Showing posts with label PRU 12. Show all posts
Showing posts with label PRU 12. Show all posts

Sunday, March 23, 2008

Daulat Tuanku

gif pic ehsan Pengulu ap.com

Kami, Rakyat Perlis menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku melantik YB Dato' Dr Mat Isa Sabu sebagi Menteri Besar Perlis yang Baru, Kami berikrar untuk menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Baru.

Monday, March 17, 2008

Sekitar Majlis Angkat Sumpah MB baru









Hari ini tercipta lah sejarah, dengan rasminya Menteri Besar Perlis ke 6, YB Dato' Dr Md Isa Sabu telah di lantik, dengan selesainya Majlis Angkat Sumpah di Istana Arau Perlis di hadapan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Syed Putra Jamallulail pada jam 6.00 petang tadi. Sesungguhnya perlantikkan ini telah memadam kan segala kemelut yang melanda negeri Perlis semenjak Parlimen dan DUN Perlis di bubarkan.

Setelah bermacam-macam peristiwa yang berlaku, setelah bermacam sandiwara di lakonkan dan juga bermacam episod drama yang bermain di negeri Perlis ini, akhirnya kuasa pemutus kembali kepada Raja pemerintah negeri Perlis, dengan peruntukkan dalam undang-undang tubuh negeri yang memberi sepenuh hak pemutus kepada Raja setelah pada fikirannya calon yang dipilih mendapat sokongan majoriti dari DUN Negeri maka Baginda berkuasa melantik Menteri Besar Perlis. Daulat Tuanku, patik-patik rakyat negeri menjunjung kasih atas titah perintah tuanku!

Kerana masalah tugas yang tidak dapat di elakkan, maka tidak dapat lah aku menhadiri, beramai-ramai bersama rakyat Perlis lain, menanti saat pertukaran kuasa MB di hadapan Istan Arau.. yang dapat aku nyata kan kat sini, hanyalah beberapa keping gambar dari kawan-kawan dan juga mereka yang hadir pada petang tadi. Ucapan terima kasih kepada mereka terutama sekali lagi kepada Pak Mat Kayangan dari AP.Com yang memberi kebenaran melekatkan gambarnya di sini.

Saturday, March 15, 2008

Sinar Baru!


Kini, sudah sah!
Perlis dah dapat Menteri Besar Baru,
Setelah sekian lama menanti,
setelah bermacam rajau di tempuhi akhirnya
selesai juga akhirnya!


15 Mac, 2008 22:10 PM

Pelantikan Md Isa Dibuat Berdasarkan Keputusan Majoriti
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.Md Isa berkata pemilihan itu dibuat selepas pertemuan Raja Perlis bersama sembilan ADUN termasuk beliau di Istana Siraj, di sini semalam. "Kami (sembilan ADUN) adalah daripada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya 8 Mac. Oleh itu kami merupakan suara majoriti dalam DUN Perlis dan mengikut perlembagaan, Raja ada hak melantik mana-mana pihak yang mempunyai bilangan besar sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan situasi sebenar di Perlis, di sini hari ini.Katanya lapan ADUN BN -- Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) serta beliau yang memenangi DUN Bintong telah bersepakat menemui Raja Perlis sambil disaksikan sendiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Raja Muda Perlis.

"Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya.Mengikut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis ada memperuntukkan bahawa Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.... berita lanjut sila ke bernama.
Posted by Picasa

Monday, March 10, 2008

Selepas gelombang, tinggal hanya puing-puing untuk di bersihkan!

Sekarang, keadaan di Perlis, tenang aman dan damai macam biasa, hujan turun hampir tiap-tiap petang, kadang-kadang lebat kadang-kadang tu hanya gerimis sahaja. Setelah hampir sebulan berada dalam suasana pilihanraya, kini semuanya dah berakhir, semuanya kembali seperti sediakala.. poster-poster di tepi-tepi jalan pon dah hampir habis di bersihkan, orang-orang kampung sedang sibuk menghadiri kenduri sana sini, ada kenduri kahwin, masuk jawi (berkhatan/ bersunat) dan juga ada yang berkenduri kesyukuran.

Walau macam mana pun, kesan dari Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), masih lagi di rasakan, sekadar di Perlis, masih ramai membicarakan rasa puas , ketidak puasan, seronok, marah, sakit hati, geram dan segala perasaan masih lagi terasa, namun semangat kekeluargaan, kemasyarakatan dan ukhuwah sesama Islam, terus kukuh di hati masing-masing. Tempat kenduri menjadi semakin meriah, kalau dulu sirap hanya sekadar bewarna merah, sekarang dah jadi hijau dan biru, namun semuanya yang hadir minum tanpa sebarang syak dan was-was.

