Friday, October 31, 2008

Kelu Jr ... 2

ALHAMDULILLAH..
tiada lafaz yang dapat bermain di bibirku...
semuanya dah selamat..
Mem aku dah bersalin semalam.. jam 7.32 pagi,
walaupun terpaksa di bedah..
tapi akhirnya semuanya selamat.. ibu dan anak..
ini lah bayiku yang belum bernama yang seberat 3.70kg...
dilahirkan di Klinik Mahsuri Jitra Kedah
pukul 8.00malam seleaps di bersih dan di azankan
Pukul 12.00 tgh sebelum balik...

Kelahiran Anieq Nu'man

(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah)

Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan.  Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja. 

Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar... kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kuat mesti dengar punya. 

Lepas sarapan sumer, gi la pulak tunggu kat situ, hmm masih lagi ramai ibu-ibu mengandung kat situ, yang pukul 8.00 pun masih lagi lom masuk, nampak gayanya akan lambat lagi la... jadi aku permisi untuk ke bank nak bayar hutang keta, dan juga beberapa hutang dan bil lagi. Dalam pukul 11.30 setelah tak ada call dari mem aku, aku gi tengok pulak la.. hmm masih ramai juga yang belum di check.. aku pon tunggu punya tunggu dekat kol 12.00 baru la mem aku di panggil.. Hu hu.. lama betu mem aku masuk dalam bilik pemeriksaan tuh,  sejam lebih aku rasa, aku dah cuak dah  pasal sebelum dia masuk tu ada 2 tiga kes , ada yang kena masuk wad terus, ada yang kena berbincang dulu... 

Dalam kol satu macam tu, baru la mem aku kuar, lega aku.. ingatkan semuanya ok saja, waktu seayang jumaat pon dah dekat nih, dah keluar tu, dah amik kad semua... masuk dalam keta baru lah mem aku ceta yang masa masuk check tu, ada dekat 6 - 7 orang yang masuk sekali dok try scan perut dia, depa kata samapi luar dari kawasan scan.. berat anak dah mencecah 4.30kg.. yang mana tiada pilihan lain melainkan kena operate juga... risiko nak sangkut bahu tu tinggi depa kata... masa ni mata mem aku berair tak berenti dah, kalau boleh memang dia tak mo di operate la... jadi ikut rancangan  doktor tuh, 5/11 masuk wad dan 6/11 baru di operate.. tak pe lah, aku kata nanti kita mintak pandangan ke dua dari Dr Annuar di Klinik Perubatan Mahsuri Jitra. Kami memang dah rancang nak pergi check pada 2 hb, kalau ok nak induce saja.. pasai mem aku dh tak larat sangat dah..

Sampai rumah mertua aku di Kg Sg Padang dah pukul 1.25 min tgh... terus aku bersalain dan bergegas ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, Alamdulillah.. sampai saja Tok Khatib belum abis khutbah lagi.. sempat juga aku sembahyang sunat dan dengar hujung-hujung khutbah.. habis sembahyang semua dalam kol 1.50, balik semula ke rumah mertu aku makan tengah hari dan bersiap untuk ke Jitra. turut bersama ialah ibubapa mertua aku la, depa pon dah tak senang duduk, maklum la anak depa nak kena operate.. on the way  tu sempat singgah pasar malam Simpang Empat yang baru nak di buka ada la dua tiga geai yang dh di buka, temasuk satu gerai apom balik, mem aku teringin nak makan apom balik la pulak.. dalam kol 3.00 petang baru teruskan perjalanan ke Pusat Rawatan Mahsuri (PRM), Jitra. 

Sampai di PRM lebih kurang dalam pukul 3.45ptg dan masuk berjumpa dengan doktor Annuar lebih kurang pukul 4.20 ptg. kiranya ramai juga la pesakit dia nih, kena bersabar la tunggu kan..? Dah berjumpa dengan dia, sembang lebih kurang, bagi detail apa yang doktor kat Hospital Kangar tu bagitau dan scan, pastu dia pon nak scan sekali lagi dan memang dia pon dapat bacaan 4.30kg, dan sama seperti di Kangar kata, operate adalah keputusan yang terpaksa di buat... nampak gayanya kami tiada pilihan lain lagi la.. terpaksa la juga kena operate.. 

