharga kepada para peserta.. juga membawa beribu kenangan buat Fasilitator juga cabaran buat penganjur dan juga jawatankuasanya.

Sudah semestinya setiap sesuatu pengalaman memerlukan pengorbanan.. bak wang ringgit, keringat dan peluh, maupun masa dan komitmen. Pengalaman banyak mengajar.. sesuatu yang dirancang dan halusi macam mana pon dek pengaruh yang tidak dapat ditolak dan di duga maka sesuatu kejadian dan peristiwa memang tidak dapat di sangka dan di sangkal.

Sunday, July 2, 2006

Kembara Ilmu 2006


Huhhh.. sibuk betul la dengan kembara ilmu nih... pelbagai destinasi dan pelbagai tempat yang di terokai, malahan pelbagai ragam dan pengalaman yang dapat di cakupi... apa pun aku amat letih.. tak der ide... keja kau tak berat tapi letih.. dah macam macam yang aku buat.. tangkap gambar.. jadi Faci.. jadi polis trafik.. dan tah apa2 lagi..

Monday, June 5, 2006

Full House...


Waaa.. semalam ramai la yang mai guna internet kat sini.. penuh .. full house.. hehh jarang2 jadi macam ni mungkin berkat dapat tambahan komputer sebanyak 3 buah lagi, dan komputer yang lain pon berfungsi sepenuhnya.. so crowd la jadinya kat tempat ni...

Friday, April 14, 2006

Melukis

Emm.. dah lama aku tak update.. dah berdebu.. tu la asyik dok komplen dan asyik dok ingatkan orang lain pasal blog depa yang berdebu.. last last blog aku yang berdebu.. malah dah mula di makan bubuk(?).. nasib baik la belum di hinggap anai-anai.. aku sibuk sikit sekarang ni.. maklum la aku dok kat HQ memang kena manjang la,macam2 kena buat.. aku kena taip surat la.. kena buat homepage.. kena jadi cameraman la.. isk dahsyat aku ni.. kereja yang tak menentu ni..

Macam aku kata tadi la.. kerja yang tak menentu.. jadi petang nya aku kena pulak pi amik gambau.. emm tempat nya dekat Perpustakaan Kuala Perlis.. aku rasa ni lah first time dia orang buat aktiviti.. yer la perpustakaan pon baru di buka.. peminjaman buku pon dah bermula.. aku rasa setakat ni pengguna ni ramai juga la.. tapi yang aku nampak tu bebudak la yang paling ramai.. selain tu perkhidmatan internet untuk kanak-kanak pon dah ada.. di bawah projek USP..

Abis jer program tu aku balik terus la.. kang satu keja lak aku kena berulang pi mai pi mai...

Monday, March 13, 2006

Mengelu 2 minggu, berbicara dalam sehari

Dah lama aku tak memblog ni kan? Entah la pasai apa, kadang kadang aku rasa macam takdak idea saja.. kadang kadang aku ada idea tapi malas lak nak menaip.. kekadang tu aku melengung aje apa la aku nak masukkan dalam blog aku ni, yer la kalau dulu boleh juga aku tulis ikut adap aku je, pasal aku sorang je yang tau, tapi ni haa dah ada sowang dua yang dok ngadap jadi tak leh la nak tulis tak ketahuan, tak best la kan.. kena jaga jugak kan?

Dua minggu ni memang aku agak sibuk, mana dengan pesta buku ari , pastu pesta kebudayaan perlis lak.. jadinya dah dua minggu aku tak cuti, dan kemuncaknya aku keletihan dan mau tak mau terpaksa gak aku amik cuti kemarin.. Aku ingat aku nak rangkulkan sumer dua minggu ni dalam satu blog ni aje lah..

Expo buku

Sepanjang minggu lepas, termasuk sabtu dan ahad aku memang sibuk, ada expo buku .. jadi macam biasa la, keja aku tangkap gambo je, macam la aku pandai sangat tangkap gambo tu, aku pon tak reti sangat nak tangkap gambo ni.. ada la dulu tu aku terai sekali dua.. nak jugak rasa macam mana nak jadi cameraman nih.. sekali bos tau dan nampak aku, terus kena tangkap da.. pastu kalau ada apa2 function aku la yang kena tangkap gambo.. aku kena dengan sorang abg ni, dia ni keja PAR, tapi merangkap dreba dan juga tukang tangkap gambo.. biasa nya dia amik gambo still aje.. aku pegang video cam.. kadang aku pon amik gambo still jugak.. dak kadang2 tu aku pegang dua2 sekali.

