Saturday, February 25, 2006

Extra Entry

Hari ni ada extra entry lak... apa tak nya semalam bagus je aku cuti ari ni macam mana nak kira tah.. dah kena mai keja jugak.. nanti la aku claim.. sebenarnya ada orang dari GITN datang setup komputer dari KTAK ari tu la..alah yang kat Caawangan Kuala Perlis tu, sebenarnya memang dah leh guna.. tapi aku buat jadi illegally la.. pakai library punya akaun so boleh guna kira ok la.. hari Isnin ari tu orang dari telekom datang buat final check dan sahkan sumer dah ok.. setup eumer jadi tak yah pakai akaun library lagi dah.. sumer connection terus dari KTAK dan GITN.. tak yah dah pakai streamyx library punya gi dah.

Ari ni dia orang datang buat final check pastu pasang dia pun UPS, dan juga pelekat sticker untuk inventory.. hah yang tulis Hak Kerajaan Malaysia tuh. hari ni juga kawan aku tu, merangkap pegawai bahagian aku tu, sudah blurr aaa.. sampai tak tau sapa yang nak datang, dia bagi tau suruh stanby.. sampai kat Kangarken standby.. pastu mau tak mau aku tepon ler tanya.. kat si system person tu.. samada dia nak datang ke tak.. takder la.. dia tak datang.. so GITN saja la... ntah la member aku tu dah pening ke apa ka..

ok la tak nak meracau la.. stop la dulu

Friday, February 24, 2006

Hujung Minggu

Yeah.. hujung minggu datang lagi.. aku tak de menda nak update sangat ni.. cuma esok aku cuti.. yer lah ni la cuti kali pertama ari sbtu keja.. nanti la aku update nanti..

Wednesday, February 22, 2006

Hilang!

Waaa.. dua hari aku hilang..

Semalam aku amik cuti, pasal aku ingat gaji dah masuk.. dah boleh la aku pi servis kereta yang dah terlajak duenya tu, check punya check alamak! gaji belum masuk lagi la.. aduh nasib baik la aku ada bawa buku AASB, terpaksa la aku korbankan kejap duit ASB tu, nanti kena ganti balik la.. masalahnya bila la aku boleh boleh nak ganti balik ni...

Dah terlajak pergi Aloq Setaq pi servis kereta, mem aku pon amik cuti sama la, nak ikut, boleh la survey barang2 baby kata dia, emmm tapi kan dok tunggunak siap servis keta isk makan mas sampai 4 jam, dok lepak kat pusat servis la kami.. adus nasib baik la amik cuti, kalau nak keluar kejap pegi servis maunya kena warning dengan bos.

Dah siap servis keta, singgah la kat pasifik kejap ronda-ronda tengok harga baju dan barangan baby, uih mahal gak oooo... tapi nasib baik la ada satu kedai tu juai barangan baby yang murah, dua tiga barang dalam harga 5 - 15 RM, hah boleh lah... sambar juga 5, 6 barang.. abis juga seratus lebih... nampak gayanya bulan depan kena ronda lagi laa... tak leh la nak beli banyak-banyak sekali gus.. mau nya rabak poket aku.. apa-apahal pun bulan ni masih miskin lagi la aku...

Hari ni aku hilang lagi, tak le cuti cuma aku ada seminar pasal OSS.. open source system.. hari tu aku dah pegi kursus dah kan.. pastu kali ni baru masuk seminar.. isk bila la aku nak leh buat open source nih... Baru kemarin dulu aku aku dok angan pasal nak buat system sendiri, ni dah ada seminar, nampak macam aku lak yang nak kena buat.. isk...

ok la dah nak mula meraban..kang ada owang boring lak.. susah...
aku pon nak pegi sambung seminar ni,
nanti jumpa esok balik la...

Monday, February 20, 2006

System apakah ini..?