Jadi teus saja mem aku tanya bila doktor boleh buat, dan sepantas tu juga doktor bagi jawapan " kalau dah ready, petang ni juga boleh buat", hah sapa suruh tanya? " kalau dah nak buat, meh kita bincang bagi detail".. hmm sebenarnya tak dak ada apa nak detailnya lagi.. semua dah ada dalam kad rawatan kan..? "errr doktor kalau nak buat ari ni, kami nakkena sediakan apa? kami tak dak bawak apa-apa pon ?".. "Tak payah sediakan apa-apa pon, kami dah ada.. ", uih mudah sampai macam tu kah? Lepas tu doktor tanya bila last mem aku makan? Emm makan apom balik tadi la dalam kol 3.00 kan..? "Kalau macam tu, sekarang boleh rehat-rehat dulu, selesaikan apa2 yang dan buat, nak makan2 ka.." tapi yang nak operate tak leh makan la.. "pukul 7.30 anti kita leh bersiap2 nak operate".. ni bermakna sempat la mem aku nak semayang Maghrib dulu.. 
Sementara nak tunggu Maghrib tu, kami pergi dulu Masjid dekat dengan PRM tu,  baru saja nak masuk masjid PRM telefon suruh masuk awal dalam 6.30 ptg untuk persiapan operate dalam kol 7.00 ptg pasal Dr Annuar ada temu janji lain lepas operate tu, hmm ok saja lah kan, lepas semayang pergi cariri susu untuk baby nanti (pasal tak tau yang ianya dah disediakan.. ), dalam kol 6.30 petang dah samapi PRM dan mem terus di bawak masuk ke bilik persalinan dan persediaan.. lepas 20 minit baru la aku pulak di panggil.. tujuan aku di panggil ialah untuk menandatangan borang apa tah aku pon tak sempat nak baca pasai saspen gak , maklum la mem nak kena operate.. he hee.. dalam masa dok sign borang tu, nurse tu tanya samada aku nak masuk sama masa mem di operate, errr.. terkedu aku, tiada jawapan! Pasal aku pon tak pasti nak masuk ke tidak. Kali ke dua dia tanya, baru aku tanya dia kalau masuk di mana akuakan duduk ker, berdiri ke..? Dia jawab duduk kat hujung kepala mem aku la, dia akan di bius separuh sahaja, jadi masih sedar la walaupun tak rasa apa-apa.

(emm dalam debaran tuh, sempat juga tersengih.. ala-ala sengih dalam debaran macam tu)
Lepas saja tandatangan borang baru la pi berjumpa dengan mem aku kat bilik persediaan tu, sempat juga bergambar macam ni, nasib baik tak bergambar berdua, lagi lah nampak akan ke'keciwian' aku nih, hu huu aku tak peduli la apa orang nak kata, penting bagi aku nak meriwayatkan semua nih untuk masa-masa depan. Lepas bercakap bersembang lebih kurang,nurse pon datang untuk bawak (pimpin) aku mem aku masuk ke bilik pembedahan, aku kena tunggu kat luar lah dulu. Mak mertua aku kemudian di bawa tunggu sama, manakala pa mertua aku entah melilau pi mana tah.. 


(hu huu.. pakai macam nih teringat lak cerita bersiri Doogie Howser MD)

Sementara mem aku di siapkan, dia bius dan seumpama nya, aku dengan mak mertua dok kat luar bilik pembedahan sajala..kejap kemudian depa bagi baju nih untuk masuk bilik operation, sambil do pakai baju nih mak mertua aku tanya, berani ka aku nak masuk tengok, terus terang aku cakap, ntah la.. pasal aku pon tak pernah tengok secara dekat, aku pon tak pasti aku takut darah ke tak (kalau setakat tengok org sembelih lembu tu biasa la), jadi aku rasa aku nak cuba masuk jugak la, nak test tengok diri aku berani ke tak, kang kalau tak tahan nanti aku keluar la.. agak-agak sepuluh minit selepas waktu Maghrib masuk, gamaknya selepas doktor semayang Maghrib baru lah bermula operation, ketika aku masuk operation baru saja bermula, terus aku di suruh duduk kat bahagian kepala mem aku, pada dasarnya memang aku tak nampak apa yang depa buat, tapi aku masih boleh juga jenguk-jenguk.. kemudian aku tanya kat doktor boleh ka amik gambar, boleh saja jawab depa, tapi aku surh depa yang amik video pakai hp, aku nak stay kat mem aku la, pasai dia pun sedar waktu tuh.. (video tak dapat disertakan... harap maaf yer..)

nih snapshot dari video tuh la.. nampak.. aku ada kat hujung tuh.. leh buat bukti ni kan..?

tepat jam 7.32 petang.. Muhammad Anieq Nu'man di lahirkan..