Tujuan expo ni aku rasa la lebih kepada nak cari modal untuk buat program untuk aktiviti kelab perpustakaan.. dia nya main event tahun ni adalah untuk pergi Sabah untuk program Sukan Perpustakaan Se Malaysia.. aku rasa dalam bulan April ni diorang pergi la.. dengar kata ada sponsor utk tiket penerbangan, pastu campur dengan duit untung expo buku.. uhh leh la.. lepas kot untuk bayar yuran sukan.. aku tengok budget diorang tu tinggi juga kalau nak ke Sabah tu.. penerbangan pergi balik dan duit yuran penyertaan maunya dah dekat RM900 jadi maunya kena ada 1500 la pegi dengan senang ati nya.. tu kalau sowang kalau aku pi berdua..? mana aku nak korek sampai manyak tu.. tak pe la lom ada rezeki lagi aku nak pi ke sana..

Berbalik pada expo buku tadi, aku rasa expo ni berjaya juga tapi kurang meriah la, ntah pasai apa, kalau masa aku mula-mula keja dulu, cuku meriah, macam macam program yang kami jalankan.. ada program untuk kanak-kanak, untuk belia, untuk pelajar2 yang nak menduduki periksa.. emm aku dulu memang happy je manjang, macam macam program terlibat, siap kena buat program nyanyian untuk bebudak kelab perpustakaan (walaupun aku sendiri tak reti nak nyanyi..), aku kena juga adakan program teater.. kalau nasib tak baik aku sendiri kena belakon jugak.. isk masa tu sumernya ok.. aku tak kesah.. yer lah masa tak de commitment aper2.. masa tu aku bujang trang tang tang.. nak balik lewat malam pon tak kesah.. laa dah sampai mana aku ni, berbalik pada expo buku ni , mungkin juga pasai kurang promosi.. dah tu aktiviti pon kurang aku rasa yang tu penyebab utama.. lain lain tu ada la juga masalah berbangkit juga kot. Apa pon semuanya berakhir dengan selamatnya.. dan aku tak cuti pon sepanjang m inggu tu. Aper nak buat dah keja.. kan?

Pesta Permainan Tradisional.

Dah pasal hari ahad dan sabtu aku keja, aku ingat ujung minggu ni aku leh cuti la.. yer la.. penat juga kalau keja lebih masa ni, keja lak tu siang dan malam.. lagi la penat.. so ari senin aku masuk keja macam biasa la.. tapi dah ada angin2 cerita dari kawan2 aku yang katanya nak kena buat pameran pulain yang leh pi untuk buat pameran.. aku cool je la, aku bukan di bahagian pameran.. lagi pon ramai lagi staff baru yang ada, boleh di expose jaga pameran, bebudak praktikal pon ada kan? Mai keja ari selasa, depa dah dok pakat panggil sesapa yang terlibat dengan pameran masuk mesyuarat. Aku pon kena la juga,, isk tak leh cuti lagi la.. macam biasa la aku kena jadi cameraman dan juga kena jaga pameran juga.. isk haru laa... Secara dasarnya, program ini ada lagi membudayakan kembali permainan tradisional seperti toi (galah panjang?), batu seremban, congkak, jengkek (teng2), sepak raga ratus dan yang paling best ialah tangkap ikan pakai tangan. Dalam banyak2 acara ni tangkap ikan ni lah yang paling meriah sekali, pesertanya ada la dalam 200 orang, tapi penontonnya dalam 800 orang ada la.. penuh sepanjang jalan tu.. meriah betul, tua muda dan kanak-kanak berkejaran menangkap ikan, yang tak best nya cameraman pon kotor jugak bila peserta berkerumun nak tangkap ikan.. fuh meriah betul la.. emm kalau nak kira tu mana nak ada ikan kan bila dah musim kemarau macam ni, tapi diorang pam masuk air dalam sawah, pastu masukkan ikan dalam sawah tu.. ada sowang abang tu dapat ikan keli 3 kilo lebih beratnya.. besar dan panjang ikannya.. macam ikan plotan lak.. (ikan plotan?: korang cari la apa menatangnya!). Kiranya abg tu lah yang jadi pemenangnya..

