Monday, July 24, 2006

Perginya Sebutir bintang!

Actor Hani Mohsin dies

KUALA LUMPUR: Actor Hani Mohsin Hanafi, 43, collapsed and died at the low-cost carrier terminal in Sepang at 9.30am while waiting to board a flight to Alor Setar on Tuesday. Mohsin was traveling with his nine-year-old daughter Hani Karmila -- from his previous marriage to Datin Seri Tiara Jacquelina -- when he complained of chest pains before collapsing. Hani Karmila immediately called her mother, who rushed to the airport with husband Datuk Seri Effendi Norwawi. Mohsin's remains have been brought to hospital for an autopsy. Mohsin was the host of popular TV game show Roda Impian before his death. Thestar.Com

Al Fathihah , Buat beliau.. moga rohnya ducucuri rahmat dan berada disisi orang2 yang beriman... Em aku penah jumpa dia nih.. penah berlakon bersama.. hehh heehh tapi tak der la besar watak aku ni.. jadi tukang pacak dan penyemak skrin jer.. tapi tak semak mana pon pasal gambo aku ni lekat separuh2 jer.. kadang kadang lekat kaki saja.. kadang2 lekat tangan saja.. kalau badan pon lekat sebelah saja...

Aku pernah bersembang bersama beliau dan juga bebarapa orang pelakon lain la pada masa tu termasuk Pak Aziz Satar, Rahim Razali (dato'), dan dua tiga orang pelakon dan extra serta krew2 masa pengambaran Embun buat kat Perlis dulu... waa lama jugak aku ada kat situ.. siang malam.. tapi sempat pi keja .. walau pun mata dah jadi mata burung hantu.. jadinya ada juga kenangan dan pengetahuan macma mana owang buat filem..

Monday, July 17, 2006

Selamat Beradu Permaisuriku!


Isk.. aku tak puas hati sebenarnya... bukan kerana sesaper la, bukan kerana orang kat opis, kat umah maupun kat umah mentua aku... ntah hati aku cukup memberontak kali ni.. tapi pemberontakkan ini hanya terjadi dalam batin ku... bermain dalam fikiran ku.. tak der tempat nak ku luah kan.. entah macam mana aku nak luah kan.. em biar lah disini saja aku lontarkan...

Dulu pernah aku jadikan dia sebagai teman ku.. juga aku jadikan sebagai idola ku, bahkan aku jadi dia sebagai model untuk aku cari teman hidup ku, bahkan dia juga menjadi modal perbualanku, modal usikan aku.. juga modal dalam fantasi ku mencari seorang penunggu dalam hati ku..

Pernah juga dia di jadikan modal oleh teman2 ku untuk mengukur macam mana perlakuan seorang aku, macam mana citarasa seorang aku dan macam mana cara berfikiran seorang aku.. mereka menjadikan dia adalah satu target kehidupan ku.. tapi aku dari dulu cuba sedarkan diri ku dan sentiasa menyedarkan diriku bahawa mimpi ku bukan seperti yang telah di himpunkan pada ku...

Dalam setiap kekecewaan aku, aku masih beruntung kerana dia masih berdiri teguh, tetap menjadikan dia seorang 'dia'.. tidak menjadi orang lain yang kadang kala layu dalam labungan ombak sebuah kehidupan.. menjadikan aku kagum dengan semangat dia, kagum dengan kekentalan mentalitinya.. walau pun dia bukan seorang yang terpelajar.. tapi bukan juga dari third grade mentaliti..

Dalam aku mengharung kegetiran sebuah kehidupan, juga kemabukan lambungan ombak dan badai sesebuah kehidupan aku tetap melihat sirna dirinya, kesabarannya mengahadapi realiti sebuah kehidupan sedikit sebanyak memberi sedikit suntikan sirna dan aura satu kehidupan yang penuh bengkang benkok dan liku2 kehidupan yang semakin menjadi matang dan dewasa.. sedikit sebanyak memberi inspirasi juga pada ku...

Tapi...

Sayang.. sayang... sayang...

Rupanya manusia tetap manusia.. sedikit sebanyak sifat manusia akhirnya akan timbul juga.. apa pun sebagai manusia penuh dengan kekhilafan dan juga keteperngaruhan yang tidak dapat di elakkan.. juga manusia pasti akan membuat sesuatu yang semestinya mengikut sifat manusia itu sendiri.. kerana itu la manusia.. tak pernah perfect.. sememangnya manusia tak pernah perfect.. mesti di sana sini atau di situ ada sesuatu yang tak akan perfect.. tak akan sempurna.

