Friday, February 29, 2008

Perubahan Lanskap - antara dua musim




Pemandangan yang berbeza..di satu lanskap yang sama antara dua musim... Kalau masa bulan Disember, pemandangan yang indah, penuh dengan kehijauan.. dan juga menyamankan.. tapi kini hanyalah bahang panas, kekeringan, lanskap yang betul betul kering, tanah sawah yang merekah.. ini adalah hanya gambaran dua musim, tapi kekeringan dan kemerkahan sekarang ni tidaklah begitu teruk, tak terbanding dengan tahun lepas.. mungkin juga di pengaruhi oleh cuaca di Kelantan, Terengganu yang sedang hujan sekarang ni menyebabkan suasana musim kemarau sekarang tidak lah terlalau hebat..

Sejak sehari dua sudah ada hujan yang agak lebat, yang agak lain dari kebiasaanya.. mungkin juga ada perubahan cuaca lagi yang berlaku.. angin masih lagi bertiup dari arah Tumur Laut.. dan di jangka akan berterusan sehingga pengujung bulan Mac ini. Sehingga itu tiada aktiviti di bendang yang dapat di lakukan kerana taliair juga kering.. dan kalau pon ada hujan 3 - 4 hari ni , tapi tidak cukup untuk mengalir ke sawah..
Posted by Picasa

Wednesday, February 27, 2008

Aksi Athirah


Ni gambar yang aku baru dapat.. tengok tu betapa seronoknya Athirah mandi.. ni mesti gambar kat umah pengasuh dia, dia ni memang suka main air, mesti nangis-nangis nak berendam dalam baldi tu.. kalau tak di turutkan! Isk lasak sungguh dia nih semenjak dua menjak nih, mesti sejuk ni mandi kat luar umah, tapi bleh tahan lak dengan sejuk.. kalau nak kira tu tak berap aelok la sejuk2 mandi kat luar umah..

Gambar ni di hantar oleh maksu dia, sebahagian dari AJK pengasuh Athirah.. he hee hebatnya dia.. sampai beberapa orang kena mengasuh dia, kalau tak letih la, di ani bukanleh dok diam, asyik nak bergerak saja.. hmm sekali aku tengok gambaq ni sedih juga.. tapi dah tau dengan perangai Athirah ni.. hmm aku senyum saja la..
Posted by Picasa

Tuesday, February 26, 2008

Sesekali bersenandung...


To' Ki (Rozek / Dandi)

Hampa

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

( korus )
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

( korus )
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hu hu ...
apa kena mengena lagu ni dengan aku?
lagu yang mendayu-dayu..
makna yang begitu puitis..

Secara kasarnya..
tak da makna apa-apa pun..
cuma..
hari-hari kawan sebelah aku ni dok dengar,
jadinya aku pon naik syok..
dan jadikan sebagai satu kenagan kat sini..

dan lagu ini aku ujukan pada semua..
dengan ucapan..
biar apa pon kisah nan lalu,
jadi kan sebagai sempadan,
jadikan sebagai kenangan,
jadikan juga sebagai panduan ...


Sunday, February 24, 2008

Negeri ku oh kampung ku!

Sudah lama tak update entry aku ni.. entah la pasal apa..? kadang-kadang ada idea.. tapi sekerat jalan dah ilang mood nak menaip.. so tak der la update.. dah tak der mood nak buat entry tapi sempat juga bekemas-kemas , tukaq theme lagi kat sini biru dan hijau.. sejuk mata memandang.. nak mengcover suasana masa ni, but masa ni kat sini masih lagi panas, kering dan kontang.. tapi Alhamdulillah bekalan air masih lagi ok.. tak der la terputus terus.. cuma sesekali je tak da.. mungkin depa dok buat maintenance kot, pasal tu bekalan air diputuskan.

