Tuesday, October 31, 2006

sibuk sepanjang minggu


Emm dah beberapa hari takde entry,
Ye lah macam biasa,
Tak der menda nak citer,
Tak sempat nak masukkan entry, dah tu lak...
Sememangnya aku sibuk...

Emm dah abis satu keja, tinggai lagi satu keja..
Stat minggu ni aku dan sumer staf2 kat sini dah mula sibuk dengan persiapan nak merasmikan perpustakaan Kuala perlis...
Takder la manyak keja sangat nak buat, yer lah dah banyak keja dah di upah, dan juga pembahagian tugas dah di buat...
Buat masa ni.. pemasangan khemah sedang di jalankan.. so dah nampak la kesibukkan nya..

Sunday, October 29, 2006

Hal2 dan demam!

Semalamkan dalam aku dok sibuk2 nak mai keja dan juga kakak aku nak balik Shah Alam, keta lak buat hal, lah.. bukan la pasal apa sangat.. rupa2nya air bateri dah abis.. so tak leh stat la.. emm nampak sangat aku tak penah bukak bonet tu kan.. lah memamng pon.. aku dok harap pi servis 2 bulan sekali jer.. tapi dek kerana masa nak kena check ari tu, mem aku bersalin.. so pas tu delay lama dan terus aku terlupa.. pakai naik jer.. baru la dapat habuan.. anyway bila dah leh setat aku bawak pi servis la.. tapi dah fully book mau tak mau kena buat booking dulu dan pastu mem aku la pi hantar servis..

Emm dala masa ni jugak Athirah demam, kesian aku tengok, dah la payah nak senyum, nih dah makin moyok jadinya.. tetapi kekadang tu dia bersuara gak.. tapi dah kurang aktifnya... moga cepat la dia baik.. tapi kan malam ni dia ada jugak batuk2 dan bersin.. emmm boleh jadi dia selsema kot.

Tapi kan orang kata kalau dok demam ni nak boleh akal.. sungguh ke ni.. cuba sapa-sapa bagi komen tgk.

Aku dok ternanti-nanti juga apa la lagi yang athirah nak buat.. kekadang tu tak sabo nak tunggu dia buat sesuatu, tapi mana la boleh aku nak 'kejan' dia, so terpaksa la aku bersabo.. kena la aku tunggu satu persatu kan?

Apa-apa pun semoga dia cepat sihat,
Moga dia akan kembali ceria..
Baru la senang ati aku..
Amin...

Wednesday, October 25, 2006

Iklan Raya Petronas 2006


Kekadang dalam kita mencari satu kehidupan,
Kita melupakan satu kehidupan yang lain,
Dalam kita membina satu kehidupan,
kita meruntuhkan yang lain...
Video ni betul2 menginsafkan..
banyak yang memperkatakannya..
jadi bagi kita yang waras, patutnya menjadikanya satu iktibar,
bukan sebagai satu permasalahan..
sesungguhnya kita juga akan menjadi tua suatu masa nanti

Tuesday, October 24, 2006

Salam Di Hulur, Maaf Di Pohon, Hasrat Di Hati


Salam...
salam
Salam hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung!
Jika terdapat sebarang salah dan silap, baik tersalah perbuatan, tersilap cakap, terlanjur gurauan maupun tingkah laku yang taidak disenangi.. kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...


pst... athirah pesan sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi duit raya boleh bagi melalui abah dia melalui akaun BCB 0902-002619X-05-X

Setiap transfer dia ucapkan berbanyak terima kasih, lagi banyak transfer lagi panjang trima kasih dia

Di Pagi Syawal


Pagi Syawal..
Tiada yang lebih syahdu,
bila berkunjung ke tanah perkuburan insan yang di sayangi,
Selain dari kepedihan di hati,
.. keinsafan jua menyusup di hati
sesungguhnya mati itu tiada kompromi,
bila tiba masa dan saatnya..
tidak akan di percepat walau sesaat pun ,
juga tidak akan di lengahkan walaupun sesaat pun..
semoga Allah mencucuri rahmah keatas mereka yang telah pergi,
juga semoga mereka di tempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa..
Al Fatihah!..................