Dan sebagai manusia sentiasa mencuba untuk mencari yang sempurna, baik mencari, berfikir, berangan malah cuba nak melakukan sesuatu yang paling sempurna bagi diri mereka, dan manusia lain pulak cuba nak menjadikan orang lain tak sempurna seperti yang di pandang mereka.. dan sentiasa tiada lah kesempurnaan dalam dunia ini kan? Sesngguhnya tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan kejadianNya .. kan?

Akhirnya setelah sekian lama, kita melihatnya sebagai sesuatu yang amat sempurna padanya, melihat sesuatu yang baik, malah berfikiran baik tentangnya, yang lebih nya ada yang menjadikannya ter lalu baik.. dan juga ada menjadikkan nya sesuatu yang terbaik.. mengangkat dan memujanya sebagai sesuatu yang baik tanpa dapat di pesongkan oleh orang lain, kerana di mata mereka dialah yang terbaik...

Di akhirnya dia sendiri memecah kemelut ini, dia sendiri mencanangnya setelah sekian lama berteka teki, malah bermain 'ketup', 'polis dan sentri', juga bermain 'toi'.. dan dengan rasminya dia mencanangkan " aku adalah manusia.. sesungguhnya aku ini manusia.." dan kerna itu dia bertindak sebagai sorang manusia.. dan pada fikirannya segala perancangan , segala rasa cinta, asmara, berahi ada lah sebagai hak seorang manusia.. dan pada pandangannya juga itu lah segala keputusan yang terbaik yang dapat di buat olehnya sebagai seorang manusia...

Jangan marah sayang!

Jangan marahi dia.. untuk apa dia di marahi, kerana kita juga manusia, dan dia juga manusia yang mana setiap manusia akan sentiasa bertindak dan berfikir dalam linkungan kesedaran sebagai seorang manusia, dan... kita juga kena ingat kita juga berada didalam ruang lingkup seorang manusia... biarlah apa jua pun keputusannya kita harus faham.. dia juga manusia dan kita kena fahami juga diri kita kerana kita juga manusia...

Tuai padi antara masak
Besok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Besok jangan rindu-rinduan

Selamat beradu permaisuriku..
Moga mimpi mu dan mimpi ku
Akan bersatu..
Dalam rindu..

Jerubu juga jadinya...


Hari ni sebenarnya aku ada cerita lain.. tapi aku terpanggil daengan cerita lain.. sebenarnya apa yang aku nak ceta ialah pasal pagi ni tetiba aku rasa ada jerebu lak.. dah lama tak jerebu sejak tahun lepas.. mesti korang ingatkan.. negara kita di landa jerubu.. terukkan sampai nak bergelap negara kita .. ini berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia negara jiran kita..
Semalam semasa bawak mem pi spital.. (dalam kol 10.00pm), on the way balik tu aku tgk langit kelabu jer.. emm pagi ni pon masih juga kaelabu.. mmg sah dah jerebu balik.. dan tengahari ni juga Siti buat pengumuman mengenai pertunangan dan perkahwinannya dengan Dato' Khalid Mohd Jiwa(?) yang 20 tahun lebih tua dari dia.. emm mungkin pasal ni lah kot jerubu jadinnya..

dan.. ini Athirah selepas sebulan 5 hari.. dah nak bukak mata.. dah pandai tgk oarang kalau bercakap dengan dia..

Friday, July 14, 2006

Sekitar Kembara Ilmu kat KL


Yeah.. 12 - 14 Julai aku out station.. pergi ber kembara ilmu bersama peserta kembara ilmu 2006... destinasi kami ialah KL Convention Centre.. di situ lah peserta kembara ilmu dari seluruh negara berkampung. Perjalan kami ke KL memang lancar.. dengan staff library lebih kurang 15 orang dan peserta dalam 20 orang menjadikan suasana dalam bas memang agak selesa. Perjalanan kami lancar.. Alhamdulillah tiada sebarang masalah yang timbul... tapi yang kecik2 tu ada juga.. tapi biasa la kan..mana ada yang betul2 perfect..