Selain dari panas pasal cuaca, sekarang ni musim demam, demam pilihanraya! Satu demam yang boleh juga membawa kepada beberapa jangkitan lain seperti, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga tekanan jiwa. Iya lah.. memang lah begini adanya.. bagi yang calon calon, dan penyokong-penyokong yang fanatik dan ekstrim nih, bermacam-macam kisah yang berlaku, macam-macam peristiwa yang terjadi yang kisahnya dah menjadi gah di seluruh negara. Satu hal dalam politik ni, kadang-kadang bila kita terlau ekstrim.. lepas tu kita selalu mencari kesalahan dan keburukan lawan.. tapi sebenarnya ianya lebih banyak mendedahkan keburukan kita pada orang lain.. hak tu yang aku tak beapa nak berkenan tu.. dan kisah aku dengan politik ni dah jadi kisah yang dah basi.. dah tiada keseronokkan dan keghairahan.

Dalam tiada keghairahan tu, tapi aku tertanya-tanya juga, akan ada kah perubahan nanti, akan adakah perkembangan nanti dan akan ada kah kemajuan nanti? Dalam bicara aku perubahan, perkembangan dam kemajuan adalah bertitik tolak kepada pemimpin, kerana idalah yang akan menjadi mastermind, engineer dan kepala kepada perubahan, perkembangan dan kemajuan di masyrakat yang di wakili nya. Dari pandangan aku setakat sekarang ni, setiapa perubahan, kemajuan dan perkembangan sesuatu bahagian akan di ideakan dan digerakkan sepenuhnya oleh ketua (MB). Jadi pada aku kalau satu kepala sahaja yang berfikir .. takkan akan kemananya.. so pilihanraya kali ni aku impikan perubahan yang nyata.

Tapi dari telekan aku, impian aku tu tak akan kemana, akan tiada maknanya.. pucuk pimpinan masih sama, selepas penamaan calon semalam tiada ada apa yang berubah.. calon-calon adalah terdiri dari orang lama, taada kesepakatan antara orang lama dan orang-orang muda, secara mudah boleh aku katakan akan tiada idea-idea baru melainkan hak yang lama-lama sahaja adanya. Nampak gayanya kena tunggu lagi 4 - 5 tahun.. ades..

sekitar penamaan calon di Arau







Sekitar Penamaan Calon di Kangar







Sunday, February 17, 2008

Selamat berbahagia buat kalian...

Selamat Pengantin Baru buat Alangz dan Zure..
Semoga berbahagia ke anak cucu..
Selamat Menempuh Alam Rumah tangga..
dahsyat korang yek..
siap sediakan khemah khas... huhuu..






ops!!
delinn.. sori pinjam gambo ekk!!
Posted by Picasa

Tuesday, February 12, 2008

SAY NO TO VALENTINE'S DAY..


ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), dibawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiribercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.; yang bermaksud;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa MajlisKebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.


Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

sumber : JAKIM

------------------------------------------

Panjang pulak C&P aku kan?

Sebenaqnya dari dulu aku dok cari.. dan baru sekarang aku jumpa.. ni adalah dari Fatwa JAKIM.. harap pakat faham-faham lah yer.. dan kalau ada yang tak puas hati pakat-pakat tanya la yang lebih tahu..

Kesimpulannya :

Jangan had kan kasih sayang kita pada hari-hari tertentu sahaja.. jadikan hari-hari adalah hari kasih sayang.. jadikan hari-hari sebagai hari untuk bercinta.. dan hari-hari sebagai hari untuk meraikan cinta dan kasih sayang

Saturday, February 9, 2008

Athirah dan sepupunya



Posted by Picasa
Potret dua orang sepupu yang beza umurnya hanya 3 - 4 bulan sahaja.. setelah sekian lama depa berjumpa, tanpa ada rasa ikatan apa apa.. tapi malam ni.. bila berjumpa kembali.. dah terasa ada bibit kemesraan antara mereka..

