Saturday, May 31, 2008

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!





Majlis Pelancaran Karnival Membaca Peringkat Negeri Perlis oleh Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Sheikh Muszapahar.....
Posted by Picasa

Friday, May 30, 2008

Sekitar persiapan nak sambut Raja...


Pasukan Koir Sekolah Menengah Derma sedang giat membuat latihan akhir.


Meja Santapan Tuanku Raja..


Meja makan Para Tetamu dan VIP


Mereka yan di sebalik Tabir bekerja sampai pukul 1.00 pagi
Posted by Picasa

Thursday, May 29, 2008

Hari hari yang mendatang ni...

Hari-hari yang mendatang ni aku sebenarnya sedang teramat sibuknya.. terlalu amat... bermacam - macam program yang mendatang, bermacam-macam kerja yang perlu di bereskan.. jadi aku akan mengelu sementara sehingga bulan depan rasanya... semoga berjumpa lagi...

  1. 29 mei - latihan dan raptai pertandingan bercerita cerita rakyat.
  2. 30 mei - pertandingan bercerita cerita rakyat - 8.00 pagi
  3. - bengkel program 'satu buku satu bayi' - 8.00 pagi
  4. - Program bersam Sheikh Muszaphar - 3.00 petang
  5. 31 mei - Majlis Pelancaran Karnival Membaca Perlis 2008
Juga aktiviti- aktiviti lain yang di jalan kan sepanjang 30 mei - 1 jun 2008, juga penampilan istemewa pameran sains angkasa yang akan dia dakan dari 30 mei - 4 jun 2008 di Perpustakaan Awam Perlis, Kangar..

Sunday, May 25, 2008

Selamat Pengantin Baru!





Selamat Pengantin Baru buat Syikin dan Hairian.. semoga berbahagia dan berkekalan selamanya
... nanti update!
Posted by Picasa

Tuesday, May 20, 2008

Siri Jalan- Jalan : Tesco Alor Setar




Hari Ahad hari tu sempat juga aku, mem dan athirah, kak iparku dengan anak-anaknya dan juga ibu mertuaku berkunjung (lawatan rasmi) ke Tesco Alor Setar yang baru di buka hampir 2 minggu, ingat kan tak la ramai tapikan aku lupa yang hari tu cuti Hari Wesak, jadi Warga Kedah pon cuti jugak, jadinya meriah la kat Tesco, jem lah jalan nak pi situ, penuh la tempat parking yang disediakan. Bersesak-sesak kat situ, hingga kan tersesat lah mak mentua aku jenuh juga la dok cari.. tengok-tengok dok tunggu kat main entrance.. nasih baik lagi.. kalau tak kena buat pengumuman kat PA.. naya tuh , berjalan-jalan dengan bawak anak ni memang terasa penat, tambah pulak nak beli barang-barang keperluan, seperti 'pampers, dan juga susu tapi dah habis pulak akibat dari promosi dengan harga yang menakjubkan (?) maka makin bertambah penat lah aku jadinya.

Mau tak mau keluar dari Tesco, bertolak pulak ke Aneka di Jitra, nasib baik lah orang tak ramai, nasib baiklah 'Pampers' ada dah tu dapat harga promosi lagi lega la... sambil tu boleh juga dok cari baju Athirah, hmm kesian kat dia dah lama tak beli baju kat dia.. sampaikan naik jemu tengok dia dok pakai baju yang sama tiap-tiap minggu..dalam pukul 4.30 petang baru lah sampai umah metua ku, adeh letih la eden akhirnya..
Posted by Picasa

Monday, May 19, 2008

Episod jogging di Pengkalan Assam.. II

Emm.. semalam masih lagi aku jogging sowang2.. bila aku tepon kat Sue dia cakap.. " Isk Banyak keja le Abg Zul... InsyaAllah esok boleh la..." Emm ... yer lah Sue.. ape aper lah...!!

Sunday, May 18, 2008

Alahai Athirah 3...