Anieq Nu'man di bersihkan ..

Selepas di bersihkan, bau lah di kenalkan dengan mama dia... 

Ini lah Muhammad Anieq Nu'man selepas dimandikan, di azankan dan di tempatkan di bilik kanak-kanak untuk pemerhatian.

Wednesday, October 29, 2008

Rempit VI : Pagi nan basah lagi..



Layan sajo lah yer, merempit di pagi-pagi yang basah ari ni, hujan lebat turun sejak malam lagi sebenanya, tapi sekejap lebat, sekejap teduh, lepas tu huajan pulak, sampai la ker pagi jadi macam ni, pagi nih waktu hantar angah Athirah gi keja masih lom ujan lebat tau, pastu naik saja Changloon - Kuala PerlisHighway terus ujan lebat, jadinya terpaksa la aku hanta terus ke JItra, pasai kawan yang mem aku selalu tu dah pegi dah la.. baru la rempit kan.. kol 8.50 br sampai ke tempat kjea aku..  

Tuesday, October 28, 2008

gelagat Athirah awal pagi di Hari Deepavali..

Sunday, October 26, 2008

Kisah 3 sepupu ....

3 sepupu yang hampir sebaya...
  •  Athirah - 2 tahun 4 Bulan...
  •  Eifa      - 2 tahun 1 Bulan
  • Danisha - 1 tahun 5 Bulan (+/-)
apa yer ceta pasal depa nih... hu huu kena tunggu la... 

Rempit V : Jamuan hari Raya....

Semalamkan, hari Sabtu, banyak betui ada rumah terbuka hari raya, ada empat perpustakaan desa yang buat, lepas tu satu di Kilang Gula tempat Angah keja, lepas tu kat Polimas, tempat mama keja, ingat boleh la pi sebahagian dari rumah terbukak tu, tapi kemudiannya lain lak yang jadi.. cadangnya nak pegi yang Kilang Gula dulu, hantar Angah, lepas tu Polimas dan baliknya baru pusing-pusing mana yang sempat.. tapi paginya Angah pulak dah maleh nak pegi, jadi terus saja kami ke Jitra untuk jamuan hari raya Jabatan tempat mem aku keja, harusnya tentu lah majlis dah mula la kan, pasai kami sampai pon dah dekat pukul 10.00 pagi, tapi rupanya baru jer nak mula... kira ok la... 
Katua jabatan depa sempat juga membuat ucapan alu-aluan dan memotong riben bagi merasmikan majlis..
Okeh macam biasa lah Athirah ni kan, mana leh dok diam... sampai saja nak pergi ke tempat jamuan tuh, dia dah cari line, ap adia nak buat, kat mana dia nak pegi... dia sorang saja kanak-kanak dari ramai kanak-kanak yang ikut ibu bapa dia ke majlis tu, naik atas rumput jauh dari orang.. hu huu... 
Mula-mula, dia masih malu-malu.. dok ikut bontot mama dia saja, lepas tu jumpa saja sorang budak yang lebihkurang sebaya dia, mula la buat geng, depa dok kenduri jeli "Sumi' tuh, sampai 3 emapt kali dia berulang dok amik sumi tu, lepas dah kenyang makan sumi, dia mula la buat aktiviti kawad dalam kawasan tuh, isk jenuh juga la abah dia berkejaran (ala-ala mai aci kejar tu..)

Dalam pukul 11.30 macam tu baru la kami bertolak balik, on the way tu, singgah juga satu dua pasaraya untuk beli barang keperluan Athirah seperti pampers, susu, sabun basuhbaju dan juga sedikit barang dapur, al maklumlah dah ula kena buat stok la, terutama kalau ada sale untuk barang-barang nih, kang dah mem aku bersalin nanti, tak payah ribut-ribut nak cari barang ni, barang tu... sampai umah mertuaku dalam pukul 2.20 petang dah.. 
Dalam perjalanan balik tu juga, kami lalu ikut jalan tepi Sungai Korok, kawasan yang di naiki air pada huja lebat hari tu, tengok kesan-kesan banjir tu masih ada la, ruamh-rumah yang masih di tenggelami air punmasih ada walaupun dah tak dalam airnya... gerun juga aku tengok... bahkan sekolah yang menempatkan mangsa-mangsa banjir masih lagi di buka.. gambar yang aku amik nih kat hnetian lintasan keretaapi teluk Malik, masa lain takleh nak amik la, mem aku masih sibuk dok layan Athirah yang masih nak duduk atas riba mem aku, aku lak tengah dok driv ela... 