Aku teruja sebenarnya.. sama ada Athirah nak bagi pose yang istemewa atau akan terus bermain dengan mainan dia tu.. jadi aku cuba-cuba sahaja la buat pose ni.. emm bila aku keluar kamera aje.. sepupu Athirah, Eifa.. terus tersenyum dan kerenyeh, emm tentu aksi begini yang dapat kalau dah biasa dengan kamera kan.. dan si Athirah lak tu masih terus bermain.. jadi aku cuba-cuba sajala buat-buat tangkap gambar.. hmmm at the moment keluar lampu flash kamera yang berkelip-kelip tu.. tiba-tiba jer si Athirah tu pandang kamera dan dapat lah pose yang pertama tu.. dan utk pose kedua tu dia mula beri perhatian,.. pose ketiga tu dia dah seronok sangat dah.. tapi sayang.. tak boleh lama.. pasal bateri kamera dah nak abis.. dapat 3 shoot dan tiga-tiga nya boleh pakai kan..?

Friday, February 8, 2008

Aksi Athirah : Muzium Padi Kedah





Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak di laporkan.. cuma hari ni.. teringin pulak nak berjalan-jalan.. selepas hilang letih pi Langkawi.. cuti ponmasih panjang so kami pergi la berjalan-jalan.. target kami ialah Muzium Padi dekat Gunung Keriang kat Kedah.. dalam kol 4 petang lebih.. kami bertolak la.. tapi sayangnya bila sampai sana tengok-tengok Muzium ni tutup pokol 5 petang.. isk lewat dalam 5 minit saja la... mana lak tau yang tutup awal.. dah la baru dok cari jalan..

Tengok kat sana masih lagi ramai yang dok berkeliaran kat kawasan tu.. hmmm jadi kami amik la kesempatan tangkap gambar kat area tuh.. boleh la si Athirah tu berposing sakan.. dalam pukul 5.30 lebih kami keluar dari kawasan tu.. dan Pi Kaki Gunung Keriang.. tengok kat situ ada banyak jual batu Kristal yang hidup.. ramai betul orang kat sana .. nak parking pon susah , mama Athirah dok chek batu-batu tu.. dan sempat juga beli sorang satu rantai tangan denagn Athirah.. he hee ada juga keja diorang kan.. dan Athirah tu punya la suka pakai gelang tangan tu.. dah jadi dua .. lepas beli satu kat Langkawi.. hu huu tak tau berapa lama boleh tahannya.. nasib baik la beli hak yangmurah-murah..

Posted by Picasa

Thursday, February 7, 2008

Seronoknya dia...

Akhirnya, setelah hampir sebulan berjanji untuk menjayakan sesi mini jalan-jalan ke Langkawi, jalan-jalan ni adalah atas inisiatif mem aku sendiri la, dia yang nak gi berjalan sangat, sampaikan semuanya dia uruskan sendiri.. hu huu.. aku goyang kaki saja la.. Bila sebut nak Langkawi.. sudah semestinya yang bermain di kepala aku adalah wang.. dan sekali rupa-rupanya budget juga telah di buat.. dam aku tambah-tambahkan saja.. he he ok lah tu..
Jadi pada 06 hb tu kami bertolak la se awalnya ke Jetty Kuala Perlis dengan batuan sepupu aku yang menghantar kami. Dan malangnya bot terawal yang boleh dapat ialah 9.30 pagi.. sedangkan bot 8.45 masih lagi belum bertolak.. hu huu dasar ulat bot! Maleh nak berbicara lanjut kami masuk ke tempat menunggu, sambil dok teropong sana sini kalau-kalau ada peluangboleh mencelah nak naik bot awal itu, mungkin berkat kesabaran kami itu, dengan tiba-tiba ada juga peluang naik bot awal itu, dari 30 - 40 menanti .. lepas dalam 15 orang untuk naik bot awal.. lega...

Lebih kurang pukul 9.45 kami dah mendarat di Jeti Kuah, perkara pertama kami kena selesaikan ialah mencari kenderaan, nasib baik mem aku dah buat tempahan kat kawan dia untuk dapat kansebuah kereta, keretan Kancil.. heh jadi lah.. keluarga kecik bawak sajala keta kecik.. jimat minyak sikit.. Lepas dapat kenderaan kami pergi pulak check ini kat Hotel.. Hotel Langkasuka ket kawasan Kuah juga, dekat dengan tempat bersoping nanti.. adeh jenuh la ronda soping nanti..