Monday, October 23, 2006

Salam Aidil Fitri


Sempena Aidil Fitri yang akan menjelang ni, sangkelu sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan menyusun sepuluh jari jika terdapat sebarang kesalahan, terkasar bahasa dan kata-kata (tulisan) yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, Maaf Zahir dan Batin

Friday, October 20, 2006

Another entry sambut raya...

Yeah! Hari ni hari terakhir keja sebelum Hari Raya.

Walaupun tak dapat cuti extra,
Walaupun bonus tak masuk,
Aku paksakan diriku untuk gembira..
gembira kerana,
aku masih berpeluang berpuasa tahun ni,
masih berpeluang berhari raya tahun ni, InsyaAllah,
berpeluang menunaikan tanggungjawab ku sebagai ketua keluarga dengan membayar fitrah, InsyaAllah,

Gembira juga kerana dapat merayakan hari yang mulia bersama keluarga, walaupun ibu dah tiada, tiada sapa nak masak rendang sesedap ibu ku, tiada siapa yang dapat buat ketupat pulut sesedap ibuku, gembira juga dapat berhari raya bersama keluarga mertuaku, besan ibu dan ayahku (yang dah tiada) ,

gembira juga sebab kesemua nak-anak menakan aku balik berhari raya,

gembira pasal pastinya meriah di rumah aku yang semedangnya diam , bisu dan kaku.. ( walau kini dah di cemari dengan teriakan, tawaan dan omelan athirah yang aku masih tak paham apa satu pun..)

dan hari juga aku mula gembira melihat suasana yang makin ceria , makin hidup, makin sesak kat pekan ni.. aku nak tumpang gembira tapi hujan turun dan aku rasa dah tua nak buat macam tu!

Emm dah athirah masih dok pikir apa lagi yang dia nak buat....Posted by Picasa

Thursday, October 19, 2006

Hari yang dingin dan beku..

Huhh hari ni memang dingin dan beku...
Hujan tak lebat.. tapi masih membeku..
dan kerja tak banyak.. namun tetap juga membeku..
sesungguh hari ni hari yang beku..
se beku idea sangkelu...
sabo jer la..

Tuesday, October 17, 2006

Wind of change

I folow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change
Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

I folow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change
The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a storm wind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and meTake me to the magic of the momentOn a glory night
Where the children of tomorrow dream away in the wind of change


Wind Of Change
Lyrics by Scorpions
Posted by Picasa

Monday, October 16, 2006

Cuti raya kensel....

Habis sudah...
It's final..
Keputusan dah di buat..
Tiada lagi rayuan...
Kata lah apa yang engkau nak kata..
Tapi tiada ada gunanya..
Kerana keputusannya adalah Final!

Maka bergerutup lah bunyi mercun..
Di selang seli dengan meriam buluh..
Juga tawa anak-anak keriangan..
Juga suara takbir..
dan suara ibu-ibu yang sibuk di dapur
bersama anak-anak dara yang menghias rumah..
Menyambut kedatangan Syawal..

Ketupat..
Rendang..
Lemang..
Kueh Mueh..
Ibu bapa..
anak-anak..
cucu cicit..
duit raya..
... menjadi korum tetap hari raya..
tanpa salah satu darinya..
sunyi dan sepi..

tanpa cuti hati ku ngeri..

Jenahak o Jenahak

Wahh.. dah 23 hari berpuasa.. sedar tak sedar makin cepat masa berlalu.. baru rasanya
Ramadhan datang sekarang dah nak berlalu.. ada seminggu lagi masa kita berada dalam kelas Ramadhan.. dan sesungguh nya banyak pengajaran, maupun kenangan di Ramdhan ini.. Dua hari masa bercuti, berpeluang lah aku nak merehatkan diri, membuat kerja-kerja yang tak dapat aku lakukan masa waktu bekerja. Kerja-kerja rumah sebenarnya.. yer la kena tgk2 juga umah yang selalu di tinggalkan kesepian masa aku pegi kerja.