Friday, October 24, 2008

Membuat Kueh Raya... selepas berhari raya

Demonstrasi membuat kue raya untuk kanak-kanak Kelab Sinar Pintar Perpustakaan Awam Perlis, Kangar telah di adakan pada petang tadi, secara keseluruhan penyertaan agak biasa sahaja mungkin juga disebabkan hujan sepanjang petang tadi, tapi rasanya cukup untuk memberi pendedahan kepada mereka, sudah semestinya peserta terdiri dari ahli kelab yang permpuan saja la, yang lelaki hanya dapat perhatikan dari jauh dan dapat amik bau sahaja la... dan macam biasa :- aku tangkap gambo sajer... 
++ sebagai maklumat tambahan.. membuat kue raya nih adalah seleaps sambutan hari raya yang menjelang hari Deepavali.. he hee nampak gaya stok kue raya yang nak habis tu , tak jadi habis la..
jadi layan sajer la...
opss.. promosi la sikit.. 
heee.. pulun juga depa ni, selepas buat boleh juga makan...
hmm... nampak sedap kan..?

Wednesday, October 22, 2008

Rempit V : Sketsa nasi Kandar..

Sketsa nih berlaku seleaps aku merempit gi amik mem kat Changloon, lepas saja amik mem perut lak terasa lapar, al maklum lah sekarang ni musim hujan, jadi sistem penghadaman amat aktif sekali, tak sempat sampai malam dia dah lapar, kami terus gi amik Athirah kat umah pengasuh terus saja gi makan kat Gerai nasi kandar tepi jalan kat Taman Pertiwi kat Seriab tuh... dan episod sketsa pon bermula.. 
Kesimpulannya, abah dan mama kekenyangan, Athirah yang kurang makan semenjak dua menjak nih berjaya menghabiskan (hampir menghabiskan) nasik kandar tuh dengan batuan mama, jadi tiga-tiga kami kenyang.. baliknya Athirah tak tunggu lama, dalam kol 8.10 dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... lega.. pasai esok dia kena bangun awal nak gi rumah pengasuh.. oo pasal nasi abah tu jangan bimbang.. tetap abis juga... 

Tuesday, October 21, 2008

Kanak-kanak tadika ...


kanak-kanak tadika yang riang ria.. 
Itu la, sonok aku tengok depa ni tadi.. sebenarnya aku kena gantikan kawanku yang bertugas jaga dewan, jadi kebetulan seakarang ni musim tadika nyer graduation, jadi manyak lak tempahan dewan untuk tadika punya graduation, nih tadi ada dua tadika yang buat rehearsal persembahan dan graduation day depa, sonok saja aku tengok.. 
Salah satu tadika tu lak ada taska, ataupun depa ada terima dua tiga orang baby untuk di jaga, salah sorang tu aku tengok sama usia dengan Athirah, dia punya gelagat pon dah macam Athirah,  pasal tu aku snap video nih, sambil dok bayangkan gamaknya nanti macam ni la perangai Athirah.

Monday, October 20, 2008

Rempit IV : Hujan dan Bah

air bah yang dah sampai kat rumah ..
tengok gambar bukit-bukit dan awan tu.. uhh lawa sunguh...
air yang mengalir laju..

Sehari dua ni hujan tak menentu, kekadang tu pagi, kekadang tu petang, kekadang tu malam, malahan hujan agak lebat, mungkin musim pertukaran musim datang lagi, jadual merempit aku juga tidak berubah, walau hujan, walau guruh yang datang, tetap kena merempit, cum aaku takut kalau bah dah tek leh nak merempit. Hari Ahad hari tu dah ada tanda-tand nak bah, masa hantar mem tu dah nampak ada limpahan air kat satu kawasan lapang dekat Junction Changloon tu, air nya kuat dan melimpah-limpah, petangnya mas gi amik mem dah surut.. tapi melimpah dis ebah jalan lain lak... mungkin ada limpahan air dari Siam kot.. pasal tu air laju.. Bila Mem sampai, dia bagi tau ada kawan-kawan dia yang balik awai pasal rumah di naiki air ...