Sedikit pandngan aku tentang pilihanraya kali ni, Di Perlis bagi aku, yang di sangka gelombang yang kan terjadi tapi hanyalah ada riak-riak kecil di gigi pantai, mungkin juga penduduk Perlis masih belum mampu menganjak pemikiran mereka, mungkin juga kerana buah tangan yang di bawa pembangkang belum dapat mencapai standard yang di kehendaki oleh rakyat Perlis. Walau terdapat bermacam pandangan, ketidak puasan terhadap pucuk pimpinan, tapi masih di peringkat 'acceptable' bagi orang Perlis. Juga mungkin rakyat masih mengambil jalan mudah, menerima yang sedia ada, berharap pada perubahan dan pembaikkan, dari memulakan yang baru yang tidak ada kepastian tentang apa yang bakal di lakukan oleh pembangkang. Ini mungkin amaran kedua bagi pucuk pimpinan, dan untuk yang ketiga kali aku pasti gelombang yang bakal datang pasti tak mampu di tangani jika tiada pembaikkan da perubahan di Perlis.


Di Peringkat kebangsaan pula, bukan lagi gelombang yang menimpa, tapi dah terjadi tsunami, yang melanda dan di seluruh negara yang menyebabkan beberapa buah negeri telah jatuh kepada pembangkang, beberapa orang menteri kanan, juga orang-orang penting parti juga telah kecundang di tempat masing-masing, sesungguhnya tsunami ini telah banyak memakan mangsa nya hingga melemaskan Perdana Menteri sendiri , satu gelombang yang dahsyat, yang tiada sejarah seumpamanya dalam BN , yang jelas menunjukkan bahawa rakyat bersuara terhadap isu-isu masa kini yang amat menuntut perhatian dan tindakan dari kerajaan. Hingga hari ini Pulau Pinang, Kedah, Perak dan selangor telah selamat mendapat Ketua Menteri dan Memteri Besar baru yang bakal merubah cara pentadbiran yang lama, sejauh mana janji-janji yang telah di war-warkan itu nak dilaksanakan, akan kita dapat saksikan dan pantau dalam masa 4 - 5 tahun ini, dengan mendapat hasil mahsul dari negeri-negeri ini, sudah pasti pembangkang boleh bangun untuk mentadbir dan menguruskan negeri bahkan parti di seluruh negara.




Hari ini Pak Lah Mengangkat sumpah sebagai PM dengan membawa modal majoriti mudah untuk membentu kerajaan. (gambar : the star)



Juga yang akan menjadi persoalan, adakah pemerintahan pembangkang ini akan telus, amanah, adil bahkan berhemah (t) seperti yang mereka kehendaki semasa menjadi pembangkang dulu, adakah rasuah, kronism, nepotism akan terhapus? adakah sports toto, magnum 4D dan seumpamanya akan di benteras dan di tutup? adakah kelab-kelab malam akan di tutup, kedai kedai jual arak akan di tutup, jenayah dan maksiat akan di benteras? Maka sama-sama lah kita tunggu dan lihat, sesungguh nya aku amat suka, amat seronok dan amat menyokong sepenuh hati ku jika semuanya berlaku, dan sesungguhnya jika semua ini terjadi, tidak teragak-agak lah hati ku ini untuk menurut dan patuh sepenuhnya.


Juga perlu kita ingat, bahawa bila kita berada di bawah, lebih mudah kita berteriak, menunjuk-nunjuk, membetulkan, juga mencari salah orang yang berada di atas, dan bila kita berada di atas, baru lah kita akan tahu bertapa sakit nya bila berada di atas, penuh dengan godaan, permainan, sepak terajang, nista mau pun fitnah. Semoga mereka tak akan jadi seperti mereka yang telah di jatuhkan.


Saturday, March 8, 2008

Kempen AP.Com sempena PRU12

Mesej untuk warga Perlis semasa Pilihanraya Umum ke 12.
Post ini akan berada di atas sehingga PRU12 tamat

Friday, March 7, 2008

Selamat Mengundi!



Kepada semua,
Selamat mengundi,
Gunakan lah undi dengan se bijaknya,
cari lah wakil terbaik untuk kesejahteraan anda semua..
Posted by Picasa

Wednesday, March 5, 2008

Mencari YB? Kena fikir la dulu...

"Pemimpin seharusnya menyenangkan, membela nasib rakyat.. bukan sebaliknya"

Hidup adalah pilihan, yang menuntut setiap orang yang masih hidup untuk membuat pilihan dalam hidupnya. Jika hidup adalah bergerak, dan bergerak berarti maju, tentunya setiap orang wajib membuat pilihan tentang apa yang mesti dan apa yang tidak boleh ia kerjakan. Setelah membuat pilihan tentang apa yang mesti ia kerjakan, ia juga dituntut untuk memilih mana yang lebih utama yang mesti dikerjakan dalam bentuk skala prioriti dan keutamaan. Sebagai contoh; dalam kehidupan sehari-hari seseorang mesti memilih antara duduk atau berdiri, berdiri atau berjalan, tidur atau bekerja dan lain-lain. Ahli hikmah berkata: ”sesungguhnya hidup ini adalah rantai pembuatan keputusan”. Secara hakikat, sesungguhnya, keberadaan manusia di dunia ini adalah khalifah yang memimpin dunia dengan segala kebijaksanaan yang dimiliki. Kebijaksanaan setiap individu biasanya diukur dengan cara dan bagaimana seseorang membuat keputusan dalam hidupnya. Apakah keputusan tersebut dapat dianggap baik dan tepat karena sangat sesuai dengan tempat, keadaan dan waktu, serta berpihak kepada kepentingan orang banyak ataupun sebaliknya.