Lepas check in kat hotel, dah pukul 10.30 pagi, isk cepatnya masa berlalu.. belum sempat kemana-mana lagi dah kol 10.30 pagi.. jadi kami meronda-ronda saja la, keluar dari town, tempat pertam yang kami tuju ialah Underwater World Langkawi.. sebenarnya dah lama aku tak pergi Underwater World ni, sejak zaman tiket RM15 lagi, sekarang dah naik jadi RM35 aku rasa hu hu mahal tu.. dan nasib baik juga aku ada bawa kad kerja.. jadi boleh la dapat Govt. Rate.. RM 25 untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak.. jadi dengan tiket RM 50 kami merayau sajalah kat dalam tu dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.30 hari. Seronok juga Athirah dok tengok pelbagai jenis ikan dan haiwan-haiwan peliharaan kat situ.


Dah pukul 12.30 tengahari, perut pon mula mintak makanan la, hmm nak jimat punya pasal .. mem aku siap masak nasi goreng sebelum datang, jadi tak dak masalah nak cari kedai makan.. tapi masalah nak cari tempat yang startegik nak bersantai, dalam masa dok carik pantai tu pulak Athirah terlena.. mau tak mau kami kena jalan-jalan saja la dulu nak bagi dia tido lama sikit, dalam jalan-jalan tu juga kami boleh tersesat sampai ke Awana Porta Malai.. tempat simpan Bot Azhar Mansor si Pelayar Negara tu.. tanpa turun dai kereta kami hanya merayau-rayau saja la.. rayauan kami tu akhirnya membawa kami sampai ke Pantai Pasir Hitam.. dan disana lah kami makan-makan di tepi pantai dekat sebuah kampung, maleh nak turun ke pantai.. kami makan atas kereta saja la.. bersama Athirah yang baru bangun tido..

Dalam pukul 2.30 lepas makan segala.. kami singgah kat gerai-gerai kat Pantai pasir hitam tu.. bershopping sikit-sikit, beli baju kat Athirah, beli t-shirt Langkawi.. dan juga singgah bersembahyang kat surau dalam area gerai-gerai jualan tu. Dalam pukul 3.30 petang keluar dari Area Pantai Pasir Hitam tu dan belok pulak ke Tanjung Rhu... memang cantik Pantai dia.. Putih Bersih adanya.. Tapi dek panas terik.. tak jadi la kami berlepak lama-lama kat sana, jadi kami balik semula ke Hotel.. boleh juga Baring-baring.. tapi bila sampai kat bilik hotel, tak boleh nak baring juga.. Athirah yang tak penah masuk bilik hotel tu , keciwi habis.. dok lompat turun dari katil.. jenuh la dok pegang2 kan dia.. sampai tak mau lena la petang tu..



Dalam pukul 6.00 petang, kami keluar semula, untuk ke pantai sekali lagi, untuk menikmati senja di pantai.. Pantai tumpuan kami ialah Pantai Tanjung Rhu lagi la.. senang nak pegi.. perjalanan dalam masa 20min saja.. mula-mula tu ingat nak merayau-rayau saja, tapi akhirnya Athirah juga yang mandi.. bukan pasal apa, nak bagi kulit dia kena air masin.. orang kata nak bagi kulit tak tawar.. tak der la allegic sangat sampai mudah naik gatal-gatal dan kudis-kudis. Kami kat tepi pantai tu sampai la senja berlabuh. Lepas tu baru balik ke hotel.






Pukul 8.30 malam keluar pulak, pegi jumpa kawan mem aku, rupanya kak kawan mem aku tu kawin dengan orang dekat kampung aku, jadi bersembang la sekejap, tak boleh nak lama pasal Athirah dah ngantu sangat.. jadi kami tapau saja la nasi goreng balik makan kat bilik, sampai kat bilik makan-makan, lepas nak tido kan Athirah tapi tak mo nak lena juga, asyik dok naik turun katil.. adis.. akhirnya kami off kan tv, tutup semua lampu, baru lah dia tido, dengan abah dan mama yang belum sembahyang lagi tu, isk nasib baik la terjaga balik dalam pukui 12.30 malam.. kalau tak miss la..