Semalam pon sebelum amik mem hujan turun mencurah-curah, menyebabkan sesetengah kawasan yang rendah dah di naiki air di sekita kawasan jalan Jejawi - Ngulang, ini yang di alporkan oleh kawan-kawan di AnakPerlis.com, siap disertakna gambar diatas sekali, memang semasa balik dai hantar mem tu aku dah nampak pemandang yang background dia bukit dan awan, lawa betul pemandangan dia... jadi aku abadikan lah dalam ni... terimakasih utk jasmi_62 atas gambar yang lawa-lawa ni.

Saturday, October 18, 2008

Budak selsema tu kan....

(Alah... dah lama la pulak janji nak update.. tapi tak update-update pon kan..? sebenarnya tak der cerita khusus tentang gambar nih, cuma nak bagitau yang selsema Athirah dah bertansur baiik, dia pon dah tak buat hal lagi dah, cuma akalbaru dia ni, bila nak tangkap gambar tak mau senyum... le pe hal la pulak ni kan? Tapi dia masih aktif macam tu juga... bila nak tangkap gambo , masam jer muka dia... macam-maca hal la pulok kan....?

Friday, October 17, 2008

Di malam yang kebasahan ini....

Dalam kebasahan malam yang di sirami hujan ni, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata, bukan sahaja bahang panas yang masih lagi dirasakan, tapi juga kerana Athirah yang meragam malam nih, petang tadi masa amik dia kat rumah pengasuh, aku di bagitau yang dia selsema hari ni, hm dah terbersin berkali-kali malahan hingus laju meleleh kat hidung dia.. emm sepanjang petang dan awal malam ni, sifat tegar dia nak main dan tak mahu tido itu masih menebal, sampakan terpaksa aku memaksa dia tido, walaupun mengelupur bagai nak rak tak mau masuk tido.. hu huu paksa punya paksa.. akhirnya tertido jugak dia.. pasal apa kena paksa tido.. pasal seharian dia tak mo tido hari ni, kalau tido pun tak sampai satu jam pon, yang mana aku rasa tak elok lah kan.. 

Dalam satu jam tido kat buaian.. di jaga pulak.. dan mula la meragam dia tuh, nangis sana-sini, apa yang dibuat serba tak kena.. sebenarnya adalah teramat jarangnya dia nak meragam macam ni, mungkin kerana selsema menyebabkan hidung dia tersumbat, jadi dia berasa terlalu tak selesa, pasal tu dia meragam kot, mula  mula tu hanya sapu minyak arome terapi yang entah bila mama dia beli tah, tapi tak jalan.. lepas slow kan kipas.. biarlah mama dan abah dia berpeluh.. tapi dia pon berpeluh juga.. jadi terpaksa mengipas dia la pulak.. akhirnya baru terjumpa v*cik* vaporub tuh.. sapu jer lagi lah dia meragam pasal pedih kot, kena pujuk pulak.. lepas tu mengipas lagi.. akhirnya dahdekat pukul 12.00 malam baru dia tertido pulak.. baru lah dapat abahnya makan malam (hu huhu ni dahkategori supper dah nih).. 

harap-harap dia akan terus dapat tido la malam nih, kalau tak jenuh berjaga la kan..? nasib baikla esok cotiiii.. kalau tak maka penyakit mengong tu akan datang lagi la.. tersenguk-senguk saja keja dia.. :) 
Gambar untuk hiasan, tidak ada kena mengena dengan ceta nih, tapi muka kesian dia itu tidak dapat aku lopa kan.. 

Thursday, October 16, 2008

Rempit III -anak oo anak!