Dalam membuat sebuah keputusan, terutama dalam meletakkan pilihan, tentunya seseorang dituntut untuk memiliki beberapa hal penting yang menjadi pra-syarat baginya dalam membuat sebuah keputusan yang dianggap tepat dan bijaksana, terutama untuk memilih seorang pemimpin yang akan menjadi panutan dan figur bagi rakyak dan seluruh elemen masyarakat. Hal-hal tersebut adalah;


1. Kematangan pola pikir yang dapat diukur dengan tingkat pendidikan yang diperoleh, atau pengalaman yang dimiliki melalui sekolah alam yang terbentang luas di hadapan kita. Membaca setiap fenomena dan mencermati setiap gejolak yang terjadi, serta mencari hikmah dari setiap peristiwa.


2. Kematangan jiwa atau psikologis, yang oleh majoriti penduduk dunia meletakkan usia 21 tahun sebagai usia minima untuk dapat dianggap layak ikut serta dalam proses pemilihan. Pada sisi lain, di Indonesia, usia 17 tahun ditetapkan oleh undang-undang sebagai batas minimal usia untuk memilih, yang tentunya perlu kita pertanyakan kembali, karena beberapa hal yang menjadi pertanyaan utama terhadap hal ini tentunya masih sukar untuk dijawab. Kematangan apakah yang dimiliki seseorang pada usia 17 tahun? Apakah ia sudah terbebas dari rasa suka atau tidak suka dalam membuat ( like or dislike basis ) pilihan? Wajarkah seseorang yang berusia 17 tahun ikut andil dalam menentukan siapakah pemimpin negara? Bukankah persepsi seseorang yang berusia 17 tahun dalam memilih pemimpin negara secara defacto adalah persepsi nyata dalam mengatur dan mengurus negara? Wajarkah bila pilihan seseorang yang berusia 17 tahun senilai dengan pilihan seorang Profesor yang kaya dengan ilmu dan luas dengan wawasan?


3. Informasi yang cukup dan konkrit tentang hal-hal atau orang-orang yang diputuskan untuk dipilih. Hal ini dapat diukur dengan kadar pengetahuan tentang hal-hal berikut; Apakah kita sudah mengetahui latar belakang para calon secara jelas dan pasti? Apakah mereka bersih dari skandal dan kriminal ataupun penyelewengan moral lainnya? Bagaimanakah kiprah dan performance mereka sekarang? Sudahkah secara tepat kita dapat memprediksi sepak terjang mereka pada masa yang akan datang? Tanpa informasi yang lengkap tentunya kita akan sama dengan orang yang hendak mengenal gajah dalam kegelepan, atau membeli kucing dalam karung. Keputusan kita akan selalu salah dan membawa penyesalan yang berkepanjangan.


4. Pemahaman yang baik tentang roda zaman. Setiap zaman memiliki karekteristik yang tersendiri baginya, yang menjadi nilai utama pada zaman tersebut. Tuntuntan zaman dan budaya hidup tentunya sangat mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Di zaman penjajahan kita perlukan seorang pahlawan dan kesatria yang berani bertempur di medan laga. Di zaman perjuangan kemerdekaan kita perlukan tokoh karismatik yang dapat menghimpun semua kekuatan bangsa, dan di zaman kemerdekaan kita perlu seorang pemimpin yang futuristik, inovatif, kreatif, profesional dan agamis.

Kemerdekaan yang telah kita nikmati selama 57 (kelu: Malaysia dah 50) tahun lamanya dan tingkat kesejahteraan masyarakat yang masih memperihatinkan, tentunya sangat erat hubungannya dengan kualitas kepemimpinan bangsa yang kita miliki hari ini. Sesungguhnya kualitas kepemimpinan bangsa sangat ditentukan oleh kualitas rakyat dan elemen masyarakat yang menentukan pilihan mereka dalam memilih para pemimpin bangsa pada semua level kepemimpinan yang ada. Jika rakyat tersalah pilih tentunya mereka harus membayarnya dengan kemunduran, kemiskinan dan keterbelakangan yang tragis dan nyata. Demokrasi yang berkualitas hanya akan terwujud apabila proses pencerdasan bangsa berjalan secara konsisten dan berkualitas, sehingga kita tidak selalu berada pada posisi darurat dalam membuat pilihan yang sangat krusial bagi masa depan bangsa dan negara.