Hari ni, sumernya ok saje... cuma ada satu masalah lagi dengan system ni, isk bila la nak selesai masaalh system ni, dah makan masa bertahun dah ni, dulu system lama tak ada la teruk macam ni, tapi dek kerana nak canggih dan trkini maka jadi lah makin compicated.. dan vendor yang buat ni pon nampaknya jadi makin pening... sebenarnya ramai yang tak puas hati dengan vendor ni, kebanyalan staff rasanya.. yer lah pertamanya attitude dia, selalunya orang yang jual barang ni akan ikut apa yang customer nak, nak kita pun bayar dari apa yang kita nak, tapi dia ni treat us macam orang yang tak tau apa-apa, then apabila kita komen dia tak leh nak accept, lepas tu bila dia buat tak jadi macam macam songeh dia.. dia salahkan network diagram le, dia salahkan pc yan lembab la.. pastu salahkan virus la.. pastu ntah macam-macam la lagi... macam tu ka nak maju..?
Isk, aku sebenaqnya dah nak givup dah dengan system ni, for the last 6 month tak banyak developement yang dia buat.. system yang dah siap ni sebenarnya masih terlalu basic.. dah macam access punya system.. dengan menu diagram yang macam carta organisasi ni.. uh aku tertanya gak adakah ini teh latest design system sekarang ni..? aku tengok sekali macam powerpoint pun ada.. kadang2 aku gelak, kadang aku keriau tengok system ni.. tension pon ada jugak... satu gi yang aku boring sangat ni, kerap sangat aku kena kutuk pasai system ni, terutama dari bekas pegawai yang keja kat sini, sekarang dia pindah pi keja kat tempat lain dan dapat lak system yang canggih, manggih dan mahai tu.. nak kata apa dia kutuk rapat la... isk aku jugak yang jadi mangsa...

Satu hal pasai vendor nih, dia punya kabel dengan bos aku memang kuat, kalau kami komplen kat bos, memang dia buat macam tak dengar je, tapi kalau si vendor nih yang komplen pasai kami, alahai cepat jer dia mesej kat kami suruh ikut apa yang vendor ni suruh, itu yang kami dah naik buring nih..

kalau lah aku ni;

terer macam bill gate ka,
macam programmer yang terkenal ka,
aku buat sendiri system ni,
aku buat macam mana yang kami semua perlukan,
ada webmail sendiri,
ada messengger sendiri,
kalau boleh biar ada OS sendiri,
bukan macam msoft,
yang makin canggih makin makan duit.

kaya,
aku akan beli system yang canggih manggih tu,
akan aku trim elok-elok,
maintain elok-elok ,
jadi satu kebanggaan lebri,
sapa yang dapat nama?
lebri jugak,
aku?
aku hanya kuli yang buat kerja saja...

Sunday, February 19, 2006

Petang di hujung minggu...






Lega rasanya.. dua hari aku bercuti.. walau pun aku tak semapt nak buat apa2 tapi aku rasa lega gak bila boleh bercuti. Boleh jugak aku release tension aku nih.. emm tapi bercuti di pertengahan dan hujung bulan ni takde la menarik sangat, maklum la gaki belum masuk, fulus kena kontrol la, kang kalau fulus dah mengempis kang, hah nak makan apa? keta sapa nak boh minyak... jawab..!.. jawab! sapa gak nak susah kan.. aku jugak....

Hari sabtu tu, paginya aku dok sorang je lah, dah kak aku pegi keja, mem aku pon pegi keja.. jadi takder nak buat apa.. aku tido la.. kejap tgk tv.. pastu tido.. hah dah duduk depan tv mcm tu la citernya.. tengahharinya pegi amik kak aku, pasal dia keja sekerat ari , then pas semayang pegi lak amik mem aku pegi makan kenduri, amik ngan kak dia dan anak menakan dia sekali. Lepas makan kenduri kat Taman Melati dekat dengan Bukit Keteri, baliknya kami singgah kejap umah Pan Ndak aku kat Tmn Bunga Padi, kol 6.00 lebih kami balik la.. On the way balik singgah lak jap kat Kuala Perlis..

Emm lam agak tak singgah kat sini, aku tengok tempat makan baru yang dekat ngan laut tu dah bukak.. ramai gak orang singgah kat situ.. emm tempat ni berhadapan dengan Hotel Brasmana... cantik gak tempat dia, makanan pon banyak, harga dia emm boleh tahan kalau pandai cari kedai.. kemudahan asas seperti tandas dan surau juga disediakan.

Emm kalau suka tengok sunset.. best tempat ni...