Kemarin - dalam pukul 2.30 petang, mem aku telefon bagitau dia sakit perut lepas tu dia suruh aku datang amik dia secepat yang boleh nak gi klinik, kebetulan pulak ada vendor dari KL yang berkaitan dengan sistem perpustakaan datang buat lawatan untuk nak ugrade sistem jadi terpaksa deal dengan dia dulu lepas tu makan dan sembahyang bau lah aku bertolak ke Jitra, on the way tu suspen aku ingat kan dah nak beranak ke mem aku ni.. jadi aku rempit la pi amik mem aku nak gi klinik kat Jitra tu..
Sampai kat pejabat dia dalam kol 3.30, kiranya makan tu express la sambar mana yang leh makan cepat, tapi tang semayang tak leh express la.. sampai jer mem aku dah standby nak pergi klinik... so terus jer lah gi klinik.. samapi kat klinik tengok tak ler ramai sangat orang , ada dalam 2 -3 couple saja.. jadi dalam setengah jam dah boleh jumpa doktor...

hmm.. mem aku ni, hai ni dah cukup 35 minggu pregnen, tapi badan dia dah sarat beno dah aku tengok, lebih teruk dari masa dia ngandung kat Athirah... lepas doktor scan.. tu dia haah.. dah 3.5kg berat budak tuh, hu huu jauh dari impian mem aku yang nak anak tu dalam 3.1 ker, paling besar pon 3.3kg.. nih baru 35 minggu dah 3.5kg.. doktor kata boleh naik sampai 4.0kg lebih ni.. terkejut la.. pasal hari tu baru 2.5kg saja masa bulan posa hari tu.. isk... isk patut la dia selalu sakit belakang, sengal-sengal badan macam tu... jenuh la nak tunggu 5 minggu lagi nih... 
ni hasil dari gambaq scan semalam....

nih yang scan masa awal posa hari tu.. cuba teka boy or girl..? 
tapi sayang gambaq muka dia tak nampak.. mungkin dia malu kot.. 3 kali scan tiga kali tak nampak 

Tuesday, October 14, 2008

Rempit II - Subuh nan berkabus..

Terlepas Kandang.....


Begini la aksi Athirah bila terlepas kandang... jika dapat bermain
 kat luar rumah, dapat pulak kasut, lepas tu bawak gi taman permainan kanak-kanak, memang tak terkawal lah budak ni, berlari sesedap rasa, memanjat, merangkak, meyeronot... ikut kata hatinya sahaja, yang menjadi lotih adalah abahnya la, mana nak mengawal selia dia, mana yang nak tangkap gambar dia.. walau macam mana pun tertunai juga perjanjian dengan budak nih, nak bawak dia main kat taman, bermain-main lah dia, tapi takpenah yang nak puas, masa nak balik tu siap nangis-nangis tak mo balik , tapi apa kan daya.. maghrib pon dah masuk, lampu jalan dan hiasan pon dah di pasang.. jadi balik juga la....
.....kesian, mama dia hanya dapat duduk dan lihat sahaja, dah tak berupaya nak main kejar-kejar dengan Athirah.. yang berpeluh tu abahnya sorang la, berjoging-joging bersama Athirah yang tidak dapat di pegang tuh, asyik nak main dan berlari saja kerja nya.. adik, abang dan kakak berdekatan terpaksa la meminggirkan diri.. kalau tak? 
bedeboomm!! terlentang..... 
Posted by Picasa
***maaf gambar kurang jelas,
 kamera dak bawak, 
pakai hphone sajork...

Harga minyak turun lagi...

PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter. ``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan



Adeh la, baru saja petang tadi aku isi tangki, dekat nak penuh pon, alih-alih malam ni di umumkan harga petrol turun... isk.. iskkk...



Monday, October 13, 2008

Rempit... di subuh hari..

Hmm.. dah 3 hari aku merempit, merempit bukannya mengguna motosikal tapi menggunakan kereta, buka pasal apa sangat sebenanya, tapi keadaan mem aku yang dah tak mengizinkan untuk dia memandu sendiri dan sendirian. Mem aku sekarang ni dah masuk 8 bulan usia kandungan, ada lebih kurang sebulan lagi nak besalin kalau ikut tarikh yang di berikan doktor.. atau lebih kurang 40 hari, sama dengan 34 minggu atau 1 bulan 10  hari...  hmm macam mana nak drive kan.. perut pon dah sangkut stereng.. dah tu kalau dia drive jadi tension lak macam tu.. berpeluh-peluh badan dia dalam kedinginnan ekon kereta.