Ok, dulu aku penah tunjukkan gambar macam mana Athirah dok berlari-lari, bermain-main kat luar rumahkan? Kali ni aku masukkan video pulak, macam mana meriahnya dia bila dah bermain kat luar, jenuh la aku nak kontrol, jenuh la aku nak hambat dia... memang lasak sungguh dia ni. Hari Ahad hari tu, mem aku bawak balik kampung, rumah Tuk Ayah dan Tuk Pah dia, huh huh lagi la meriah bila disana ada pulak sepupu dia (yang kuat nangis tu), nak di jadikan cerita sepupu dia tu demam selsema, jadi peel dia makin menjadi-jadi la, cemburu sana sini la, apa barang yang di bawa ta k leh Athirah nak pegang pun, mesti nangis.. dah tu lak kalau patung beruang yang Athirah bawak tu dia nak amik.. pon nangis.. adeh pening abis orang kat dalam umah tu...

Jadi, petangnya depa bawak sepupu Athirah ni ( yang Athirah panggil Kak Epa), pergi klinik dan bawak Athirah sama, gamaknya depa kesian tinggai Athirah sorang dengan mama dia saja, dah tu lak mama dia pon bukan larat sangat... maklum la dok bawak badan dan perut saja la ni. Bila aku sampai saja petang tu baru la aku dengaq cite, mak mentua aku ni samapi cekang (tegang) urat betis dok hambat Athirah, yang sememang nya tak leh nak diam tu, yer lah dah di pakaikan kasut, dia nak 'jalan-jalan' la... dan Athirah kalau dia sebut nak 'jalan-jalan' memang dia tak akan jalan saja la, tapi akan berlari-lari la dalam kedai ka, dalam klinik ka, tak kira di mana-mana pon..

Heee hee sekurang nya depa paham, pasai apa aku jarang pakai kan athirah kasut kalau pergi mana-mana, jarang nak lepaskan athirah, mungkin selama ni depa dok heran kat aku kot, pasai apa pi mana-mana aku tak lepaskan Athirah, tak pakai kan kasut Athirah.. kali ni depa tau la pasai apa.. he heee..

Saturday, May 17, 2008

Pingpong Tertutup BARKERPs

Sempena hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis pada 17.5.2008.. Badan Amal dan KEbajikan Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (BARKERPs) telah mengadakan satu Pertandingan Ping Pong secara tertutup (untuk kakitangan sahaja), perlawanan ping pong ini juga juga sebagai pemilihan bakat-bakat baru untuk ke Sukan Perpustakaan Malaysia yang akan dia dakan di Terengganu pada bulan Julai nanti.

Emmm.. maleh dah nak ceta, dok harap-harap kot boleh pi sampai akhir ka, tapi aku kuciwa akhirnya, setakat suku akhir sahaja, adeh itu lah padahnya main berhati-hati, jika daja-saja main hantam saja stroke apa pun, screw tak screw semua ada, siap spana dan kastam pon ada... tapi dah lawan nih dia jadi lain, gu pulak dengan kawan-kawan dok psiko.. abih la... hmm tengok jer lah gambar nih..

Daulat Tuanku!

SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT
SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN
DYMM TUANKU RAJA PERLIS
2008

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
(Dato'Seri)

1. YAB. DATO’ DR. HJ. MD. ISA BIN SABU
2. YB. DATUK HAJI MOHD. SHAFIE BIN HAJI APDAL

Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail(DWSJ)
(Dato' Wira)

3. DCP. DATUK MUHAMMAD SABTU BIN OSMAN
4. SAC 1 DATUK AYUB BIN HJ. YAAKOB

DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERLIS (DPMP)
(Dato')

5. DR. TEKHEE @ TIKI ANAK LAFE
6. NORDIN BIN HAMDAN
7. DATO’ YEOH SOO MIN
8. DR. CHANG KIAN MENG
9. DR. OTHMAN BIN OMAR
10. SAC 1 DATO’ HJ. GHAZALI BIN MD. AMIN
11. CHARON WARDINI BIN DATO’ DR. MOKHZANI
12. BRIGEDIER JENERAL JAYABALAN A/L C. SINNADURAI
13. YB. TUAN HAJI MUSA BIN HASSAN
14. SAC II DATO’ AZIAN BIN YAHYA
15. WAN NORDIN BIN CHE MURAT