Kiranya best jugak program ni.. dah slogan dia pon 'terkenang semasa dulu'.. memang pon aku memang terkenang masa aku budak2 dulu, aku pon penah juga tangkap ikan dulu, tahan taut tengah2 malam, mancing puyu, buat belat, tahan pelompat, mandi sungai, main aci atas pokok, tu adalah antara aktiviti aku masa bebudak dulu. Ada pun program permaianan tradisional ni berakhir jam 12.00 malam yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh MB.

Kemalangan
Dalam masa tengah sibuk dengan program itu ini juga aku dikhabarkan yang salah seorang kawan aku ni telah mendapat eksiden. Sebenarnya kawan aku ni dulu penah keja disini tapi awal bulan dua hari tu dia mela kerja di SOCSO kat Langkawi, tapi selalu juga dia balik mai sini.. masa hari kejadian tu dia on the way nak pi Kuala Kedah nak hantar kereta dia ke Langkawi dengan feri kargo, entah macam mana, kereta yang dia bawak tu terbabas ke sebelah sana jalan dan melanggar sebuah MPV Citreon secara berdepan, kawan aku ni patah ke dua belah kakinya.. tapi alhamdulillah yang lain2 sumernya ok.. ketanya memang rosak teruk la, MPV tu pon teruk jugak.. kesian aku tgk abg tu sekeluarga, depa on the way pi Padang Besar dari Bagan Serai Perak, 2 anaknya patah tangan, kena masuk wad jugak.. yang lain2 tu minor aje la..

Kenduri..

Laaa.. cuti sekolah dah bermula.. maknanya musim kenduri pon mula lagi.. banyak gak panggilan sampai kan tak sumer yang leh aku nak pegi.. yer la aku ni kan keja.. yang mana dekat2 tu leh la aku singgah.. nak buat macam mana kan? Tapi yang mana2 penting tu terpaksa la aku cuti gak.. bahkan semalam pon aku cuti pegi makan kenduri sama.. pi tolong2 sikit lebih kurang apa yang patut, pastu aku balik la..

p/s: ada banyak gambau aku nak masukkan tapi blogspot tak nak terima so.. nanti aku
masukkan

Friday, March 3, 2006

Opss.. camera man mana tu..?



Hello.. dah seminggu aku tak update blog nih.. nak buat macam mana aku sibuk.. aku sibuk jadi pak pacak ni haaa.... nanti la aku update ye..

Saturday, February 25, 2006

Extra Entry

Hari ni ada extra entry lak... apa tak nya semalam bagus je aku cuti ari ni macam mana nak kira tah.. dah kena mai keja jugak.. nanti la aku claim.. sebenarnya ada orang dari GITN datang setup komputer dari KTAK ari tu la..alah yang kat Caawangan Kuala Perlis tu, sebenarnya memang dah leh guna.. tapi aku buat jadi illegally la.. pakai library punya akaun so boleh guna kira ok la.. hari Isnin ari tu orang dari telekom datang buat final check dan sahkan sumer dah ok.. setup eumer jadi tak yah pakai akaun library lagi dah.. sumer connection terus dari KTAK dan GITN.. tak yah dah pakai streamyx library punya gi dah.

Ari ni dia orang datang buat final check pastu pasang dia pun UPS, dan juga pelekat sticker untuk inventory.. hah yang tulis Hak Kerajaan Malaysia tuh. hari ni juga kawan aku tu, merangkap pegawai bahagian aku tu, sudah blurr aaa.. sampai tak tau sapa yang nak datang, dia bagi tau suruh stanby.. sampai kat Kangarken standby.. pastu mau tak mau aku tepon ler tanya.. kat si system person tu.. samada dia nak datang ke tak.. takder la.. dia tak datang.. so GITN saja la... ntah la member aku tu dah pening ke apa ka..

ok la tak nak meracau la.. stop la dulu

Monday, February 20, 2006

System apakah ini..?