Adalah sesuatu yang sangat ironi dan menyedihkan apabila kita lihat secara dekat dan melakukan komparasi nyata terhadap cara dan kiat masyarakat Barat dalam memilih pemimpin mereka. Perbedaan ketara dan absensi prinsip serta nilai-nilai murni, agama serta moral dalam kehidupan masyarakat Barat, tidak menjadikan mereka masyarakat yang buta nilai-nilai murni sehingga mereka memilih pemimpin mereka secara membabi buta. Masyarakat Barat memang menghadapi dekadensi moral dalam skop kehidupan keluarga dan masayarakat, tetapi mereka tak pernah rela untuk dipimpin oleh orang-orang yang memiliki cacat moral dan tidak memiliki kredibilitas keperibadian. Senator Garry sebagai contoh, adalah calon terkuat untuk menjadi Presiden Amerika, ternyata harus mundur, karena masyarakat Amerika secara mayoritas menolak pencalonannya yang terlibat skandal dengan seorang wanita. Hal yang sama juga terjadi di Jepun dan beberapa negara lainnya, padahal hal tersebut sangat sering kita abaikan dalam memilih seorang pemimpin walaupun kita sering mengaku sebagai masyarakat yang beragama. Hal tersebut sering kita anggap remeh dan bersifat pribadi yang tidak perlu kita campuri. Adalah ironi dan sarkastik sekali, apabila masyarakat yang menghadapi masalah moral, tetapi tak ingin dan tak rela dipimpin oleh orang yang memiliki masalaha moral, sementara kita, yang selalu berbangga dengan klaim agama dan moral, namum secara defacto rela dan ikhlas untuk dipimpin oleh seseorang yang memiliki masalah moral dan etika.

Dalam memilih pemimpin masyarakat Barat secara umum telam memiliki semua pra-syarat yang tersebut di atas, sehingga selalu membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin mereka. Setiap pemimpin yang mereka pilih adalah orang-orang yang cerdas, berpendidikan tinggi, kompetibel, inovatif, variatif, berwawasan luas, nasionalis dan patriotik, artikulatif dalam menyampaikan maksud dan pendapat serta komunikatif dalam hubungan sosial bersama masyarakat. Pemilihan yang tepat ini menjadikan masyarakat Barat menuai kemajuan demi kemajuan karena setiap pemimpin dengan keahliannya yang tersendiri membawa perubahan dan pembangunan yang berarti bagi negaranya. Pada sisi lain bangsa kita secara umum tidak memiliki kualitas yang tersebut di atas secara sempurna. Kita masih memilih berdasarkan rasa suka atau tidak suka dan dasar prinsip ekonomi; menguntungkan atau tidak, dan sangat jauh dari prinsip benar atau salah, baik atau buruk. Tingkat usia yang masih dini, wawasan dan ilmu yang terbatas serta terbatasnya calon yang akan dipilih telah membuka pintu eksploitasi bagi sebagian orang yang haus kekuasaan. Money politic atau politik uang dan propaganda lainnya serta janji-janji politik menjadi strategi yang dianggap jitu dalam meraih suara.

Masyarakat Barat memberikan nilai yang tinggi dan appresiatif terhadaf akurasi, validitas dan objektivitas visi dan misi setiap calon, sehingga hal tersebut sangat berpengaruh terhadap kemenangan setiap calon pada setiap pemilihan. Namun kita yang memilih berdasarkan rasa suka atau tidak suka, tidak dapat memahami signifikansi visi dan misi seseorang secara jelas dan akurat. Sehingga terkesan bahwa, sebagian orang terpilih menjadi pemimpin walaupun tidak memiliki visi dan misi yang jelas dan baik. Rasionalisasi manifesto bagi masyarakat Barat adalah sesuatu yang wajib dalam menilai program kerja seorang calon, namun hal tersebut bagi kita, adalah hal yang kurang berguna tak lebih dari sekedar tinta diatas kertas semata.

Faktor agama juga sangat mempengaruhi masayarakat Barat dalam memilih pemimpin, hal tersebut, terlihat dengan jelas dalam pemilihan George W Bush yang menang dalam pemilu yang lalu karena mendapat dukungan gereja dan tokoh agama, namun kita mengalami hal yang sebaliknya. Para calon pemimpin yang mendapat dukungan masjid dan tokoh-tokoh agama sering mendapat kekalahan karena dukungan mereka, kurang berarti di mata sebagian masyarakat kita, justru mereka yang tidak mendapat dukungan dari tokoh agama sering terpilih sebagai pemimpin.

Secara jujur kita harus mengakui, bahwa selagi kita tidak merubah pola pikir dan budaya politik kita dalam membuat sebuah pilihan tentunya, kualitas demokrasi dan kepemimpinan kita juga tentunya sukar untuk berubah. Hanya masyarakat yang bijak yang dapat membuat pilihan bijak dalam memilih pemimpin mereka. Semakin cerdas bangsa kita membuat pilihan maka semakin berkualitaslah demokrasi yang miliki dan amalkan, serta semakin berkualitaslah barisan kepemimpinan bangsa yang kita miliki. Pepatah Melayu lama menyatakan: Hanya Jauhari Yang Kenal manikam atau hanya ahli permata yang mengenali permata yang paling mahal dan berharga. Hanya rakyat yang bijaklah yang mengenali pemimpin bijaksana yang menjadi harapan bangsa dan negara. Semuanya bermula dari kesadaran dan pengakuan, untuk menuju sebuah perubahan yang kita dambakan bersama. Wallohu A’lam.

Dipetik dari tulisan: Lukman Syarif

Tuesday, March 4, 2008

Kempen PRU 12 -

PERHATIAN.
VIDEO-VIDEO INI ADALAH UNTUK TATAPAN SAHAJA,
BUKAN UNTUK MENGAMBARKAN PEGANGAN PENULIS
ATAU MEMPENGARUHI PEMBACA
PEMBACA JUGA DI MINTA MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI.
















