Showing posts with label rempit. Show all posts
Showing posts with label rempit. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Rempit VI : Pagi nan basah lagi..



Layan sajo lah yer, merempit di pagi-pagi yang basah ari ni, hujan lebat turun sejak malam lagi sebenanya, tapi sekejap lebat, sekejap teduh, lepas tu huajan pulak, sampai la ker pagi jadi macam ni, pagi nih waktu hantar angah Athirah gi keja masih lom ujan lebat tau, pastu naik saja Changloon - Kuala PerlisHighway terus ujan lebat, jadinya terpaksa la aku hanta terus ke JItra, pasai kawan yang mem aku selalu tu dah pegi dah la.. baru la rempit kan.. kol 8.50 br sampai ke tempat kjea aku..  

Sunday, October 26, 2008

Rempit V : Jamuan hari Raya....

Semalamkan, hari Sabtu, banyak betui ada rumah terbuka hari raya, ada empat perpustakaan desa yang buat, lepas tu satu di Kilang Gula tempat Angah keja, lepas tu kat Polimas, tempat mama keja, ingat boleh la pi sebahagian dari rumah terbukak tu, tapi kemudiannya lain lak yang jadi.. cadangnya nak pegi yang Kilang Gula dulu, hantar Angah, lepas tu Polimas dan baliknya baru pusing-pusing mana yang sempat.. tapi paginya Angah pulak dah maleh nak pegi, jadi terus saja kami ke Jitra untuk jamuan hari raya Jabatan tempat mem aku keja, harusnya tentu lah majlis dah mula la kan, pasai kami sampai pon dah dekat pukul 10.00 pagi, tapi rupanya baru jer nak mula... kira ok la... 
Katua jabatan depa sempat juga membuat ucapan alu-aluan dan memotong riben bagi merasmikan majlis..
Okeh macam biasa lah Athirah ni kan, mana leh dok diam... sampai saja nak pergi ke tempat jamuan tuh, dia dah cari line, ap adia nak buat, kat mana dia nak pegi... dia sorang saja kanak-kanak dari ramai kanak-kanak yang ikut ibu bapa dia ke majlis tu, naik atas rumput jauh dari orang.. hu huu... 
Mula-mula, dia masih malu-malu.. dok ikut bontot mama dia saja, lepas tu jumpa saja sorang budak yang lebihkurang sebaya dia, mula la buat geng, depa dok kenduri jeli "Sumi' tuh, sampai 3 emapt kali dia berulang dok amik sumi tu, lepas dah kenyang makan sumi, dia mula la buat aktiviti kawad dalam kawasan tuh, isk jenuh juga la abah dia berkejaran (ala-ala mai aci kejar tu..)

Dalam pukul 11.30 macam tu baru la kami bertolak balik, on the way tu, singgah juga satu dua pasaraya untuk beli barang keperluan Athirah seperti pampers, susu, sabun basuhbaju dan juga sedikit barang dapur, al maklumlah dah ula kena buat stok la, terutama kalau ada sale untuk barang-barang nih, kang dah mem aku bersalin nanti, tak payah ribut-ribut nak cari barang ni, barang tu... sampai umah mertuaku dalam pukul 2.20 petang dah.. 
Dalam perjalanan balik tu juga, kami lalu ikut jalan tepi Sungai Korok, kawasan yang di naiki air pada huja lebat hari tu, tengok kesan-kesan banjir tu masih ada la, ruamh-rumah yang masih di tenggelami air punmasih ada walaupun dah tak dalam airnya... gerun juga aku tengok... bahkan sekolah yang menempatkan mangsa-mangsa banjir masih lagi di buka.. gambar yang aku amik nih kat hnetian lintasan keretaapi teluk Malik, masa lain takleh nak amik la, mem aku masih sibuk dok layan Athirah yang masih nak duduk atas riba mem aku, aku lak tengah dok driv ela... 

Wednesday, October 22, 2008

Rempit V : Sketsa nasi Kandar..

Sketsa nih berlaku seleaps aku merempit gi amik mem kat Changloon, lepas saja amik mem perut lak terasa lapar, al maklum lah sekarang ni musim hujan, jadi sistem penghadaman amat aktif sekali, tak sempat sampai malam dia dah lapar, kami terus gi amik Athirah kat umah pengasuh terus saja gi makan kat Gerai nasi kandar tepi jalan kat Taman Pertiwi kat Seriab tuh... dan episod sketsa pon bermula.. 
Kesimpulannya, abah dan mama kekenyangan, Athirah yang kurang makan semenjak dua menjak nih berjaya menghabiskan (hampir menghabiskan) nasik kandar tuh dengan batuan mama, jadi tiga-tiga kami kenyang.. baliknya Athirah tak tunggu lama, dalam kol 8.10 dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... lega.. pasai esok dia kena bangun awal nak gi rumah pengasuh.. oo pasal nasi abah tu jangan bimbang.. tetap abis juga... 

Monday, October 20, 2008

Rempit IV : Hujan dan Bah

air bah yang dah sampai kat rumah ..
tengok gambar bukit-bukit dan awan tu.. uhh lawa sunguh...
air yang mengalir laju..

Sehari dua ni hujan tak menentu, kekadang tu pagi, kekadang tu petang, kekadang tu malam, malahan hujan agak lebat, mungkin musim pertukaran musim datang lagi, jadual merempit aku juga tidak berubah, walau hujan, walau guruh yang datang, tetap kena merempit, cum aaku takut kalau bah dah tek leh nak merempit. Hari Ahad hari tu dah ada tanda-tand nak bah, masa hantar mem tu dah nampak ada limpahan air kat satu kawasan lapang dekat Junction Changloon tu, air nya kuat dan melimpah-limpah, petangnya mas gi amik mem dah surut.. tapi melimpah dis ebah jalan lain lak... mungkin ada limpahan air dari Siam kot.. pasal tu air laju.. Bila Mem sampai, dia bagi tau ada kawan-kawan dia yang balik awai pasal rumah di naiki air ...