Hari ni, sumernya ok saje... cuma ada satu masalah lagi dengan system ni, isk bila la nak selesai masaalh system ni, dah makan masa bertahun dah ni, dulu system lama tak ada la teruk macam ni, tapi dek kerana nak canggih dan trkini maka jadi lah makin compicated.. dan vendor yang buat ni pon nampaknya jadi makin pening... sebenarnya ramai yang tak puas hati dengan vendor ni, kebanyalan staff rasanya.. yer lah pertamanya attitude dia, selalunya orang yang jual barang ni akan ikut apa yang customer nak, nak kita pun bayar dari apa yang kita nak, tapi dia ni treat us macam orang yang tak tau apa-apa, then apabila kita komen dia tak leh nak accept, lepas tu bila dia buat tak jadi macam macam songeh dia.. dia salahkan network diagram le, dia salahkan pc yan lembab la.. pastu salahkan virus la.. pastu ntah macam-macam la lagi... macam tu ka nak maju..?
Isk, aku sebenaqnya dah nak givup dah dengan system ni, for the last 6 month tak banyak developement yang dia buat.. system yang dah siap ni sebenarnya masih terlalu basic.. dah macam access punya system.. dengan menu diagram yang macam carta organisasi ni.. uh aku tertanya gak adakah ini teh latest design system sekarang ni..? aku tengok sekali macam powerpoint pun ada.. kadang2 aku gelak, kadang aku keriau tengok system ni.. tension pon ada jugak... satu gi yang aku boring sangat ni, kerap sangat aku kena kutuk pasai system ni, terutama dari bekas pegawai yang keja kat sini, sekarang dia pindah pi keja kat tempat lain dan dapat lak system yang canggih, manggih dan mahai tu.. nak kata apa dia kutuk rapat la... isk aku jugak yang jadi mangsa...

Satu hal pasai vendor nih, dia punya kabel dengan bos aku memang kuat, kalau kami komplen kat bos, memang dia buat macam tak dengar je, tapi kalau si vendor nih yang komplen pasai kami, alahai cepat jer dia mesej kat kami suruh ikut apa yang vendor ni suruh, itu yang kami dah naik buring nih..

kalau lah aku ni;

terer macam bill gate ka,
macam programmer yang terkenal ka,
aku buat sendiri system ni,
aku buat macam mana yang kami semua perlukan,
ada webmail sendiri,
ada messengger sendiri,
kalau boleh biar ada OS sendiri,
bukan macam msoft,
yang makin canggih makin makan duit.

kaya,
aku akan beli system yang canggih manggih tu,
akan aku trim elok-elok,
maintain elok-elok ,
jadi satu kebanggaan lebri,
sapa yang dapat nama?
lebri jugak,
aku?
aku hanya kuli yang buat kerja saja...

Friday, February 17, 2006

Hari yang hebat!

Huh.. ari ni aku kena buat shelving .. banyak betul.. sebenarnya bukan salah orang lain salah aku jugak.. aku yang nak buat balik.. dulu aku penah shelving kat bahagian ni.. pastu dah asyik berpindah randah aje aku ni.. so dapat kat orang lain.. dia lak tak jaga, tak maintain elok-elok, so habuan aku la.. kan ke hebat keja aku hari ni?

Esok aku cuti.. ntah la apa aku nak buat.. ingat pagi aku dok sorang.. sama da aku tido atau aku akan cari keja.. tapi kalau nak tanam jagung tak leh lagi.. tanah masih keras piang.. walau pon ujan turun.. tapi masih merekah lagi.. ok la.. kang jmp ari senin..

Wednesday, February 15, 2006

Aku dan tempat baru


So.. aku dah pindah kat tempat baru.. sedikit sibuk aku, pasal tempat baru, dah tu banyak juga re shuffle yang kena buat, kena la tolong menolong sikit kan..
Keja aku tak susah sangat la kali ni, aku cuma jaga perkhidmatan internet, kena buat maintenance apa yang patut dan jug akena tengok-tengokkan System Server dan juga Web Server..