DARJAH DATO' SETIA PADUKA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (DSPJ)(Dato')

16. DATIN WAN KHAZANAH BINTI ISMAIL
17. MOHD. ZAIN BIN HAMZAH
18. DR. PROOM PROMWICHIT
19. RAJASEKARAN A/L MURUGAIAH
20. DR. FAIZ AHMAD KHAN BIN HAJI WAKIL AHMAD KHAN

DARJAH DATO' PANGLIMA SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (DPSJ)
(Dato')

21. RAJA RAZMAN BIN RAJA ROME

DATO’ BERGELAR (DATO’ SETIA BENTARA)
(Dato' Setia Bentara)

22. HAMZAH BIN ABDULLAH

DARJAH SETIA MAHKOTA PERLIS (SMP)

23. SAFFIE BIN BAKAR
24. RUSLI BIN MAT HUSIN
25. SOFIAH BINTI AHMAD

DARJAH AHLI MAHKOTA PERLIS (AMP)

26. KHALIMAHTUL IDEREENA AKASAH BT. DATO’ KHALIL
27. LT. KOL. RUSMAN BIN SANIP
28. LT. KOL. ZAINUDDIN BIN MUSTAFA
29. AZLAN SUPARDI

PINGAT MAHKOTA PERLIS (PMP)

30. ANDY YAP CHONG MENG
31. ANDY CHOONG KOK WOOI
32. CLIFFORD CHEW KUAN THIAM
33. GAN TECK HOCK

PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)

34. MAHANI BT. ABDULLAH
35. SHUHADA BINTI SABDIN
36. RIDZUAN BIN MOHD. SHARIFF
37. WALAT BIN HASSAN
38. UMMIL KELETHUM BINTI ABD. RAHMAN
39. YANG GIAP LAN

PINGAT JASA BAIK (PJB)

40. MALINI BINTI YAHAYA
41. LIM LEI HUA

****
Tahniah kepada Shuhada yang dulu pernah berkhidmat di PPANPs dan sekarang berkhidmat dengan JASA, segala usaha keras dahulu, pengorbanan masa dan kudrat telah membuahkan hasil.. semoga berbahagia dan murah rezeki selalu..
Posted by Picasa

Tuesday, May 13, 2008

Hanya Kau yang mampu..

Hanya Kau yang mampu...
Aizat...



Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo….

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
hooooooo hoooooooo hooooooooooooo....

ist...
layan pulak lagu ni...
terkenang kisah-kisah dulu...
lirik menagkap jiwa maaa....
.. aku jumpa kat laman web Delinn nih,
pastu terus aku syok..
mungkin kah macam kata Delinn dah lama org dah suka..
tapi baru saja berjumpa dan terus jatuh cinta (pada lagu ni)..


Monday, May 12, 2008

Festa Harumanis 2008







Satu Festa harumanis sedang di adakan di tempat letak kereta di hadapan Hotel Brasmana sedang berlangsung, di festa ini terdapat pomosi mempelam harumanis di mana terdapat gerai-gerai jualan mempelam harumanis dan juga makan-makan pulut dan mempelam harumanis. Festa ini juga bersempena dengan bulan Keputeraan Raja Perlis , Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke 65, Peramian Festa Harumanis ini akan diadakan pada 14hb Mei 2008 di bersebelahan Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

Kemarin sempat aku singgah untuk beli mempelam nih untuk dijadikan cenderamata untuk wakil I Play Toy library, emm sekilo RM 8.00 , mahal juga juga harga dia, kerana kalau di beli di kawasan-kawasan kampung, harga dia baru sekilo Rm 6.00, mungkin juga mempelam yang di jual di pesta ni mempelam ged 'A' kot..