Semalam pon sebelum amik mem hujan turun mencurah-curah, menyebabkan sesetengah kawasan yang rendah dah di naiki air di sekita kawasan jalan Jejawi - Ngulang, ini yang di alporkan oleh kawan-kawan di AnakPerlis.com, siap disertakna gambar diatas sekali, memang semasa balik dai hantar mem tu aku dah nampak pemandang yang background dia bukit dan awan, lawa betul pemandangan dia... jadi aku abadikan lah dalam ni... terimakasih utk jasmi_62 atas gambar yang lawa-lawa ni.

Monday, October 13, 2008

Rempit... di subuh hari..

Hmm.. dah 3 hari aku merempit, merempit bukannya mengguna motosikal tapi menggunakan kereta, buka pasal apa sangat sebenanya, tapi keadaan mem aku yang dah tak mengizinkan untuk dia memandu sendiri dan sendirian. Mem aku sekarang ni dah masuk 8 bulan usia kandungan, ada lebih kurang sebulan lagi nak besalin kalau ikut tarikh yang di berikan doktor.. atau lebih kurang 40 hari, sama dengan 34 minggu atau 1 bulan 10  hari...  hmm macam mana nak drive kan.. perut pon dah sangkut stereng.. dah tu kalau dia drive jadi tension lak macam tu.. berpeluh-peluh badan dia dalam kedinginnan ekon kereta.

Jadi mau tak mau terpaksa lah aku jadi driver rasminya, mana kala kawan-kawannya jadi driver pebantunya... he hee .. perjalanan pergi dan balik ke Pekan Jitra ni mengambil jarak lebih kurang 128 km pergi dan balik.. masa yang di amik ialah lebih kurang 40 - 50 minit saja satu perjalanan.. tak laju kan.. ? Lebih kurang 100 - 110 km/j saja... walaupun kekadang tu terlajak juga sampai 120km/j kalau awal-awal pagi tu..

Hari Pertama Ahad 12/10

Bertolak lebih kurang jam 6.45 pagi, dalam keadaan yang agak cerah tetapi suasana yang berkabus, walaupun tak terlalu tebal tapi lampu kereta kena bukak juga.. bila sampai kawasan sekita Ulu Pauh kabus menjadi semakin tebal.. jarak pengelihat menjadi semakin kurang.. terpaksa lah lebih berhati-hati.. sampai di Polimas Jitra, dalam pukul 7.35 - 740 macam tu.. kira rekod baru mem aku sampai awal ke Polimas la.. Lepas tu sempat gi sarapan dulu dan bergerak pulang dalam pukul 8.20.. sainggah sat kat Nat Pekan Pauh yang lebih popular dengan panggilan Nat Pokok Getah.. pasal nat ni di buat dalam kawasan Kebun getah. Belih ikan, sayur dan keperluan lain segalanya tuh, pastu bertolak balik dalam kol 9.00 lebih-lebih.. sampai umah tengok Athorah dah bangun dok main Lego dengan Angah dia.. Petangnya aku bertolak dari umah lebih kurang kol 3.30 petang, awal juga aku keluar pasal bawak Athirah sekali, jadi tak leh la nak bawak laju-laju.. Sampai kat jalan Jitra tu, berdepan dengan Kilang Gano Excell tuh, tengok keta berderat-deret panjangnya... hu huuu mesti ada ssuatu yang terjadi.. bila sampai dekat  baru tau jem kat situ pasal ada banjir .. berderet-deret kereta yang sangkut tak leh nk patah balik.. terpaksa pihak PLUS buka laluan kontra.. tu pon dah 2km jem .. sampai kat mem ku dah kol 4.40 ptg elok-elok mem aku nak balik.. masa balik tepaksa la balik ikut jalan lain


Hari Ke Dua Isnin 13/10

Hari ni, aku merempit juga, tapi tak la jauh sangat setakat Changloon saja pasal mem aku nak tumpang kawan dia kat sana.. lega siki aku, tak la nak terkejar sana sini, kami bertolak awal hari ni, dalam pukul 6.20 - 625 lagi untuk hantar Athirah ke rumah pengasuh dia, lepas tu terus ke Kangar nak hantar kakak aku yang nak gi keja, lepas tu baru merempit ke Changloon, sampai Changloon dalam pukul 7.20 pagi.. sempat singgah isi minyak dulu .. lepas tu bauk aku patah balik ke Kangar dalam pukul 7.30, samapi kat opis aku dalam kol 7.50 pagi.. hu huuu.. Dalam kol 5.00ptg lepas aku habis keja baru lah merempit semula ke Changloon untuk nak amik mem aku.. sampai Changloon dalam kol 5.30 dan sepatut nya sampai umah dalam kol 6.15 - 6.30 ptg. untuk amik Athirah, lepas tu sempat kami merayau-ayau kat Kuala Perlis. Sampai umah dah dekat kol 7.30 mlm.. terus tidokan Athirah yang bangun awal hari ni dalam kol 6.00 pagi, kol 8.00 malam dah letih pun dia, pasal kat umah ngasuh dia lena sekejap sahaja dalam 1 jam gitu .. mama dan abah dia pon terlena juga lepas siangnya letih merempit.. !!

Hari ketiga.. nanti la aku sambung laaahhh.....

Pemandangan pagi yang berkabus berhampiran dengan sempadan Kedah/Perlis menghala ke Changloon


Berhampiran jejantas berdekatan dengan Felda Laka 


Sinar Pagi.......!