Hu hu . aku tabik juga la dengan orang yang membikin video nih, sungguh kreatif, menggunakan ruang yang ada dengan semaksima yang mungkin dengan cara yang cukup mudah di fahami.. tapi apa pun pendangan masing-masing tetap berbeza.. dan ketentuan untuk memilih adalah hak masing-masing. Gunakan lah hak itu sebaik mungkin dengan pilihan yang anda pasti dengan apa yang anda hendak dan perjuangkan.

Nak pilih sapa pilih la.. hak masing-masing.
Jangan tak pi mengundi sudah la..
Rugi ooooo…

Monday, March 3, 2008

Aku ingin jadi YB - 2

Setelah kita tau ciri-ciri seorang pemimpin, kita nak kena tau pulak pemimpin yang macam mana yang kita nak jadi? Isk style memimpin hak lagu mana yang kita rasa sesuai dan selesa kepada kita. Yang boleh menambat hati rakyat dan juga orang yang di bawah kita. Walaupun aku tak paham semua ni, tapi masih boleh memberi pengetahuan pada ku, dan lagi aku perlu tambah lebih banyak pengetahuan lagi kan? Hmm nampak gayanya makin panjang angan-angan aku ni... tak pa.. tak pa.. aku akan terus cari maklumat macam mana nak jadi YB ni..

Jenis Helikopter

Jenis ini sangat memperhatikan kebutuhan anak buah. Ia sangat sosial, tidak tergesagesa, sabar dan telaten membantu orang lain serta berkesan akrab terhadap semua orang. Pemimpin ini amat terbuka, tdak takut dijatuhkan oleh pihak lain dan tidak mempunyai ambisi untuk membubung tinggi mau pun bergerak cepat. Namun ia dapat melakukan dengan seketika itu jika keadaan amat memaksa. Sebagai pemimpin, ia sanggup mengorbankan dirinya.

Jenis Kapal Induk

Ia suka menghimpun kekuasaan dalam satu tangan, sebagai induk komando. Untuk melindungi kekuasaan komandonya, ia membangun klik yang kuat di sekelilingnya. Ini ibarat kapal induk yang dilindungi dan dikelilingi oleh puluhan kapal perang, pesawat tempur dan pesawat pengintai. Pemimpin ini sangat percaya kepada keampuhan jumlah banyak dan cenderung menggertak lawannya dengan kekuasaan dan kekuatannya. Ia memerlukan beaya besar untuk melestarikan kepemimpinannya.

Jenis Kapal Selam

Jenis ini tidak suka menonjolkan diri, suka bekerja keras dan pengamat yang baik. Tiba-tiba saja ia dapat mengeluarkan ide yang spektakuler, ibarat kapal selam yang meluncurkan peluru kendali antarbenua. Biasanya ide yang diluncurkan tepat dan cermat. Ia juga mempunyai daya tahan yang kuat, tdak mudah menyerah walau pun dibombardir dengan segala kritik dari permukaan laut. Jika sudah mempunyai suatu misi, apa pun yang terjadi harus jalan terus.

Jenis LST

Jenis ini gemar membagikan pekerjaan kepada bawahan, juga bantuan. Ia beranggapan pekerjaan telah selesai setelah dibagikan. Beres atau tidak bukan lagi menjadi tanggung jawabnya. Tidak bisa diharapkan inovasi dan daya cipta darinya.

Jenis Pesawat AWACS

Ia mempunyai rasa curiga yang besar, amat cermat dalam mengambil keputusan. Mungkin ini juga mencerminkan rasa kurang percaya diri. Jenis ini menyukai ilmu pengetahuan, suka mengumpulkan data, namun terkadang justru dibuat bingung oleh keanekaragaman data yang dikumpulkannya sendiri. Inilah jenis pemimpin teknokrat yang lebih akrab dengan angka dibandingkan manusia. Mereka kurang erani mengambil risiko.

Jenis Pesawat Ulangalik

Pandai memanfaatkan potensi anak buah untuk kepentingan sendiri. Setelah sukses diraih, dia akan melepas dan meninggalkan anak buahnya. Ibarat pesawat ulangalik, setelah keluar dari orbit Bumi akan melepaskan roket pendorongnya dan membiarkannya tercebur ke laut. Roket pendorong ini kelak akan dipakai lagi hanya jika dibutuhkan. Pemimpin jenis ini lebih sering menganggap anak buah sebagai alat ketimbang sebagai mitra kerja.

Jenis Pesawat V/STOL

Jenis ini suka berakrobat dan boros. Hanya untuk lepas landas sebagai pemimpin pun ia perlu menghamburkan banyak bahan bakar. Memang cara lepas landasnya bergaya, sangat memukau, tetapi membutuhkan banyak beaya. Ia juga sangat pandai berkelit. Pada mulanya ia sebagai pihak yang ditekan, namun kemudian dapat meloloskan diri dan mampu menekan balik. Jenis ini berwatak plintat-plintut, suka mendarat di mana pun, sepanjang tempat itu menguntungkan dirinya. Namun ia memang hebat, karena mengangkat dirinya dengan kemampuan sendiri.