Macam biasa keja aku adalah tanggung kamera dan peralatan yang seangkatan dengannya.. jadi tak der menda sangat dah jadi keja aku kan.. hari pertama keja kami tak de menda selepas sampai Kl checkin kat Putra Hotel berhadapan dengan IJN dan bersebelahan dengan bangunan Bangunan Persatuan Sejarah dan berhampiran dengan Perpustakaan Negara.. dekat jer.. pas checkin kita orang pergi meronda aje la.. Pertama nya kita orang singgah kat Pameran lanskap kat Tasik Perdana.. lama jugak la dok kat sana samapi kol 7 ptg.. dari tasik Perdana kami bertolak ker Cyberjaya.. singgah kejap jer kat dataran tu dalam 20 min pasal sumer dah lapar.. so singgah kat Alamanda jer dinner kat situ.. emm sempat juga dua tiga puak gi shopping... aku?.. window shopping jer la..

Hari ke dua .. kita ada pelepasan peserta dan lawatan ke perpustakaan KL.. dok kat situ sampai la kol 12 tengah hari. pastu ada lawatan ke perpustakaan digital Majlis Perbandaran Subang Jaya.. sampai kol 3 petang.. dah letih balik terus ke hotel.. yang tak best nya kena tukar hotel lak.. pasal hotel tu di tempah utk 1 malam jer.. tapi tak sumer kena pindah.. kebanyakan yang kena pindah ialah staf library... emmm so kami checkout dari hotel putra pastu ke hotel selesa kat jalan TAR.. tgk macam selesa tapi aku tak leh lena lak malam tu.. bantal dia keras sangat... malam tu sempat juga merayau pi Chow Kit.. gk2 jer la.. tak tau nak beli apa..
Hari ke tiga baru la diadakan perasmian kempen membaca.. ada Dato Hishamuddin dan juga Rais Yatim.. aku ingat nak buat liputan jarak dekat jer so aku pegi menempek kat konti.. sekali kena marah dengan tourist yg dok sebelah tu pasal menggangu pandangan dia.. heh hampeh.. lepas amik some footage aku belah la.. pas aku naik balik kat memba2 aku aku nampak ramai lak wartawan lain dok kat situ.. pehh padan muko dia.. dalam kol 12 abis la.. dan kami bertolak balik dalam kol 3ptg dan sampai umah dalam kol 1 pagi..

The End

p/s.. hehh kalau dah update pepagi bebuta jadi macam ni la... jangan marah chek nooo... ngantuk dah ni...

Tuesday, July 11, 2006

Cuti Lagi...

Yop.. ari ni aku cuti la.. saja aku cuti.. nak bawak anak dara aku tu pi checkdoktor... nampak gayanya pusat dia tu tak nak betul2 lega lagi.. masih ada sedikit lebihan yang tanggal ari tu, emm memula aku pegi kat Klinik Kuala Sanglang pastu depa hantar mai kat SOPD Kangar.. emm bila sampai jer pas amik no giliran... masuk la ngadapa doktor tu.. pas dia belek sana.. dia cakap tak der apa2.. cuma lambat kering sikit.. dia kat biar dulu kang lepas 2 minggu kalau tak ok datangpulak.. dah siap buat appointment lagi... em tak pa lah nak buat macam mana kan .. anak tu!!!!

opss!!
Ari ni aku cuti.. besok ikut rombongan pi KL.... sampai la ari jumaat ni.. jadi hampir seminggu tak masuk keja... hurrayyy!!!!!!

Monday, July 10, 2006

A month and counting....

Isk cepatnya masa berlalu.. Athirah dah pon masuk sebulan.. rasanya macam baru 2, 3 ari lepas jer dia di lahirkan.. ntah la mungkin masa yang caepat berlalu, atau aku sendiri yang di tinggalkan dek masa, yer la dah minggu lepas aku sendiri sibuk sampai tak nampak dunia.. ter kejar sana terkejar sini.. sampai anak aku dah besar pon aku tak perasan..

Pagi tadi aku bawak dia pegi cucuk (isk ntah penama cucuknya ntah... kena la sejarum.. ) masa nak pegi tu hujan punya la lebat.. emm mak tuk dia yang dukung... on the way tu lena jer dia.. pastu masa timbang kena bogel la.. tak jaga pon.. timbang punya timbang dah naik jadi 4.25kg.. waa makin bertambah berat laa.. jenuh la abah dia nak dokong.. lepas timbang tu.. dah kena suntik lak.. masa tu dia dah lena balik dah.. masa misi tu cucuk jer dia nangis kejap.. pastu tido balik... hi ntah la ank aku ni asyik tido jer masa siang nih.. masa malam dia berjaga la pulak...

?alah gambar dok tidor gak.. dah tido manjang.. apa nak buat? Posted by Picasa

Sunday, July 9, 2006

Mini Twister aka puting beliung mini..