Jadi mau tak mau terpaksa lah aku jadi driver rasminya, mana kala kawan-kawannya jadi driver pebantunya... he hee .. perjalanan pergi dan balik ke Pekan Jitra ni mengambil jarak lebih kurang 128 km pergi dan balik.. masa yang di amik ialah lebih kurang 40 - 50 minit saja satu perjalanan.. tak laju kan.. ? Lebih kurang 100 - 110 km/j saja... walaupun kekadang tu terlajak juga sampai 120km/j kalau awal-awal pagi tu..

Hari Pertama Ahad 12/10

Bertolak lebih kurang jam 6.45 pagi, dalam keadaan yang agak cerah tetapi suasana yang berkabus, walaupun tak terlalu tebal tapi lampu kereta kena bukak juga.. bila sampai kawasan sekita Ulu Pauh kabus menjadi semakin tebal.. jarak pengelihat menjadi semakin kurang.. terpaksa lah lebih berhati-hati.. sampai di Polimas Jitra, dalam pukul 7.35 - 740 macam tu.. kira rekod baru mem aku sampai awal ke Polimas la.. Lepas tu sempat gi sarapan dulu dan bergerak pulang dalam pukul 8.20.. sainggah sat kat Nat Pekan Pauh yang lebih popular dengan panggilan Nat Pokok Getah.. pasal nat ni di buat dalam kawasan Kebun getah. Belih ikan, sayur dan keperluan lain segalanya tuh, pastu bertolak balik dalam kol 9.00 lebih-lebih.. sampai umah tengok Athorah dah bangun dok main Lego dengan Angah dia.. Petangnya aku bertolak dari umah lebih kurang kol 3.30 petang, awal juga aku keluar pasal bawak Athirah sekali, jadi tak leh la nak bawak laju-laju.. Sampai kat jalan Jitra tu, berdepan dengan Kilang Gano Excell tuh, tengok keta berderat-deret panjangnya... hu huuu mesti ada ssuatu yang terjadi.. bila sampai dekat  baru tau jem kat situ pasal ada banjir .. berderet-deret kereta yang sangkut tak leh nk patah balik.. terpaksa pihak PLUS buka laluan kontra.. tu pon dah 2km jem .. sampai kat mem ku dah kol 4.40 ptg elok-elok mem aku nak balik.. masa balik tepaksa la balik ikut jalan lain


Hari Ke Dua Isnin 13/10

Hari ni, aku merempit juga, tapi tak la jauh sangat setakat Changloon saja pasal mem aku nak tumpang kawan dia kat sana.. lega siki aku, tak la nak terkejar sana sini, kami bertolak awal hari ni, dalam pukul 6.20 - 625 lagi untuk hantar Athirah ke rumah pengasuh dia, lepas tu terus ke Kangar nak hantar kakak aku yang nak gi keja, lepas tu baru merempit ke Changloon, sampai Changloon dalam pukul 7.20 pagi.. sempat singgah isi minyak dulu .. lepas tu bauk aku patah balik ke Kangar dalam pukul 7.30, samapi kat opis aku dalam kol 7.50 pagi.. hu huuu.. Dalam kol 5.00ptg lepas aku habis keja baru lah merempit semula ke Changloon untuk nak amik mem aku.. sampai Changloon dalam kol 5.30 dan sepatut nya sampai umah dalam kol 6.15 - 6.30 ptg. untuk amik Athirah, lepas tu sempat kami merayau-ayau kat Kuala Perlis. Sampai umah dah dekat kol 7.30 mlm.. terus tidokan Athirah yang bangun awal hari ni dalam kol 6.00 pagi, kol 8.00 malam dah letih pun dia, pasal kat umah ngasuh dia lena sekejap sahaja dalam 1 jam gitu .. mama dan abah dia pon terlena juga lepas siangnya letih merempit.. !!

Hari ketiga.. nanti la aku sambung laaahhh.....

Pemandangan pagi yang berkabus berhampiran dengan sempadan Kedah/Perlis menghala ke Changloon


Berhampiran jejantas berdekatan dengan Felda Laka 


Sinar Pagi.......!

Thursday, October 9, 2008

Gelagat Athirah lagi...