Posted by Picasa

Kiasahnya si Athirah! ...2


Ni Lah Athirah sekarang ni, kalau dia balik kerumah 'Tok Ayah' dia, memang lah tak dapat nak di control, menjadi-jadi sifat explorisasi dia, bukannya mau lekat kat dalam rumah langsung, ni kisah terjadi masa balik rumah 'Tok Ayah & Tok Pah' dia la, kebetulan hari tu hujan saja sepanjang hari, dan aku pulak kena keja pasal lawatan dari I Play , jadi sepanjang hari tu dia kena kurung la pasal hujan, dan petang nya dah aku sampai , dan hujan pon dah berenti.. apa lagi terlepas kandang lah dia. Dia kuar ngan Tok Pah dia la..

Aku terlelap sekejapmasa tuh, tengok-tengok dah dok berkuabng dalam opak air, dah marah apa lagi dahmasa tu, hanya amik kamera snap gambar, lepas tu tangkap pegimandi dan bawak masuk tukar baju la.. dia punya meraung macam apa tah.. masih lagi nak main kat luar, pada hal nak maghrib dah.. Tok Pah dia dan mama dia pon dah tak terkata apa-apa lagi dah la.....
Posted by Picasa

Sunday, May 11, 2008

Sekitar Lawatan Penilaian I Play...





Kemarin (ahad), ada satu lawatan dari pada pihak pengelola dan juga Penaja I Play Toy Library yang di tempatkan di Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan juga Perpustakaan Pekan Arau, tujuan lawatan depa hari ni adalah bagi membuat penilaian semula perjalanan Toy Library nih, juga aktiviti yang telah di jalankan serta keadaan fasiliti yang telah di taja sama ada dalam keadaan baik dan di gunakan, juga membuat penilaian jika perlu (layak.. ) untuk di kemaskinikan lagi..

Selain dari itu, penilaian juga di buat bagi mendapat tajaan dari pihak luar bagi mengurus dan mempertingkat kan lagi fasiliti yang mana kalau ada rezeki depa sedang cuba untuk apply dalam USD10,000 (lebih dari Rm30,000) untuk satu Toy Library yang mana terdapat 13 buah toy library yang terdapat di seluruh negara... jika berjaya Alhamdulillah.. selain dari itu kajian juga di lakukan bagi membolehkan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan peruntukkan (dana) dari Pusat untuk menempatkan satu sudut Toy Library (sekurang-kurangnya, kalau tak dapat satu Toy Library pun) untuk semua Perpustakaan Desa di bawah seliaan PNM.. untuk pengetahuan juga kalau nak ikutkan satu contoh sudut Toy Library yang akan di rasmikan pada hujung tahun ni di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memerlukan belanja sebanyak 20,000 hingga 30,000 setiap satu.. hemm kalau seluruh negara nak adakan sudut toy library mau RM 5-6 juta gamaknya..


Posted by Picasa

Tuesday, May 6, 2008

Alkisahnya Athirah... 1





Ini lah kisah, Athirah ni kan kalau di bagi peluang, memang dia akan menjadi-jadi lagaknya, kalau lah di bangkang maka akan merajuk lah dia, dengan memuncung kan mulutnya yang 'seciput' tuh.. lepas tu keluar lah frasa 'amau... amau kawan..!' atau kadang-kadang keluar juga frasa 'amboiii dia... besa (biasa) naaa..'.. dan macam-macam lah frasa-frasa yang di ajuk dari mama dan abah dia, kadang-kadang diajuknya dri iklan-iklan tv tu...

Satu lagi perangai Athirah ni, pantang kalau berjumpa dengan kasut, kalau jumpa kasut saja memang tak mahu duduk dalam rumah sajalah, asyik nak 'jalan' saja.. tapi kan bila dah bagi jalan jadi lah macam di atas nih, huh 'jalan' lah tu... aku bukan la nak kontrol sangat.. tapi kalau dah berlari sampai macam tu, akhirnya jatuh nanti.. dan selalunya pon dia akan jatuh, kadang-kadang tuh sampai berdarah lutut dan tapak tangan dia, tapi peduli apa dia.. nak 'jalan' juga.. sampai masuk waktu Maghrib pon nak jalan juga... kalau bawak masuk umah nanti akan nangis la kuat-kuat, dah merajuk lagi.. adeh la...
Posted by Picasa

Monday, May 5, 2008

Jalan-jalan dan tangkap gambar...