Friday, February 17, 2006

Hari yang hebat!

Huh.. ari ni aku kena buat shelving .. banyak betul.. sebenarnya bukan salah orang lain salah aku jugak.. aku yang nak buat balik.. dulu aku penah shelving kat bahagian ni.. pastu dah asyik berpindah randah aje aku ni.. so dapat kat orang lain.. dia lak tak jaga, tak maintain elok-elok, so habuan aku la.. kan ke hebat keja aku hari ni?

Esok aku cuti.. ntah la apa aku nak buat.. ingat pagi aku dok sorang.. sama da aku tido atau aku akan cari keja.. tapi kalau nak tanam jagung tak leh lagi.. tanah masih keras piang.. walau pon ujan turun.. tapi masih merekah lagi.. ok la.. kang jmp ari senin..

Wednesday, February 15, 2006

Aku dan tempat baru


So.. aku dah pindah kat tempat baru.. sedikit sibuk aku, pasal tempat baru, dah tu banyak juga re shuffle yang kena buat, kena la tolong menolong sikit kan..
Keja aku tak susah sangat la kali ni, aku cuma jaga perkhidmatan internet, kena buat maintenance apa yang patut dan jug akena tengok-tengokkan System Server dan juga Web Server..

Tuesday, February 14, 2006

Setinggi Bangau Terbang Akhirnya ke Belakang Kerbau juga hinggap

Akhrinya.. dah sebulan lebih kat Cawangan Kuala Perlis ni.. segala teka teki yang bermain di library ni terjawab jua, aku kan berangkat pulang jua ke HQ, dengan misi yang aku belum tahu, dengan suasana yang aku tak tau juga, dengan teman-teman baru jua. Em hari tu ada la masuk staff baru, ada pegawai, ada pembantu ada juga pembantu am rendah.

Aku pon tak tahu lagi apa bidang tugas ku yang baru ni, walau hati ku berat mengatakan yang aku kena concerntrate dengan servis internet, pastu ken alook after library server dan system sekali, dan juga seperti biasa 5% nya kerja-kerja lain yang diarah dari masa kesemasa. Dengar kata tahun ni bajet lebat untuk aktiviti, mungkin tenaga ku juga diperlukan untuk buat aktiviti sempena pesta buku dan juga aktiviti2 lain.

So, sesuai lah kerja aku mengadap komputer, jadi aku kena mengadap pengguna yang nak guna internet sekali. Until perkembangan terbaru, aku akan wrap out dulu tugas aku kat Perpustakaan Cawangan, dan kalau ada apa yang bersangkutan kemudian aku akan datang lain nanti. Jadi aku wrap dulu keja aku kat sini.. nanti esok baru tau apa yang akan terjadi.

<---rewinddd-------<
....actually dulu aku penah keja di tempat ni, suatu masa dulu dalam 8-10 tahun lepas aku penah handle bahagian hypermedia ni, aku penah buat brochure, aku buat pamphlet, aku buat poster and other, aku jugak buat website guna html.. pure html.. than aku guna netscape gold.. pastu aku juga ada belajar basic networking, ie.. pctcp.. aku buat cabling pakai bnc cable.. aku kerabat dinding aku pakai prinsip cuba dulu pastu baru tanya,.. sebenarnya aku takde basic langsung pasal sumer ni, tapi aku hanya tau sedikit pasal komputer, dan akhirnya aku kena buat semuanya.. dan kerana aku betul2 perah kepala otak aku ni sampai it limit, sampaikan blood pressure aku melambung.. aku tak sangka jugak akan jadi macam ni...

Friday, February 10, 2006

Episod Kelu.. again & again...

Huh dah lama benor aku tak update.. lam asungguh, rasa nya semenjak cuti raya cina ari tuh, hah tu la panjang sangat cuti, sampai tak tau aper yang dah terjadi pada aku. Emm sebenarnya takder apa sangat yang jadi pada aku for last 2 week, biasa2 je.. so tak tercerus sebarang minda nak ku garapkan kat sini, sekrang pon masih takde nak tulis apa sebenarnya, cuma dah selalu sangat tengok kat sini asyik yang tu aje, buring gak kan? .. ( aku ni asyik ingatkan aku je tak upadate.. ada owang tu tak update2 lagi.. semenjaka hari senayan bila ntah...)

