Showing posts with label harumanis. Show all posts
Showing posts with label harumanis. Show all posts

Monday, May 12, 2008

Festa Harumanis 2008







Satu Festa harumanis sedang di adakan di tempat letak kereta di hadapan Hotel Brasmana sedang berlangsung, di festa ini terdapat pomosi mempelam harumanis di mana terdapat gerai-gerai jualan mempelam harumanis dan juga makan-makan pulut dan mempelam harumanis. Festa ini juga bersempena dengan bulan Keputeraan Raja Perlis , Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke 65, Peramian Festa Harumanis ini akan diadakan pada 14hb Mei 2008 di bersebelahan Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

Kemarin sempat aku singgah untuk beli mempelam nih untuk dijadikan cenderamata untuk wakil I Play Toy library, emm sekilo RM 8.00 , mahal juga juga harga dia, kerana kalau di beli di kawasan-kawasan kampung, harga dia baru sekilo Rm 6.00, mungkin juga mempelam yang di jual di pesta ni mempelam ged 'A' kot..

Posted by Picasa

Thursday, March 27, 2008

Harumanis.. meh chek mai!


(haa.. tgk tu, buah tak banyak tahun ni..)

Emm nampak gayanya musim mempelam harumanis dah mula dok mai dah, di tepi tepi jalan dah ada di jual... dengar kata tahun ni banyak harumanis dari Kedah.. isk aku sendiri tak pasti , yang pastinya harga dia tak penah jatuh, antara RM5 - RM8 sekilo, kalau awal musim tu memang mahal la, bila dah jenu (banyak) maka harga pon akan makin turun la.

Tentang hak dok jual kat tepi jalan aku tak pasti datang dari mana, atau sebetulnya pelam harumanis ni, pasal setahu aku dulunya hanya di Perlis yang sesuai di tanam , tapi mungkin dengan teknologi yang ada sekarang ni tak mustahil boleh di tanam di mana-mana. Satu lagi kat Perlis ni belum banyak buah ni, orang kata baru dok buang buruk, dan kalau ada hak awal tu kena jaga-jaga takut kena buah peram dengan karbaid.. di jamin kurang manis.

Kat umah aku sendiri buah tak banyak tahun ni.. ada 3 pokok, satu pokok kena ulat jadi banyak ranting yang patah, dua pokok lagi buah tak banyak.. mungkinlepas la kami anak beranak makan. :).

Monday, April 10, 2006

100th entry : berkebun & berjemur..

Dua hari bercuti, aku lepak je la kat umah, hari sabtu tu, pagi nya aku buat la keja kat kebun sikit, nak nyangkul, dah cangkul patah lak, yer lah dah lama cangkul tu, pastu lak ari tu dah tenggelam dalam air bah, so aku pegi cari lain la batang dia, .. cari kat mana? mana lagi, kat kedai la.. uih dah mahal sekarang harga batan cangkoi ni, dulu kalau aku beli dalam 3 -4 ringgit jer, sekarang ni dah jadi 6 ringgit.. uih mahal la..

Dah ada batang cangkoi, sepagian tu aku dok buat cangkoi tu la.. tak la rumit sebenarnya..tapi dengan peralatan yang terhad, maka masa la nak siap.. aku ni macam beria-ia sangat nak berkebun balik, heh hee mcam hangat2 taik ayam karang.. tapi tak per, kalau hangat2 taik ayam kang taik ayam tu aku amik buat baja nooo..

Tengahari tu macam biasa ari sabtu yang lain, aku pi amik ka aku dulu kat kangar.. pastu pi makan kenduri kat Kuala Perlis... balik dari Kuala Perlis lepas semayang, pergi lak amik mem aku kat tempat keja dia pastu pi makan kenduri rumah kawan mem aku kat Jitra lak... sejam kita orang dok kat situ .. on the way balik tu ujan lebat kat sepanjang hi-way.. smp aku terpaksa bawa slow keta.. jaln kat depan tu blurr je.. smp kat Perlis tak der ujan la pula, tapi gelap jer.. macam nak ujan .. sampai je umah.. ujan turun .. lebat sungguh dengan angin kencangnya...

Ahad pagi, awal nya aku bangu.. kononnya bersemangat la nak jadi pak tani... aku bersihkan kawasan sekitar kebun tu sikit2, aku gemburkan tanah-tanah dia.. aku buat batas nak tanam sayur..

sambung lah....
Posted by Picasa