Hari Ahad hari tu juga, sempat juga aku merayau bersama Athirah, naik moto, ronda-ronda satu kampung, bahkan ke kampung-kampung yang berhampiran, sesambil melayan keletah Athirah yang bermacam-macam tu, sesambil melihat suasana sawah padi yang baru nak bermula menghijau tu, sambil lah dok snap gambar sana sini, sesambil tu juga try lah nak amik gambar kami berdua , tapi begini aja jadinya..
Begini lah keadaan sawah padi di kampung-kampung yang berdekatan dengan rumah aku, masih lagi dalam proses menyemai padi atau kat kampung orang panggil menabur padi, terima kasih dengan teknologi sekarang, tak payah nak teruk teruk tabur padi lagi, cuma kena galas mesin tu dan ia akan sembur padi pada tempat-tempat yang kita halakan muncungnya tu...

Sunday, May 4, 2008

Jom... jom.. Jom Heboh 08...


Hah, aku sebenarnya malas nak pergi ke Karnival Jom Heboh nih, pasal sudah la orang ramai, parking pulak tentu payah, dah tu pulak panas sungguh sekarang nih, tapi apa kan daya aku, mem aku beria benar nak pi, jadi kena lah turutkan , kan? Ialah orang dah ada lesen besar nak mintak yang ni dan yang nu, hu huu sabor jer lah kan! Jadi pergi lah jugak kami, bukansetakat sekali tapi dua kali... hu huu..

Alkisahnya semalam kami pergi makan kenduri di Kg Jeram, daerah Tunjang Kedah, lepas balik dari makan kenduri tu saja-saja lah lalu kat kawsan sure heboh tu, konon nya nak tengok orang... he hee tapi kan macam berhantu kan jom heboh ni, dalam masa kerete berderet-deret cari tempat parking tu kan, dengan tiba-tiba saja ada sebijik keta yang parking dekat jalan nak masuk jom heboh tu, nak keluar, memang port cantik punya la, dekat dengan tapak karnival dan juga agak redup kawsan dia, jadi dengan tak sengaja aku terparking juga la.. dah terparking aku masuk juga la tengok-tengok.. tapikan aku maleh nak bawakmasuk kamera pon, padahal kamera tu ada dalam ketakan (alasan terlupa nak amik kamera la tu..) .

Hmm hari ni pulak dek tak pueh hati pasal semalam tak bawak kamera, jadi mem aku ajak ler pergi pulak.. dia teringinnak bergambar denagn artis atau sekurang-kurang personaliti TV3, hmm sabar sajalah kan, so dalam pukol 10.30 kami dah sampai kat situ, emm oelh kerana masih pagi, orang tak le begitu ramai, jadi boleh la dapat port yang dekat sikit.. isk macam di dorong-dorong saja kan.. jadi akhirnya sampailah kami kali ke dua.. tangkap gambar sana-sini, bersama sorang dua artis dan personaliti TV3.. lepas tu dalam pukul 12.00 balik la, tu pon Athirah dah takmau duduk la, gamak nya tak selesa lah dia, dengan panasnya, dengan bising nya, dengan orang yang berasak-asak tu.. masa aku dok taip nih, Ahirah masih lagi lena, tido sejak jam 1.30 petang samapi sekarang dalam pukul 3.30 petang, hmm letih sangat la tu..



Tetamu Kehormat pagi nih..
YM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
Raja Muda Perlis dan Keluarga


Juga turut mengiringi Tuanku Raja Muda,
YB Dato'Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis bersama Isteri


Juga, turut bersama-sama memeriahkan Karnival Jom Heboh ni,
Yang Terutama, En Sangkelu dan Keluarga..
Penghulu teratak Kelu ni..




Posted by Picasa