Jenis Tank

Jenis ini menyukai jalan pintas, tidak perduli berlumpur atau penuh lobang. ia sangat kaku dan keras. Semua rintangan diterjangnya jika menghalangi ambisinya. Dia ulet dan suka mencapai karier dengan merangkak perlahan dari bawah. Untuk melindungi anak buahnya, ia suka bertindak sebagai perintis. Ia pandaimenyesuaikan diri dalam segala medan, di darat atau di laut, apalagi di jalan mulus ia akan melaju kencang. Tahan banting adalah ciri lainnya.

Dipetika dari : Ksatrian

Saturday, March 1, 2008

Aku ingin jadi YB - 1


Ahh.. dalam keadaaan demam sekarang ni.. iaitu demam yang datang 4 - 5 tahun sekali ni. Kadang - kadang aku dok tenung juga dalam diri aku.. adakah aku ada ciri-ciri dan kulaiti untu menjadi seorang pemimpin? Jadi di ruang yang sikit ni.. biar lah aku nak berangan-angan, berayan-rayan sekejap untuk jadi seorang pemimpin. Atau lebih sedap di dengaq untuk jadi sorang YB..(yang banyak definisi boleh di beri selain dari Yang Berhormat.. cari lah sendiri..) Sebelum berangan lebih jauh.. baik aku carikan dulu ciri-ciri seorang YB .. emm macam mana ya..?


Menghargai Orang Lain

Seorang pimpinan yang baik harus bekerja bersama dengan orang lain. Hal ini berarti bahwa ia harus bekerja dengan kekuatan- kekuatan, kelemahan-kelemahan, kesanggupan, dan kekurangan-kekurangan dari orang lain itu. Jika dia dewasa, dia akan menghargai perbedaan yang ada tersebut dan tidak akan mencoba untuk membentuk orang lain agar sesuai dengan keinginannya sendiri dan tidak memperalat bawahan untuk kepentingannya sendiri. Ia sanggup untuk menerima kenyataan yang ada, bahwa setiap orang memiliki andil terhadap hasil akhir suatu pekerjaan yang dikerjakan secara bersama-sama (teamwork).

Hal ini bukan berarti bahwa seorang pemimpin yang dewasa mempunyai hati yang lemah. Ia menerima orang lain, bukan berarti memanjakan mereka untuk selamanya termasuk jika kekurangan mereka (bawahan) akan mengganggu dan mempengaruhi tujuan secara keseluruhan.

Seorang pimpinan yang dewasa harus mampu memberhentikan atau memecat seseorang yang tidak lagi memberikan sumbangan terhadap kemajuan atau kebaikan organisasi. Hal ini penting sebab merupakan suatu ketidakadilan bagi perusahaan dan orang lain jika orang yang tidak lagi mampu memberikan kontribusi masih tetap dipertahankan.

Sabar

Pemimpin yang dewasa dapat belajar menerima kenyataan bahwa untuk beberapa permasalahan memang tidak ada penyelesaian atau pemecahan yang mudah. Ia tidak akan dengan mudah menerima pemecahan masalah pertama yang disarankan. Ia akan menghargai fakta dan akan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi sebelum memberi saran pemecahan. Bukan saja ia bersedia sabar, tetapi ia tahu benar perlunya beberapa alternatif untuk mengambil suatu keputusan dalam pemecahan masalah.

Penuh Daya Tahan

Semua mahluk hidup pasti pernah mengalami sakit, kesulitan dan kekecewaan. Begitupun dengan seorang pemimpin tidak akan pernah luput dari permasalahan seperti itu. Biarpun demikian seorang pemimpin yang dewasa akan bangkit lagi dan sehat lagi setelah diterpa kemalangan yang bertubi-tubi dengan harapan dan daya tahan yang dimilikinya. Ia akan berusaha jujur dan tidak akan berpura-pura semua keadaan baik-baik saja. Ia menerima kenyataan bahwa rasa sakit harus dipikul, kesalahan-kesalahan diperbaiki dan ia tidak akan membuang waktu untuk menyesali dan meratapi kesalahan yang sudah berlalu. Kegagalan akan meremukan dan menghancurkan orang yang lemah, sedangkan seorang dengan kepribadian dewasa akan mengambilnya sebagai pelajaran dari pengalaman yang sangat berharga.

Sanggup Mengambil Keputusan

Orang yang dewasa, disamping kesabaran dan ketabahannya untuk mencari pemecahan masalah, juga harus mampu untuk mengambil suatu keputusan, walaupun hanya menggunakan data atau informasi yang sangat minim, kurang lengkap atau masih kabur. Setelah menimbang fakta yang ada, ia akan segera menyadari bahwa dalam suatu waktu suatu tidakan harus segera diambil. Dengan menyadarkan dirinya terhadap keyakinan dirinya dan terhadap orang-orang disekitarnya ia harus sanggup untuk mengambil dan memikul resiko yang sudah diperhitungkan olehnya.