Hari Sabtu ari tu, on the way nak pi umah mertua aku..ternampak lah satu twister tu.. tak le besar twister tu.. ciput jer... emm aku cuba la tangkap gambar .. jauh jer gambarnya.. mesti korang tak nampak... pastu nak snap sekali lagi dah ilang... so aku ter ler .. pegi market kejap.. beli ikang kat mak mertua .. (hee hee baik tak aku?) dekat nak sampai market tu aku nampak ada satu lagi.. kali ni aku snap... tapi dah naik lak dia.. dapat tang ekor tu jer.. emm dah banyak tauhun aku tak nampak.. kiranya every year ada... tapi jarang la jumpa.. mungkin orang pegi laut selalu jumpa.. tak ler kuat macam kat Amerika tu.. tapi leh merosakkan bumbung rumah jugak tu... biasanya dia turun kat kawasan berair.. mak aku kata dulu dia turun angkat air naik atas.. mingkin jugak.. pasal ari dua tiga ari sebelum ni ujan lebat jer... jadi dia serap air nak ganti balik kot :) Posted by Picasa

Friday, July 7, 2006

Good Bye...


Woww.. terkelam kabut kami jadinya.. nak siap kan repot kembara ni.. isk isi nya tu boleh tahan plus ngan gambar lagi pastu compile kan kesemua kumpulan.. memang sarat la satu folder file tu.. sumer nyer jadi biol kat sini.. nak buat yang lain pi buat yang lain.. nak amik pen pi cari kertas... alah sumer nya tensionnnn.. semalam dah siap satu laporan draft yang siap di compile.. ari ni kena baut pembetulan.. dah jadi dua keja.. yang kumpulan lain dah leh bercuti tinggal kami jer lah.. yang dok tercatuk kat sini....

So this ada lagi sorang officer aku yang akan berenti keja.. daia keja kat tempat lain... walaupun gajinya tak seberapa berbanding kat sini tapi jawatan dia tetap.. kalau kat sini masih sambilan walaupun officer... hehh macam2 kan.. so pada dia aku wish semoga selamat berkerja di tempat baru.. jadikan lah pengalaman lama (keja kat sini ) sebagai satu iktibar, pendorong dan juga persempadanan dalam menempuh dunia kerjaya di tempat baru...

Bagi aku kat sini.. dah ada sowang PKS baru yang akan ambil tempat dia .. as aku tetap jadi macam aku.. keja di bawah orang. Apa-apa pun next week enviroment keja akan kembali normal aku rasa.. by next Wednesday aku akan bertolak ke Kl pulak bagi program Kembara di Peringkat kebangsaan.. tak banyak yang akan di buat.. hanya berjalan2 semata2..

Use to be so easy
To give my heart away
But I found that the haeartache
was the price you have to pay
I found that that love is no friend of mine
I should have know'n time after time

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Use to be so easy
Fall in love again
But I found that the heartache
It's a roll that leeds to pain
I found that love is more than just a game
Play and to win
but you loose just the same

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

So many years since I seal you face
You will my heart
there's an emty space
Used to be

So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you

Golden days come and go
There is one thing I know
I've still got the blues for you

Tuesday, July 4, 2006

Cerita dari Kembara!

Akhirnya selesai sudah... program kembara yang di jalankan sudah tamat dengan jayanya. Kembara yang bermula dari Kangar membawa kepada Tambun Tulang kemudiannya ke Padang Siding, seterusnya ke Batu Bertangkup, kemudiannya ke Paya Kelubi merupakan pengalaman yang amat berharga kepada para peserta.. juga membawa beribu kenangan buat Fasilitator juga cabaran buat penganjur dan juga jawatankuasanya.

Sudah semestinya setiap sesuatu pengalaman memerlukan pengorbanan.. bak wang ringgit, keringat dan peluh, maupun masa dan komitmen. Pengalaman banyak mengajar.. sesuatu yang dirancang dan halusi macam mana pon dek pengaruh yang tidak dapat ditolak dan di duga maka sesuatu kejadian dan peristiwa memang tidak dapat di sangka dan di sangkal.

Sunday, July 2, 2006

Kembara Ilmu 2006


Huhhh.. sibuk betul la dengan kembara ilmu nih... pelbagai destinasi dan pelbagai tempat yang di terokai, malahan pelbagai ragam dan pengalaman yang dapat di cakupi... apa pun aku amat letih.. tak der ide... keja kau tak berat tapi letih.. dah macam macam yang aku buat.. tangkap gambar.. jadi Faci.. jadi polis trafik.. dan tah apa2 lagi..