(tengok apa bezanya perangai Athirah pada bulan Mei hari tuh ngan hari ni... ada beza tak?)





hu hu tak banyak kan perubahan dia? masih lagi aktif macam tu, sekarang nih berat badan dia 12.4 kg masa pi check kat klinik tadi.. cakap memang la jenuh la nak melayan dia, macam-macam yang di tanyanya.. ada saja yang nakdia ambil tahu.. dah tu pulak sekarang ni Athirah suka menyanyi, alah lagu-lagu budak-budak tu, macam ram, ram  pisang,  dan juga dua tiga lagu lagi.. abah dia pun dah lupa dah.. he hee, selain tu jugak dia juga pandai meniru gaya orang bercerita.. mula-mula dulu maksu (anak kepada penjaga Athirah la.. ) selalu di bercerita pasla serigala dan arnab dan kura-kura pada dia, hmm antara dialog yang selalu dia cakap " ada seekor serigala dan seekor arnab dan kura-kura.. Pada suatu hari serigala pergi berjalan-jalan mencari arnab, tiba-tiba.... " ;, ini lah ayat suspen yang paling best dia buat.. dengan gayanya sekali sambil mengangkat jari telunjuk.. he hee nanti kalau sempat aku amik video dia bercerita.. mesti tersenyum punya la...


Okeh berbalik denga cerita pergi klinik tadi, dia sudah bikin ghapla jingga kat klinik tadi, ada ka patut dia tak mou makan ubat cacing? biasanya dia boleh makan ubat yang pahit, maupun manis masin dan kelat tanpa sebarang masalah bila dok kat umah atau umah emak dia.. tapi bila dok depan nurse tadi.. dia sudah bikin haru nak makan ubta, kononnya nak tengok pokok bunga la, nak tengok monkey la.. ada ada saja dia punya dalih takmou makan ubat, huhu jenuh la di pujuk oleh mama dan abah, kalau nurse yang pujuk memang dia lagi tak layan la.. bila try pakai syerinks, dia takmou bukak mulut juga.. hu huu last last nurse tu kata hmmbawak balik jer lah ubat dan syerinks tu, bagi bila mau.. tapi kan.. bila dah masuk keta, nurse tak dak, mau pulak dia makan ubat tu, siap mintak tambah lagi.. isk apo kes la kou nih Ayong... !! heeee...

Saturday, October 4, 2008

Makan-makan...

Makan-makan sempena raya dan juga b'day kakak aku la, nak teringin nak ras juga ikan bakaq Kuala Perlis
maka terpaksa la aku dan mem cari port yang senang, agak murah, dan sedap... bila aku sampai jer nak oreder makan, mak ehhh punya la ramai manusia yang dah dok makan, hinggakan penuh meja kat depan kedai tuh, jadi selain dari tempah makanan, kena juga tempah meja, nasib baik la tak lama lepas tuh ada yang dah gerak nak balik.. jadi terus la kami book meja tuh...

Keseluruhan nya makanan kat Kedai Lynda tuh, biasa sajork ler.. tak le terlalu bestnya.. mungkin ikan yang dijual agak lama beku menjadikan isi dia agak liat, lepas tu servis dia jadi agak cempera (kelam kabut) pasal orang ramai, ada juga menu yang dioreder sampai dah dekat nak sudah makan.. hu huu, apa apa pun makan tetap makan, abis licin lah makan tuh, setakat yang boleh di makan memang abis di bedal.. tapi kan ..len kalai kalau beli dan buat sendiri lagi best kan.. jadi ala BBQ macam tu... tak po ler.. nanti-nanti ada rejeki lebih leh la kita buat macam tu yek...?

Thursday, October 2, 2008

Happy birthday Umi....

Hari ni, ada sedikit sambutan Happy B'day kakak aku, he hee tak dak apa pon sagat saja buat potong-potong kek saja, hmm Athirah pon tumpang sekali menyibuk la.. tapikan dari awal kakakaku balik.. sampai dah balik ke Shah Alam... tak habis do sebut Umi.. umi.. umi... tak pon sebut Syafik, tak pon Nafis, tak pin Ammar tak pon Ayun.. hmmm sesekali balik memang lah jadi macam tu, bila balik semula 5 - 6 bulan lak baru nak jumpa lak.. hehe.. sempat la dia lupa sekejap.. he heee

Wednesday, October 1, 2008

Satu episode di hari raya...

adeh.. tak sempat lagi aku nak wat update, 
masukkkan gambar aje lah dulu... 
boleh lah yer...?
ini aksi Athirah diberaya di rumah pengasuh dia..
Ini aksi pasangan kembar anak-anak buah aku yang balik beraya...
 hu huu lasak tau depa nih.. Athirah pun apa lagi.. tumpang sekaki lah.....