Satu lagi keja aku masa cuti maca ni ialah, cari barang keperluan untuk juadah berbuka, juga sebelah petangnya kueh mueh berbuka. Macam biasa juga kalau ari sabtu ni pegi ronda tgk orang beli ikan la.. pasal apa aku kata ronda .. pasal aku beli sekilo jer.. lain nyer tgk orang ramai la.. tapi ntah pasai apa.. teringin lak nak beli .. emm pilih punya pilih.. (err macam pilih baju lak!) .. amik la seko ikan jenahak.. tak ler besar dalam 400g jer.. harga dalam RM 6.00 .. waa ok la tu.. ikan baru nih, masih fresh.. makcik tu kata sebelum aku smp tu dok terkodek2 lagi ikan tu.. ( yer ker..?), balik nya mem aku buat masak tiga rasa (???).. kata dia la.. aghh aku balun jer.. tapi mmg sedap la ikan tu.. manis jer rasa.. mmg ikan fresh tu.. kalau pegi kat gerai ikan bakar mau RM 18.00 ker RM 25 rega dia nih...

Hari Ahad.

Hari ni.. mem aku ajak pi shopping.. kalau nak ikut aku malas la nak pegi.. yer la dah gaji lom masuk.. tak der semangat nak shopping.. bukan la aku nak cari baju yang mahal2 ker.. yang branded ker.. atau yang terkini punya fesyen ke.. ( ntah aku mmg tak kesah sangat pasal fesyen ni.. asal aku rasa aku nampak cantik dan berkenan ok la.. ).. tapi dia daesak juga .. pasal kata dia kalau tak pi waktu ni mmg payah dah nak pi.. pasal tak de masa.. jadinya pegi la juga kami.. (mem aku dah shopping masa awal Ramadhan lagi.. )

So lepas abis sok sek sini , sok sek sana.. (?? haa macam2 hal la tu) kami bertolak la dalam kol 11.30pg ke Alor Setar.. Dalam kol 12.00 lebih kami samai la.. kat Pasific Alor Setar.. tak tau nak gi shopping mana .. kat sini jer lah.. Athirah lak tak mau tido dalam perjalan so kang gi jauh2 mengamuk lak dia.. tapi dalam dok ronda2 cari baju dia dan juga baju abah dia ni.. mata dia dah stim habis dah.. mama dia dok seronok tgk baju lagi.. pastu mula la dia merengek.. emm bila mama dia amik.. dia terus jer tido dalam dokongan mama dia.. laaa...

Abisnya aku pakai samabr jer baju selai dua yang mana rasa2 ok .. terus pegi bayar dan balik jer la.. tak sempat nak gi Giant baru kat Souq AlBukhary di Jalan Langgar, emm baru jer bukak kemarin... emm dalam kol 4 kami balik saja la.. sempat lak kami beli lemang yang di jual kat tepi jalan tu.. dah tu singgah kat Kuala Sungai Baru.. beli ikan jenahak , baliknya kami bakar jer.. sedap oo... puas makan..

Friday, October 13, 2006

4 bulan dah..

Semalam dah genap Athirah berumur 4 bulan.. heh macam nak buat kenduri sambut birthday lak.. isk ada ka.. kang orang kata 'dahagi' lak.. dan bersempena dengan umur dia yang empat bulan tu jadi kena bawak la pegi ke klinik utk di periksa kesihatannya...

So Alhamdulillah sumernya ok .. berat badan pon bertambah 500g saja... dan sekarang Athirah 6kg .. tapi aku dah merasa beratnya.. alahai.. emm athirah pun dah pandai melompat lak sekarang ni.. kalau setakat nak mneiarap tu dah pass dah .. siap boleh pusing balik.. kang nanti dia nak bergerak mesti bergolek2 la dia..