Besoknya dah maleh nak pegi pantai-pantai lagi dah.. jadi jalan-jalan kat gerai-gerai di Kuah saja la.. emm tak banyak gerai yang bukak pasal nak raya kot.. so kami meraya la kat kawaswan Kuah tu.. lepas tu baru la bertolak ke Jetty dan naik bot dalam pukul 12.30 tgh. Sampai rumah dak kol 2.30 petang dah.. lepas tu bagi athirah tido dulu pasal dia ngantuk sangat dah.. dan lepas makan kami pon... bumm.. bumm. bummmm zzzzzzzz (pensan..)

-------------------------------

Salam...buat firani

Pertamanya
Tahniah, kerana selamat melangsungkan ikatan perkahwinan.. semoga berbahagia selalu, hingga selamanya.. juga moga murah rezeki selalu.

Keduanya
Maaf, kerana tidak dapat menghadzirkan diri di majlis gemilang itu diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan ada komitmen lain lebih awal.

Ketiganya,
Terima Kasih, keran menjemput kami sekeluarga, juga terimakasih kerana menjadikan 07.02 sebagai hari berbahagia, amat berbesar hati adanya tarikh ini bersempena tarikh kelahiran..

sekian terima kasih!
Posted by Picasa

Monday, February 4, 2008

Panas, kering & hujan


Pemadangan sawah yang kering kontang selepas di tuai.


Matahari yang meredup di kelilingi oleh asap pembakaran jerami


Gabungan awan tebal dan juga asap pembakaran jerami menanti masa meluruhkan hujan..

Begini la cuaca di Perlis sekarang ni, Panas.. sungguh panas.. suhu boleh mencecah sehingga 35 Darjah Celcius.. hu hu dan di jangka akan terus meningkat, ini adalah kerana aktiviti pembakaran jerami padi yang sedang giat dijalankan. Musim menuai masih belum habis.. masih ada bendang-bendang yang masih belum di tuai terutamanya di hadapan rumah aku, seberang jalan tuh.. walaupun semalam dah ada yang di tuai, tapi masih banyak yang belum.. Untuk makluman juga, Perlis yang terkenal dengan produk salju hitamnya buat pertama kali tahun ni, jumlah salju hitam telah berkurangan dengan drastiknya berikutan dengan pengurangan kawasan tanam tebu oleh Felda, ini adalah kerana penanaman gantian getah didapati lebih menguntungkan.. dan dijangka tahun depan merupakan musim terakhir musim tebu Felda di Chuping Perlis. Tapi anda semua jangan panik yang bekalan gula akan kurang malahan harga gula juga dijangka kan tidak akan melambung secara mendadak.. ini adalah kerana Kilang Gula Felda Perlis masih meneruskan operasi mereka, dengan mengimport gula merah ( gula tak bertapis) dari luar untuk di tapis. Ladang tebu Perlis akan mengecil tapi masih akan wujud.. jadi buat negeri jiran jangan bimbang.. tahun ni salju hitam tak akan di eksport keluar Perlis.

Jika di lihat dari gambar di atas, anda akan dapat melihat kesan dari pembakaran jeramai padi, awan-awan yang kekelabuan itu adal kerana campuranasap jerami.. dan kerana tebalnya awan itu.. makan hujan telah turun di beberapa tempat di Perlis, walau pun tidak begitu lebat dan lama tetapi cukup untuk membuatkan pokok-pokok merasa segar. Dan dijangka kan suhu akanmakin meningkat di Perlis selepas habis musim menuai, di mana sawah-sawah akan di bajak semasa kering ni ( putar kering) untuk kawalan daripada rumput dan rumpai yang banyak itu.
Posted by Picasa