Tuesday, February 14, 2006

Setinggi Bangau Terbang Akhirnya ke Belakang Kerbau juga hinggap

Akhrinya.. dah sebulan lebih kat Cawangan Kuala Perlis ni.. segala teka teki yang bermain di library ni terjawab jua, aku kan berangkat pulang jua ke HQ, dengan misi yang aku belum tahu, dengan suasana yang aku tak tau juga, dengan teman-teman baru jua. Em hari tu ada la masuk staff baru, ada pegawai, ada pembantu ada juga pembantu am rendah.

Aku pon tak tahu lagi apa bidang tugas ku yang baru ni, walau hati ku berat mengatakan yang aku kena concerntrate dengan servis internet, pastu ken alook after library server dan system sekali, dan juga seperti biasa 5% nya kerja-kerja lain yang diarah dari masa kesemasa. Dengar kata tahun ni bajet lebat untuk aktiviti, mungkin tenaga ku juga diperlukan untuk buat aktiviti sempena pesta buku dan juga aktiviti2 lain.

So, sesuai lah kerja aku mengadap komputer, jadi aku kena mengadap pengguna yang nak guna internet sekali. Until perkembangan terbaru, aku akan wrap out dulu tugas aku kat Perpustakaan Cawangan, dan kalau ada apa yang bersangkutan kemudian aku akan datang lain nanti. Jadi aku wrap dulu keja aku kat sini.. nanti esok baru tau apa yang akan terjadi.

<---rewinddd-------<
....actually dulu aku penah keja di tempat ni, suatu masa dulu dalam 8-10 tahun lepas aku penah handle bahagian hypermedia ni, aku penah buat brochure, aku buat pamphlet, aku buat poster and other, aku jugak buat website guna html.. pure html.. than aku guna netscape gold.. pastu aku juga ada belajar basic networking, ie.. pctcp.. aku buat cabling pakai bnc cable.. aku kerabat dinding aku pakai prinsip cuba dulu pastu baru tanya,.. sebenarnya aku takde basic langsung pasal sumer ni, tapi aku hanya tau sedikit pasal komputer, dan akhirnya aku kena buat semuanya.. dan kerana aku betul2 perah kepala otak aku ni sampai it limit, sampaikan blood pressure aku melambung.. aku tak sangka jugak akan jadi macam ni...

Friday, February 10, 2006

Episod Kelu.. again & again...

Huh dah lama benor aku tak update.. lam asungguh, rasa nya semenjak cuti raya cina ari tuh, hah tu la panjang sangat cuti, sampai tak tau aper yang dah terjadi pada aku. Emm sebenarnya takder apa sangat yang jadi pada aku for last 2 week, biasa2 je.. so tak tercerus sebarang minda nak ku garapkan kat sini, sekrang pon masih takde nak tulis apa sebenarnya, cuma dah selalu sangat tengok kat sini asyik yang tu aje, buring gak kan? .. ( aku ni asyik ingatkan aku je tak upadate.. ada owang tu tak update2 lagi.. semenjaka hari senayan bila ntah...)

Masuk minggun ni maka makin menjadi tua lah aku, tambah setahun lagi, moga tua aku ni bukan la tua umuq semenda, kalau leh nak juga tua perangai, tua kematangan dan sumer sumer yang berkaitan la.. yer lah maklum la, dah makin tua ni, makin banyak lak tanggungjawab, dan this year tanggung jawab pun akan bertambah lagi, so better be ready la... emmm bercakap pasal tambah tanggungjawab ni, mem aku ni dah sarat dah, dah masuk minggu ke 22, baju dah kena buat lain la, bak kata owang, dah tukau uniform.. InsyaAllah bulan 6 ni, new kid(s?) on the blog akan sampai, moga2 makin berseri lah mahligaiku nanti, moga tak sunyi lah lagi, dan bermacam-macam moga lagi. Aku bersyukur sangat doa ku di makbulkanNya juga, dan planning aku tercapai jua hendaknya.
So, balik dengan tugas aku seharian.. emm dengar ura2 nya aku akan migrate lagi la... nampak gayanya akan balik ke Kangar la, kononnya aku diperlukan kat sana pulak.. isk aper la kau ni, asyik kena main tarik2 je.. kang bersepai la badan aku kena tarik.. apa pon sbo jer lah dulu, nanti aku tgk apa yang leh buat...
-------------------------------------