Em dalam sesi kaunseling tadi, mem aku bagi tau yang athirah dah boleh makan 'moi' dah.. emmm kena campur ngan sayur2, lobak merah la, kentang la, jus buahan.. nanti jenuh la..
kalau dah start makan tu kang lagi aktif la si athirah tu...

ps.. nih muka baru bangkit tidoq.. dan baru lepas siap nak pi klinik... ( alah mana nak senyum.. mandi pun tak lagi..) Posted by Picasa

Tuesday, October 10, 2006

Mulanya disini.. berlagu


Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua


Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan




Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didakiSama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

#Seha & Freedom

Seha, former Freedom lead singer, dies after bout with cancer

PETALING JAYA: Seha, the former lead singer for local pop group Freedom, died at Hospital Kuala Lumpur on Wednesday.

The popular singer had been undergoing treatment for cancer for about two months before she passed away at about 8am this morning.

The StarOnline - Wed.11/10/2006

ps..
juga terdapat berita dari ym (sumber kosmo) mengatakan Pak Abas Macam Macam Ada (Astro) dah meninggal dunia.. juga hari ni ..

Takziah buat keluarga mereka yang terlibat.


Saturday, October 7, 2006

Re Post Entry : Memories

Memory

Street lights
And the darkness between them
Like the good and the bad sides
Of a life almost done.
Shake the memory
All my passions returning to me
None forgotten
No, not one.

One life
Is there only the one life
That we lose in the living
In an endless decline?
No complaining
For no one else has seen what I've seen
One existence
Only mine

Don't look back no don't look back
So hard to heed that warning
Such temptation but the past is past
And the night makes way for morning

Daylight
I won't care if it finds me
With no breath in my body
With no beat in my heart
For I'm certain
That now I know what happiness is
Wish I'd known that
From the start

Touch me
Is there no one to touch me
It was easy to love me
In my glamorous past
As I leave you
A shadow of the light I once was
May my memory
Sleep at last

From
CatsMusical.com The Theatre

Monday, October 2, 2006

Hari Mesyuarat

Hari ni penuh dengan Mesyuarat.... dari pagi sampai la petang.. Agendanya satu jer.. Perasmian Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan juga Perasmian Bulan membaca peringkat Negeri Perlis.. nampak gayanya raya tahun ni aku sibuk.. cuti juga di bekukan bermula dari 26.10 - 8.11.2006..

Habis untuk raya ni aku apply untuk 23 hari bulan jer .. cuti awal....

Emm ni Athirah dah boleh meniarap dah.. tapi bila dia meniarap siap dengan menderam2 bunyi dia.. entah la pasai apa... kot dia geram pasai nak bergerak2 kot.. isk mana leh lagi kecik gi..
Posted by Picasa

Sunday, October 1, 2006

Sepagi di Kuala..

Hah.. cuti datang lagi.. bukan la cuti panjang pon tapi hanya lah cuti di hujung minggu... bila datang cuti hujung minggu bermakna aku ada masa untuk bersendiri .. yer lah dah mem pi keja, mem kecik gi umah pengasuh dan kak aku jugak keja.. so dok sorang la...

Emm nak di jadikan cerita sepanjang minggu ni ujan saja.. entah la anakah kerana musim atau pasal taufan Xingsane yang melanda Asia Tenggara dan merebak sampai ke Malaysia kot. Walau bagaimana pun keadaan masih lagi hujan yang tak menentu.. masam2 habis kain baju yang tak kering..

Dalam pada masa hujan tu sempat juga aku mencelah pi kat Kuala Sungai Baru.. Pegi cari ikan nak buat lauk.. heh nampak gayanya ramai orang kat sana.. memang la kat sini agak femous kalau orang nak cari ikan yang fresh, dan harganya pon boleh tahan juga la.. maklum la bila dah permintaan tinggi makan harga ni melambung dari biasa la...

Balik dari cari ikan aku sambung balik aktiviti hari ujan.. tgk tv, vcd, dan ... tido.... zzzzzzzzzz Posted by Picasa