Peter Drucker pernah menyatakan bahwa masa depan tidak pernah ada kepastian, tetapi hanya ada kemungkinan-kemungkinan. Seorang pemimpin yang dewasa harus belajar menerima hal ini. Ia harus mampu untuk membuat keputusan-keputusan berdasarkan perkiraan-perkiraan atau kemungkinan-kemungkinan terbaik yang dapat diperoleh, sebab ia tahu jika menunggu untuk memperoleh kepastian yang menyeluruh maka keputusan yang diambil mungkin sudah terlambat.

Menyenangi Pekerjaan

Seseorang yang memiliki emosi yang sehat atau memiliki kepribadian dewasa akan mengetahui bagaimana menikmati pekerjaannya. Apapun jenis pekerjaannya seseorang yang dianggap dewasa akan jarang bermalas-malasan. Ia mengetahui bagaimana menemukan kepuasan dalam melakukan tugas dengan baik dan ia merasa bangga melaksanakan tugas tersebut. Para pemimpin yang dewasa akan memperoleh kepuasan dalam menangani suatu pekerjaan dan tidak menggagap pekerjaan sebagai beban hidup.

Bagi seorang yang berkepribadian dewasa pekerjaan sangat perlu untuk kelangsungan hidupnya sebagai seorang individu. Pekerjaan merupakan jalan bagi dirinya untuk mengungkapkan dirinya (aktualisasi diri). Dengan bekerja dirinya akan merasa terjamin untuk tidak berkubang dengan kecemasan-kecemasan dan permasalahan-permasalahan dirinya sendiri.

Menerima Tanggung Jawab

Orang yang tidak dewasa akan mengeluh dan menyesal tentang kegagalan yang mereka alami. Mereka akan merasa bahwa kegagalan yang mereka alami merupakan kesalahan orang lain dan nasib baik sedang menjauhi mereka. Untuk menghindari kegagalan, mereka cenderung untuk tidak menerima tanggung jawab. Sebaliknya bagi mereka yang berkepribadian dewasa segala kesuksesan dan kegagalan merupakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka menyadari bahwa setiap orang memerlukan ketabahan dan kekuatan serta tempat berlindung pada saat-saat sulit, dan yang bertanggung jawab untuk menangani hal tersebut adalah diri sendiri

Percaya pada orang lain/kekuatan lain seperti dukun, pimpinan, nasib baik, dll, untuk memecahkan masalah merupakan suatu tanda ketidak dewasaan. Kepercayaan terhadap kekuatan diri sendiri dan berani menerima tanggung jawab dalam kehidupan sangat penting untuk menimbulkan rasa aman dan kebahagiaan

Percaya Pada Diri Sendiri

Seorang pimpinan yang dewasa akan menyambut baik partisipasi orang lain, walaupun menyangkut pengambilan keputusan yang sulit. Hal tersebut terjadi karena mereka sangat yakin dan percaya terhadap kemampuan mereka sendiri sehingga tidak ada rasa takut untuk berkompetisi. Mereka akan mudah melihat dan mengenal bahwa orang lain yang memiliki ide-ide dan fikiran yang berharga. Bagi mereka kekuatan orang lain hanya akan menjadi ancaman bagi orang yang tidak merasa aman, dan yang tidak ada kepercayaan terhadap dirinya sendiri.

Seorang pimpinan yang dewasa akan memperoleh kepuasan berdasarkan prestasi yang dilakukan oleh bawahannya. Ia akan merasa bangga dalam keyakinan dan kesadaran bahwa bawahannya adalah tanggung jawabnya. Sebaliknya bagi seorang pimpinan yang tidak dewasa akan merasa sebagai suatu hal yang pahit dan menyakitkan apabila diberikan situasi yang serupa.

Memiliki Rasa Humor

Tertawa adalah sehat. Orang yang dewasa atau matang setuju dengan ucapan itu. Namun demikian orang yang dewasa tidak akan membuat orang tertawa dengan cara merugikan atau melukai perasaan orang lain. Mereka juga tidak akan tertawa jika orang lain dalam keadaan susah atau terluka perasaannya. Orang yang sehat emosinya akan selalu mengingat bahwa humor itu harus baik sifatnya dan menyebarkan kebahagiaan bagi yang mendengarkannya. Orang yang dewasa akan menggunakan humor bukan sebagai alat pemukul atau menjatuhkan orang lain, tetapi sebagai alat untuk melicinkan suasana dan mengendorkan ketegangan.

Memiliki Kepribadian yang Utuh

Orang yang dewasa, bukanlah orang yang membuang-buang dan menyia-nyiakan energinya dengan memakai dan menggerakkan seluruh energinya ke berbagai arah yang tidak menentu, bahkan sering bertentangan arah. Pada umumnya mereka adalah orang yang teratur dan sudah terorganisir serta dapat menangani problemnya dengan efektif. Mereka bukan orang yang mudah beralih perhatian atau menyimpang dari rencana oleh karena keinginan-keinginan yang muncul dengan tiba-tiba, tetapi mereka dapat dengan mudah beralih dari kegiatan yang satu ke kegiatan yang lain tanpa kebingunagan dan kekacauan.