(footnote)
emm sebenarnya aku masih lum ada idea nak tulis apa sekarang ni, tapi ada satu insiden yang aku rasa aku nak masukkan kat sini, just not to komplen tapi just nak rekod kan kat sini ajelah, minggu ni aku kurang berpuas ati sikit la dengan memba aku ni, kurang senang pun ia jugak, aku nak komplen lebih pon tak leh juga pasai aku pon terlibat juga, tapi aku rasa dia lebih sangat, ok ari senin tu aku cuti, teman mem aku pi check perut, esoknya bila aku sampai je kat opis, dia tak der lak, patutnya dia ada la pasai dia masuk awai, aku tengok ada dua tiga orang dok tunggu, sowang user ntah dari mana mai nak studi, pastu ada 3 owang vendor dari KTAK mai nak setup komputer yang depa bawak ari tu, isk segan jugak aku bila owang mai umah tapi tuan umah takdok, bila aku tanya 'gat' dia kata kawan kau ni pi Kangar, entah la atas urusan apa.. tapi dia balik dalam kol 1.45ptg bersama majalah bulan ni, ok fine, aku accept.. dia ada reason!
Second, ari Jumaat, dia langsung tak masuk pagi ni, yang aku tau dia pegi hantar yuran kat Kangar, sepanjang pagi tak balik, kol 3 lebih baru dia masuk kerja, hmm aku jugak yang buka lebri dan aku juga yang bukak sumer aircon.. umm bayangkan sepanjang pagi dia ilang... sepanjang pagi, takkan la nak pi bagi duit yuran sampai ilang sepagi dan terus masuk petang.. then ari ni, dah la masuk kol 9 lebih, dah tu rehat lak dari pukul 12.30 sampai 2.30 lebih, uhhh nasib badan la aku nih... nasib baik ada pak 'gat' tuh leh la cover sat, leh la aku pi cari makan! Nih lah nasib aku, kerana aku nak mintak tlg ubah shift, mintak tolong cover aku waktu petang pasal nak pegi amik mem aku kat tempat keja, amik shift balik lewat tiap ari.. adus fenin aku.. tension aku.. tapi nak wat macam mana kan.. ?
:-..add in..
sebenarnya aku tension dari siang tadi..
malahan masa dia mai keja petang tadi pon..
aku dah tak tahu nak kata apa dah..
pas tu nak taip kat pc dia ada kat sebelah..
so balik umah dah lewat..
pasal singgah kat umah mertua, terus lajak makan nasi kat sana..
jadi mau tak mau.. dah tengah malam macam ni la..
baru aku dapat mem blog kat sini..
jom la.. dah nak tido..
mem pon sah belayar ntah kemana..
aku baru nak pasang kelambu....................
3.00am
12/2/06

Wednesday, January 25, 2006

SKT: Hish boringnyer aku

Hari ni macam biasa aku sampai kat opis dalam pukol 9.15 pagi, selepas anto mem aku gi keja baru la aku sampai, em bila aku sampai je, aku tgk sunyi je, oo rupanya memba aku ni pi Kangar, mungkin dia pi tulis attendent untuk bulan ni kot, maklum la dah ujung bulan, tentu orang dah nak buat gaji, kang kalau lambat tulis, owang akaun marah, kekawan pon marah, pasai kerana sowang yang lain pon lambat dapat gaji, for us tak de menda la pasai kitaorang permanant, gaji ni dari tengah bulan dah siap.