Masuk minggun ni maka makin menjadi tua lah aku, tambah setahun lagi, moga tua aku ni bukan la tua umuq semenda, kalau leh nak juga tua perangai, tua kematangan dan sumer sumer yang berkaitan la.. yer lah maklum la, dah makin tua ni, makin banyak lak tanggungjawab, dan this year tanggung jawab pun akan bertambah lagi, so better be ready la... emmm bercakap pasal tambah tanggungjawab ni, mem aku ni dah sarat dah, dah masuk minggu ke 22, baju dah kena buat lain la, bak kata owang, dah tukau uniform.. InsyaAllah bulan 6 ni, new kid(s?) on the blog akan sampai, moga2 makin berseri lah mahligaiku nanti, moga tak sunyi lah lagi, dan bermacam-macam moga lagi. Aku bersyukur sangat doa ku di makbulkanNya juga, dan planning aku tercapai jua hendaknya.
So, balik dengan tugas aku seharian.. emm dengar ura2 nya aku akan migrate lagi la... nampak gayanya akan balik ke Kangar la, kononnya aku diperlukan kat sana pulak.. isk aper la kau ni, asyik kena main tarik2 je.. kang bersepai la badan aku kena tarik.. apa pon sbo jer lah dulu, nanti aku tgk apa yang leh buat...
-------------------------------------

(footnote)
emm sebenarnya aku masih lum ada idea nak tulis apa sekarang ni, tapi ada satu insiden yang aku rasa aku nak masukkan kat sini, just not to komplen tapi just nak rekod kan kat sini ajelah, minggu ni aku kurang berpuas ati sikit la dengan memba aku ni, kurang senang pun ia jugak, aku nak komplen lebih pon tak leh juga pasai aku pon terlibat juga, tapi aku rasa dia lebih sangat, ok ari senin tu aku cuti, teman mem aku pi check perut, esoknya bila aku sampai je kat opis, dia tak der lak, patutnya dia ada la pasai dia masuk awai, aku tengok ada dua tiga orang dok tunggu, sowang user ntah dari mana mai nak studi, pastu ada 3 owang vendor dari KTAK mai nak setup komputer yang depa bawak ari tu, isk segan jugak aku bila owang mai umah tapi tuan umah takdok, bila aku tanya 'gat' dia kata kawan kau ni pi Kangar, entah la atas urusan apa.. tapi dia balik dalam kol 1.45ptg bersama majalah bulan ni, ok fine, aku accept.. dia ada reason!
Second, ari Jumaat, dia langsung tak masuk pagi ni, yang aku tau dia pegi hantar yuran kat Kangar, sepanjang pagi tak balik, kol 3 lebih baru dia masuk kerja, hmm aku jugak yang buka lebri dan aku juga yang bukak sumer aircon.. umm bayangkan sepanjang pagi dia ilang... sepanjang pagi, takkan la nak pi bagi duit yuran sampai ilang sepagi dan terus masuk petang.. then ari ni, dah la masuk kol 9 lebih, dah tu rehat lak dari pukul 12.30 sampai 2.30 lebih, uhhh nasib badan la aku nih... nasib baik ada pak 'gat' tuh leh la cover sat, leh la aku pi cari makan! Nih lah nasib aku, kerana aku nak mintak tlg ubah shift, mintak tolong cover aku waktu petang pasal nak pegi amik mem aku kat tempat keja, amik shift balik lewat tiap ari.. adus fenin aku.. tension aku.. tapi nak wat macam mana kan.. ?
:-..add in..
sebenarnya aku tension dari siang tadi..
malahan masa dia mai keja petang tadi pon..
aku dah tak tahu nak kata apa dah..
pas tu nak taip kat pc dia ada kat sebelah..
so balik umah dah lewat..
pasal singgah kat umah mertua, terus lajak makan nasi kat sana..
jadi mau tak mau.. dah tengah malam macam ni la..
baru aku dapat mem blog kat sini..
jom la.. dah nak tido..
mem pon sah belayar ntah kemana..
aku baru nak pasang kelambu....................
3.00am
12/2/06