Seimbang

Seorang pemimpin yang dewasa akan hidup dalam suatu kehidupan yang seimbang. Ia merasa bangga menjadi bagian dari perusahaan dan tahu persis posisi dan peranannya di dalam perusahaan. Ia pintar menempatkan diri sehingga tidak menyulitkan dirinya dan perusahaan. Ia sanggup untuk bekerja keras dan selalu siap mengatasi tekanan yang diterimanya serta dapat menikmati masa senggangnya dengan baik.

Menerima Diri Sendiri

Para pemimpin yang efektif mempunyai pandangan dan penilaian yang baik terhadap kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dimilikinya. Pada kenyataannya hal ini sangat menentukan kesuksesan seorang pemimpin. Namun hanya pemimpin yang memiliki kedewasaan yang dapat memilih dan mengumpulkan pembantu-pembantu dan orang-orang dekatnya untuk saling menutupi kekurangan dan kelemahan. Karena ia dapat melihat dan menilai diri sendiri dengan baik secara objektif dan realistis, maka ia akan sanggup untuk menggunakan kelebihan dan bakatnya secara efektif. Ia juga akan terbebas dari rasa frustrasi yang mungkin timbul karena kegagalan mencapai suatu hal yang diluar kemampuan dirinya.

Memiliki Prinsip yang Kuat

Banyak pemimpin yang sungguh-sungguh melihat perusahaan sebagai suatu mahluk hidup yang harus dijaga dan dipelihara. Mereka memandang dirinya sebagai pengawal bagi keselamatan dan kebaikan perusahaan. Mereka menganggap dirinya berperan sebagai pengasuh dan pelindung perusahaan yang kemudian meneruskan dan menyerahkan pengawalan dan fungsi mengasuh tersebut kepada penerusnya.

Hal tersebut pula yang menjelaskan mengapa pemimpin tidak akan segan-segan untuk bersikap keras dan tegas dalam menghadapi orang lain bila menyangkut keselamatan dan kelangsungan hidup perusahaan. Mereka memegang teguh prinsip-prinsip yang telah ditanamkan dalam perusahaan dan tidak akan kenal kata menyerah jika dihadapkan paa soal hidup matinya perusahaan.

Di petik dari : dennyhendrata

Sunday, February 24, 2008

Negeri ku oh kampung ku!

Sudah lama tak update entry aku ni.. entah la pasal apa..? kadang-kadang ada idea.. tapi sekerat jalan dah ilang mood nak menaip.. so tak der la update.. dah tak der mood nak buat entry tapi sempat juga bekemas-kemas , tukaq theme lagi kat sini biru dan hijau.. sejuk mata memandang.. nak mengcover suasana masa ni, but masa ni kat sini masih lagi panas, kering dan kontang.. tapi Alhamdulillah bekalan air masih lagi ok.. tak der la terputus terus.. cuma sesekali je tak da.. mungkin depa dok buat maintenance kot, pasal tu bekalan air diputuskan.

Selain dari panas pasal cuaca, sekarang ni musim demam, demam pilihanraya! Satu demam yang boleh juga membawa kepada beberapa jangkitan lain seperti, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga tekanan jiwa. Iya lah.. memang lah begini adanya.. bagi yang calon calon, dan penyokong-penyokong yang fanatik dan ekstrim nih, bermacam-macam kisah yang berlaku, macam-macam peristiwa yang terjadi yang kisahnya dah menjadi gah di seluruh negara. Satu hal dalam politik ni, kadang-kadang bila kita terlau ekstrim.. lepas tu kita selalu mencari kesalahan dan keburukan lawan.. tapi sebenarnya ianya lebih banyak mendedahkan keburukan kita pada orang lain.. hak tu yang aku tak beapa nak berkenan tu.. dan kisah aku dengan politik ni dah jadi kisah yang dah basi.. dah tiada keseronokkan dan keghairahan.

Dalam tiada keghairahan tu, tapi aku tertanya-tanya juga, akan ada kah perubahan nanti, akan adakah perkembangan nanti dan akan ada kah kemajuan nanti? Dalam bicara aku perubahan, perkembangan dam kemajuan adalah bertitik tolak kepada pemimpin, kerana idalah yang akan menjadi mastermind, engineer dan kepala kepada perubahan, perkembangan dan kemajuan di masyrakat yang di wakili nya. Dari pandangan aku setakat sekarang ni, setiapa perubahan, kemajuan dan perkembangan sesuatu bahagian akan di ideakan dan digerakkan sepenuhnya oleh ketua (MB). Jadi pada aku kalau satu kepala sahaja yang berfikir .. takkan akan kemananya.. so pilihanraya kali ni aku impikan perubahan yang nyata.

Tapi dari telekan aku, impian aku tu tak akan kemana, akan tiada maknanya.. pucuk pimpinan masih sama, selepas penamaan calon semalam tiada ada apa yang berubah.. calon-calon adalah terdiri dari orang lama, taada kesepakatan antara orang lama dan orang-orang muda, secara mudah boleh aku katakan akan tiada idea-idea baru melainkan hak yang lama-lama sahaja adanya. Nampak gayanya kena tunggu lagi 4 - 5 tahun.. ades..

sekitar penamaan calon di Arau







Sekitar Penamaan Calon di Kangar