So tinggai la aku sowang, em aku round sepusingan dua kawasan ni, tgk ok jer.. tapi.. isk owang repair tandas tu tak mai la, kang tak pebaik juga la tandas ni, mesti harum semerbak lagi la dalam library ni, heh kalau korang nak tau, kat dalam library ni macam-macam bau ada, yang wangi tu ok la, yang tak best nya kalau bau asyem nya,, uhh ilang selera makan seminggu, emm kontraktor ni pon cap ape tah, pasang jamban pon tak pandai, atau terlebih pandai nak save budget punya pasai sampai kat 's-shape' ( owang kontarktor tentu tau panggil apa - korang pahamkan apa yang aku maksudkan?, alah s shape yang ada air bertakung tu, tak bagi bau naik keatas..) kat mangkuk jamban pon dia tak pasang, tu yang semerbak beno tu lebrary ni...

Dalam kol 11 lebih kot, jep admin kat kangar tepon, ada mesyuarat untuk sumer kakitangan permenant akan diadakan pada pukol 3. Isk yang memba aku tak balik lagi ni, emm perut manja aku pon dah membisik pelan2 bak angin timur menghembus syahdu di pagi hari, menyampai mesej kelaparannya. Tiba2 si Heri dari bahagian sumber maklumat lak call, "Petang ni orang dari KTAK akan sampai nak hantar komputer, jangan pi mana, tolong terima barang!", aghhhh! parah ni, kang meragam perut manja aku ni, sapa nak jawab? Tiba-tiba, zupp!! Memba aku sampai balik, huhh lega, boleh la aku pi cari makan dan makan sekali.... dan tiba-tiba sekali lagi, lori yang nak hantar komputer tu pon sampai juga... huhh berturut-turut tiba-tiba, dan berturut-turut sampai.. pastu tu depa bawak turun barang, dan pasang sekali, emm meja, rack, printer rack, komputer dan bermacam-macam kepihai lagi la.. sumer siap dah kol 3 lebih dah, so aku check jer berapa barang yang sampai dan sign borang penerimaan (DO?).

Dalam kol 3 lebih, aku bertolak la ke Kangar, dalam pikiran aku cuba2 jugak la dok cari apa la usul yang nak dibincangkan, pasal KOLA ka, pasai reshuffle bahagian ka? Emm dah sampai kat bilik mesyuarat tu, tgk hanya ada 2 -3 orang je baru, alah biasa la, kol 3.30 lebih baru nak mula.. pastu bos masuk, isu utama yang di bincangkan ialah pasal SKT ni, alah meluat dan boring nye aku, ntah pasal apa ntah, tahun ni aku malsa sangat nak mulun, nak ikut skt. Ye la bukan pasai apa, kang kalau dapat baik pon kalau SUK tak lulus tak leh naik pangkat dan gaji jugak, hmm buat frust aku mulun je.. Ikut kat bos, kebanyakan dari staf tak detailkan bahagian Pencapaian Sebenar Sasaran Kerja Tahunan, pasal tu takder sokongan untuk dinilai.. sokongan bukan dari pegawai Penilai tapi, takde senarai kerja2 dan sasaran kerja yang di lampirkan, oo kang kena buat balik lah ni, uhhh tensionnyer, kena siapkan sebelum kol 12 tgh esok, dan aku dah tak der idea ni.. huh jenuh la ni..

Lelain isu tak der la, kola ka, reshuffle ka, takde la... em pastu dah abis mesyuarat, tgk jam dajh kol kol 4.30 lebih, hhmm elok2 je aku nak gi amek mem aku dari tempat keja dia, sampai jer kat library kola, tgk2 laaaa... kawanku ni dah balik, aik aik awalnya.. jam aku baru tepat2 kol 5.30, aku tanya gat dah lama ka dia balik, dia kata baru jer dalam 5 minit, isk haru betul, aku tgk pintu sumer dah berkunci, uih ni mesti dia perambat bebudak tu suruh balik ni, alahai kawan aku ni berkira beno la, tadi dah aku smskan kat dia, "*****, ari ni macam biasa" , maksud aku, aku akan sampai balik mcm biasa la, dalam kol 5.30... emmmm, takkan disalah paham kot? memang le keja dia samapi kol 5.30, kalau aku lambat pon tak leh ka tunggu sat, atleast tanya aku dah ada kat mana? Ni dia tibai balik terus, dan kunci abis sumer pintu.. alahai kalau macam ni susah aaa...